CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nape?Tak caye?

[merged] Jemaah Tabligh

[Copy link]
Post time 4-6-2003 02:47 PM | Show all posts
malan luaran nampak bagus... tapi siapa tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Sassaparella This user has been deleted
Post time 4-6-2003 04:43 PM | Show all posts
Al Quran dan Hadith ni adalah untuk manfaat org yg amalkan. Iaitu org yg amalkan akan dapat manfaat. Orang yg tahu saje, tapi tak amal tak dapat apa-apa. (malah disoal), yg tolak astagfirllah.., yg tahu tak amal tapi niat untuk amal, insyaallah suatu hari nanti Allah akan bagi kekuatan untuk amal.
Sunah or not, kena lah kita belajr dari guru agama dan Kitab2 hadis, tak boleh lah sekadar dengar2 or tengok2 aje.
Dan kita kena ingat sunnah ni perkara yg rasullullah saw buat/amalkan dan ianya not equal dgn 'budaya' arab.
Cakap banyak pun tak guna, see u in akhirat la jawabnya...
Reply

Use magic Report

akmarun This user has been deleted
Post time 6-6-2003 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by paler kembang at 2003-6-4 02:47 PM:
malan luaran nampak bagus... tapi siapa tahu


ko ni betul kambing ler, Allah lah yang tau, dalam ker luar ker, ishk, jangan ler mempersoalkan mende yang tak terjangkau oleh fikiran insan,walaupun dalam ko, tapi luaran ok, mungkin insan tersebut ingin berhijrah, ko ni, aku semelih kang.,...gurau jer, hidup kambingggg..emmmmbeeeekkkk
salam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2003 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by akmarun at 2003-6-6 08:43 AM:
ko ni betul kambing ler, Allah lah yang tau, dalam ker luar ker, ishk, jangan ler mempersoalkan mende yang tak terjangkau oleh fikiran insan,walaupun dalam ko, tapi luaran ok, mungkin insan tersebu ...

lawak ler ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2003 12:12 PM | Show all posts
Memang betul lah bahawa tiada siapa pun di dalam Tabligh yang suruh pakai kurta ( pakaian macam Pakistan/Afghanistan/Arab tu)... jadi tak payah lah nak anti Tabligh kerana pakai macam tu. Tak ada salah nya pakaian kurta sekali pun.

Pakaian kita sekarang pun iaitu kemeja dan seluar ikut orang putih... ni kira bagus ke? Omputih semua bagus  bagi manusia sebegini, walau pun mereka bukan nya sedar akan betapa sayang nya mereka pada pakaian omputih.  Kalau betul-betul nak kutuk pakaian kurta yang kerap jemaah Tabligh pakai tu, maka elok lah para pengkutuk berkenaan belajar pakai baju Melayu bersamping pula lah... nak pakai pelikat ke masjid pun tak sesuai juga sebab nanti dikatakan budaya India pula.... amacam? Siapa yang berfikiran jumud sebenar nya....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2003 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 2003-5-30 04:20 PM:
Salam Bill,

Saya pun pernah lah dengar ada orang berkata cara Tabligh tak sesuai begitu begini... saya tak nampak salah  berjubah, bercelak, menyimpan janggut, dan ingat mengingati yang mereka l ...

salam Lax.
berserban, berjubah memang tidak salah. tapi yg bill harapkan dengan cara yg lebih kemas dan bersih macam ulamak2 kita, anda pernah lihat bukan? mengenai celak itu, bill kurang pasti kerana ulamak2 ASWJ seperti yusuf Qardhawi dan Syiah sendiri seperti Almarhum imam khomeini sendiri tidak bercelak.


bill bukan menentang cara tabligh tapi mungkin harus di sesuaikan dengan suasana dan tempat. Cara maulana Muhammad ilyas mungkin sesuai di India, Pakistan, tetapi mungkin saja tidak di sini. Demi Allah, bukan mereka2 tetapi kawan2 bill sendiri merasakan agak kurang senang dengan pendekatan rumah ke rumah (contohnya) oleh Jemaah tabligh. Kalau kat KL ni, perkara semacam tu dianggap violation of privacy, dan kita sendiri faham betapa kurang senangnya kita dengan kehadiran salesman. jangan salah anggap dengan pandangan ini, usaha tabligh adalah usaha murni, tetapi mungkin perlu disesuaikan dengan suasana, budaya setempat. kalau ada masa bill akan bawakan perumpamaan dari kisah Matsnawi oleh maulana rumi.

dan alangkah bahagianya sekira kita semua seperti pakcik Lax, dan bill sendiri belajar utk menjadi paling kurang seperti itu - disenangi dan disayangi oleh anggota keluarga dan masyarakat.

Semoga Allah mengampuni dan merahmati kita semua, amin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Sassaparella This user has been deleted
Post time 6-6-2003 03:51 PM | Show all posts

salam

Originally posted by billionaire at 2003-6-6 12:49 PM:
salam Lax.
berserban, berjubah memang tidak salah. tapi yg bill harapkan dengan cara yg lebih kemas dan bersih macam ulamak2 kita, anda pernah lihat bukan? mengenai celak itu, bill kurang pasti ke ...


Salam billionaire,

Dari pengalaman peribadi aku la, macam2 jenis org ada dalam the so-called jemaah Tabligh ni.  Yg kemas sentiasa jubah berseterika, putih bersih bercahaya2 pun ada, yg serabai macam 2-3 hari tak mandi pun ada, yg biasa pakai baju melayu pun ada, yg berkurta pun ada yg bersongkok pun ada, stail arab pun ada dan macam2 lagilah..

Sebabnya berjenis org ada dalam usaha ni, dari kedudukan (dunia) yg tertinggi sampai yg terbawah. Having said all that, seperkara yg kita semua kena ingat ialah...kita tak tahu kedudukan seseotng tu di sisi Allah bagaimana. Samada tinggi di sisi Allah atau tidak..

Mungkin seseorg tu sekolah tak tinggi, iq pun rendah, selekeh etc tapi siapa tahu pada sisi Allah dia mungkin lebih baik dari kita (saya sendiri laa..) yg perasan bagus ni.. Allah lihat hati...
Kalau tidak, maka para2 wali ramai la yg masuk neraka sbb wali2 ni banyak yg kalau org biasa tengok dikata org gila, dgn selekhnya dsb.

So, wallahuaklam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2003 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by Sassaparella at 2003-6-6 03:51 PM:
Salam billionaire,

Dari pengalaman peribadi aku la, macam2 jenis org ada dalam the so-called jemaah Tabligh ni.  Yg kemas sentiasa jubah berseterika, putih bersih bercahaya2 pun ada, yg serabai  ...


Salam.


Kalau cakap pasal para wali wali ini ,apa yang engkau nampak,Sas? Mereka ini boleh jalan diatas air ke? Boleh terbang ke? Boleh nampak kepala kepala orang yang tak beriman semacam kepala babi,kuda dan lain lain...ke?

Sepatutnya orang orang didalam Tabliq itu memperkemaskan pemikiran orang orang nya supaya tidak terlihat oleh orang awam saperti asing gituuuu.

Buat kata bill tadi,kena sesuaikan dengan suasana  masyarakat tempatan di Malaysia dan bukan di India. Ubah strategi untuk mendapat lebih kesan dahwah itu.

Sini dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Sassaparella This user has been deleted
Post time 6-6-2003 05:24 PM | Show all posts

salam

Originally posted by Amir at 6-6-2003 04:46 PM:
Salam.


Kalau cakap pasal para wali wali ini ,apa yang engkau nampak,Sas? Mereka ini boleh jalan diatas air ke? Boleh terbang ke? Boleh nampak kepala kepala orang yang tak beriman semacam kepal ...


sori, aku tak penah jumpa wali. wali kawin penah ler..

nko ni tak paham2. The point yg aku nak cakap ialah jgn judge orang berdasarkan keadaan luaran yg kita nampak aje. Biarlah Allah yg judge.

regards.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2003 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by Sassaparella at 2003-6-6 03:51 PM:
Salam billionaire,

Dari pengalaman peribadi aku la, macam2 jenis org ada dalam the so-called jemaah Tabligh ni.  Yg kemas sentiasa jubah berseterika, putih bersih bercahaya2 pun ada, yg serabai  ...

salam sas,
bagus sekali pendapat anda tu, dan bill bersetuju dalam beberapa hal. namun kecantikan jawapan itu tak semestinya buatkan kita harus berhenti berbincang di situ.

Benar,
tiada hak utk kita menilai orang hanya melalui sekali pandang semata. Dan itu bukan ajaran Islam. tetapi, sebagai sebuah gerakan dakwah yg mendekati orang ramai, ada beberapa perkara yg perlu dinilai. Mungkin Amir pernah menyentuhnya dahulu.

berbeza dengan sesetengah waliAllah (contohnya Ibrahim Adham yg dikatakan selekeh), waliAllah tidak mendatangi manusia dengan niat sebagaimana yg dilakukan oleh anggota jemaah tabligh.

Dalam keadaan zaman yg sangat2 memerlukan dalil logika dan bukti fizikal sebagai penguat hujjah, penampilan adalah sangat2 mustahak. Kita tentunya tidak akan menghukum jemaah tabligh secara holistik sekiranya hanya seorang dua berpakaian atau berpenampilan tidak terurus. Sama juga kita tidak akan mengatakan semua orang kristian jahat semata2 melihat Bush. Tetapi yg perlu ditekankan ialah pengenalan diri secara general, mungkin ada beberapa perkara yg jemaah tabligh harus ubah.

Macam Amir cakap juga, pemahaman terhadap sunnah dan sumber2 agama itu pelbagai - berdasarkan suasan a setempat, keluarga, jenis pelajaran dan pengajian yg kemudiannya mendidik pemikiran seseorang.  Macam kita di malaysia dan negara2 yg lebih modern dari india pakistan seumpamanya, cara berpakaian, lelaki bercelak di khalayak sebegini dianggap janggal. Berhikmah dengan bersederhana adalah yg terbaik.   

dan bila berbicara mengenai tabligh ini, kita bukan berbicara tentang kedudukan seseorang di sisi Allah, tapi kita berbicara tentang apakah menyebarkan dakwah harus dengan cara itu, atau pun mungkin perlu diubah mengikut keadaan di mana akhirnya message murni ** "memasukkan kebesaran Allah mengeluarkan kebesaran makhluk" akan tercapai lebih efektif.

**ungkapan fav kawan tabligh bill.

[ Last edited by billionaire on 8-6-2003 at 12:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2003 12:40 AM | Show all posts
Kisah azan

berikut adalah sebuah kisah dari Matsnawi oleh Maulana Jalaluddin ar-Rumi r.a. Cerita ini telah bill ringkaskan dan olahkan tanpa mengubah maksud asal kisah itu sendiri.

Seorang juruazan (bilal) yg sangat berusaha gigih melaungkan azan bila sahaja masuk waktu solat. Di negeri kafir dan masyarakatnya kuat berprasangka terhadap Islam. Suaranya yg jelek, bukan saja mencetuskan ketidaksenangan orang2 non muslim di sekitarnya, malah turut sama mencemaskan rakan2 seagamanya sendiri. dengan perasaan gundah kawannya berkata "Lebih baik anda memperlahankan panggilan seperti itu atau menghentikannya kerana suara anda jelek dan membuatkan orang membenci" Tetapi, si muazzin terus saja dengan kerjanya itu tanpa mahu mengubah apa2 malah berbangga dengannya sebagai satu bukti kebaktian kepada yg Maha Esa. Begitulah hari2 terus berlangsung. Sehinggalah tiba satu hari, di mana tiba2 datang seorang wanita kafir membawakan semangkuk manisan. Dalam keadaan tergesa2 wanita itu mengintai ke dalam masjid. Seorang Muslim menegur "Ada apa yg menyebabkan kamu ke mari dalam keadaan tergesa2 seperti ini?" dengan ramah. "Aku ingin bertemu dengan orang yg sering melaungkan panggilan sembahyang itu dan ingin menghadiahkannya dengan manisan ini". dengan kehairanan kawan2 Muslim pun datang menjenguk dan mengikuti perbualan tadi, dan dengannya wanita itu memutuskan utk mula bercerita selepas diminta menceritakan punca niatnya itu.

"Aku mempunyai seorang adik perempuan dan kami dibesarkan di dalam gereja. Entah bagaimana, semakin hari, hati adikku telah diresapi cinta kepada Islam demikian hebatnya, hingga dia sering saja berbicara dan bertafakur tentang keindahan agama itu. Ia membuatkan aku tidak lena tidur dan sentiasa kesedihan. Keadaannya yg demikian mabuk cinta menyebabkan dia jatuh sakit pada satu hari. Sakit cinta kepada Islam. Beberapa hari yg lalu, adikku itu telah dikejutkan dengan suara panggilan sembahyang itu. Dengan rasa jelek, dia bangun dari pembaringannya dan bertanya "Suara apakah yg sangat buruk itu? " aku pun segera menjawab "Itulah panggilan utk beribadah oleh orang2 Islam!" Tiba2 adikku itu berubah wajahnya, menjadi pucat dan menggigil lalu berkata "Aku tidak akan lagi menyintai agama yg yang menyeru pengikutnya dengan panggilan yg sangat buruk ini " Lalu ia pun mula membenci agama Islam ini. Aku pun bisa tidur lena kembali dan hilang sudah sedih hatiku. Kerana itu aku datang  membawakan manisan ini demi menyatakan tanda terimakasih ku kepadanya"

bill tidak menghina jemaah tabligh, kerana apa yg mereka buat sangat2 bermaksud baik. Tetapi cara penyampaian harus diindahkan dan disesuaikan dengan keadaan setempat. maaf kira tersalah bahasa dan menyentuh hati. wassalam
Reply

Use magic Report

Sassaparella This user has been deleted
Post time 9-6-2003 11:21 AM | Show all posts

salam geng!

Originally posted by billionaire at 2003-6-8 12:35 AM:
salam sas,
bagus sekali pendapat anda tu, dan bill bersetuju dalam beberapa hal. namun kecantikan jawapan itu tak semestinya buatkan kita harus berhenti berbincang di situ.

Benar,
tiada hak u ...



Assalamualaikum wbt semua,

Basically aku setuju dgn pendapat bill, mmg aku ada dengar ttg pentingnya menjaga penampilan diri agar kemas (bukan ker islam mementingkan kebersihan) lagipun biasalahkan org sekarang ni akan judge benda2 ni. Jadi to tackle diaorg ni, mmg patutlah agar penampilan tu kemas dan menarik dan dalam masa yg sama mengekalkan sunnah.
Dan personally, bagi aku, aku tak pernah lihat penampilan yg lebih menarik daripada pakaian jubah/gamis putih dan berserban. Aku suka sangat tgk org yg berpakaian ni. Akur berdoa moga Allah beri aku kekuatan utk memakai seperti tu suatu hari nanti.
Amin...

sama-samalah kita selalu berselawat ke atas nabi tanda cinta dan ingat kita terhadap beliau dan tanda menghargai pengorbanan beliau.
Reply

Use magic Report

akmarun This user has been deleted
Post time 10-6-2003 08:53 AM | Show all posts

aper ler

Originally posted by Sassaparella at 2003-6-9 11:21 AM:
Assalamualaikum wbt semua,

Basically aku setuju dgn pendapat bill, mmg aku ada dengar ttg pentingnya menjaga penampilan diri agar kemas (bukan ker islam mementingkan kebersihan) lagipun biasalah ...


assalamualaikum semua, maaf, kambing mana perginye ek..takkan marah kat aku kot, jangan ler, gurau jer, aku nyesal ler nanti aku belanja makan ek, ko cakap bila tapi kat area dataran ni ajer lah, siang jer malam tak leh, ...

ok lah berbalik pada pemakaian, my friends seorang manager perkapalan dimana? haa rahsia, dia sering berpakaian lusuh dan aperbila saya bertanya, dia sering kali memberitahu yang dia seronok berpakaian begitu, pelikkan, tapi kenikmatan haya dia yang rasa. apabila manusia meletakkan dirinya rendah di pandangan masyarakat, masa itulah kita akan merasa bahawa kita ni nothing, takder aper, hanya kepada Allah juga kita akan berserah. ish aku tak tau ler nak bagi tau macam mana. ni nak terjun bangunan ni...

pasal pemakaian jubah celak dan sebagainya, eloklah kita mendampingi orang yang alim dan bertanya pada guru2 agama akan sunnah berpakaian dan sebagainya, jangan kerana kejahilan kejahilan kita kita menghina cara pemakaian mereka2 yang merendahkan diri pergi rumah ke rumah (seperti salesman) untuk menjaja kemanisan beramal, berjemaah dan sebagainya. ingat bila kita mengatakan sesuatu itu sebagai tak relevan dan tak berssesuaian, secara automatik kita telah menghina orang tersebut dan unjuran pegangan tersebut.

saya minta maaf, saya bukan tabligh, tapi cuba kita lihat bagaimana teruk mereka merendahkan diri mereka kepada masyarakat , memalukan diri dikritik dan dihina, semata2 ingin mengajak orang ke masjid dan ke surau untuk berjemaah. ader yang diludah dan sebagainya.

bagi yang berjemaah tabligh, jadikan semua yang dipaparkan di ruangan ini sebagai cabaran akhir zaman, kerana syurga bukannya murah dan bukan mudah untuk merasanya malah membaunya pun cukup susah. perkemaskan diri dengan cara pemakaian semampu yang boleh. kerana penampilan kita akan membawa dan menjadi ikutan yang lain, amalkan sunnnah, jagalah kebersihan diri dalam dan luar kerana ini penting untuk mengajak orang lain mengikuti seruan islam. islam itu bersih so pahamkanlah...

BAGI NETTERS SEMUA, INGAT, AKAN DATANG SATU MASA NANTI DIMANA DAJJAL AKAN BERGERAK DARI RUMAH KE RUMAH UNTUK MENJAJA AGAMA NYA YANG KITA TAU AKAN MEMESONGKAN AQIDAH KITA. DAN DI BELAKANG DAJJAL INI NANTI AKAN DIARAKKAN WANITA2 YANG CANTIK  YANG MANA AKAN MANGHANCURKAN IMAN KITA ... SO TEPUK DADA TANYA SELERA...

KAMBING SORRY LER, OK..IDUP KAMBING YANG SOLEH...
HEHE
SALAM
Reply

Use magic Report

positiveenergy This user has been deleted
Post time 15-6-2003 11:58 AM | Show all posts

Refer kpd yg arif

apa kata saudara semua refer kpd pihak yg arif dlm agama

al-ahkam

http://al-ahkam.com.my/home/index.php
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2003 12:53 PM | Show all posts
Salam semua.

Orang orang didlm Jemaah Tabliq mestilah berbuat sesuatu untuk mendapatkan  keberkesanan dari rancangan dahwahnya. Kena fikirlah!! Janganlah ikut cara orang orang India di negara India berdahwah. Dinegara dia memang sesuai. Mereka itu dari rumpun yang sama. Nabi berdahwah pada orang bukan Islam. Pada orang Islam,Nabi memberi Ilmu,mengajar,mendidik dan sebagainya.

DiMalaysia ini,keseluruhannya orang orang melayu ialah beragama Islam. Mereka ini sudah Islam. Penting disini orang orang melayu perlu diberi rangsangan untuk ke Masjid bagi memantapkan lagi Imannya. Jadi perlulah orang orang dari Jemaaah Tabliq ini mencari cara bagaimana hendak meramaikan Masjid. Tidak dinafikan selama ini pun mereka datang rumah kerumah mengajak orang keSurau atau Masjid setelah memberi sedikit kuliah sampingan. Tapi mereka beranggapan pergi keSurau atau Masjid untuk mendengar atau menduduki majlis mereka selepas solat. Memang mereka harapkan..... Kaedah itu memang dalam perancangan mereka.

Jemaah Tabliq mesti tukar strategi!!!!
Satu idea yang terlintas difikiran saya sekarang ini ialah:

Disetiap kawasan ada ketuanya (Amirnya) oleh itu setiap orang Tabliq dari setiap kariah disesuatu Surau atau Masjid mestilah memberi maklumat tentang kuliah/pengajian Ilmu ditempatnya kepada ketuanya. Amir Tabliq perlu menyusun satu rancangan dahwah ditempat yang telah dikenal pasti pendahwah yang berkesan yang akan memberi kuliah disesuatu Surau atau Masjid itu. Pada sebelah petangnya orang orang Tabliq ini pergi kerumah rumah memberi tahu atau lebih berdeplomasi membuat jemputan  seisi keluarga pergi ke Surau atau Masjid untuk mendengar kuliah tersebut. Dengan berbuat demikian diharapkan boleh memberi lebih banyak faedah/manfaatnya. Amir Tabliq perlu kumpulkan pengikut pengikutnya disesuatu kawasan mungkin mencapai keangka 30 atau 40 orang dan bergerak serentak kekawasan yang dirancangkan itu.

Saya rasa idea ini lebih kepada strategi dahwah untuk masyarakat tempatan atau cita rasa tempatan.

Masyarakat akan lebih perihatin dengan usaha ini. Apa sebabnya? Kerna masyarakat mempunyai anggapan yang baik diatas usaha para jemaah Tabliq menjemput masyarakat ke Surau atau Masjid untuk mendengar kuliah Agama. Orang orang Tabliq juga mestilah berdoa agar lebih banyak masyarakat yang akan datang bagi mendengar kuliah tersebut. Sebab apa? Sebab, Amir Tabliq telah memilih sesuatu pengajian Iman itu hasil penelitian dan pengalamannya yang akan memberi kesan kepada pendengarnya. Dari hari ini slogan Tabliq nak kena tukar iaitu "Usaha Atas Jemputan" dan tidak lagi "Usaha Atas Iman"

Slogan ini sebenarnya  bersifat " indirect". Sebenarnya  ia adalah sama saja. Apabila mereka usaha atas jemputan bermakna mereka sebenarnya  usaha atas Iman.

Disini dulu....
Reply

Use magic Report

akmarun This user has been deleted
Post time 18-6-2003 02:02 PM | Show all posts

s

Originally posted by Amir at 2003-6-18 12:53 PM:
Salam semua.

Orang orang didlm Jemaah Tabliq mestilah berbuat sesuatu untuk mendapatkan  keberkesanan dari rancangan dahwahnya. Kena fikirlah!! Janganlah ikut cara orang orang India di negara In ...


salam amir...

cadangan saudara tu bagus juga, so kalkun2 sila ambil perhatian, selain mengikuti cara sunnah berdaqwah, kita perlu kreatif di dalam memikirkan cara terbaru dan terbaik menambat hati insan2 di seluruh alam kembali berjemaah...syabas..ermm,..takder aper2 ker..belanja ler teo o ice limau heheh
salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2004 02:34 AM | Show all posts

Tabligh (merged: Gravedigger)

Aku tak tau apa2 pasal tabligh..cuma layan gak bila geng diorang dtg umah bujang ni..saja je..(tak sempat lari..hahaha)

Pastu..geng aku kutuk gila babas geng tabligh ni..tapi yg aku tengok..geng aku + sesetengah org yg aku jumpa tu perangainya lagila..ada yg kaki todi.. dan setakat seks..ceh..cakapla lobang mana yg tak dijoloknya..(lobang ular je dia tak berani kot?)

So..aku nak tanya pd sapa yg berkenaan..(termakan cili ke..giling cili ke..) kita kutuk depa tu dapat pahala ke?

Hehe..by the way..sapa tau..sapa sebenarnya pengasas tabligh ni?

(Mcm terer je..tapi sama gak...hahahahaha)

[ Last edited by fleurzsa on 26-12-2004 at 12:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2004 08:16 AM | Show all posts
tabligh tu apa? :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2004 06:08 PM | Show all posts
tu la pasal, hidup mesti sederhana,
Reply

Use magic Report

AdrianMutu This user has been deleted
Post time 14-1-2004 06:38 PM | Show all posts
Tabligh tu maksudnya menyampaikan (convey atau propagate)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063848 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list