CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anti_aktivis

Ipoh bandar paling best.

[Copy link]
Post time 27-1-2007 11:43 AM | Show all posts

Reply #120 sepaileman's post

adehhh nasib baik aku tergerak nak check thread ni..  kena lagi kat aku siot..  he he he tak baik mike fitnah tau..  dah la kutuk ipoh ni tempat cik pon berlegar ye..  kutuk negeri ye..  aku report mod karang, aku report..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2007 01:39 PM | Show all posts
Ipoh memang best dan terkenal sbg tempat yang paling sesuai rawatan urat2 yg lengoh2.....
nak tau lebih detail... sila PM kat mukkkkksss.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 03:00 PM | Show all posts
ipoh memang best....

kawan aku pernah tanya aku taknak beli rumah ke? aku kata aku nak beli rumah kat ipoh sebab nanti dah tua aku nak dok ipoh....

aku suka suasana ipoh walaupun ada jugak yang kata ipoh macam pekan koboi..

dan aku tak sabar nak balik ipoh raya cina nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 03:04 PM | Show all posts

Reply #122 Al Lebam's post

urat kecik ke urat besaq?

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 03:05 PM | Show all posts

Reply #123 nevberg's post

nev....pekabo......


kalaulah dapat beli umah besar macam tapei best kan....tapi kurang minat sikit nak duduk ipoh....duduk kat kualer ok....rumah kampung....ada dusun....uisshhh behnyer.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by yaneng at 27-1-2007 15:05
nev....pekabo......


kalaulah dapat beli umah besar macam tapei best kan....tapi kurang minat sikit nak duduk ipoh....duduk kat kualer ok....rumah kampung....ada dusun....uisshhh behnyer.......


alhamdulillah sihat adanya....rumah kat kuala tu memang best...dan salah satunya rumah yaneng tu la...tradisional habis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2007 03:15 PM | Show all posts

Reply #126 nevberg's post

mekasih.....

memang kalau boleh, nak tinggal kat kampung bila dah tua nanti....ooopsss....dah tua pun sekrg nie, tapi belum pencen lagi ekkk....heheheh


bila nak bergath lagi nev.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 04:13 PM | Show all posts

Reply #126 nevberg's post

nev.. ada kau.. kat ipoh ke?
wehh ada minah tu tak habis-habis jeles kat kau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2007 04:16 PM | Show all posts

Reply #125 yaneng's post

yaneng.. kat kuala pun best apa.. suasana kampung la best..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 22-1-2007 08:29 AM
aku tau..  baru je sabtu lepas aku ke sana  :lol

alah kat ipoh ni  kalau nak lepak pun, berapa sangat tempat yang ada selain dari kat tambun tu....  recharge & planet bukannya seangkatan p ...



Right on Bro !

Aku saja jer ricky ricky tempat  tu  New years eve aritu.
Wallawei... ternyata tempat itu memang cool ler   :love:

And I have seen some cool hangouts elsewhere... Mat Salleh punya type included.  :cool:

Thank you Sunway City.  :solute:
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by Pikir at 23-1-2007 09:05 AM
erkk..tak paham:jeling: :hmm:



Erm... mungkin lebih elok kalu ko tak faham kots.

Setau aku,  Pengkids memang jenih kompleks owangnye.

Jangan maree ah Cik Peng.

[ Last edited by  mutantninja03 at 27-1-2007 06:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 05:47 PM | Show all posts
Originally posted by ckkc at 26-1-2007 10:24 PM
Ipoh terlalu senyap dan gelap waktu malam lah. Sunyi betul. Waktu siang okey sikit tapi malam macam tak da apa apa interesting pun. Ada tempat rekomen tak sebab nak pegi ipoh cari kawan tak lama  ...



Yang gelap & senyap tu yang romantis dan panas membara tu tawww...   akakakakkk  


But seriously, kat belah mana yang gelap tu dik ??

TNB memang sedang buat banyak kerja upgrading lampu jalan di sekitar bandaraya Ipoh sekarang nie.

Itu pun sebab ramai warga Ipoh dah komplen.

Harap harap lepas nie boleh terang benderang & meriah semula lah hendaknya bandaraya ku ini.  :nerd:


ps: Tinggal  jalan jalan yang beralun dan bertampung tampung sekian lama yang perlu di turap baru.

[ Last edited by  mutantninja03 at 1-2-2007 01:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by nevberg at 27-1-2007 03:12 PM


alhamdulillah sihat adanya....rumah kat kuala tu memang best...dan salah satunya rumah yaneng tu la...tradisional habis...



Aku pong suka kan rumah jenih tradisional Melayu nie... tapi rimas kalu duduk kat tempat ulu dan sunyi sangat.

Nanti mati kutu tak tahu nak buat apa pulak.

Kalau kat Ipoh memang just nice sebab boleh own "a small orchard" di tengah tengah bandar  ! :music:

Tempat lain susah nak celen ler.

Kiranya kalu di KL tu lebih kurang macam area Sungai Penchala ler tu.  ;)
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by nevberg at 27-1-2007 03:00 PM
ipoh memang best....

kawan aku pernah tanya aku taknak beli rumah ke? aku kata aku nak beli rumah kat ipoh sebab nanti dah tua aku nak dok ipoh....

aku suka suasana ipoh walaupun ada jugak  ...



Pekan Koboi ?? Erm... 10 tahun dulu mungkin aku setuju.

Mana ada dah tempat tempat macam Dayi, Perak Emporium, Angel, Super Kinta, Ocean  semua tu. Bunyi cam zaman Perak Man je tu    

Sekarang depa sopping kat JJ, Tesco, Giant. Sentiasa penuh sesak 3 tempat nie.

Nak carik handphone pegi Greentown Mall. Nak cari barang murah pergi The Store, GM & Billion.


Minat lanskap dan pasu pasu ceramics...ada berpuluh tempat nak tuju.

Minat clubbing pegi je ke Bandar Medan Ipoh tu. Ataupun ke Greentown Business Center & sekitar Jln. Yang Kalsom sana.

Minat mancing ada berpuluh tempat boleh tuju... tasik, lombong dan laut.

Minat picnic, ada berpuluh jeram dan air terjun + kolam air panas boleh jengah.

Minat sukan ? Cakap aja sukan apa yang tak ada dimainkan di sini ?

Nak udara sejuk, nyaman dengan scenery yang menawan, Cameron Highlands is just 1/2 hour drive away.

Kalau tempat makan usah cakap lar... memang berlambak. Pilih jer ikut budget sendiri. Dari gerai sampai ke taraf hotel.


Ipoh Parade yang suatu masa dulu hambar tu pun dah penuh tenant dan kembali meriah skarang. Dah ada Starbucks pun.
Aku pun tak sangka Parkson Ipoh Parade tu boleh nampak Grand macam sekarang nie.  :pompom:


Err...Pendek kata  Ipoh memang best lah !  akakakakk  

Perak the retirement state ?? Ermm... that's what they used to call Florida and California in the USA, tapi aku tengok Miami, LA & Frisco semua tetap kencang & happening jugerk.   Tua buat cara tua, muda buat cara muda lah yer tak ?  :cak:



ps: Cumanya aku dok tunggu Burger King mari sini, tak sampai sampai  lagi haku pun tak tahu apa pasat. Kat KL pun ada berapa buah jer outlet dia. Dengar cerita ada problem ngan franchisor dia, tul ker ??  :stp:
Satu lagi Shakeys Pizza & Tarbush the turkish restaurant......   Sowi lar terover laks...tapi aku memang suka makan sedap sedap. Biar sikit asal sedappp !

[ Last edited by  mutantninja03 at 9-2-2007 02:58 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by mutantninja03 at 27-1-2007 06:48 PM



Pekan Koboi ?? Erm... 10 tahun dulu mungkin aku setuju.

Mana ada dah tempat tempat macam Dayi, Perak Emporium, Angel, Super Kinta, Ocean  semua tu. Bunyi cam zaman Perak Man je tu    
...


Kira Ipoh bukan pekan koboi dan bukan pekan yang tak happening . Tengah tengah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by anti_aktivis at 29-1-2007 01:22 PM


Kira Ipoh bukan pekan koboi dan bukan pekan yang tak happening . Tengah tengah.



TENGAH meniti arus pembangunan yang lebih gemilang nampaknya....  

Personally, aku bukan tak mahu Ipoh menjadi metro & industrialised macam KL, Penang & JB tu....TAPI kalau boleh biarlah kita di sini ambil iktibar dengan apa yang terjadi di bandar bandar besar tu sejak kebelakangan nie. Contoh paling ketara ialah sistem saliran yang tak seiringan dengan pembangunan & aktiviti indistri berat yang mengakibatkan pencemaran alam dan banjir besar seperti di JB dan Shah Alam.

Kalau boleh pembangunan kita di Perak biar lebih tersusun dan bertanggungjawab lah.
Kalau fikir fikirkan balik ada baiknya jugak membangun lambat nie...boleh belajar dari kesilapan orang lain.  
Jangan kita tamak sangat sampai semua nak pulun sorang. Pantang ada proposal pelaburan aje semua nya nak di bolot. Infra tak terurus pun nak lulus jugak asal jangan pelaburan terlepas ke negeri jiran !  Ish ish ish.... sifat haloba nie Tuhan tak suka. Seelok eloknya biarlah pembangunan & kemajuan dirasai sama rata di seluruh negara, bukan setakat negeri kita saja, kan ?? :cak:


Lagi satu aku nak komen sikit pasal tuduhan terhadap kerenah Cina Ipoh oleh budak Pengkid tu.

Aku rasa sangat tak adil dia buat tuduhan melulu macam tu. Sebab aku tahu benar apa yang sedang berlaku pada kaum Cina Ipoh sejak kebelakangan nie. Sudah nampak banyak perubahan berlaku pada mereka.

Kalau dulu memang ramai yang tak fasih bertutur bahasa Melayu, sekarang rata rata generasi barunya fasih bertutur bahasa Melayu bahkan ada yang bertutur lebih baik dari pak pak menteri kabinet sendiri !

Kalau dulu sangat racist & prejudis terhadap orang Melayu, sekarang sudah baik dan hormat dengan kita.

Kalau dulu ramai yang jenis isolationist & anti establishment ( jenih otak kominih dan jenih tokeh bela babi, bela ikan Tongsan dan tanam limau bali   ) sekarang rata rata ramai yang sudah educated dan mahu bergaul dengan masyarakat mainstream.

Ramai antara mereka yang sudah memeluk agama Kristian dan tak kurang juga Islam.
Memang nampak ketara perubahan tu bila depa dah tukar agama... terutama dari aspek kebersihan (rohani & jasmani).

Kesimpulannya....harap harap Ipoh akan bertambah maju (mencapai wawasan 2020 lebih awal), makmur, aman dan damai, iinsyaAllah... :pray:

ps: Rasa rasa aku, peratus penduduk Melayu di Ipoh dah bertambah sejak kebelakangan nie. Perasan aku lah...t.ak tahu lah apa kata statistik yang terbaru. :cool:

[ Last edited by  mutantninja03 at 9-2-2007 03:02 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2007 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by mutantninja03 at 29-1-2007 02:39 PM



TENGAH meniti arus pembangunan yang lebih gemilang nampaknya....  

Personally, aku bukan tak mahu Ipoh menjadi metro & industrialised macam KL, Penang & JB tu....TAP ...


Pasal Cina ipoh, aku dibesarkan disatu kawasan yang ada pelbagai bangsa (melayu , cina dan india). Bagi aku cina ipoh , tak kira pandai cakap melayu ka , atau tidak , OK aja. Klu berjiran dengan depa , memang depa amek berat pasal jiran (tak kira bangsa ) hinggakan time raya depa , tak yah pi rumah depa , angpau dan kuih sampai kerumah.

Dan aku personally pernah berguru dengan seorang Ustaz berbangsa cina (bukan ridhuan tee) yang aku pasti ada yang kenal beliau .

Cuma yang aku peratikan among chinese ipoh , depa ada group depa sundiri , contoh china pekan baru dan china pekan lama, Hat ni ketara
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by anti_aktivis at 16-1-2007 11:31 AM



bandar ipoh yang sebenar (pekan lama dan pekan baru) memang kecil , jalan kaki pun boleh round. Sebab tu dulu segala sudut aku dah jelajah.

P/s aku ni klu nak


dulu masa sekolah suke sangat jalan kaki dari bus station ke super kinta.

tapi kalau sekarang bagi upah pun idok le teman nak buat koje tu dah. hehehe....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2007 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by ain_nurain at 1-2-2007 11:48 PM


dulu masa sekolah suke sangat jalan kaki dari bus station ke super kinta.

tapi kalau sekarang bagi upah pun idok le teman nak buat koje tu dah. hehehe....



Paling best klu ikut jalan tepi sungai , bukan apa banyak pokok besar , siap boleh lepak cam langsuir kat dahan pokok tu. Gilerrr punya besar
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 09:59 AM | Show all posts
RAMAI nye yg dok borak pasal ipoh...aku bkn anak jati ipoh... pindah masa form 1 kat sana sampai la mak aku meninggal taun lepas...ipohlah my hometown.. Kubur mak aku kat gurap...dan kebetulan sebelum tu aku dah beli umah kat klebang putra... so aku pun mmg menCINTAIi IPOH tp la ni sedih.. balik ipoh dah tak tido sana... tunggu dpt kunci umah dulu... baca kisah korang ni... umo mmg baya2 aku gak... cuma aku ni dr lepas SPM asik meranto jer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.350729 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list