CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 27-11-2013 11:01 AM | Show all posts
see, pas officer kne tembak dgn pengawal tu, pastu banyak kes pasal pengawal kselamatan buat onar ni kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 05:33 PM | Show all posts
aku dah pernah baca benang ni dulu2...2-3tahun lepas...tapi rasa mcm nak me-repeat
pulak... ngeri2 gak tapi rasa nak baca tu lagi tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2013 04:13 PM | Show all posts
ok boleh masuk list baru

pembunuhan 3 beradik di Kedah

pembunuhan budak perempuan 12 tahun yg baru balik beli baju sekolah (kot) di Swak

faith in humanity _______  (sila isi tempat kosong sesedap rasa)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 05:17 PM | Show all posts
mala0n posted on 2-12-2013 04:13 PM
ok boleh masuk list baru

pembunuhan 3 beradik di Kedah

kalau ikutkan hati, tiap2 hari mmg boleh update memacam citer ngeri yang terjadi semenjak dua menjak neh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 05:23 PM | Show all posts
       
BERITA
Published: Khamis Oktober 24, 2013 MYT 3:14:00 PM
Updated: Khamis Oktober 24, 2013 MYT 8:44:13 PM


Rakaman CCTV Pegawai Bank Ditembak Mati Dimuat Naik di YouTube

Oleh DINA MURAD



Rakaman CCTV melibatkan kejadian pegawai bank mati ditembak yang tersebar di Internet

PETALING JAYA: Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan babak sebelum Norazita Abu Talib, pegawai operasi Ambank, ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan telah dimuat naik di laman YouTube.

Rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan keadaan ruang pejabat dengan pintu bilik kebal terbuka, di mana mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilihat berdiri bersebelahan seorang lagi rakan sekerjanya yang memakai baju berwarna putih.

Kedua-dua mereka dilihat membelakangi kamera dan berada di dengan pintu bilik kebal.

Pada rakaman durasi 0:03 saat, kelibat Norazita tiba-tiba jatuh ke lantai dan rakan sekerjanya dilihat menutup muka dan telinga daripada bunyi tembakan.

Difahamkan mangsa ditembak di muka dengan jarak kurang dari 5 meter.

Suspek kemudiannya dilihat berlari ke arah mereka yang selamat dan mengheret seorang rakan sekerja mangsa daripada bilik berkenaan.

Dia kemudiannya berjalan ke arah mayat Norazita dan terus mengambil wang yang dari bilik kebal bank berkenaan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg.

Rakaman CCTV bertukar gelap selama beberapa saat dan kembali berfungsi dengan memaparkan aksi seorang lelaki memasukkan wang ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri.

Daripada rakaman video tersebut, lelaki berkenaan dilihat sangat fokus dan tenang dalam insiden rompakan tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 05:43 PM | Show all posts
3 beradik mati dibunuh

ALOR SETAR - [KEMASKINI] Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang disahkan mati selepas mayat mereka ditemui di Sungai Pekan Langgar petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang.   

"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang. Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan,"katanya kepada  pemberita di tempat kejadian hari ini.

Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.

Mohd Nashir berkata, setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira jam 2 pagi.

Sementara itu bapa mangsa Rosdi Rani, 38, berkata, anaknya itu yang hanya bersekolah setakat darjah enam berpendapatan RM15 sehari. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci turut hairan kerana motosikal yang dinaiki anak-anaknya ditemui di Sekolah Kebangsaan Gelam dalam keadaan baik tetapi mayat anaknya ditemui di Alor Senibong yang jauh dari tempat rumah rakannya itu.

"Kami merancang untuk pulang ke Besut, Terengganu selepas dua tahun kami menetap di sini. Saya harap sangat dua lagi anak saya itu dapat ditemui dengan selamat," katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat sementara jenazahnya dikebumi di tanah perkuburan Jalan Datuk Kumbar, Alor Semela selepas solat Zohor tadi. -
Bernama



Last edited by Syd on 3-12-2013 05:55 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2013 05:46 PM | Show all posts
Syd posted on 3-12-2013 05:43 PM
3 beradik mati dibunuh

ALOR SETAR - [KEMASKINI] Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai di ...















http://www.melvister.com/2013/12 ... or-setar-kedah.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 05:49 PM | Show all posts
Polis Nafi Noor Syafikah Nadia Dirogol

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim bagaimanapun menolak laporan terdahulu bahawa Noor Syafikah Nadia telah dirogol berdasarkan keadaan mayatnya yang separuh bogel semasa ditemui. Keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat remaja itu mendapati tidak terdapat kesan rogol. Walaupun terdapat unsur lemas dari hasil bedah siasat ke atas mayat remaja itu, namun terdapat elemen yang meragukan dan bukannya disebabkan lemas biasa.

Sementara itu, laporan bedah siasat ke atas mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma sudah diperoleh pada 2 Disember 2013. Polis mengesahkan mayat dua beradik yang ditemui terapung dalam tali air di Alor Senibong maut akibat lemas. Polis bagaimanapun menunggu laporan kimia ke atas spesimen yang diambil dari ketiga-tiga mangsa yang dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang.

Kronologi Kisah Kematian 3 Beradik Di Kedah

29 November 2013: Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam ke rumah rakan Noor Syafikah Nadi di Kampung Gelam yang berhampiran. Laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa susulan tiga beradik tersebut gagal pulang ke rumah.

30 November 2013: Mayat Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela. Polis sahkan bahawa Noor Syafikah Nadia mati akibat dibunuh dan bukannya dirogol kerana hasil bedah siasat tidak menemui kesan rogol keatas mangsa.

1 Disember 2013: Mayat Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang.

2 Disember 2013: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Perlis ditahan untuk bantu siasatan kes kematian tiga beradik yang ditemui maut di dua lokasi berasingan. Remaja itu juga merupakan kenalan salah seorang mangsa dan kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Sumber: Identiti 3 Beradik Kes Mati Dibunuh Di Alor Setar Kedah | melvister.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2013 05:57 PM | Show all posts
ARKIB : 02/12/2013
Budak 12 tahun dibunuh selepas dirogol 10 lelaki

SARATOK 1 Dis. - Nasib malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menghadiri majlis pertunangan saudaranya apabila dia ditemui mati dipercayai dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan 10 lelaki di tepi Jalan Kabong dekat sini semalam.

Mayat kanak-kanak malang berketurunan Iban, Rinnie Tiew Kutei itu ditemui terbaring dalam keadaan separuh bogel oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan pada pukul 6.30 pagi.

Menurut sumber, sebelum itu, mangsa keluar bersama bapa dan abangnya pada malam Jumaat lalu untuk menghadiri majlis pertunangan seorang saudaranya di Rumah Robert Sungai Pasir iaitu tidak jauh dari rumah mereka.

"Mangsa bersama bapa dan abangnya pergi ke rumah saudaranya itu menaiki motosikal.

"Namun kanak-kanak terbabit tidak pulang ke rumah selepas selesai kenduri kerana mahu bermalam di rumah saudaranya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Lee Thai Lein ketika dihubungi, mengesahkan kejadian kejadian tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan kesan lebam pada muka dan tubuh mangsa, pihaknya tidak menolak kemungkinan kanak-kanak tersebut dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya ditinggalkan di tepi jalan.

"Polis masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Sibu untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

"Setakat ini, belum ada suspek ditahan tetapi polis yakin dapat mengenal pasti identiti penjenayah terlibat melakukan perbuatan kejam itu dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2013 05:58 PM | Show all posts
Syd posted on 3-12-2013 05:57 PM
ARKIB : 02/12/2013
Budak 12 tahun dibunuh selepas dirogol 10 lelaki

Budak mangsa bunuh disahkan tidak dirogol
Oleh ANGELINA SINYANG


KUCHING 3 Dis. - Kes seorang budak perempuan  berusia 12 tahun yang ditemui mati dalam  keadaan separuh bogel di Jalan Kabong, Saratok  pada Sabtu lalu masih menjadi tanda tanya apabila  laporan bedah siasat mendapati tiada kesan  kecederaan dan rogol ke atas mangsa.


Hasil bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak  berketurunan Iban, Rinnie Tiew Kutei yang  sebelum ini dilaporkan mati dibunuh selepas  dirogol sekumpulan 10 lelaki mendapati, tiada  kesan perlakuan seksual seperti didakwa.


Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Muhammad  Sabtu Osman berkata, laporan bedah siasat pihak  hospital mendapati tiada kesan kecederaan pada  tubuh dan koyakan pada kemaluan mangsa akibat  dirogol.


Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan  menghidap penyakit kanser kelenjar.


"Walaupun laporan bedah siasat mendapati tiada  kesan kecederaan atau rogol, polis tetap  menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun  Keseksaan iaitu bunuh.


"Siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca  kematian mangsa masih dijalankan dan buat masa  ini belum ada suspek ditahan," katanya dalam  sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) hari ini. - UTUSAN ONLINE


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 09:34 AM | Show all posts
Syd posted on 3-12-2013 05:43 PM
3 beradik mati dibunuh

ALOR SETAR - [KEMASKINI] Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai di ...

Betul tu beb. Nyawa murah sgt skrg. Org makin kering hati.

Ni pic sapa pulak ko tepek pakai baju merah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 10:47 AM | Show all posts
mala0n posted on 4-12-2013 09:34 AM
Betul tu beb. Nyawa murah sgt skrg. Org makin kering hati.

Ni pic sapa pulak ko tepek pakai ba ...

yang baju kurung merah bunga2 terbaring berdarah tu?

itu laa pegawai bank yang kena tembak kat muka sebelah kiri tu

hancur beb muka sebelah kiri dia



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:59 AM | Show all posts
Syd posted on 4-12-2013 10:47 AM
yang baju kurung merah bunga2 terbaring berdarah tu?

itu laa pegawai bank yang kena tembak kat  ...

hooo pic ni la yg aku avoid from getting. grup2 watsek aku sokmo passing pic ni sana sini

hahaha seb baik censored wehhh kalu tak mau pitam bangun pitam bangun aku

topik berlainan : -

dlm trid ni ada tak citer pasal sharlinie - budak kena culik tu? aku dgr from sumber2 yg dia ni mangsa organ harvesting or ilmu sesat. once publicized and polis dah sebok2 nak carik, masa tu la diorg kata dia kena bunuh

mana sumber citer ni, wallahua'lam. tapi ramai je kan budak2 hilang pastu x jumpa lagi. earliest dulu budak cina yg botak tu, pernah org kata ternampak dia begging kat thailand tapi kaki tangan semua yilek

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 11:49 AM | Show all posts
mala0n posted on 4-12-2013 10:59 AM
hooo pic ni la yg aku avoid from getting. grup2 watsek aku sokmo passing pic ni sana sini

hahah ...

sharline tu

smpai skrg aku masih terbayang2

gambar terung kat anu di separuh, kat masuk body dia separuh

aduhhh, sakit nyerrrrrrrr

seksa budak tuh



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 11:50 AM | Show all posts
lupa nama budak cina tu..
tapi masih ingat lagi

budak botak tuh

budak Klang

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 04:09 PM | Show all posts
Syd posted on 4-12-2013 11:49 AM
sharline tu

smpai skrg aku masih terbayang2

nurul jazlin yg kena masuk terung kan?

tu aku tak tau nak cakap kategori apa lah punya saiko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2013 05:59 PM | Show all posts

JENAYAH

Khamis Mac 15, 2012

Kanak-Kanak Dua Tahun Lemas Di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang hilang ketika bermain di taman permainan dekat Tasik Titiwangsa di sini, semalam, ditemui terapung setelah lemas di tasik itu pagi Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui terapung berhampiran kawasan permainan di taman itu oleh orang ramai pada pukul 7.30 pagi.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

"Pada kejadian kanak-kanak tersebut bersama ibunya berumur 18 tahun serta ibu saudaranya berkelah di situ," katanya kepada pemberita, Khamis.

Beliau berkata kanak-kanak itu dipercayai tergelincir semasa bermain di padang permainan itu dan selepas dilaporkan hilang, usaha mencari dilakukan sehingga pukul 12.30 tengah malam tadi. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 06:00 PM | Show all posts
mala0n posted on 4-12-2013 04:09 PM
nurul jazlin yg kena masuk terung kan?

tu aku tak tau nak cakap kategori apa lah punya saiko

Kanak kanak hilang ditemui mati di Taman Tasik Titiwangsa. Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang hilang dalam jagaan ibu bapanya ketika bermain di taman permainan berdekatan lokasi kejadian ditemui terapung pada pukul 7.30 pagi (15 Mac).




Mayat seorang kanak-kanak lelaki ini dipercayai lemas dan hanya dijumpai orang awam awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes  diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


ps: Semoga kita dijauhi dengan perkara yang tidak diingini seperti ini. Ibu bapa diminta lebih mengawasi pergerakan anak-anak tidak kira di mana mereka berada.

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:06 PM | Show all posts
Kadang2 org yang kita kenal, lbh bahaya kot.
Tp tak semua...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 06:53 PM | Show all posts
Syd posted on 17-9-2013 12:36 PM
kerabat yang mana satu ek?

ala,yg ank bunuh makpak tu..xslp ak dorg ade keturunan raja sampai sultan phg murka..xslp ak ank sedare sultan kot..sbb addict dadah..
kes ni dlm thn 2004 kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.163866 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list