|
Besttttt....
lagu Jauh...jauhhhh....nun di sebalik gunung yang hijau.....
IM tujukan lagu ni buat buahati IM yang JAUH....miss him so much.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayang_mulut at 23-12-2006 05:48 AM
macam ade harapan menang album terbaik atau voal terbaik je die ni...
IM rasa susah nak menang coz tak ramai oang m'sia yang minat muzik klasik camni. Malaysian ni kan pelik sket, they go for the appearance not the talent. lagi plak kalo banyak kontroversi, lagi laku...
Tapi memang best dgr lagu ni...sket2 suara dia ada macam Allahyarham Ahmad Daud |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamak_kg_kastam at 26-12-2006 02:11 AM
ko dah beli ker mamak?
Sean Ghazi ni memegang watak Balat citer Anna and the King dulu (ala yang ader Jodie Foster and Chow Yuen fatt shooting kat Malaysia blablabla)
director dia Micheal Apter (pengarah Gorillas in the mist and Nell) sampai sekarang kerap visit Malaysia lepas citer tu ngan wife dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
dia nih best.....susah nak dengar lagu lagu bermuzikkan yang pernah top kat zaman p.ramlee dulu...kalau dia nih hidup kat zaman p.ramlee dulu,dah jadik artis ternama dunia dia dah mamat nih..apap pun,aku uska vokal dia...sangat unik!! |
|
|
|
|
|
|
|
KALI pertama mula mengenali nama dan pemilik wajah kacak ini ialah apabila menyaksikan lakonannya bersama Deanna Yusof dalam drama bersiri Idaman musim pertama yang pernah ditayangkan di Astro Ria pada 1998.
Hati mula bertanya siapakah Sean Ghazi (disebut sebagai SHON) yang memegang watak sebagai Khalid dalam drama berkenaan kerana sebelum ini dia tidak pernah menghiasi layar kaca mahupun layar perak tempatan. Tiba-tiba sahaja namanya menjadi sebutan kerana kehebatan dan populariti drama Idaman.
Tidak lama kemudian, dia muncul lagi menerusi drama bersiri, Kuala Selangor yang juga ditayangkan di Astro Ria bersama Zahim Al-Bakri dan Shazleen Shahbi.
Selepas itu tiba-tiba namanya kedengaran disenaraikan berlakon dalam filem Hollywood, Anna and The King. Filem yang dibintangi oleh pemenang Oscar, Jodie Foster dan Chow Yun Fatt itu menjalani penggambaran di Malaysia sekitar awal tahun 1999. Malah, filem itu turut dibintangi oleh pelakon-pelakon tempatan lain antaranya Deanna Yusof, Datuk Syed Alwi, Afdlin Shauki dan Harith Iskandar.
Watak Khun Phra Balat yang dipegang Sean dalam filem itu bagaikan membawa tuah kepadanya apabila dia berjaya mengulangi watak berkenaan di pentas teater muzikal The King and I pada 2000. Teater yang dipentaskan hampir setahun di West End, London itu mendapat sambutan yang menggalakkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat itu, khalayak hanya mengenali Sean sebagai pelakon berbakat tanpa mengetahui bahawa dia juga berkebolehan menyanyi dengan baik.
Penglibatannya dalam dua teater muzikal popular iaitu Miss Saigon (dipentaskan di London pada 1992 hingga 1994 sementara di Jerman pada 1994 hingga 1996) dan Rent (dipentaskan di Jerman dan London pada 1999) membuktikan bakatnya bukan hanya sebagai penyanyi tetapi juga sebagai penari.
Mungkin juga anak muda ini memiliki bakat penghibur serba boleh yang belum menyinar.
Setelah mencipta nama di pentas teater antarabangsa, Sean mula mengatur satu misi iaitu merakamkan album! Bukan sebarangan genre muzik yang mahu dirakamkannya.
Di kala artis baru lain menjadikan pop, rock dan pop etnik sebagai pertaruhan sebagai salam perkenalan dalam bidang muzik, Sean pula membuka satu dimensi baru dalam bidang seni suara tempatan apabila dia mahu menjadikan genre muzik yang menjadi santapan generasi terdahulu sebagai konsep albumnya.
Muzik seperti swing jazz, big band dan smooth jazz menjadi pertaruhan Sean untuk album pertamanya, Semalam yang mula dipasarkan November lalu.
Terdahulu, Sean telah pun memperkenalkan konsep muziknya kepada khalayak apabila dia membuat persembahan istimewa dengan mendendangkan lagu Jeritan Batinku dengan cara tersendiri pada Anugerah Era, September lalu. Persembahan itu juga sedikit sebanyak telah membuka mata banyak pihak bahawa dia hadir ke dunia seni tempatan bukanlah untuk syok sendiri atau kata orang, berangan!
Lima tahun buat persiapan
Kalau kita lihat sekarang, untuk penyanyi baru yang pertama kali melahirkan album, agak sukar untuk menjual album mereka. Sedangkan artis yang sedia ada pun, untuk melepasi angka jualan album 10,000 unit pun agak sukar. Mengapa Sean begitu berani mempertaruhkan muzik baru bagi pendengar tempatan di saat industri muzik kini mengalami zaman suram?
Berpeluang menghabiskan masa bersama selebriti 37 tahun ini dan menyelami isi hatinya, ternyata Sean begitu optimistik dalam bidang baru yang diceburinya.
Memulakan bicaranya, dia memberitahu tujuan utama kelahiran album Semalam adalah kerana dia mahu mengangkat kembali karya-karya Melayu klasik yang disifatkannya sebagai karya unggul dan tidak akan ditelan zaman. |

Memulakan bicaranya, dia memberitahu tujuan utama kelahiran album Semalam adalah kerana dia mahu mengangkat kembali karya-karya Melayu klasik yang disifatkannya sebagai karya unggul dan tidak akan ditelan zaman.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_01.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Muzik Sean membanggakan
JUDUL: Semalam
ARTIS: Sean Ghazi
GENRE: Pop Kontemporari Klasik
BAGAIKAN berada di sebuah lembah di kaki gunung yang damai dan subur dipenuhi aroma dan haruman dari pepohon serta kuntuman bunga bersilih musim yang segar menyenangkan.
Begitulah yang bakal anda alami dan rasai tatkala mendengar album Sean Ghazi ini.
Lembah itu pula seperti tidak pernah didatangi kemarau walau sesaat pun setiap kali Sean mengalunkan vokalnya yang indah, romantis serta mengasyikkan itu.
Malah, ibarat air dari pinggiran gunung yang sentiasa menyuburkan lembah itu, Vokal Sean ternyata mempunyai kuasa serta magiknya sendiri untuk membuai jiwa dan perasaan serta menyejukkan halwa telinga pendengar.
Apa lagi apabila dipersembahkan dalam himpunan lagu dengan gaya classy dan penuh cita rasa tinggi menerusi iringan orkestra.
Menariknya, elemen muzik seperti swing, broadway, soul dan jazz disatukan dengan cukup baik sekali dalam muzikal Sean ini.
Namun, apa yang penting, Semalam bukanlah satu hasil kerja dilakukan dalam tempoh singkat.
Bukan juga dilakukan secara tangkap muat saja.
Mereka yang dipilih bekerja di belakang tabir pembikinan album ini juga tidak dilakukan secara sembarangan sebaliknya yang memahami cita rasa muzik Sean.
Juga faham dengan bentuk serta genre muzik yang hendak diketengahkan Sean dan paling penting memahami maksud dan erti muzik yang bagus dan berkualiti.
Lihatlah semua 21 barisan pemuzik yang ditampilkan di dalam album ini. Mereka adalah kalangan pemuzik orkestra profesional yang memahami jenis dan tuntutan muzik klasik sebegini.
Disebabkan, jangan berasa teruja seandainya kualitinya jauh berbeza dan jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan album tempatan kita., kecuali pada zaman era kegemilangan Roslan Aziz bersama RAP Production.
Semalam juga menghimpunkan banyak lagu yang menarik.
Daripada lagu era kegemilangan P Ramlee seperti Getaran Jiwa, Hujan Di Tengahari, Dengar Ini Cerita hinggalah ke Ahmad Nawab menerusi Sabar Menanti dan Sudirman Arshad (Punch Card).
Namun, janganlah risau dengan susunan muzik baru ditampilkan dalam kebanyakan lagu ini. Anda pasti akan menyukai dan ia memang kelas!
Sean turut mencipta lagunya sendiri iaitu Semalam yang diangkat sebagai judul album ini dan ternyata ia sebuah karya yang cukup matang dan punya kekuatannya sendiri.
Sebelum ini, kita sudah ada Shanon yang berbakat sebagai penyanyi dan pemain piano dalam genre sebegini. Namun seseorang yang boleh dibanggakan sebagai Frank Sinatra Malaysia masih belum ada.
Maka, tepat sekali kehadiran Sean dalam industri kita ini. Akhirnya, kita dapat menikmati sendiri genre muzik sebegini dalam bahasa Melayu. Sungguh membanggakan. |
|
|
|
|
|
|
|
album Sean Ghazi
tak sure kalau threat ni dah ada ke tak...
sapa kat sini pernah dengar album sean ghazi, ala ala frank sinatra malaysia ni...aku rate 4 star kat album dia..suara dia mmg power and original..kelas.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
suka style dia....teringat muzik zaman p.ramlee... |
|
|
|
|
|
|
|
eh..cam mana nak tempek gbr yek...? |
|
|
|
|
|
|
|
lagu dia yg best...ku impikan bintang...vc dia ada keluar kat muzik di ria...mmg kelas
tapi jarang nak dpt dengar kat radio, cam tak de promosi...muzik dia mmg best, life orchestra from aust, leh tangkap shahdu kalau dengar lagu "semalam"
sapa ada member kerja kat radio, leh find out, naper tak de yg mainkan lagu dia...boikot ker |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke...thanks...mod leh tlg merge |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jac_diehard_fan at 23-12-2006 14:32
aku nak dengo dulu kalu best baru aku bli
a must buy...aku pusing satu penang cari album dia...sold out..tak tau la brapa unit kedai tu ada kan...
mmg tak jemu mendengar....cam leh jatuh cinta ngan nyanyian dia...mmg dia ada bakat....i fall in love with his song sejak tgk dia kat muzik di ria...wah..tak sangka leh nyanyi...and very well done.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia nih boleh pergi dengan jauh...artis macam ni kita nak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 14-1-2007 22:34
dia nih boleh pergi dengan jauh...artis macam ni kita nak...
:setuju: aku terpersona dengar lagu dia
cam jadi lagu wajib aku..kalau tgh mati kutu...aku dengar lagu dia...terus leh dpt idea....kwang kwang kwang..
muzik dia leh pin international... |
|
|
|
|
|
|
| |
|