CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pcyduck

kelas bahasa inggeris

[Copy link]
Post time 17-5-2009 11:49 AM | Show all posts
mmg ada...sbb tu..forum cari ni..best........mcm2 ada.........itu ini begitu begini!!!....
KNOWLEDGE is power...MONEY is Everything...hehheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2009 09:13 PM | Show all posts
camna nak masuk kelas dlm cari ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by <i>Visual</i> at 17-5-2009 21:13 <a href="http://mforum6.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=31400377&ptid=264175" target="_blank"><img src="http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
camna nak masuk kelas dlm cari ni....<img src="images/smilies/biggrin.gif" smilieid="3" border="0" alt="" />
<br />

Ni dah kira masuk kelas dah ni..Tunggu saya postkan lagi nota2 terbaru..Tgh sibuk sikit skrgni...

Kalau nak join kelas Asas2 bahasa Inggeris saya, saya akan mulakan kelas minggun di Putrajaya bermula 5hb Jun ini dan di Sunway pada 6hb Jun. Di Putrajaya tu kelas malam 8-10 malam di Precint 9 dan di Sunway tu pada hari Sabtu 12.30-2.30 ptg.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 10:43 AM | Show all posts
semoga cikgutuition mendapat rahmat dari Allah..amin..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by cikgutuition at 18-5-2009 14:09


Ni dah kira masuk kelas dah ni..Tunggu saya postkan lagi nota2 terbaru..Tgh sibuk sikit skrgni...

Kalau nak join kelas Asas2 bahasa Inggeris saya, saya akan mulakan kelas minggun di Putraj ...

haahh kat precint 9?..dekat je ngan umah sy...
wat kat mana tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by ntahlalabu at 21-5-2009 10:45

haahh kat precint 9?..dekat je ngan umah sy...
wat kat mana tuh?


Ntahlalabu,

kelas tu dibuat di Bilik Mesyuarat, Kompleks Kejiranan Precint 9, Jalan P9/C7, Precint 9. Putrajaya. Itu mungkin satu2 sahaja kelas yang akan saya buat di Putrajaya tahun ini. Tahun depan tak tahu le lagi..

Biasanya kelas saya buat di Sunway setiap hujung minggu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2009 11:13 AM | Show all posts
cikgu, xpe ke kalo saya buat essay pastu cikgu semak? ke x diterima? tanye je. mekasih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by hyie at 22-5-2009 11:13
cikgu, xpe ke kalo saya buat essay pastu cikgu semak? ke x diterima? tanye je. mekasih..


Bukan x nak bantu tapi takut tak mampu n tak sempat nak check sebab Priority saya ialah untuk student2 saya yang belajar di kelas saya di Sunway tu (dlm 50 org) dan pelajar2 kelas Online saya tu. Bukan x nak bantu tapi dia org tu mmg akan hantar essay untuk saya semak setiap minggu sebagai sebahagian dari latihan kelas. Ni Jun nanti nak start dah kelas baru n bertambah lagi students so kena bagi full commitment kepada mereka..

Lagipun payah untuk saya ajar Hyie sebab Hyie x ada proper notes and susah nak explain nanti apa yang Hyie dah buat silap..

Sorry ya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2009 01:24 PM | Show all posts
hai sumer...
saya budak baru nih...
baru ari ni bukak page ni...
banyak informasi yang boleh diguna pakai...
tq cikgu tuition...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 01:42 PM | Show all posts
Salam

Ni saya buatkan perbandingan yuran2 kelas bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh Pusat2 Bahasa yang ada di Lembah Kelang ni..

Erican -RM1840 untuk Level 1 selama 8 bulan.

British Council - RM730 untuk peringkat Asas selama 10 minggu

BBC English - RM1500, bulan2 kalau x silap RM400++ (Ni student saya yg inform)

ELS - Full time course sahaja buat masa ini. Yuran - RM1560 sebulan. Pendaftaran n ujian penempatan RM150. Total RM1,710.

Yuran saya MyKnowledgeCentre cuma RM390 untuk kelas selama 11 minggu. (22jam)

Yuran akan dinaikkan untuk Intake July ke RM450. Kelas baru saya bermula Sabtu ini 13hb Jun, Sabtu, 12.30 -2. 30 ptg
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 08:51 PM | Show all posts
Originally posted by cikgutuition at 8-6-2009 13:42
Salam

Ni saya buatkan perbandingan yuran2 kelas bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh Pusat2 Bahasa yang ada di Lembah Kelang ni..

Erican -RM1840 untuk Level 1 selama 8 bulan.

British Cou ...


cikgu,
sy dh lama nk join english class ni. yg start weekend ni tu kat sunway eh? kat s.alam takde plan nk bukak kelas ke?
include english for communication tak?? i really need dat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by th3_3nDLess at 9-6-2009 20:51


cikgu,
sy dh lama nk join english class ni. yg start weekend ni tu kat sunway eh? kat s.alam takde plan nk bukak kelas ke?
include english for communication tak?? i really need dat.



Salam th3_3nDLess

Buat masa ini saya cuma mampu buat dua kelas sahaja iaitu di Putrajaya (kelas malam hari Jumaat) and yang akan bermula Sabtu ini di Sunway tu..Rasanya lokasi kelas di Suwnay tu dah dekat dah dengan Shah Alam. Kalau naik komuter sebelah je dengan Stesyen komuter Setia Jaya..Elok kalau join kelas Sabtuni sebab kelas July yuran akan dinaikkan ke RM450. Leh call saya di 0193090711
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 07:23 PM | Show all posts
Verb ‘To HAVE’ – part one

Sebelum ini dalam siri Back To BasicEnglish #9 saya telah menerangkan tentang Auxiliary Verb atau Verb Pembantuyang penting iaitu Verb TO BE.

Selain dari Verb TO BE, Verb TOHAVE ialah satu lagi Auxiliary Verb atau Verb Pembantu yang penting. Verb TOHAVE mempunyai banyak fungsi dan antara fungi utamanya ialah untuk menunjukkanpemilikan. Verb TO HAVE jugadigunakan untuk pelbagai tujuan dalam bahasa Inggeris.
Dalam siri #10 ini saya akan menerangkanpenggunaan Verb TO HAVE dari segi bentuk-bentuk ia dan juga penggunaan ia.


Perkataan-perkataan yang terletakbawah Verb TO HAVE ini ialah :-

   
  
  Verb TO HAVE
  
  Jenis
  
  1.
  
  have
  
  Infinitive / Simple form / Kata  dasar
  
  2.
  
  has
  
  Present Tenses – digunakan  dengan Singular nouns dan Uncountable nouns.
  
  3.
  
  had
  
  Past Tense – Kala Masa Lepas
  
  4.
  
  having
  
  Present Participle – Kala  Sedang Berlaku
  
  5.
  
  have been
  
  Past Participle
  
  6.
  
  will have / going to have
  
  Future Tenses – Kala Masa  hadapan
  

Penggunaan Verb TO HAVE di atas ini akan bergantung juga kepada dua faktoriaitu:-

1.
Masa
– Secara amnya MASAkita bahagikan kepada tiga zon masa iaitu :-

i.Present – Sekarang dan menggunakanPresent Tenses.

ii. Past – Sudah lepas dan menggunakanPast Tenses

iii. Future – Akan berlaku danmenggunakan Future Tenses




2.
Subject
– Subject merujukkepada Pembuat Perbuatan atau pelakon utama dalam ayat anda itu. Saya telahkategorikan subject kepada limajenis iaitu:-

i. I– digunakan oleh seseorang yang membahasakan diri beliau dalam penulisandan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Pertama

ii. You – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak kedua yangbeliau sedang beliau berkomunikasi dalam dalam penulisan dan pebualan bahasaInggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Kedua


iii. Singular
– digunakan oleh seseorang yang membahasakanpihak ketiga yang bilangannya satu ( seorang, seekor, satu benda). Ia adalahKata Ganti Nama Ketiga

iv. Plural – digunakan oleh seseorangyang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya lebih daripada satu

v. Uncountable Nouns – Nouns yang tidakboleh dikira seperti water, fire, smoke, coffee dan sebagainya. Kamus OxfordDictionary menyenaraikan nouns2 ini sebagai U iaitu Uncountable.


3.
Subject Verb Agreement
–Ini merujuk kepada apakah jenis2 Verb TO HAVE yang perlu anda gunakan dengan lima Subject yang telahditerangkan sebelum ini.

  Subject
  
  Example
  
  Present Tense
  
  Past Tense
  
  Future Tense
  
  I
  
  I
  
  have
  
  had
  
  will have / am going to have
  
  You
  
  You
  
  have
  
  had
  
  will have / are going to have
  
  Plural – Nouns/Pronouns
  
  students
  we/they
  
  have
  
  had
  
  will have / are going to have
  
  Singular – Nouns/Pronouns
  
  Ali, Garfield, student,  Putrajaya
  he / she / it
  
  has
  
  had
  
  will have / is going to have
  
  Uncountable Nouns
  
  coffee, tea, sand, water
  
  has
  
  had
  
  will have / is going to have
  

4. Penggunaan Verb TO HAVE


Berikut adalah Penggunaan Verb TO HAVE secaraam:-

1.
Untuk menunjukkan pemilikan noun/nouns itu seperti:-



Contoh :-

1.
I have a cat. (Guna present tense ‘have’ sebab ianya menujukkanpemilikan SEKARANG dimana noun/nouns itu masih ada dan masih dimiliki.)

2.
I had a cat last year. (Guna Past tense ‘had’sebab sebab ianya menujukkan pemilikan DI MASA LEPAS dimana noun/nouns itu sudahtiada dan sudah tidak dimiliki lagi.)

3.
I will have a cat tomorrow as my father willbuy me one.
(Guna Future tense ‘will have’sebab
ianya menujukkan pemilikan DI MASAAKAN DATANG dimana noun/nouns itu belum ada lagi dan cuma akan dimiliki di masaakan datang)





AWAS!!!

Untuk menunjukkan pemilikan Verb TO HAVE tidak digunakan dalam bentukPresent Participle iaitu Having.

Cth:-

1. I am havinga Proton Wira right now. – Penggunaan yang salah
2. Aminah ishaving a house in Puchong.
– Penggunaanyang salah
3. She’s havingmy book right now. – Penggunaan yang salah

Ketiga-tigaayat di atas adalah penggunaan yang SALAH kerana Verb to HAVE tidak bolehdigunakan dalam bentuk Present Participle walaupun anda ingin menunjukkanpemilikan sekarang.


Oleh itu anda pelu ingat yang untuk PemilikanSekarang, anda perlu gunakan Verb to HAVE dalam bentuk Present Tense sahajaiaitu samaada Have atau Has. Untuk menentukan samaada anda perlu gunakan Haveatau Has, anda perlu tahu siapa atau apa kah Subject anda dalam ayat anda ituseperti berikut:-

1. I have a Proton Wira right now. –Penggunaan yang betul
2. Aminah has a house in Puchong.
– Penggunaan yang betul
3. She has my book right now. – Penggunaan yangbetul


AWAS!!! – Pengecualian

Walaupun anda membuat ayat dalam bentuk Present tense, jika andamenggunakan TO, anda Cuma boleh gunakan Verb To HAVE dalam bentuk kata dasarnyaiaitu HAVE.


1. Ali wants tohas a car. – Penggunaan yang salah
2. She wants tohas some cats at home.
– Penggunaan yangsalah
3. The boylikes to has a dog for a pet. – Penggunaan yang salah

1. Ali wants tohave a car. – Penggunaan yang betul
2. She wants tohave some cats at home.
– Penggunaan yang betul
3. The boylikes to have a dog for a pet. –Penggunaan yang betul

Kelas mingguan Asas-asasPenulisan dan Perbualan bahasa Inggeris saya akan bermula pada 12hb Julai ini.

[ Last edited by  cikgutuition at 16-6-2009 19:27 ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 12:39 AM | Show all posts
Nak tanya sket.

Apa maksud "Silence speaks volumes"?

apa maksud "barely" and "literally"? Adakah maksud dia sama? Camner cara penggunaan dia?

Thx.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 11:47 AM | Show all posts
Assalamualaikumdan Salam sejahtera

Dalam artikel saya kali ini kita akan melihat bentuk-bentuk ayat bila
menggunakanVerb To HAVE dalam tiga Tensesatau Kala iaitu

1. Simple Present
2. Simple Past
3. Simple Future
VerbTo HAVE


SimplePresent FORM :

1.
Statement


  
Subject
  
  
Verb TO HAVE form
  
  I
  
  
have
  
  You
  
  
have
  
  Singular
  Nouns/Pronouns
  
  
has
  
  Plural  
  Nouns/Pronouns
  
  
have
  
  Uncountable Nouns
  
  
has
  





2.
Negative


  
Subject
  
  
Verb to DO
  
  
Verb TO HAVE form
  
  I
  
  
do not
  
  
simple form
  
have
  
  You
  
  
do not
  
  
have
  
  Singular
  Nouns/Pronouns
  
  
does not
  
  
have
  
  Plural  
  Nouns/Pronouns
  
  
do not
  
  
have
  
  Uncountable Nouns
  
  
does not
  
  
have
  

Perhatikan dalam bentuk negatif,semuanya menggunakan 'HAVE' dan
tiada penggunaan 'HAS' untuk Singular danUncountable. Ini kerana kedua2nya menggunakan 'DOES' di mana 'es' telahditambah kepada 'DO'.

3.
Question

  
Verb to be
  
  
Subject
  
  
Verb TO HAVE form
  
  
Do
  
  
I
  
  
simple form – have ?
  
  
Do
  
  
You
  
  
have ?
  
  
Does
  
  
Singular Nouns/Pronouns
  
  
have ?
  
  
Do
  
  
Plural  
  
Nouns/Pronouns
  
  
have ?
  
  
Does
  
  
Uncountable Nouns
  
  
have ?
  

Simple Presentdigunakan dalam keadaan2 berikut

1. Fakta yang betul sekarang
   
    1. Ali has a cat.
   
    2. They have a house in Ipoh.

    3. My father has a house in Puchong.

    4. I have a headache right now.
   

2. Situasi yang kerap berlaku atau berulang-ulang

    1. I always have breakfast at the restaurant.

     always - menunjukkan kekerapan

    2. Ali has breakfast at that stall every Friday.
    every Friday- menunjukkan kekerapan


Simple Past digunakan dalam keadaan2 berikut

1. Fakta yang betul di masa lepas dengan Penunjuk Masa
   
    1. Ali had a cat last year
   
    2. They had a meeting yesterday.

    3. My father had a house in Puchong before but he sold itlast year.

    4. I had a headache last night.
   
Simple Future digunakan dalam keadaan2 berikut

1. Fakta yang akan betul di masa akan datang
   
    1. Ali will have a cat  as his father will buy one forhim tomorrow.
   
    2. They will have a house in Ipoh soon.

    3. I will have a headache if I don't sleep now.

    4. We will have a staff meeting tomorrow.
   


Diharap penerangan saya ini dapat membuat anda lebih faham tentang pengggunaanVerb TO HAVE terutamanya dengan Penggunaannya dalam bentuk Simple Present.

Saya akan sambung lagi dengan Simple Past Form danjuga Simple Future Form di masa akan datang. Anda boleh bertanya dengan saya diforum saya di www.myknowledgecentre.com/forum/ . Kelas2 baru saya akan bermula selepasRaya di Putrajaya dan juga Sunway.

Yusoff
0193090711
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 01:03 PM | Show all posts
best nya ada class BI. aku ni tense tense nik memang tak reti, selalu pakai hentam keroma asal org paham aku nak bagi tau apa..he he he
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2009 12:22 PM | Show all posts
Nak tanya sket.

Apa maksud "Silence speaks volumes"?


Raindancer Post at 19-6-2009 00:39


Maksudnya kadang2 kita tak perlu cakap apa2 pun lebih memberi kesan atau efektif daripada bercakap. Ni interesting article on this.

http://www.stand-deliver.com/star_ledger/080211.asp

              
Silence Speaks Volumes when Communicating
                  by Steve Adubato, Ph.D.       

            Inthe world of communication, silence often sends a powerful message. Not saying a word in certain situations speaks volumes, whether it isin a presentation, a negotiation, or in a heated debate or argumentwith a co-worker or family member.  Yet, silence is a communicationtool that few professionals really understand how to use.  Let’s take acloser look:  
            
Q—What  exactly does silence communicate?  
            A—Thinkof the expression; “the strong silent type.”  In early Hollywood years,the term “strong silent type” was coined to describe male actors whowould communicate strength and confidence without saying a word.  Morerecently, think about actors like Robert De Niro or Al Pacino,especially in movies like The Godfather I and II.  Their silence saysso much to so many.  The same thing is true in business.  If you areasked a question and you don’t immediately respond it could communicatemany things.  You could be thinking, angry, uncomfortable or just notsure what you want to say.   Silence can also intimidate and dominateyour audience.  
            Q—Why  is it that most professionals don’t know how to use silence as a communication  tool?
            A—Becausewe don’t think about it much.  We think communicating is simply talkingnonstop in a linear fashion—no pauses, no planned silence, nohesitation, no rhythm—just talking randomly.  We are not aware of howwe are being received and perceived by others.  We don’t consider thatbeing silent when being introduced to a large and boisterous crowd hasthe potential of silencing your audience and getting them to focus moreon you and your message.  Our lack of understanding of the power ofsilence is indicative of how most professionals miss subtlecommunication tools and techniques that can help them on so manylevels.  It’s why we ramble endlessly without stopping to check in withour audience.  
            Q—What  specific impact does silence or pausing have in a presentation or speech?  
            A—Ithelps you as a communicator to pace yourself and breathe.  It allowsyou to organize your thoughts and emphasize one point or another.  Itbuilds anticipation in your audience and allows them to follow yourmessage.  We are so used to constant sound.  We need to learn to seesilence or pausing as similar to the “white space” in a print ad in anewspaper, magazine or billboard.  Too many words without enough “whitespace” can cause a message to be lost.  The same thing is true ofwords.  Pausing and silence creates the “white space” to put thosewords in context and have them jump off the page.  
            Q—But  can’t pausing or silence be uncomfortable or awkward?
            A—Onlyif you let it.  We put to so much pressure on ourselves to think of theperfect or correct thing to say, that as soon as we experience a secondor two of silence, we panic.  This often causes us to say things wewish we hadn’t, without thinking them through.  Words just flow fromour mouths without any focus and we often pay the price later. However, if when experiencing silence we took a breath and said toourselves; “What am I thinking right now?  How do I feel?  What do Iwant to say?  What does my audience want and need to hear right now?”then we would project more confidence and a greater comfort level. These techniques will help the person you are talking to feel more ateasel.  So it is not the silence or pausing that is the problem, it isour reaction to it and our fear of it.  Getting comfortable with andincorporating the sound of silence into our everyday communication willpay huge dividends in the world of communication and in our everydayconversations
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 12:45 PM | Show all posts
Nak tanya sket.

Apa maksud "barely" and "literally"? Adakah maksud dia sama? Camner cara penggunaan dia?

Thx.
Raindancer Post at 19-6-2009 00:39


Barely =hampir2 tiada dan digunakan dalam bentuk negatif

e.g. I barely see him. - Saya amat-amat jarang jumpa dia.

   The music is barely audible. - Muzik tu terlalu perlahan.

boleh juga bermaksud just, certainly not more than (a particular amount)

He was barely 20 years old and already running his own company.( Dia baru je masuk 20 tahun)
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 01:44 PM | Show all posts
Nak tanya sket.

Apa maksud "barely" and "literally"? Adakah maksud dia sama? Camner cara penggunaan dia?

Thx.
Raindancer Post at 19-6-2009 00:39


Literally bermaksud sebenar2nya mengikut makna bahasa.

Dalam bahasa Inggeris makna-makna ayat atau frasa dikategorikan samaada:-

1. Literal meaning - bahasa tersurat dimana maknanya ikut perkataan yang ditulis.

2. Figurative meaning - bahasa tersirat di mana maknanya tersembunyi seperti dalam penggunaan Idiom (peribahasa) dan Phrasal Verb.

Cth.

1. My son has learn how to write from A to Z.

Yg ni mengikut makna literal iaitu anak beliau tahu dah menulis A, B, C sehinggalah ke Z.

2. Ali knows how to fix Proton cars from A to Z.

Yg ni mengikut makna figurative iaitu bukannya bermaksud Ali tahu huruf2 A, B, C sehinggalah ke Z tetapi bermaksud yang Ali ni seorang yang pakar tentang kereta Proton dan tahu membaiki semua kerosakan kereta Proton.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 09:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikgutuition at 9-9-2009 22:16

179# cikgutuition

Back To Basic # 12 – Verb TO HAVE Part 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Cari.Com



Dalam artikel saya sebelum ini saya telah memperkenalkan kepada anda penggunaan Verb TO HAVE dari segi fungsinya dan juga saya juga telah memberi anda bentuk-bentuk ayat dalam bentuk Simple Present yang anda perlu gunakan untuk pemilikan dan aktiviti yang sedang betul sekarang dan juga yang ada kekerapan.



Kali ini saya akan berikan anda bentuk Verb TO HAVE dalam bentuk Simple Past iaitu Kala Masa Lampau yang anda gunakan untuk



1. Pemilikan lampau  Ini merujuk kepada pemilikan di masa lepas di mana benda/harta yang dimiliki itu tidak lagi dimiliki pada masa sekarang.



  Cth



  I had a cat but it died last year



  Ali had a house in Puchong but he sold it in 2008.





2. Aktiviti di masa lepas  Verb TO HAVE dalam bentuk Simple Past juga digunakan untuk aktviti-aktiviti yang sudah berlaku di masa lepas.



  Cth



  We had a meeting with the management last week.



   I had nasi lemak for breakfast this morning.



3.Penyakit di masa lepas  Verb TO HAVE dalam bentuk Simple Past juga digunakan untuk menceritakan penyakit/sakit yang dihidapi di masa lepas.



       Cth



      I had a headache just now but now I am feeling better.



      Abu had a stomach ache because he drank sour milk last night.





Bentuk Ayat-ayat Verb TO HAVE dalam bentuk Simple Past









Simple Past FORM



   1. Statement





  
Subject
  
  
Verb TO HAVE form
  
  I
  
  
had
  
  You
  
  
had
  
  Singular
  Nouns/Pronouns
  
  
had
  
  Plural  
  Nouns/Pronouns
  
  
had
  
  Uncountable Nouns
  
  
had
  





2.
Negative


  
Subject
  
  
Verb to DO
  
  
Verb TO HAVE form
  
  I
  
  
did not
  
  
simple form
  
have
  
  You
  
  
did not
  
  
have
  
  Singular
  Nouns/Pronouns
  
  
did not
  
  
have
  
  Plural  
  Nouns/Pronouns
  
  
did not
  
  
have
  
  Uncountable Nouns
  
  
did not
  
  
have
  

Perhatikan yang bentuk negatif Simple Past menggunakan Verb dalam bentuk Kata Dasar iaitu HAVE kerana penggunaan DID sudah menunjukkan Past tense.Oleh itu Verb tidak perlu anda tukarkan kepada HAD.



  3.
Question

  
Verb to be
  
  
Subject
  
  
Verb TO HAVE form
  
  
Did
  
  
I
  
  
simple form – have ?
  
  
Did
  
  
You
  
  
have ?
  
  
Did
  
  
Singular Nouns/Pronouns
  
  
have ?
  
  
Did
  
  
Plural  
  
Nouns/Pronouns
  
  
have ?
  
  
Did
  
  
Uncountable Nouns
  
  
have ?
  





Kursus Intensif Fundamentals English Grammar  akan saya mulakan pada 3hb Oct ini di Precint 9 Putrajaya dan pada 4hb Oct ini di Sunway. . Hubungi saya segera di cikgutuition@gmail.com atau 0193090711 kerana tempat terhad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.089685 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list