Sofia Jane kembali Sesudah Ijtihad
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
APABILA aktres Sofia Jane Hisham kembali berlakon, ia menampakkan sinar positif untuk dunia drama tempatan.
Sesudah 11 tahun menyepi, Sofia yang pernah merangkul anugerah Pelakon Paling Popular Berita Harian pada 1993 tampil dalam drama Sesudah Ijtihad.
Melalui drama arahan Azman Yahya (Jinggo) terbitan JS Production itu, Sofia memegang watak banduan bernama Ida, yang berkongsi bilik dengan dua tahanan lain ..................lakonan Mas Idayu dan ..................Sheila Rusly.
Ketika ditemui di lokasi drama itu di Penjara Pudu, Kuala Lumpur, Sofia menganggap tawaran yang diterima itu menyuntik semangat untuknya kembali aktif.
Bahkan sesudah sekian lama tidak berlakon drama, suaminya sendiri terharu dengan kepercayaan yang diberi pengarah drama itu untuk Sofia mendokong watak utama.
揝ebab utama mengapa saya menerima tawaran Sesudah Ijtihad kerana kekuatan yang ada pada skripnya. Sesudah membaca skrip itu, saya dapati wataknya cukup berbeza dengan pelbagai watak saya bawakan sebelum ini.
揝elama 11 tahun meninggalkan lakonan drama, usahkan saya, suami sendiri pun tidak sangka diberi kepercayaan untuk mendokong watak penting ini.
揝ebelum ini ada juga produksi yang menawarkan peluang berlakon tetapi wataknya kecil atau sebagai pembantu saja. 揝ebagai pelakon sememangnya saya sukakan watak yang mencabar,