CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30476|Reply: 343

Album ke-4 Sarah - dijual di Bazaar Ramadhan berhampiran anda Ramadhan ini!

[Copy link]
Post time 4-1-2007 05:21 PM | Show all posts |Read mode


Siti Sarah mahu bangkit kembali


SITI Sarah Raissudin adalah antara artis muda yang cukup berbakat dan berpotensi besar. Perjalanan seninya bermula dengan begitu baik pada 2002 apabila kemunculan album pertamanya yang mempertaruhkan lagu Kesetiaan dan Kehujung Dunia diterima ramai.

Kemudian kedudukan gadis genit berusia 22 tahun ini terus mantap apabila albumnya itu memperoleh anugerah Album Terbaik, Album Pop Terbaik dan Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia 2003.

Namun, entah di mana silapnya populariti dan kejayaan dilakar Sarah semakin terhakis sehinggakan kemunculan album ketiganya, Tiada Kau Tiada Makna terus dipandang sepi.

Ada yang mendakwa perubahan imej ?rban? Sarah punca peminat berpaling tadah. Namun itu semua tidak pernah mematahkan semangatnya.

Bersama azam tahun baru, anak jati Kuala Lumpur ini mengharapkan sinar kejayaan dan nasib berpihak kepadanya kali ini.

?aya harus melipatgandakan usaha dan bekerja lebih keras lagi. Justeru saya mengatur strategi baru sempena 2007.

?aksudnya, saya akan lebih memberi penekanan dari segi imej, menghasilkan album yang bermutu dan memperoleh lagu yang bagus. Saya mahu perluaskan bakat nyanyian yang selama ini tidak diserlahkan,? katanya.

Katanya lagi, dia mengharapkan kemunculan album keempat yang sedang dalam proses pembikinan membawa kebangkitan semula kepada kerjaya nyanyiannya.

Dulu mungkin Sarah terlalu mengikut telunjuk dan menjaga hati ramai pihak. Namun kini dia harus bertegas dalam menentukan hala tujunya dan enggan berada di takuk lama.

Dia mahu menebus segala kesilapan lalu dan mengembalikan kepercayaan peminat terhadapnya.

?idit Alfian (komposer) pernah memberitahu saya, seorang penyanyi yang hebat nyanyiannya perlu ada kematangan dan baik dari semasa ke semasa. Selain mereka tahu untuk meletakkan muzik mereka di tahap mana.

?ebagai seorang komposer yang terbabit dalam pembikinan album keempat saya, Aidit cuba melakukan pembaharuan dalam nyanyian saya. Bahkan saya sendiri sudah bersedia membawa perubahan pada industri seni suara.

?eskipun majoriti pendengar memilih pop, namun konsep yang diperkenalkan dalam album ini lebih segar dan diberi sentuhan baru. Single tidak semestinya bergantung pada lagu balada saja tetapi lagu rancak juga.

?ebenarnya saya mahu mencuba konsep album seperti diperkenalkan Christina Aquilera dan Beyonce Say. Namun tidak terlalu ?rban? dan masih mampu pikat hati pendengar tempatan,? katanya.

Album keempat Sarah yang diterbitkan Nar Records dijangka berada di pasaran Mac ini. Selain Aidit, komposer lain turut terbabit antaranya Neves dan Audi Mok yang juga pertama kali menyumbangkan lagu untuk Sarah.

Dalam pada sibuk menyiapkan album, kisah cinta Sarah dengan pemuda Mat Saleh dari New Zealand, Harith Fuad (James), 23, terus hangat diperkatakan.

Selepas membuat pengakuan terbuka, James adalah teman istimewanya satu lagi gosip bertiup kencang ketika ini apabila Sarah dikatakan akan bertunang dengan jejaka itu tidak lama lagi.

Mengulas dakwaan itu, Sarah tidak pula mengiyakan atau menafikan sebaliknya membiarkan ia terus menjadi teka-teki.

?iada gunanya saya berahsia kerana suatu hari orang akan tahu juga. Cuma buat masa ini belum ada hitam putih sebab itu saya tidak berani cakap apa-apa.

?un begitu saya tidak menolak jodoh kalau sudah ditakdirkan saya berkahwin muda. Jangan bimbang, bila masa yang sesuai saya sendiri akan beritahu wartawan,? katanya.

Credit : cyclops_psycho



[ Last edited by  fairytale at 15-9-2007 11:01 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2007 05:25 PM | Show all posts
YAY!!!~:clap::clap::clap:

tak saba2nye!!~:pompom::pompom::pompom:

tapi aku still x caye album ni akan kuar bulan MAC sbb album MIMI yg baru tu yg dah nak siap tu pon dijangka akan kuar bulan JUN...ni album yg tade dengar berita ape2 tiba2 nak kuar bulan MAC ni....hmmmmm....:jeling:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2007 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by Raindancer at 4-1-2007 05:25 PM
YAY!!!~:clap::clap::clap:

tak saba2nye!!~:pompom::pompom::pompom:

tapi aku still x caye album ni akan kuar bulan MAC sbb album MIMI yg baru tu yg dah nak siap tu pon dijangka akan kuar bulan  ...



laa mmg la...
hazami dipanggil utk interview kat tv, pastu die sendiri yg byk buat lagu2 utk album baru tu, so die cakapla...

mcm sarah, kat tv pon blom dpt diinterview lagik...
mungkin dah siap, tp cume tgu mase nak dipasarkan jer :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 05:37 PM | Show all posts

Reply #3 fairytale's post

harap begitulah....:pray:

bila Sarah nak diinterview oleh Muzik2 lak?

p/s: aku paling x saba nak dengar lagu dari Audi Mok....lagu dia kebanyakkannya aku ske....:love:
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 06:19 PM | Show all posts
amboi fairytale,awal betul kuar thread psl album terbaru sarah nie..hrp2 album ni x la xtend sampai bln 4,5,6 & seterusnyaa.. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 07:38 PM | Show all posts
WAH X SBR RASENYE .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2007 08:16 PM | Show all posts

Reply #5 cyclops_psycho's post

harap2la....tapi NAR mcm takleh harap je...;)
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 08:38 PM | Show all posts
Originally posted by Raindancer at 4-1-2007 08:16 PM
harap2la....tapi NAR mcm takleh harap je...;)


TU LH PSL ...

SI-YAN SARAH ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2007 09:05 PM | Show all posts
Originally posted by Raindancer at 4-1-2007 08:16 PM
harap2la....tapi NAR mcm takleh harap je...;)



aku rase NAR dah insap kot...
yela, klu derang dah putus asa, masakan derang bg sarah buat lagi satu album :ah:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2007 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by cyclops_psycho at 4-1-2007 06:19 PM
amboi fairytale,awal betul kuar thread psl album terbaru sarah nie..hrp2 album ni x la xtend sampai bln 4,5,6 & seterusnyaa.. ;)



biasala, tgh bersemangat ni...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 11:56 PM | Show all posts
album sarah sebelum2 ni pon bagus. cuma pemilihan single utama aje yg mengecewakan.
harap sarah n kompeni lebih teliti lepas ni, n make sure dpt masuk AJL.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2007 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 4-1-2007 11:56 PM
album sarah sebelum2 ni pon bagus. cuma pemilihan single utama aje yg mengecewakan.
harap sarah n kompeni lebih teliti lepas ni, n make sure dpt masuk AJL.



:setuju:
macam album ke-2 (Mimpi Pun Sama), sepatutnya lagu Aidit Alfian "Tinggalkan Diriku" sepatutnya jadi 1st single, bukannya "Saat Hilang Cintamu".

album ke-3 (Tiada Dikau Tiada Makna), "Bersamamu" pon ok gak jadi 1st single tp aku lebih prefer lagu "Tiada Dikau Tiada Makna"
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 12:32 PM | Show all posts
u tahu orang melayu kan.. cakap album keluar mac. november baru keluar. lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 02:50 PM | Show all posts

Reply #13 homeboy's post

:lol :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by fairytale at 5-1-2007 12:07 PM



:setuju:
macam album ke-2 (Mimpi Pun Sama), sepatutnya lagu Aidit Alfian "Tinggalkan Diriku" sepatutnya jadi 1st single, bukannya "Saat Hilang Cintamu".

album ke-3 ( ...


Betoll sagt...sama la h kitaa..heheh...MIMPI PON SAMA patut push lagu Tinggalkan Diriku...1st single is very important...n album TDTM aku tak suka lagu BERSAMAMU 1st time dgr kat SureHeboh...bila dgr lagu TDTM wow mmg sweet meruntun jiwa punya ballad...mmg agak typical Hazami but best..wpon ada yg cakap album TDTM kurang mantap..bagi aku ia lagi mantap dari mIMpi pon sama...yg tak mantapnya sales nya jer..and NAR so stupid tak buat promo betol..(same probs happen to JAC)an d 1 more thing aku rasa SARAH kena asah vocal lagik la bila nyanyi live..masa semi final BERSAMAMU ari tu aku agak keciwa la live dia..huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2007 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by nashrudean at 5-1-2007 06:41 PM


Betoll sagt...sama la h kitaa..heheh...MIMPI PON SAMA patut push lagu Tinggalkan Diriku...1st single is very important...n album TDTM aku tak suka lagu BERSAMAMU 1st time dgr kat SureHeboh... ...



:setuju: stesen2 tv pon kene la bg sarah peluang nyanyi live
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2007 07:49 PM | Show all posts
saya suka lagu2 sarah..............
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 03:47 PM | Show all posts

Reply #11 sayangidaku's post

:setuju:

harap2 utk album baru ni, single pertama lagu yg rancak2......

bosan la lagu slow....:gantuk:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by Raindancer at 7-1-2007 03:47 PM
:setuju:

harap2 utk album baru ni, single pertama lagu yg rancak2......

bosan la lagu slow....:gantuk:



tp aku rase 1st single paling sesuai lagu ballad...
harap2 aidit akan buat lagu ballad sehebat atau lebih hebat dari "Tinggalkan Diriku" utk dijadikan sbg 1st single :love:
Reply

Use magic Report

art2020 This user has been deleted
Post time 7-1-2007 07:58 PM | Show all posts
:music: :music:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.406207 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list