CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pcyduck

kelas bahasa inggeris

[Copy link]
Post time 4-11-2010 10:40 PM | Show all posts
Ada tu my name on Post # 210..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2010 08:24 AM | Show all posts
Ada tu my name on Post # 210..
cikgutuition Post at 4-11-2010 22:40



    Hmmm melayu isle ka
    Ni habe tak jawab lagik soalan saye kat atas nuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 01:40 PM | Show all posts
Salam Cikgu Tuition,

saya ada kekeliruan yang NYATA bab2 forming passive sentence:-
kalau boleh nak mintak jasa baik cikgu terangkan details of the followings:-

1) present simple passive
2) present perfect passive
3) past simple passive
4) future passive

Thanks Cikgu. Jasamu dikenang....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 01:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikgutuition at 16-12-2010 13:08

Salam Puteri

In a sense passive ni senang sebab Verbs yang digunakan mesti dalam bentuk Past Participle. Yg susahnya sebab ayat dia lebih panjang dari ayat Active.Aspect verb tenses ni saya akan ajar dalam kursus Intermediate Grammar yg saya akan mulakan pada 8hb Jan di Putrajaya dan 9hb di Sunway.

1) present simple passive

Bentuk dia :-

  Subject + Verb TO BE + Verb in Past Participle.


ie Subject + am/is/are + Verb in Past Participle.

e.g.   Ali washes the car everyday. - Active

        The car is washed by Ali everyday. - Passive

2) present perfect passive

Bentuk dia :-

  Subject + Verb TO HAVE + Verb TO BE + Verb in Past Participle.

ie Subject + have/has + been + Verb in Past Participle.

       Ali has washed the car. Active

      The car has been washed by Ali. - Passive

3) past simple passive

Bentuk dia :-

  Subject + Verb TO BE + Verb in Past Participle.

ie Subject + was/were+  Verb in Past Participle.

       Ali washed
the car yesterday.   Active

      The car was washed by Ali yesterday. - Passive


4) future passive
Bentuk dia :-

  Subject + will+ BE + Verb in Past Participle.


       Ali will wash the car tomorrow.   Active

      The car will be washed by Ali tomorrow. - Passive

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 02:48 PM | Show all posts
adakah both itu singular, atau plural?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 08:39 PM | Show all posts
According to Oxford Advanced Learner's Dictionary 7th Ed.  

Both - 'used with plural nouns to mean 'the two' or 'the one as well as the other'

           'digunakan dengan plural nouns untuk memaksudkan 'dua' atau 'yang satu dengan yang lagi satu.

Oleh kerana 'both' digunakan dengan plural nouns, maka ianya perlu digunakan dengan plural verbs seperti are, were, have, go dan sebagainya.

e.g. 1. Both women were French.

       2. Both the women were French.

       3. Both of the women were French.

Aspek singular dan pural nouns akan saya ajar dalam Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris di Sunway (9 Jan) dan di precint 16, Putrajaya pd 5hb Feb.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2010 03:41 PM | Show all posts
clip nak lajar gak
aritu masa trial PMR
clip dapat C untuk subject english

harap-harap result
yang kuar nanti
dapat B

clip tak reti nak bina ayat
clip tak faham past tense present tense
grammar berterabur
clip rasa rendah diri
kalau kawan-kawan clip speaking
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 01:39 PM | Show all posts
clip nak lajar gak
aritu masa trial PMR
clip dapat C untuk subject english

harap-harap resul ...
cliprambut Post at 18-12-2010 15:41


hang ni sama umoq ngn adik aku rupanya
pmr 23 hb ni ka...wakakaka adik aku lamsong x study tp yakin gilo kata dpt 9A
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 08:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by Ash_Pikapi at 21-12-2010 08:42
clip nak lajar gak
aritu masa trial PMR
clip dapat C untuk subject english

harap-harap resul ...
cliprambut Post at 18-12-2010 15:41



   A sense of empathy is running thru my veins when I read this.I remember the time my English was so bad that I was usually overlooked by the others.Since then,I studied hard to keep up and eventually I've made it.If you want to clued-up in English,interest is vital.Do read loads of books but I recommend you to have English book for F3 or 4.Ur grammar should be solid before learning to write essays.Well,my English isn't that perfect anyway.Don't forget about vocabulary.I always have my dictionary in my hand when I go somewhere.Try surfing to any English forums like lowyatt and I usually surf pokecommunity forum to improvise mine.My cousin's expecting to get 6As at least.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 07:43 AM | Show all posts
A sense of empathy is running thru my veins when I read this.I remember the time my English ...
Ash_Pikapi Post at 21-12-2010 08:39



    Apa dia hang ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 08:14 AM | Show all posts
Apa dia hang ni
Ashtinus Post at 24-12-2010 07:43



    Belajar larr korg
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 07:10 PM | Show all posts

Assalamualaikum dan Salam sejahtera



Luangkan masa sejam sehari untuk bahasa Inggeris


Dalam artikel saya sebelum ini, Tips dan petua mahir dalam bahasa Inggerisdalam 2011, saya ada menulis dalam poin kelima di mana Usaha Perlu Berterusan.Saya menulis di mana usaha anda dalam meningkatkan kemahiran komunikasi bahasaInggeris anda perlulah berterusan.

Ianya mesti dibuat setiap hari dan bukannya mengikut mood anda. Anda tidakboleh mahir jika sekadar 2 3 hari sehari sekali membaca dalam BI. Ini bermaknaanda perlu luangkan sekurang-kurangnya sejam sehari dalam aktiviti meningkatkankemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris anda. Mungkin ada yang memberi komen,’Cukupke sejam sahaja sehari?’ . Pada saya sejam sehari ini adalah masa yangminima yang perlu anda luangkan. Jika anda boleh luangkna lebih masa, ianyaadalah lebih baik untuk anda. Jika anda dalam persediaan untuk peperiksaanbahasa Inggeris seperti MUET, IELTS atau TOEFL maka anda perlu menghabiskanlebih banyak masa anda dalam persediaan anda itu.


Untuk mahir dalam bahasa Inggeris perlu ada konsistensi. Anda perlu carimasa. Pada saya ianya tidak sesukar mana kerana, masa sejam minima itu tidaksemestinya pembelajaran formal bahasa Inggeris tetapi boleh melibatkanaktiviti-aktiviti seperti:-


1. Membaca akhbar-akhbar bahasa Inggeris


2. Membaca buku-buku cerita Inggeris


3. Membaca majalah-majalah Inggeris


4. Menonton rancangan-rancangan bahasa Inggeris seperti dokumentari, beritadan sebagainya.


5. Mendengar rancangan-rancangan bahasa Inggeris di radio


6. Membaca buku-buku Tatabahasa BI


7. Membuat latihan-latihan bahasa Inggeris.


8. Menambahkan perbendaharaan kata BI secara terus dengan penggunaan kamusatau Thesaurus.


Aktiviti nombor 6, 7 dan 8 perlu anda buatsekurang-kurangnya sekali setiap minggu. Pembelajaran sebegini penting keranaanda perlu memantapkan aspek Grammar dan Vocabulary anda. Tidak cukup jika andasekadar menjalankan aktiviti-aktiviti lain sahaja kerana ini akanmemperlahankan proses anda meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggerisanda


Semua aktiviti ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh andatetapi juga anak-anak anda samaada di sekolah rendah, menengah dan jugauniversiti. Anda boleh pelbagaikan bentuk bacaan mereka mngikut minat merekaseperti novel, komik dan sebagainya. Tidak mengapa jika mereka ingin membacakomik asalkan ianya dalam bahasa Inggeris. Saya dulupun amat suka buku-bukucerita tulisan Enid Blyton dan juga komik-komik seperti Beano.


Untuk pelajar sekolah rendah anda juga boleh langganCartoon Network di Astro kerana sudah banyak rancangan yang berbentukpendidikan seperti WordWorld, Mickey Mouse Clubhouse, Diego dan sebagainya.


Apa yang penting ialah aktiviti ini mestilah dilakukansetiap hari tidak boleh ikut mood anda sekejap buat sekejap tidak.


INGAT!!! Luangkan sekurang-kurangnya sejam SEHARI.


Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya bermula6hb Feb dan 13 Feb di Putrajaya dan Sunway. Kursus Asas-Asas Tatabahasa untukpelajar sekolah menengah
saya akanbermula 12 Feb di Putrajaya.


Regards


Yusoff

0193090711

cikgutuition@gmail.com


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 04:19 PM | Show all posts
adakah both itu singular, atau plural?
arabic_student Post at 16-12-2010 14:48



definition of BOTH = The one and the other; the two; the pair, without exception of either.
jawapan = plural
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 04:54 PM | Show all posts
Mari belajar “Modal verbs” (Part 1)

A modal verb or auxiliary verb is a verb, which modifies another verb, so that the modified verb has more intention in its expression.

Peraturan-peraturannya:-

1.        You never put s on the third person singular (e.g he, she, it ) form of modal verbs.
        He can do it! (correct)     NOT      He cans do it! (wrong)
       
        It might rain. (correct)     NOT      It mights rain.(wrong)

2.        You use the base form of the verb, not the to infinitive, after modal verbs.
        I must go to the bank (correct)
        I must to go to the bank (wrong)

        Ali can’t come tonight (correct)
        Ali can’t to come tonight (wrong)
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 02:10 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan Salam sejahtera



Antara masalah utama dalam komunikasi bahasa Inggeris ialah dalam mencari perkataan-perkataan yang sesuai dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris. Jika dalam kelas saya lebih mengutamakan aspek Tatabahasa, saya juga telah meningkatkan penjelasan dalam aspek Kosa Kata kata Vocabulary dengan memberi senarai hampir 2,000 perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang kerap di gunakan dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan pelajar-pelajar saya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.



Jika anda merasakan yang anda masih lemah dan sederhana dalam komunikasi bahasa Inggeris anda, anda perlu meningkatkan Vocabulary anda. Tanpa vocabulary bahasa Inggeris yang mencukupi anda akan menghadapi banyak masalah dalam memulakan perbualan dan penulisan bahasa Inggeris anda. Anda perlu buat sesuatu dengan tahap vocabulary anda itu jika anda benar-benar serius dalam usaha anda ingin menjadi fasih dalam bahasa Inggeris. Jangan puas hati dengan vocabulary anda yang sedia ada dan anda mesti sentiasa meningkatkan ia.



Antara rahsia dalam menggunakan perkataan-perkataan bahasa Inggeris dengan tepat makna mereka ialah mengetahui kekuatan perkataan tersebut atau intensity of the word. Ini kerana sekali imbas perkataan-perkataan seperti hungry, famished, starving dan sebagainya mempunyai maksud yang hampir serupa tetapi sebenarnya ianya agak berbeza kerana hungry bermaksud lapar dan oleh itu makna ia tidaklah sekuat makna famished iatu sangat. Bagaimapun jika anda teramat-amat lapar, anda perlu gunakan perkataan yang lebih kuat maksud ia seperti starving yang bermaksud teramat-amat lapar.



Jangan risau jika anda masih kurang vocabulary anda dan anda rasa ianya membantut dan merisaukan anda bila ingin berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Saya ingin memperkenalkan penggunaan degree adverbs yang boleh anda gunakan dengan kata sifat atau Adjective dan juga dengan Kata Keterangan iaitu Adverbs. Penggunaan degree adverbs boleh membantu anda mengurangkan kekuatan makna sesuatu perkataan dan juga untuk menguatkan makna sesuatu perkataan itu.



Sebagai contoh, jika anda cuma tahu perkataan hungry iaitu lapar maka anda boleh gunakan quite untuk mengurangkan kekuatan makna hungry itu.



1. I am hungry.

     

2. I am quite hungry.



Dalam ayat pertama anda bermaksud, Saya lapar. Tetapi dengan penambahan quite di sebelum hungry di dalam ayat kedua, ianya bukan lagi saya lapar tetapi saya agak lapar.



Jika anda ingin menguatkan makna lapar itu, anda boleh tambah adverb very.



3. I am very hungry.



Ini bermaksud yang anda sangat lapar dan mempunyai maksud dengan



4. I am famished.



Jika anda tersangat lapar dan anda tidak tahu makna starving yang bermaksud amat lapar maka anda boleh gunakan degree adverb extremly.



5. I am extremely hungry



Jadi jangan terlalu risau jika vocabulary anda masih terhad buat masa ini. Gunakan degree adverbs untuk memudahkan anda menyampaikan maksud anda dengan tepat. Bagaimanapun jangan selesa dengan apa yang and tahu dan cuba cari perkataan-perkataan seerti yang lain seperti famished, starving dan sebagainya. Rajin-rajinlah buka kamus dan juga rajin-rajinlah menggunakan Thesaurus untuk mencari perkataan seerti dan berlawanan untuk perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang anda ketahui sekarang.





Untuk betul-betul mahir dan fasih dalam bahasa Inggeris anda perlu tahu aspek Grammar atau Tatabahasa bahasa Inggeris dengan jelas. Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya akan bermula pada 9hb April ini di Precint 16, Putrajaya dan pada 10hb April ini di Sunway,Petaling Jaya.



Untuk makluman lanjut berkenaan kandungan kursus, masa kursus dan bayaran SMSkan Nama anda <jarak> alamat email ke 0193090711 atau email ke cikgutuition@yahoo.com Anda juga boleh telefon terus ke 0193090711 untuk makluman lanjut kelas.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 04:08 PM | Show all posts
Mari belajar “Modal verbs” (Part 1)

A modal verb or auxiliary verb is a verb, which modifies an ...
Puteri_Naning Post at 10-2-2011 16:54



    Puteri Naning baru ke kat thread ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2011 04:40 PM | Show all posts
Puteri Naning baru ke kat thread ni?
Wenky Post at 17-2-2011 16:08


Hi Wenky..I always enjoyed reading the valuable posts over here but Iused to be a silent reader so far. Cuma sesekali terpanggil untuk berkongsiilmu dengan pembaca yang lain.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 05:01 PM | Show all posts
Hi Wenky..I always enjoyed reading the valuable posts over here but Iused to be a silent reader  ...
Puteri_Naning Post at 17-2-2011 16:40



    Well,it's nice having you here. That's good way to contribute to the kind forumers in the board.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 05:24 PM | Show all posts
Well,it's nice having you here. That's good way to contribute to the kind forumers in the  ...
Wenky Post at 17-2-2011 17:01



Oh…thanksfor your warm welcome

Thecommon sense point here is simple.  Successful people never stop learning..

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 05:26 PM | Show all posts
Oh…thanksfor your warm welcomeThecommon sense point here is simple.  Successful people neve ...
Puteri_Naning Post at 17-2-2011 17:24



    I'm absolutely agreed with you.Anyway,ya welcome.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.083221 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list