CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AyieBoyZ

ANUGERAH JUARA LAGU 22 ~ 27 Januari 2008 <Keajaiban Muzik>

[Copy link]
Post time 20-1-2007 12:43 PM | Show all posts

Aku teka Juara Lagu 22 milik Dayang Nurfaizah! :setuju:

Kalau lagu KAFAIL masuk, dapat Persembahan Terbaik

:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2007 01:29 PM | Show all posts

Reply #21 Raindancer's post

lagu tu da direjek awal2.. taleh masuk :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 01:30 PM | Show all posts

Reply #22 houdini's post

angkat bakul sendiri ke :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 01:34 PM | Show all posts
AJL tahun nie penuh dengan kejutan...........saksikan lar yea!!!!
Reply

Use magic Report

lady_arviena This user has been deleted
Post time 20-1-2007 10:21 PM | Show all posts
LIHATLAH di sekeliling mu akan REBAH semua org dalam AJL22:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 01:16 AM | Show all posts
Repurt semua jangka lagu Warkah Buat Laila ( Zahid) menang besar....Selalunya yg kene ramal menang tu lah yg tak menang.....AJL kan penuh kejutan...walau apa pun keputusannya pada aku lagu ni mmg lagu yg baik...

Kalau dah kejutan besar tu...Senario kot yg menang....eeeee mimpi ngeri!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2007 10:08 AM | Show all posts

Reply #27 batunilam4a's post

ye ker WBL reput ramal menang besar? kebanyakannya ramal Balada menang besar. paper mana lak yg ko baca?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 03:49 PM | Show all posts
Aku bace kat metro....aku suka kalau ramalan ni tepat tapi takut AJL ni penuh dgn kejutan.....leh ke dorang bagi produk astro menang...kalau telus jgn pikir tu semua...tak kira kat mana pun kalo da mmg bagus patut menang...

Warkah Buat Laila juara?
Oleh Rudy Imran Shamsudin

BANYAK lagu popular yang dipertandingkan melalui Muzik Muzik sepanjang 2006 tidak dapat mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 21 (AJL21) yang bakal berlangsung esok, jam 9 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil.


Ia jelas menunjukkan penelitian terhadap setiap lagu yang dipertandingkan dilakukan dengan lebih ketat. Penekanan diberikan kepada mutu dan kekuatan karya dihasilkan. Bagi kategori lain turut dipertandingkan iaitu vokal dan persembahan, dua kumpulan panel khas untuk menghakimi penyanyi bersaing turut dibentuk.

Hal ini dibuat bagi mewujudkan pengkhususan agar penjurian dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mereka diberi tanggungjawab itu dapat memberikan lebih tumpuan.

Dalam memperkatakan mengenai lagu bertanding, penonton setia rancangan yang masuk ke 21 tahun ini sudah membuat telahan siapa yang akan membolot gelaran juara sekali gus membolehkan mereka memenangi hadiah wang tunai RM25,000.

Melihat daripada perkembangan sepanjang tahun lalu, pemerhati industri muzik tempatan memilih lagu ciptaan Ayob Ibrahim dan liriknya ditulis Habsah Hassan, Warkah Buat Laila akan membolot hadiah berkenaan sekali gus menjuarai kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif (IMEK).

Walaupun sepi dari publisiti, jauh sekali diputarkan di stesen radio popular, Warkah Buat Laila tetap megah apabila dipilih Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Lagu Tema Terbaik di Festival Filem Malaysia tahun lalu.

Istimewanya lagu nyanyian Zahid itu dalam AJL21 kali ini dilihat lebih dekat dengan tema AJL21, Rentak Kita Rentak Dunia yang cuba mengangkat muzik fusion sebagai satu kelebihan untuk diketengahkan bukan saja dalam industri tempatan tetapi antarabangsa

Turut bertanding dalam kategori IMEK yang menyediakan hadiah wang tunai RM12,000, Hantaran Hati nyanyian Bob berduet bersama Aspalela Abdullah ciptaan Nik Nizam dan liriknya ditulis Rosminah Tahir, Candak nyanyian Siti Nordiana ciptaan Pak Ngah dan lirik ditulis Lokman Ghani dan Zapin SMS nyanyian Senario berduet dengan Adibah Noor, dicipta dan liriknya ditulis Anuar Dahlan.

Saingan bagi kategori Pop Rock juga dilihat lebih hebat apabila menampilkan beberapa lagu popular seperti Lagu Jiwa Lagu Cinta nyanyian Mawi dan M Nasir, ciptaan M Nasir dan lirik ditulis Loloq, Diari Seorang Lelaki dendangan kumpulan Pretty Ugly dan ciptaan Neves sepenuhnya dan Tak Tercapai Akalmu ciptaan Aidit Alfian dan lirik ditulis Ad Samad. Ia didendangkan penyanyi muda Elyana.

Namun dinilai dari sudut gubahan dan kedekatan dengan muzik yang mahu diangkat AJL21, Lagu Juwita Citra Terindah ciptaan dan nyanyian M Nasir sepenuhnya dilihat mempunyai peluang besar untuk memenangi hadiah wang tunai RM12,000.

Sementara kategori Balada pula setiap lagu bertanding dilihat punya kelebihan kerana komposisinya yang cukup kuat terutama Secebis Harapan dendangan Nora, ciptaan Zulkifli Mamat dan lirik ditulis Noor.

Walaupun tidak popular seperti saingannya namun susunan muzik Secebis Harapan cukup menarik dengan cantuman irama pop dan instrumen klasikal, menjadikan ia sebuah lagu segar sepanjang zaman.

Saingan terdekat Secebis Harapan datang dari lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik juga dendangan Adibah Noor, Terlalu Istimewa. Istimewanya lagu ini terletak pada liriknya yang cukup bermakna dan membawa mesej sejagat.

Turut bertanding dalam kategori sama Mungkir Bahagia, nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Hazami dan Ku Seru ciptaan Ajai dan lirik ditulis Habsah Hassan bersama Shuhaimi Baba dan dinyanyikan Misha Omar.

Kategori vokal pastinya menjadi perhatian penonton kerana mahu melihat penyanyi kesayangan mereka menewaskan saingan mereka. Penyanyi senior tertutama pemenang kategori sama musim lalu Hazami bersama Nora, Adibah Nor dan Misha dilihat punya harapan besar kerana kemampuan mereka sebelum ini sudah pun terbukti.

Namun jangan terkejut andai Zahid membawa pulang hadiah RM10,000 itu kerana kekuatan lagu Warkah Buat Laila membolehkan vokalnya menonjol. Cuma jangan ada kesilapan dilakukan juara Akademi Fantasia musim kedua itu.











[ Last edited by  batunilam4a at 21-1-2007 04:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2007 12:21 AM | Show all posts

Muzik-Muzik 22 2007

Kat page 1 paling atas, Rhyno ade listkan lagu2 yang bakal masuk pencalonan MM22 2007. Korang ade nak tambah? Jom bincang. :cak:

[ Last edited by  Rhyno at 24-1-2007 01:07 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by Rhyno at 24-1-2007 12:21 AM
AJL 21 sudah pun selesai dengan jayanya.

Kini, tiba masa untuk kita tumpukan perhatian kepada Muzik-Muzik 22 untuk tahun 2007 pula.

So, apakah lagu2 best & popular yang akan bertarung ...



tambah lagik kategori balada :dia: Jac - Ceritera Cinta & Cinta Tiada Akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 12:25 AM | Show all posts
Untuk kategori Balada, Rhyno paling suka lagu Harapan, Perpisahan, Cinta Zaman-Berzaman, Tsunami Kasih, Bisakah, Melara Jiwa...lagu Begitulah Cinta ada harapan ke masuk pencalonan? Suka lagu ni.. :ah:

Banyak lagu best untuk kategori Pop Rock..Drama, Telinga Ke Tulang, KuBerlari, Cepat-Cepat...tak tahu pilih yang mana..

Kategori IM/EK, lagu Dendang Berinding mesti masuk pencalonan sebab lagu ni memang best. Bleh ulang kejayaan lagu Candak yang mara ke final AJL...Jari Jemari plak macam Senang Tari..tak pasti sama ada Kak Ani akan bertanding lagi dalam MM untuk tahun ni... ;)

[ Last edited by  Rhyno at 24-1-2007 01:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 12:25 AM | Show all posts
Originally posted by fairytale at 24-1-2007 12:24 AM



tambah lagik kategori balada :dia: Jac - Ceritera Cinta & Cinta Tiada Akhirnya


Ceritera Cinta nyanyi dengan mamat Indon tu so bleh ke masuk pencalonan? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 12:26 AM | Show all posts
bau habis ajl dah nak bincang tahun depan punya.. tak tahan... kekekeke..
siti nak masuk ajl balik ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by Rhyno at 24-1-2007 12:25 AM


Ceritera Cinta nyanyi dengan mamat Indon tu so bleh ke masuk pencalonan? :hmm:



ntah la, sayang nyer klu xbole...

rhyno, aku rasa cepat2 xbole masuk final :ah:
lirik hampas :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by ss_arjuna at 24-1-2007 12:26 AM
bau habis ajl dah nak bincang tahun depan punya.. tak tahan... kekekeke..
siti nak masuk ajl balik ker?



dgr ura2 nyer cenggitu la
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 12:45 AM | Show all posts
Mesti si datin tu nak bertanding balik tahun ni..nak lawan dengan ZZ..

Bisakah & Cahaya Cinta VS. Dingin & Melara Jiwa. ;)

[ Last edited by  Rhyno at 24-1-2007 12:56 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2007 01:23 AM | Show all posts

Reply #1 AyieBoyZ's post

lagu francesca peter tu tajuknye begitulah aku, bukan begitulah cinta
personally, aku suke sangat2 lagu ni...manan ngah buat, lirik loloq tulis, what else can i say
several times aku dengar kat sinar.fm, memang power lagu ni..
cuma problemnye nanti ada ke tak orang nak undi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 10:55 PM | Show all posts
Harap2 ada la vote. Aishah dulu masa calonkan lagu Tiada Lagi Tangisan pun ada orang vote sampai masuk semi-final so Frans pun pasti ada yang vote..harap2 la.. ;)

By the way, lagu Kasihnya Balqis tu lagu yang bagus la. Susunan muzik bagus & lirik pun bagus. Kalau dapat masuk semi-final MM22 kategori Irama Malaysia/Etnik, sure bleh masuk AJL. :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 02:41 PM | Show all posts
aku nk sgt dgr lagu paluan rindumu - idayu.. tp xtau nk dpt kt mn... ade sape2 tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 03:39 PM | Show all posts
arini dah start ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.250319 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list