CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: dexa

Pelajar dan Buku Lucah -

 Close [Copy link]
Post time 11-2-2007 10:29 PM | Show all posts
Originally posted by peace at 11-2-2007 09:50 PM



The mamaks can just give angpow to those policedog.... then all will settle doh....

or maybe the policedog will ask angpow from the mamak themself.. else serious action or threat will be ...


Like I said , enforcement... enforcement... enforcement.
1001 rule and regulation is worthless without any respect for the law.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 12:57 PM | Show all posts
Anak leka 'ulang kaji' novel lucah
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Seorang bapa terkejut apabila 'buku' yang disangkakan novel sastera ketika memeriksa beg sekolah anak lelakinya adalah kompilasi cerita lucah yang dibeli dengan wang saku.

Lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Yusoff, 44, berkata novel lucah bertajuk 'Gelora Nafsu 2' itu ditemuinya dalam beg sekolah anaknya, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Sentul, malam kelmarin.

Juruaudit sebuah syarikat di Ampang itu berkata, pada mulanya dia menyangka anaknya khusyuk mengulang kaji pelajaran dalam bilik sebelum tiba-tiba berminat untuk melihat lebih dekat.

"Tanpa disedarinya, saya memantau dari belakang. Namun sebaik dihampiri, dia kelihatan cuba menyembunyikan sesuatu dalam beg sekolahnya.

"Tindakan itu menyebabkan saya mula rasa syak sebelum merampas dan memeriksa beg itu. Saya terkejut apabila menemui sebuah novel lucah yang disorok dalam buku teks," katanya.


Menurutnya, dia kemudian meneliti kandungan novel lucah itu yang mengandungi kompilasi enam cerita panas, antaranya 'Sumpah Gadis Sunti', `Diri Dihantui Jin Belaan Bekas Kekasih', `Diri Menjadi Pemuas Wanita', `Melayar Nafsu Bersama Gadis Perantau' dan `Kerana Hati Binasa Badan'.

"Novel terbabit yang menyelitkan elemen percintaan cuba meracuni jiwa pembaca terutama pelajar dengan plot adegan seks keterlaluan.

"Ini terbukti apabila dalam cerita bertajuk `Diri Dihantui Jin Belaan Bekas Kekasih', penulis menceritakan secara terperinci adegan ranjang untuk membuatkan pembaca berahi," katanya.

Yusoff berkata, anaknya memberitahu novel terbabit dibeli dari sebuah kedai menjual surat khabar dan majalah berhampiran Perhentian Bas Klang di sini.

"Dia beritahu novel berharga RM9.50 itu pernah dikeluarkan empat jilid dan menjadi kegilaan rakan-rakan sekolahnya.

"Justeru, saya menyiasat sendiri dakwaannya sebelum mendapati novel terbabit dijual secara terbuka di kedai itu," katanya.

Dia yang kesal dengan tindakan pekedai itu membuat aduan kepada Harian Metro supaya perbuatan tidak bertanggungjawab itu didedahkan.

"Saya berharap pihak berkuasa merampas novel terbabit selain mengambil tindakan terhadap penerbit yang cuba mengaut keuntungan hasil penjualan buku tidak bermoral berkenaan," katanya.

Wartawan Harian Metro yang turut meneliti kandungan novel terbabit mendapati ia jelas keterlaluan selain menyelitkan babak mangsa diperkosa yang boleh mempengaruhi fikiran pembaca terutama remaja.

Selain itu novel 'Gelora Nafsu 3' yang turut diperoleh wartawan didapati mengandungi lima cerita pendek berunsur lucah.

Pada kedua-dua buku lucah terbabit turut tertera nama editor dan ketua pengarang selain alamat syarikat di Taman OUG dan Taman Yarl di sini, menyertakan nombor telefon untuk dihubungi.

Penerbit juga cuba menarik perhatian pembeli dengan sengaja menulis pada bahagian belakang buku 'jika helaian sudah dibelek demi dibaca, pasti kedua kelopak mata tidak akan lena sehingga ke lembaran muka surat terakhirnya'.

Lambakan bacaan lucah di pasaran bukan isu baru berikutan Harian Metro pernah mendedahkan kewujudan majalah mini berunsur lucah yang turut dijual secara berleluasa.





aiyooo budak zaman sekarang ; betul2 advance woo   wa dulu masa sekolah kalau bapak wa tahu wa ada buku lucah mau wa kena balun;ttapi dah masuk college  sendiri tahu sorok la   dah besar tak apa  hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 01:41 PM | Show all posts
bapak segala majalah lucah ialah HARIAN METRO itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 01:45 PM | Show all posts
nak baca cite lucah..tak payah beli buku....beli HARIAN METRO pun dah cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 02:29 PM | Show all posts

Reply #35 dexa's post

yes..aku sokong gak statement ko ni..
mmg pun..everytime kitaorang buat pameran about books yang diharamkan...brg2 yang terlarang...semua org lalu kat booth kitaorang,parents tutup mata anak-anak..well..kalau dah tutup..mcm mana nak bagi education kat diorang..then aku perasna juga..bila mak pak derang dah ilang..baru derang  berani nak dtg tgk..
budak-budak mmg ada sifat ingin tahu..selalunyer benda yang dilarang..lagik la kemaruk derang nak tgk..boleh nak tengok exhibition..sekali dgn parents..dengar penerangan petugas & parents pun turut sama bagi info kat anak-anak..
selama 2 hari berlangsung exhibition about books/kwln publication..aku perasan cuma 10% je parents bwk anak ke booth untuk dapat sumber serta dengar penerangan..yang selebihnya bila lalu je macam nampak jin..cepat-cepat blah..ada makcik..siap mengucap panjang & marah pamerkan bahan mcm tu..
fikir-fikir kan la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by movieman at 10-2-2007 02:08 PM
Porn magazines are so 1980s.




Yessss babeh!
ape nak jadik bebudak ni   mak bapak kena check beg skolah depa once in a while.
thts the least thg they can do la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2007 02:56 PM | Show all posts
jgn ckp baca buku lucah pong nk kcoh,msalah kecik la.bnda kecik ni la yg myebabkn mslah bsar..klu pelajar wat apa y dbacanya tu,tak ke haru..:@
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 03:13 PM | Show all posts
kalau suratkabar luach @ harian metro mcm mane pula?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 03:36 PM | Show all posts
tu baru dak skolah nyer hal... orang tua lagi dasat....!
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 09:16 AM | Show all posts
alah... kita masa muda2 dulu pun tgk buku/video lucah.. jangan kata budak sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 02:15 PM | Show all posts
tu ha paper metro tu ha.. siap bagi tajuk video lucah lagi.. senang orang nak search kat youtube.. tak tau apa yang paper metro tu cuba perjuangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 02:30 PM | Show all posts
ala budak skolah skang bukan takat buku je boleh tengok..vcd,dvd,klip lucah berlambak2 dlm simpanan derang..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by miss_comel at 31-8-2007 02:30 PM
ala budak skolah skang bukan takat buku je boleh tengok..vcd,dvd,klip lucah berlambak2 dlm simpanan derang..

betul la.. aku pun eran la.. kat kedai tepi jalan.. tengok tajuk buku pun dah tau apa crita kat dalam.. memang la "don't judge the book by its cover".. tapi.. korang pikir la tajuk buku tu macam ni "Ramlah Puas Sedap Tapi Kecewa", "Sejenak Di Malam Pertama".. tu yang aku ternampak la.. yang tersorok kat bawah buku tu tak tau lak apa tajuk.. tu belum video kat youtube lagi tu.. tak payah la aku bagi tajuk, kang adik korang atau pun anak korang terbaca forum ni, dia gi search lak.. haru..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 01:36 PM | Show all posts
Siswa UPM simpan bahan lucah, komputer dirampas
19-09-2007

KUALA LUMPUR:  Tindakan pihak keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) merampas komputer riba serta barangan lain milik seorang pelajarnya pada 14 Sept lepas bukan bertujuan menakutkan pelajar di kampus itu menjelang pilihan raya kampus tidak lama lagi, kata naib canselornya Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah.

Beliau berkata tindakan tegas itu diambil setelah pelajar itu didapati melanggar tatatertib universiti termasuk menyimpan bahan-bahan lucah dalam komputer ribanya selain memiliki risalah yang dicetak oleh persatuan yang tidak berdaftar.

"Tindakan pihak keselamatan UPM adalah wajar dan berlandaskan peraturan berkaitan pelanggaran tatatertib oleh pelajar tersebut," katanya dalam kenyataan akhbarnya di sini hari ini.

Nik Mustapha berkata kes pelajar itu telah dirujuk Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk tindakan selanjutnya kerana jelas terdapat pelanggaran disiplin dan tatatertib.

Beliau berkata kenyataan itu dibuat kerana ada media melaporkan bahawa pihak keselamatan UPM bertindak keterlaluan dengan memecah masuk ke dalam bilik pelajar itu dan merampas komputer riba dan barangan lain sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan pelajar.

Nik Mustapha berkata mengikut catatan, pada hari kejadian, Bahagian Keselamatan mengadakan pemeriksaan bilik ke bilik di Blok C Kolej 13 selepas mendapat panggilan daripada Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) dan felo Kolej 13 berhubung beberapa kes kecurian komputer riba dan telefon bimbit.

Katanya ketika membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik, pihak keselamatan menemui pelbagai risalah yang dicetak untuk edaran, kad kutipan wang dan dokumen lain di sebuah bilik milik seorang pelajar.

Menurutnya berikutan penjelasan yang meragukan oleh pelajar itu berhubung perkara berkenaan, pihak keselamatan meminta kebenaran pelajar itu untuk membawa kesemua barangan itu termasuk sebuah telefon bimbit miliknya ke Bahagian Keselamatan untuk siasatan lanjut.

Nik Mustapha berkata siasatan mendapati pelajar itu melanggar beberapa peraturan universiti seperti Perkara 12(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Kaedah-kaedah UPM (Tatatertib Pelajar) yang tidak membenarkan pelajar menerbit, mencetak atau mengedar risalah, dokumen atau bahan bercetak tanpa kelulusan pihak berkuasa universiti.

Pelajar itu juga didapati melanggar Perkara 19(1) akta yang sama kerana memiliki dan menyimpan bahan atau artikel lucah semasa dalam kampus, katanya.

Nik Mustapha berkata bahawa keesokan harinya (15 Sept), pelajar itu dan sekumpulan pelajar bertindak liar menghalang pihak keselamatan menjalankan tugas dan menahan kenderaan Unit Khas milik universiti daripada bergerak apabila dimaklumkan barangannya tidak dapat dikembalikan kerana siasatan masih berjalan



bila siswa2 macam ni  baca buku lucah tu wa rasa banyak  dok rogol budak segala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.059842 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list