CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nape?Tak caye?

[merged] Jemaah Tabligh

[Copy link]
Post time 29-5-2003 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by Terong Pipit at 2003-5-27 05:50 PM:
Kalau ditinggalkan 40 hari munkin isteri tak marah.. TETAPI kalau ditinggalkan suami bertahun-tahun kerana belajar isteri akan marah sebab sisuami 'no problemo' sebab dia bolih kahwin Muta'ah tatapi siisteri yang ditinggalkan tak bolih ke?

Jika suami-suami yang 'pergi terus' apabila terkorban di medan Jihad - sisteri kan bersyukur alhamdulillah dan bersyukur kerana suaminya syahid dan bagi siisteri tak ada ikatan lagi dan bolih kahwin lain.. Lax nampak tak akan perbezaannya?


Ade le jugak perbezaan nya... tetapi bukan umum untuk semua orang, ... sesetengah orang je... 40 hari mungkin ada jugak isteri yang beriman tak marah kalau dia tahu betul-betul suami nya orang baik-baik, tapi  yang cemburu kuat belum tentu lagi... macam-macam dalam kepala dia... suami pergi rumah bini muda le, nak kawin lain dan macam-macam lagi... ini realiti...

Kalau belajar bertahun-tahun itu pun patut jangan marah jugak le... sebab belajar pun jihad... tak kan semata-mata tak boleh kawin lain, maka si isteri tak rela suami pergi belajar? Esok, untuk kesenangan dia anak beranak jugak... tak kan tak setuju atas alasan tak dapat kawin lain... mati di medan jihad isteri dapat kawin lain.... itu  je ke yang isteri nak... lebih baik cari keredhaan Allah s.w.t. ... Nabi Muhammad s.a.w. pernah suruh tuntut ilmu sampai ke negeri Cina, tapi tak de le pulak perempuan-perempuan, isteri-isteri orang Islam semasa tu pot pet pot pet mengenai nya. Saya pun nak tengok jugak apa kah perbezaan yang anda faham dalam skop ini.

[ Last edited by Laxamana. on 29-5-2003 at 08:48 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


akmarun This user has been deleted
Post time 29-5-2003 09:13 AM | Show all posts

isu tabligh

salam kepada semua...

Isu tabligh ni sebenarnya memang mendapat tentangan daripada ramai orang, terutamanya orang islam sendiri. malah ada orang yang menyamakan tabligh dengna tarikat dan fahaman seperti syiah dan sebagainya hanya sebab isu mengisi borang. so kepada orang yang sering keluar dakwah, anggap ini sebagai ujian, sebab saya pernah jugak keluar 3 hari..2 dan 3 kali...walaupun saya tak suka..tetapi yang pasti hidayah datang dari Allah, bukan manusia, adakah firaun menjadi kufur disebabkan manusia, adakah harta yang dimiliki oleh haman itu manusia yang bagi..so jawab ler sendiri.

isu berkenaan keluar sampai 40 hari dan 3 bulan dan yang lain2nya, perlu diingat..ini bukan paksaan. diaorang tak paksa...sesiapa nak gi pergilah kan...saya dulu ada gak angkat tangan, tapi tak pergi pun...tapi sekarang haaa terigin lak nak gi..tengok tempat orang lain. so paksaan tak wujud. kalau tak mo pergi tak yah ler...dan sekali lagi..semua ini hidayah Allah sahaja.

pasal tinggalkan isteri, memang menjadi kewajipan suami memastikan keluarganya dijauhkan dari api neraka, tidak kah kita sedar bahawa tindakan suami itu sebenarnya penyelamat kepada keluarganya, mereka keluar berdakwah...mengajak manusia kembali berjemaah, solat awal waktu, membaca Al-Quran nur Qarim, berbaik sangka, sentiasa mengamalkan doa akan mendapat tempias kepada keluarganya. adakah ini juga dianggap meninggalkan amanah. namun kita tak leh menolak memang tabligh dulu menninggalkan terus keluarganya sehingga kelaparan dan sebagainya, itu dulu dan sekiranya mereka cekal dan menganggap semua itu dugaan tuhan mereka takkan marah atau sebagainya...tetapi tabligh sekarang berbeza..mereka biasanya akan mencukupkan keperluan keluarga terlebih dahulu sebelum keluar...1 minggu kita berkerja 24 hours, aper salahnya 3 hari atau 1 hari setengah diluangkan bersama rakan di masjid atau di surau...sekiranya niat kita ikhlas insyaAllah kita akan dapat lihat kesannya selepas dari itu,...pada saya kesannya yang dapat saya lihat ...

selepas 2 tahun..
-saya masih diberi kekuatan oleh Allah untuk mengamalkan doa2 kecil..seperti masuk tandas...makan..memandu kenderaan, tidur dan bangun dan sebagainya..
-sedar tindakkan kita sentiasa diperhatikan
-bersyukur dengan apa yang ada
-tenang
yakin
dan sebagainya...

tetapi..perkara ini perlu dilakukan secara istiqamah, namun sebab dah lama tak joint group ni...amalan kita serta kekusyukan dalam beramal tidal sehebat dulu...

nasihat
sekiranya kita tak mo masuk, takper lah. sebab itu untuk kita sendiri bukan untuk orang lain, kalau kita tak mo gi takper lah kan, bukan wajib tetapi tuntutan jihat itu masih ada..ingat!!! tapi mungkin dalam aspek yang lain..pendidikan dan sebagainya..

jangan dok bertelagah ler nak berdebat dan sebagainya, debat menggelapkan hati...elok berbincang dengan baik ok...dan untuk pengetahuan netters semua, tabligh sekarang dipenuhi dengan golongan profesional, u can share lots of things with them..pelik oran malaysia ni, isu menutup aurat , isu pesta dan sebagainnya tidak lah seteruk isu yang mengaitkan perihal pembangunan islam adakah Allah telah menarik cahaya dari hati kita atau kita sendiri yang menghancurkan cahaya tersebut..ok lah..take care semua...jaga diri, jaga iman, berjuang untuk mendapat kejayaan, yang study, study rajin2, yang kerja, kerja rajin2, yang berkeluarga, jaga keluargaa baik2, ok
ila liqa
wassalam
i_e5a@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2003 10:04 AM | Show all posts
Betul pandangan saudara.... saya hairan dengan segolongan netters yang anti sungguh dengan Tabligh. Saya sendiri hanya kenal gitu-gitu je dengan jemaah Tabligh dan saya sentiasa memberi senyuman dan melayan mereka dengan baik bila mereka nasihat menasihati yang melibatkan saya kadang kala nya... kalau ada segolongan orang Tabligh yang tak berapa betul, maka kita do'akan mereka... sebagaimana kita patut berdo'a untuk semua muslimin muslimat... jangan pula kita berikan sumpah seranah dan kutukan yang tak membina sampai orang terpengaruh untuk menjauhi seruan Tabligh... Tabligh tidak sesat dan sesungguhnya Tabligh menyeru ke arah kebaikan, melainkan dibuktikan sebaliknya.

[ Last edited by Laxamana. on 29-5-2003 at 10:13 AM ]
Reply

Use magic Report

akmarun This user has been deleted
Post time 29-5-2003 11:45 AM | Show all posts

ehh

Originally posted by Laxamana. at 2003-5-29 10:04 AM:
Betul pandangan saudara.... saya hairan dengan segolongan netters yang anti sungguh dengan Tabligh. Saya sendiri hanya kenal gitu-gitu je dengan jemaah Tabligh dan saya sentiasa memberi senyuman da ...



eh salam
hang ajak aku minum ker..? hehe
Reply

Use magic Report

Sassaparella This user has been deleted
Post time 29-5-2003 02:12 PM | Show all posts

Yang baik kita sokong, yg salah kita mohon Allah pimpin

Laxamana said:" saya hairan dengan segolongan netters yang anti sungguh dengan Tabligh. Saya sendiri hanya kenal gitu-gitu je dengan jemaah Tabligh dan saya sentiasa memberi senyuman dan melayan mereka dengan baik bila mereka nasihat menasihati yang melibatkan saya kadang kala nya... kalau ada segolongan orang Tabligh yang tak berapa betul, maka kita do'akan mereka... sebagaimana kita patut berdo'a untuk semua muslimin muslimat... jangan pula kita berikan sumpah seranah dan kutukan yang tak membina sampai orang terpengaruh untuk menjauhi seruan Tabligh... Tabligh tidak sesat dan sesungguhnya Tabligh menyeru ke arah kebaikan, melainkan dibuktikan sebaliknya."

Setuju yg amat!

Saya sendiri dah tulis dalam post sblm ni, yg kita tak sepatutnya menghukum sst perjuangan/pergerakan HANYA BERDASARKAN INDIVIDU TERTENTU yg kita kenal. Sebagai seorang intelek, kita patut ajukan persoalan yg kita ada kepada orang yg ahli dalam pergerakan tersebut dan berbincang face to face. Setahu aku alim ulama di sri petaling tu sentiasa bersedia untuk diajukan sebarang persoalan. Professional lar sikit.. Tak ada faedahnya kita nak memburuk-burukkan sst yg kita tak kaji secara terus dari sumbernya...

Aku dulu pun banyak musykil jugak, macam2 aku tanya..
Kesimpulannya, aku tak nampak apa yg tak betul dalam perjuangan dakwah yg dipanggil orang 'jemaah tabligh' ni.

Pasal keluar-keluar tu pun, sebnarnya kalau ssorg tu tak sanggup keluar 40 hari contohnya hanya nak keluar 20 hari pun bboleh, nak keluar 33 hari pun boleh takder org nak paksa..
Keluar ni satu kaedah utk kita beljar mujahadah, susah susah sikit, tahan malu sikit, mendekati diri kpd allah>di ulangi..SUATU KAEDAH.
Macam masuk universiti, suatu kaedah pendidikan ada 3 tahun, ada 4 tahun , ada 6 tahun..tak pulak kita persoalkan. Bukannya mereka wajibkan keluar 40hari, tak penah pulak aku dengar..

Yg pasti, aku banyak dapat menfaat bila aku keluar ikut jemaah ni..Tersangat banyak..Mengenai jemaah lain pun aku pasti bnayk manfaat yg ada. Yg penting kita semua tak ader nak caci satu sama lain dan sentiasa ingat yg kita ni semuanya mencari keredhaanya. Hati mahu bersih,ikhlas, insyaallah Allah akan pimpin..

Wallahuaklam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2003 04:34 PM | Show all posts

tabliq, kawan aku pun ada, akhirnya isteri minta cerai

sebab dia terlajak keluar rumah meninggalkan keluarga (isteri dan anak) terlalu lama, mana boleh tahan, walaupun isteri bekerja, tapi rasanya dia tak gunakan masanya untuk mentabliq keluarganya, itulah....
dimulakan dengan diri sendiri, keluarga, jiran.. dan seterusnya....
kini mereka bercerai....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2003 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by paler kembang at 2003-5-29 04:34 PM:
sebab dia terlajak keluar rumah meninggalkan keluarga (isteri dan anak) terlalu lama, mana boleh tahan, walaupun isteri bekerja, tapi rasanya dia tak gunakan masanya untuk mentabliq keluarganya, it ...


Salam.

Jangan kau lupa tuuu Paler......apabila sahabat sahabat dapat tahu kejadian itu...mereka pun nasihatlah: " Allah sayang dengan engkau.Allah pilih engkau untuk menerima dugaannya. Anak,bini itu fitnah. Ini kerja Nabi. Apabila engkau buat kerja Nabi...macam macam dugaaan yang engkau akan terima....sabar aje le. Inilah sebabnya kita kena buat kerja..untuk membuang kebesaran makluk dan masukkan kebesaran Allah."

Pesan Amir: Jagalah baik baik anak dan isteri kerana itu juga amanah dan itu juga institusi ummah yang perlu dijaga dan tatang baik baik.

Cerita dari AlQuran: Nabi Musa pergi meninggalkan kaumnya untuk bertemu dengan Allah buat seketika. Sepanjang pemergiannya ,Nabi Harunlah yang berada bersama kaumnya. Kaumnya kembali menyembah sapi. Sekembali Nabi Musa amatlah dikuatiri oleh Nabi Harun assebab kaumnya kembali kufur kepada Allah. Nabi Musa tersangat marah dan dukacita diatas kejadian itu.

Moral cerita disini ialah Nabi merangkap Saorang Rasul pergi bertemu Allah pulak tu.........perkara yang sedemikian telah berlaku. Kaumnya semacam kebingungan ketiadaan Musa a.s.......................

Oleh itu  kamu...wahai manusia manusia bergelar Tabliq,jagalah Anak Bini itu kerana mereka itu manusia saperti engkau juga.......Kalau terjadi sesuatu yang buruk.....janganlaaa pulak...sabitkan kepada Allah.

Amir mempercayai hakikat baik dan buruk daripada Allah. Usahakanlah untuk terjadi yang baik saperti....."menjaga"....dan jangan ..."tinggalkan" sebabnya...menjaga dan meninggalkan juga mempunyai Qada' dan Qadarnya.

Luas betul  skop pemahaman tentang Agama ni......iiiiiaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2003 03:30 PM | Show all posts
salam
tak baca posting dari awal, cuma nak kongsi pasal tabligh ni. Niat murni, mungkin cara kurang sesuai. bill pernah berkawan dgn kawan2 tabligh, kehidupan islam mereka lebih menjurus ke arah zaman sahabat2. Mungkin ada beberapa kesilapan dari segi adab bekeluarga (Amir telah menyentuhnya), yg kesilapan ini sangat serius sebenarnya. Rasanya perlu mulakan tabligh dari rumah, jiran, kampung dan masyarakat yg lebih besar dari terus keluar berdakwah ke luar daerah atau seumpamanya. Pendekatan juga mungkin harus berbeza di mana orang sekeliling tidak lagi memandang tinggi golongan dakwah. Ianya dari segi penampilan, yang rasanya harus lebih kemas, bersih. Terdapat segolongan orang yg berpakaian biasa, yang dapat mendekati orang2 yg berpakaian biasa juga (baca orang awam) dengan lebih mudah dan sekaligus berupaya (hasil dari tindakbalas pendengar) menyampaikan mesej dengan lebih baik juga.

Sebuah kejadian benar, di mana kawan2 kami di Universiti menolak dan menjauhkan diri dari pelajar2 yg terlibat dengan gerakan Tabligh. Tidak kurang yg mencemuh dan merendah2kan mereka. Sebagai respon terhadap itu, pelajar2 yg menyertai gerakan tabligh berpendapat bahawa itu adalah cubaan dan betapa umat tidak senang, membenci atau menjauhi sunnah Nabi saaw. (berjubah, berjanggut, berserban, bercelak...) Utk itu mereka berpendapat bahagian pahala utk mereka. Bill pula berpendapat, ianya satu kerugian kepada umat (pelajar U dalam kes ini), ini kerana mungkin terdapat sekumpulan pelajar yg tidak menyedari potensi Islamiknya, sekiranya tidak disentuh. Ketika first impression sudah tidak begitu baik, mesej yg sangat2 baik itu tidak pula dapat disampaikan. Kita semua perlu lebih berhikmah.

wallahu'alam
wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2003 04:09 PM | Show all posts
Amir berusaha memburukkan Tabligh... astaghfigrullah hal 'azim. Alasan nya satu, bila keluar rumah nanti bini minta cerai sebab suami yang mencari keredhaan Allah s.w.t. abaikan tanggungjawab untuk duduk di rumah. Macam lah orang Tabligh keluar rumah tak balik-balik.  Kalau ikut nasihat dia, nanti jihad pun tak boleh keluar rumah jugak agak nya.... nanti bini minta cerai. Sememangnya bini minta cerai tu adalah dugaan dari Allah s.w.t., setiap manusia dugaan nya tak semesti nya sama dan stereotype... Amir sendiri mengaku bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa dalam menentukan sesuatu.... berusaha untuk yang baik-baik berlaku tak dapat mengatasi hak Allah s.w.t. dengan sifat Maha BerkuasaNya... usaha manusia tak memberi bekas, bagi yang memahami. Saya nak tahu samada Amir membenci dan memusuhi orang Tabligh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2003 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 2003-5-30 03:30 PM:
salam
tak baca posting dari awal, cuma nak kongsi pasal tabligh ni. Niat murni, mungkin cara kurang sesuai. bill pernah berkawan dgn kawan2 tabligh, kehidupan islam mereka lebih menjurus ke arah  ...


Salam Bill,

Saya pun pernah lah dengar ada orang berkata cara Tabligh tak sesuai begitu begini... saya tak nampak salah  berjubah, bercelak, menyimpan janggut, dan ingat mengingati yang mereka lakukan. Usaha atas keluarga adalah usaha berterusan dan takkan lah nak tunggu isteri beriman baru nak berdakwah diluar... Nabi Nuh, isteri tak beriman sampai kesudah, tapi dia berdakwah kepada umat nya tanpa tunggu isteri nya beriman dulu... Adakah pada pandangan Bill, Tabligh harus dihentikan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2003 04:53 PM | Show all posts
Apakah sifat semulajadi manusia yang benci atau sukar dibawa kearah kebaikan...sebagai contoh...kita offer 2 tawaran  tawaran pertama: Berjemaah kat masjid sambil mendengar ceramah,takzirah atau yang sama waktu dengannya...dan tawaran kedua: Ke konsert penyanyi popular...pada waktu yang sama....cuba kita tanya diri kita sendiri dengan ikhlas..mana satu yang kita hendak pergi...kalau saya memang hati saya berat ke konsert...tak tahulah orang lain..walaupun sebahagian dari hati saya itu hendak juga kemasjid..tapi yang nyata lebih berat ke konsert...inilah hakikat yang sebenarnya bila saya tanya diri sendiri secara ikhlas....kawan kawan macammana?...
Reply

Use magic Report

akmarun This user has been deleted
Post time 31-5-2003 08:17 AM | Show all posts

aper ler

Originally posted by Nape?Tak caye? at 2003-5-30 04:53 PM:
Apakah sifat semulajadi manusia yang benci atau sukar dibawa kearah kebaikan...sebagai contoh...kita offer 2 tawaran  tawaran pertama: Berjemaah kat masjid sambil mendengar ceramah,takzirah atau ya ...


salam dan selamat hari raya semua...
aper ler ...pasal mende ni sebenarnya susah nak di cari penyelesaian..kalau semua yakin pada hidayah..pasti takder saper pun yang akan membincangkan hal ni kan....aler...yang bercerai sebab chamber dua tiga tu ramai gak...yang bercerai sebab laki pasang lagi 10 ader gak...dan macam2 lagi..kot yang bercerai pasal laki keluar tabligh tu ader ler satu dua..tapi yang satu dua ni jugak jadik persoalan yang membangkit kan perasaan amarah yang TERLAMPAU..heheh..gurau jer..bukan aper kita bincang dalam suasana harmoni takperlu untuk berdebat sampai tension2 ek...walaupun ader unsur2 yang tak sedap di dengar tapi percayalah..apabila seseorang itu ader di dalam hati nya membincangkan persoalan ni..sekurang2nya dia pun teringin gak nak mendalami erti jihad dalam persoalan tabligh ini..ok dont get me wrong...
tadi ader insan yang ajak gi minum...tapi tak timbul2 lagi...bila nak minum ni...
salam
Reply

Use magic Report

Sassaparella This user has been deleted
Post time 31-5-2003 12:15 PM | Show all posts

ehemm ehem

Assalamualaikum semua!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu BENAR-BENAR berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Salahkah sahabat-sahabat saudara kita yang ditinggalkan isterinya supaya menyuruhnya bersabar? Manusia.....manusia...., kalau dah tak suka tu, semua dinampaknya tak betul. Teringat pulak pada kata-kata... Kebaikan yang berkali-kali mudah dilupa, Kesilapan yang sekali diingat selamanya.

Yang penting mereka2 tu berniat untuk memperbaiki diri mereka disamping itu mereka memikirkan bagaimana semua manusia dapat memperbaiki diri masing-masing. Malah mereka adalah dilarang mengutuk/kritik sebarng pergerakan jemaah lain. Prinsip mereka untuk membetulkan yg tidakbetul, ialah dengan menunjukkan yg haq, apabila yang haq datang maka yg bathil dengan sendirinya akan pergi. Yang haq ibarat cahaya yg dibawa kedalam bilik yg gelap maka akan meneragi bilik tersebut lalu hilanglah kegelapan. Mereka sebolehnya tak akan tegur staight kepada kesalahn tu, sebab itu aku senang dengan cara mereka. So, aku tak tahulah kenapa ada yg kata diaorg ni tak hikmah?? Adakah sebab berpakaian sunah tu tak hikmah?.. Habistu kenapa Rasulullah saw beritahu (lebih kurang) barangsiapa yang menghidupkan sunnah di zaman kerosakan ummah akan diberi pahala 100 pahala mati syahid...?
Kalau orang sikh yg pakai turban tu, dan dlm masa yg sama boleh jawat jawatan besar dlm multinasional syarikat macam 'Apple' (computer), kenapa orang2 Islam sendiri apabila ada orang Islam yg mengamalkan serban maka dianggap 'ketinggalan zaman'. Nampaknya pemikiran orang islam sendiri masih seolah tak lepas dari zaman penjajah. Sekarng, sapa yg ketinggalan zaman agaknya..?
Kalaupun kita ni tak mampu nak mengamalkan sunnah nabi, sekurang-kurangnya kita sokong orang yg cuba nak menghidupkannya. Adalah tidak bijak kita mengeluarkan kata-kata yang boleh merendah-rendahkan sunnah. Kalau tak nak ikut sunnah nabi..kita nak ikut sapa..sunnah orang ....? Tepuk dada tanya iman.
Wallahuaklam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2003 02:57 PM | Show all posts
Saya sokong sas..memang manusia jika tak suka semuanya tak betul ...termasuk saya sendiri...tp tak lah teruk sangat
Reply

Use magic Report

akmarun This user has been deleted
Post time 2-6-2003 08:07 AM | Show all posts

hehe

Originally posted by Nape?Tak caye? at 2003-5-31 02:57 PM:
Saya sokong sas..memang manusia jika tak suka semuanya tak betul ...termasuk saya sendiri...tp tak lah teruk sangat


lawak ler ko ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2003 02:11 PM | Show all posts
Salam.

Jangan sempitkan pengertian Sunnah Nabi itu. Amir pesan juga dengan kawan kawan bahawa Agama Islam ini hendaklah dimengertikan betul betul. Untuk dapat kefahaman mestilah banyak membaca tentang persoalan Agama,tak kiralah dari kaedah yang mana saperti kitab/buku,surat khabar,majlis Ilmu,siminar,melalui media elekronik saperti TV,radio dan kalau ada persoalan yang tak terjawab oleh minda kamu hendaklah bertanya pada sesiapa yang kamu rasa arif dalam bidang agama. Bertanyakan sesuatu persoalan agama pada manusia hendaknya jangan pada satu dua orang sahaja. Tambahan pula mereka mereka yang didalam puak puak tertentu.

Amir bagi contoh: Kejadian rompakan senjata oleh kumpulan Al Maunah yang mempunyai motif tertentu. Kalau kamu tanya pada geng Al Maunah ini, mereka akan kata bahawa  inilah jalan yang dituntut oleh agama Islam. Pada kefahaman mereka, orang lain semua tak betul. Cuba kamu selami hati nurani mereka dan bertanya pada minda kamu apakah yang mendorong sahingga mereka berbuat sedemikian?  Jawabnya ialah assebab minda mereka atau  fikrah mereka,cara berfikir mereka. Pemikiran mereka yang tidak menetapi cara pemikiran yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri.

Amir pernah didalam postings yang lepas ada mengatakan bahawa orang yang hidup beragama itu,tiada istilah dunia bagi mereka. Maknanya bukan tak mau dunia atau mengkelas-kelaskan gitu tapi meknanya bahawa dunia mereka mengikut terlunjuk agama. Mereka faham betul akan tuntutan agama Islam ini.

Oleh itu cara pemikiran yang betul,cara pemahaman yang betul,cara penyampaian yang betul,cara amalan yang betul memungkinkan sesaorang itu diatas landasan yang betul,mendapat keberkatan dan keampunan Allah SWT,InsyaAllah.

Allah berfirman bahawa Nabi Muhammad itu sebaik baik ikutan bagi kamu. Allah juga berfirman bahawa Dia tidak melihat rupa paras kamu (luaran). Oleh itu janganlah ingat kalau dah berjubah,berjanggut dan berserban itu sebagai orang yang sudah beragama,yang memahami tuntutan agama Islam itu sendiri. Amir bertanya,apakah berjubah,berjanggut dan berserban itu Sunnah? Amir jawab. Ituuuu Sunnah jugaaaa tetapi bukanlah Sunnah yang dituntut oleh Agama dan juga yang disebut oleh Allah sabagai sebaik baik ikutan.

Alhamdullilah,sudah menjadi ketentuanNya Nabi dikalangan bangsa Arab.

Kamu dapat fikirkan tak,Sunnah luaran bangsa Melayu,Cina dan India.!!!!!


Disini dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2003 02:16 PM | Show all posts
tapi gulungan tabliq ni dengar khabar lebih cenderong ke india..... kalau sekumpulan tabliq, kalau ada yang pernah ke india tu kira A1 mentol lah....
Reply

Use magic Report

akmarun This user has been deleted
Post time 3-6-2003 08:07 AM | Show all posts

salam

Originally posted by paler kembang at 2003-6-2 02:16 PM:
tapi gulungan tabliq ni dengar khabar lebih cenderong ke india..... kalau sekumpulan tabliq, kalau ada yang pernah ke india tu kira A1 mentol lah....


salam...
memang depa ni selalu gi sana, tapi keutamaan gi ler haji ker..umrah ker...pasal amir tu..betul nasihat tu, aku rasa baik hang tanya banyak ustaz pasal ni ek...serban, berjanggut, berjubah dan sebagainya...adalah sunnah, cuba tanya uztaz...sunnah tu aper..haa nanti baru hang faham...orang dok berbogel siang malam tu..takder lak orang nak suruh tanya...sebab tu lah...sabda Rasul SAW...antara lain maksudnya, orang yang berada dan berpegang pada agamanya seperti memegang bara yang panas...so fikir2kanlah...dan di dalam ni pun ramai yang hafiz dan hafazah...dan tidak kurang juga yang berilmu...ulama dengan ilmu agama...so kalo tak berapa berpuas hati...kita sama2 menambahkan ilmu pengetahuan kita...ok...

salam sahabat
akmar dum dum....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2003 01:12 PM | Show all posts
geng tabliq ni kalau pakai pakaian tak semacam yang depa pakai tu.... kira tak ok ker.... ini macam budaya india saja...... nak kata pakaian arab bukan... pakaian melayu bukan..... banyak gulungan tabliq terpengaruh dengan pakaian macam tu....   kalau depa pakai pakaian macam biasa semasa nak datang ke rumah-rumah mengajak berjemaah di masjid.... boleh ker......

JAWAPANNYA:  BOLEH.... TAPI.....
Reply

Use magic Report

akmarun This user has been deleted
Post time 3-6-2003 01:28 PM | Show all posts

aper ler

Originally posted by paler kembang at 2003-6-3 01:12 PM:
geng tabliq ni kalau pakai pakaian tak semacam yang depa pakai tu.... kira tak ok ker.... ini macam budaya india saja...... nak kata pakaian arab bukan... pakaian melayu bukan..... banyak gulungan  ...


salam gang...

pakaian asalkan bersih dah ler...berjubah u tak tengok ker pakaian orang arab biler menaiki kuda..berperang dan sebagainya..adakah jubah yang pak arab pakai masa gi solat...berbezakan..kalau tak nah gi takper lah..sunnahnya bersih dan jangan lupa adap berpakaian..hehe...ok geng..jumpa lagi...aku pun tak suka sangat tabligh ni...tapikan...ko keluar sekali ko sanggup tak buat aper yang depa buat...ajak orang ghi surau..solat berjemaah...yang diajaknya..mereka2 yang memang tak mo gi..haaa...masa tu baru dirasai cabaran betapa susahnya nak menggerakkan orang gi berjemaah..hehe..test beb..jangan bercakap jer..so as an intelek...judge somethings based on what u feel..by xperience....
heheh
selamat hari raya...
salam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.486276 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list