CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fairytale

Album ke-3 Hazami - Kini di pasaran!

[Copy link]
Post time 2-10-2007 10:35 AM | Show all posts
geli ngok cover album dia.. gaya2 ala pon***
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2007 02:54 PM | Show all posts
dah dengar hampir semua lagu dlm album nih..

apa yg pasti...sangat bagus! great job hazami~

variasi vokal yg sgt pelbagai..nih baru guru vokal!
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 08:16 PM | Show all posts
aku dah beli album ni...mula2 aku repeat je lagu BUKAN IGAUAN...best gilo babasss..

then, baru aku dengar track2 lain..

track 1-AYUH memang best..lagu fast yg agak catchy...lirik pun bermesej yg bagus..AYUH berusaha untuk mencapai kejayaan...sangat sesuai letak kat track pertama..

track 2- TIADA DIKAU TIADA DAKU..very the SARAH-TDTM...aku tengok tajuk pun dah bosan...takde idea lain ker..
korus lagu pun lebih kurang lagu PINTA-NIKKI...mesej lagu ni bagus..tiada ibu bapa tiadala kita di dunia...lagu ni tak suppose dimasukkan dalam album nie...amik jela lagu dari komposer mana2..

track3- KATA CINTA MADAH DUSTA
beautiful ballad..aku suka lagu nie..susunan muzik pun agak strong..siap ada featured choir lagi...memang kelas..but still tak sekuat MUNGKIR BAHAGIA...lagu ni ada potensi jadi satu lagu ballad yg hits..vokql hazami sangat mantap dari range yg snagat rendah sampaila high pitch di akhir lagu..

track2 lain masih dalam pendengaran lagi....

cover album sangat choi..itupun hazami boleh puji dalam kredit yg diberi pada designer kulit album..ntah apa2..geram aku tengok inlay album ni...dahla buruk..cincai boncai dan tak nampak kelasss langsung...bazir jer amik designer tu..baik hazami design cover sendiri..ataupun minta tolong fan dia designkan cover...harusla jadi cover album paling buruk tahun 2007..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 02:29 PM | Show all posts
dah dengar abisss album hazami nih...wowwww!

memang best gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......

xpecially lagu ballads tiada cinta madah dusta dan sepi..

bleh ganti mungkir bahagia..

track fast lain pon best gakk..ayuh, kiblatku..etc
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 01:45 AM | Show all posts
Sambungan ulasan haritu..

TRACK 1
AYUH
LAGU:HAZAMI
LIRIK : NEAL

TRACK 2
TIADA DIKAU TIADA DAKU
LAGU & LIRIK:HAZAMI
susunan muzik lagu ni boleh tahan..sayangla sebab lagu ni biasa sangat..lebih baik susunan muzik untuk lagu ni dipindahkan pada lagu SEPI..

TRACK 3
KATA CINTA MADAH DUSTA
LAGU & LIRIK:HAZAMI
LAGU FAV AKU SEKARANG DALAM ALBUM NI..SEDAP GILER BABAS...

TRACK 4
FIKIR
LAGU & LIRIK:HAZAMI
lagu dance yang best..hazami dah memversatilekan diri dengan menulis lagu2 dance...muzik lagu ni very fresh..catchy dan best...

TRACK 5
RESTU
LAGU:AZLAN ABU HASSAN
LIRIK:HAZAMI
lagu ni biasa jer...tak lama lagi mesti aku skip track nie..mesej lagu pasal restu bonda...perluker 2 lagu mesej bonda?

TRACK 6
TIDAK MUNGKIN
LAGU & LIRIK:HAZAMI
satu lagi lagu yang sangat menarik dalam album nie..ala2 lagu gospel balck..memang kelas..vokal hazami pun best gile babas..diselitkan lirik TEKAD,REDHA n TABAH...ada whistle gak dalam lagu ni..

TRACK 7
BUKAN IGAUAN
LAGU:AUDI MOK
LIRIK:HAZAMI
SORE LATAR:NIKKI
BEST GILER BABAS..VOKAL MAUT...

TRACK 8
YANG KU MAHU
LAGU:AUDI MOK
LIRIK: HAZAMI
SORE LATAR:NIKKI
satu lagi lagu fast yang best...catchy

TRACK 9
SEMPAT
LAGU & LIRIK:HAZAMI
lagu ni hazami sendiri yang terbitkan...lagu ni best sebenarnya..tapi kualiti rakaman agak kurenggg...dan bunyi nafas terlalu mengganggu pendengaran...apsallah track ni jer yg bunyi nafas melampau..track lain ada gak bunyi nafas..tapi takla sampai annoying macam track nie..sepatutnya hazami boleh produce lagu ni dengan lebih baik lagi..sayang sebab lagu ni sebuah lagu ballad yg agak best

TRACK 10
SEPI
LAGU & LIRIK:HAZAMI
satu lagi lagu ballad yg sangat best..selain KATA CINTA MADAH DUSTA, lagu ni pun merupakan fav track aku...juga diproduce oleh hazami sendiri....sedihla lagu nie..hazami menyampaikan lagu ni dengan sangat baik..penghayatan memang first class..very deep..terasa kekecewaan yg mendalam...samalah macam lagu KCMD...lagu ni boleh jadi single yg meletupss..

TRACK 11
KIBLATKU
LAGU:AZLAN ABU HASSAN
LIRIK: HAZAMI
lagu ni pun sangat best...amat tidak tipikal lagu azlan...ala2 lagu elegi sepi..very lain dari yg lain..chorus yg sangat catchy macam lagu elegi sepi..aku suka lagu ni...kalau jadi single pun boleh meletup...vokal hazami pun mantap...banyak falsetto...memang kelasss..

kesimpulannya,
aku sangat berpuas hati dengan album nie...memang best dan berbaloi untuk dimiliki walaupun inlay album sangat choiiii....
vokal hazami sangat mantap..penghayatan sgt bagus...kalau aku jadi juri aku akan pilih hazami untuk menang kategori vokal lelaki terbaik di dalam album AIM 2008...very versatile...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 04:02 PM | Show all posts

Reply #65 KoSe's post

sama la dengan ko..

kalau aku juri..

Hazami adalah pemenang VOKAL LELAKI TERBAIK..AIM

sebab apa?...semua cukup..very2 versatile and power! flawlessssss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2007 08:59 PM | Show all posts

Reply #66 fredbok87's post

poyo arrrr ko......

kose cakap baru ko nak cakap

plik aku ngan ko
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 09:06 PM | Show all posts

Reply #67 ahmad_dhani91's post

la...ikut suka aku la..ko sibuk pehal?

skarang sape yg poyo?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 09:14 PM | Show all posts

Reply #68 fredbok87's post

saje sibuk

ko apehal????

skang saper lagih poyo????
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 10:13 PM | Show all posts
lagu sepi bestttt
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 09:26 PM | Show all posts

Reply #69 ahmad_dhani91's post

erm2..ko nih dtg bulan ek?...

off topic ~
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2007 06:09 AM | Show all posts
tengah dengar kat imeem...

not bad arrrr cam hangat2 montot fresbok87
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2007 02:30 PM | Show all posts

Reply #72 ahmad_dhani91's post

siott tol la kau nih..

ko eja silap nama aku..fredbok87..bkan fresbok87
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2007 04:12 PM | Show all posts
dah donlot album nie...baru dengar lagu2 rancak...best giler...hehe..
lepas tue berhenti dengar, sebab trus beli online..nak dengar puas2x secara legal...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2007 10:35 AM | Show all posts

Reply #74 Rivendella's post

bagusnya ko....beli legal..

aku pon rasa nak beli jek CD hazami nih coz best...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2007 10:51 AM | Show all posts
yap2

jom kalahkan anuar zenggggggggg........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2007 12:12 PM | Show all posts
ALBUM: Nyata
ARTIS: Hazami
GENRE: Pop R&B

IMPIAN besar Hazami untuk melihat album ketiganya membawa sesuatu yang berbeza kepada industri rakaman direalisasikan menerusi album, Nyata. Harus diakui, Nyata antara produksi terbaik pernah dihasilkan penyanyi ini malah Hazami meneroka segala kelebihan lalu dicurahkan dalam penerbitan album berkenaan.

Dari segi pemilihan lagu, penyampaian malah susunan muzik, Nyata tampil lebih kemas dan Hazami semakin berani menonjolkan karakter vokalnya yang pelbagai.

Untuk menyatakan Nyata menterjemahkan sesuatu yang baru daripada Hazami, tidak juga. Cuma penyanyi yang meledak dengan lagu saduran, Sonata Musim Salju ini menggabungkan formula yang pernah dihasilkannya menerusi dua album terdahulu lalu disatukan membentuk Nyata.

Hasilnya? Percubaan Hazami berjaya malah Nyata hadir dengan segala pakej yang diinginkan peminat daripada guru vokal ini. Usah diragui kerana Hazami meneroka segala kelebihan yang ada pada kekuatan vokalnya lalu diserlahkan dengan keyakinan pada album ini.

Daripada trek sederhana rancak, Ayuh membawa kepada Tiada Dikau Tiada Daku, Kata Cinta Madah Dusta, Fikir, Restu dan Tidak Mungkin, album ini mencerminkan kematangan Hazami.

Pengetahuannya yang luas dalam bidang muzik turut membantu Hazami untuk menentukan hala tuju album ini. Disebabkan sebahagian besar lagu adalah ciptaannya, Nyata yang turut menampilkan dua komposer lain iaitu Azlan Abu Hassan dan Audi Mok, sesekali telinga anda akan terkesan kepada formula yang sedia dipakai oleh penyanyi ini.

Paling jelas pada lagu Sepi kerana ia mengingatkan kepada lagu Mungkir Bahagia.

Kata Hip:

# PERCUBAAN yang mengesankan kerana Hazami lebih berani untuk menonjolkan karakter dirinya yang sebenar. Tahniah kerana dia sudah yakin untuk keluar dari kepompong ketakutan yang pernah membelenggu dirinya dan menjadi Hazami yang kreatif dan kaya dengan idea hebat. Produksi yang berbaloi untuk dimiliki.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 12:17 PM | Show all posts
Soseh-soseh: Album bagus tiada promosi

SELEPAS Anuar Zain, penerbitan album tempatan yang SS rasakan bagus dan berkualiti tahun ini menjadi milik Hazami yang muncul dengan album Nyata, kira-kira sebulan lalu.

Itulah pujian yang diberikan rakan SS kepada penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Kata dan Mungkir Bahagia ini.

Kata rakan SS, lagu yang dihasilkan dalam album terbarunya ini sangat 'groove' dan 'up to date' tanpa mengetepikan selera pendengar tempatan. Single keduanya, Kata Cinta Madah Dusta kini sering diputarkan di radio.

Rakan SS itu juga menggemari lagu Bukan Igauan, Ayuh, Tiada Dikau Tiada Daku, Restu, Fikir dan Tidak Mungkin. Pendek kata, semua lagu yang dimuatkan dalam Nyata bagus-bagus belaka.

Malah rakan SS ini siap kempen lagi mengatakan memang berbaloi membeli albumnya. Katanya, apa yang lebih membanggakan, album ini membabitkan produksi tempatan 100 peratus.

Cuma apa yang dikesalkan rakan SS itu, mengapa produk berkualiti seperti Nyata tidak dipromosikan syarikat rakaman. Sebabnya, sampai sekarang tiada wakil syarikat rakaman tempat Hazami bernaung membawanya mengadakan sesi fotografi bersama media ataupun majlis pelancaran albumnya.

Kata rakan SS, dia difahamkan album itu juga belum diedarkan kepada wartawan hiburan untuk diuar-uarkan. Katanya, syarikat rakaman seharusnya lebih peka dan mengambil berat produk tempatan kerana syarikat yang dinaungi Hazami bukan calang-calang.

SS sokong kata-kata rakan itu. Kalau sanggup berhabis wang usung artis luar masuk sini, apa salahnya buat satu majlis pelancaran meraikan kemunculan album artis tempatan. Mengapa tunggu jualan meletup baru hendak keluar bajet untuk promosi?

Kan lebih baik keluarkan sedikit lagi bajet untuk promosi supaya album itu diketahui ramai dan jualannya juga meletup. Barulah mereka untung dan artis juga dapat imbuhannya.

Bagi SS, Hazami antara artis tempatan yang patut dibanggakan kerana bakat nyanyiannya dan penciptaan lagu. Dia bukan sekadar menyanyi malah cipta lagu, buat lirik dan terbitkan album sendiri.

Hazami juga sudah membuktikan karyanya bagus apabila diiktiraf juri Anugerah Juara Lagu dua tahun berturut-turut melalui Kata dan Mungkir Bahagia.

[ Last edited by  badiuz at 15-11-2007 12:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 01:37 PM | Show all posts

Reply #77 badiuz's post

dah agak dah..memang album nih berkualiti...congratsss hazami!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 11:02 AM | Show all posts
dah agak dah memang album nih x baper laku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.108391 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list