CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18006|Reply: 81

SEAN GHAZI - SEMALAM

[Copy link]
Post time 11-12-2006 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Nyanyian Sean Ghazi menggetarkan jiwa


ARTIS: Sean Ghazi
JUDUL: Semalam
GENRE: Kontemporari klasik


SELAMAT datang ke sebuah pengalaman yang mampu menggetarkan jiwa dan melemahkan lutut. Pengalaman itu hanya mampu dikendalikan Sean Ghazi. Bagi saya, gaya tersendiri Sean menyerlahkan kelakian, classy, sopan, tetapi sangat Melayu. Tidak, saya bukan bercakap mengenai orangnya tetapi lagu dan muziknya itu.

Ini adalah album studio pertama Sean dan saya berani kata dia mampu pukul habis dengan Semalam. Bagi saya bukan sebarangan penyanyi mampu bawakan irama ala swing, Broadway dengan pengaruh klasik Melayu sebegini.

Pertama kali telinga menjamah alunan seperti Semalam, ia memang cukup mendamaikan. Pejamkan mata dan bayangkan anda berada di satu tempat yang cukup indah dan menyenangkan. Gesekan violin, double bass dan instrumen strings lain memberikan impak orkestra yang berkesan. Terasa juga macam sedang menonton filem muzikal klasik lama yang romantis sekali.

Trek 7, Punch Card lagu asal nyanyian Sudirman diberikan nafas baru yang lebih jazzy dan soulful.Ditambah vocal styling yang begitu ampuh, macam lagu Pink Panther pun ada!

Berjaga-jagalah dengan sebutan bait perkataan yang keluar daripada mulutnya.

Kejelasannya maksimum, butir demi butir perkataan jelas kedengaran sehingga saya sendiri terlupa bahasa pertuturan pertama Sean adalah Inggeris!

Untuk pendekatan lucu, dengarkan Dengar Ini Cerita yang disampaikan dalam imaginasi drama muzikal yang berkesan. Berkesan mungkin kerana diselitkan dialog bersama artis yang tidak asing lagi Adibah Nor dan lucunya, perabot IKEA terbang melayang turut disebut dalam drama pertengkaran suami isteri yang mencuit hati itu.

Bagi saya, mungkin keseimbangan yang ditampilkan dalam pemilihan lagu Sean yang bukan saja dari era emas namun juga lagu baru saling melengkapi antara satu sama lain.

Fikir semula dan luangkan masa untuk suatu pengalaman yang begitu memberangsangkan menerusi Semalam. Bukan Frank Sinatra, bukan Harry Connick Jr atau Michael Buble. Dialah Sean Ghazi, anak Malaysia.

Turut dimuatkan, Ku Impikan Bintang, Rambut Hitam, Matanya Galak, A Have Dreamed, Hujan Di Tengah Hari, Jauh Jauh, Getaran Jiwa, Sabar Menanti dan Somewhere My Love

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2006 02:05 AM | Show all posts
mane nak donlod?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 11:59 AM | Show all posts

Reply #2 fairytale's post

blilah yg original. :setuju: aritu aku de nampak cd die kat kedai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

haazn This user has been deleted
Post time 12-12-2006 06:08 PM | Show all posts
yang ni ke album dia yang producer dia srg american yg produce michael buble?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 07:13 AM | Show all posts

Reply #3 jac_diehard_fan's post

eh aku dah beli...
ko nak x? ;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 03:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2006 07:56 AM | Show all posts

Reply #5 fairytale's post

best tak? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 20-12-2006 07:56 AM
best tak? :hmm:

IM dah beli cd yang ori.
A MUST HAVE!!! Highly recommended.
Kalau saper suka lagu2 lama (broadway music ker tu?) tentu akan terpesona.
Music arrangement memang power giler. Kalau dgr kat headphone memang membuai perasaan terutama lagu Jauh-Jauh.
Kalau test cd ni kat kedai, suruh dia mainkan lagu yang ke 6 (Jauh-Jauh). Pastu lagu semalam pun best dan lagu ku impikan bintang.

Keseluruhannya 9/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2006 03:27 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 20-12-2006 07:56 AM
best tak? :hmm:


hmm xtau la camne nak ckp...
sbb blom start dgr lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 03:28 PM | Show all posts

MESTI BELI CD SEAN GHAZI

Im grenti ramai yang minat dgn lagu2 dari Sean Ghazi. Music arrangement memang cukup bast!!! Lagu kegemaran IM ynag boleh membawa im berkhayal....Jauh-Jauh....

Jauh, jauh, nun di sebalik gunung yang hijau
pasir putih, menantikan laut biru
ombak yang berderai, sayup sayu kedengaran
bayu nan meniup membawa beritaku padanya

Sungguh sayu, bila ku kenangkan peristiwa
Sayup sayu, tinggal segala kenangan
lenyap ditelan ombak
yang membasahi diriku sorang
tinggal mengenang yang jauh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 04:33 PM | Show all posts

Reply #9 fairytale's post

lol send mp3 plis :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 04:34 PM | Show all posts

Reply #8 intan_mahsuri's post

vokal die ok tak.. tapenah dgr die nyanyi lagik :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 04:56 PM | Show all posts

Reply #1 intan_mahsuri's post

sean ghazi ni siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 05:41 PM | Show all posts
sya pn mau dload klo ade

sbb $ tak mgizinkn =(
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 06:14 PM | Show all posts
kat sinar dah start pasang lagu ku impikan bintang....
memang best pun...tapi tak tergerak nak beli lagi...
semua review yg aku baca kata album ni a must buy album...
tapi aku tak tau apsal aku blom terasa nak beli, maybe sebab aku tak minat sean ghazi kot..
aku memang nyampah tengok dia belakon drama idaman dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 06:35 PM | Show all posts
oo dah kuar eh cd dia? tp cam salah umah ni.. patut kat new release.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2006 09:19 PM | Show all posts
album ni mendpt review yg cukup baik & +ve komen...rasa mcm nak beli lak...
Reply

Use magic Report

pikir2 This user has been deleted
Post time 22-12-2006 10:32 PM | Show all posts
tak kenal pun...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 11:26 PM | Show all posts
dia ni G** ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 11:38 PM | Show all posts
sapa ni?ada gambar tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.074543 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list