CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AILIOMLELE

[Merged] Wasiat/Faraid/Hak isteri/harta sepencarian. (+ vios880, okiedokie)

  [Copy link]
Post time 4-7-2007 09:38 AM | Show all posts
Peguam Syarie Menulis: Cara urus pusaka bawah RM600,000
Oleh Mohd NoorAizan Md Idrus


Pewaris wajar ke Pejabat Pusaka Kecil Daerah tanpa perlu ke Mahkamah Syariah

BEBERAPA pihak memberi maklum balas terhadap tulisan yang disiarkan sebelum ini berkenaan harta pusaka daripada sudut syarak dan kali ini akan dikupas peruntukan undang-undang berkaitan pengurusan harta pusaka di negara ini.

Pengurusan harta pusaka di Malaysia agak mengelirukan dan dianggap sukar oleh sesetengah orang kerana ada empat jabatan atau institusi yang mempunyai kuasa ke atas hal berkaitan pengurusan pusaka.

Jabatan dan institusi itu ialah Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad. Kesilapan memilih salah satu institusi di atas dalam mengurus pusaka akan menyebabkan urusan mengurus pusaka menjadi bertambah panjang dan mengambil masa.

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhad dalam hal pengurusan pusaka di Malaysia. Ia hanya boleh membuat pengesahan siapa waris si mati yang berhak untuk mewarisi harta pusaka dan pecahan bahagiannya mengikut hukum faraid serta membuat pengesahan wasiat atau hibah sama ada bertepatan dengan hukum syarak atau tidak.

Merujuk kepada seksyen 61 (3) (b) (ix) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 yang memperuntukkan:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2007 09:41 AM | Show all posts
Konvensyen Perwarisan Harta Islam di PWTC esok

SESEORANG Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Perancangan dan pengurusan kewangan lazimnya dipandang remeh oleh masyarakat. Ramai beranggapan pewarisan harta hanya untuk yang berpendapatan tinggi, berharta dan lanjut usia. Persepsi ini menimbulkan pelbagai masalah membawa kepada kesulitan berpanjangan tanpa kesudahan.

Sebaliknya, perancangan dan pengurusan pewarisan merangkumi harta sebelum dan selepas kematian. Ini bagi memastikan harta kekayaan dikumpulkan dapat diwarisi dan dimanfaatkan oleh waris-waris yang ditinggalkan.

Proses perancangan harta bukan hanya sekadar mengumpul, mengurus dan melindungi harta semata-mata. Sebaliknya harta dan kekayaan dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi tanpa menimbulkan kesulitan kepada waris yang layak menerimanya.

Menyedari hal ini, Amanah Raya Berhad (ARB) dan Persatuan Perwarisan Harta Malaysia (Perwaris) akan menganjurkan Konvensyen Pewarisan Harta Islam dan Pelancaran Daftar Wasiat Malaysia mulai esok.

Pada majlis itu, ARB dan Perwaris akan melancarkan sistem pengurusan Daftar Wasiat Malaysia yang akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan ARB, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh, konvensyen ini adalah inisiatif pihaknya dan Perwaris untuk membawa dimensi baru dalam dunia pewarisan harta Islam.

Katanya, ia merupakan satu anjakan untuk perancang industri-industri kewangan pengurusan harta berdiskusi mengenai tatacara perlaksanaan pentadbiran harta pusaka khususnya kepada umat Islam di Malaysia.

揚ada masa ini, pelbagai masalah dan kesulitan dihadapi dalam menyelesaikan sesuatu isu yang meliputi kepentingan waris-waris dalam menuntut amanah, wasiat dan pusaka.

揂dalah harapan kita konvensyen ini membawa kepada satu pelaksanaan menguruskan pentadbiran harta yang lebih berkesan di negara ini,
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 10:54 AM | Show all posts
saya ada soalan psl arwah adik sy yg tlh meninggal dunia... dia ada meninggalkan rumah & 2 biji kereta. Bolehke sy berikan je rumah tu kpd emak & kereta tu kpd adik lelaki & bukan kpd ayah saya kerana ayah sy mmg tak bertanggungjawab utk membesarkan arwah adik saya ini. maksud saya sepanjang hidup kami adik beradik, ayah sy tak bekerja jadik kita adik beradik (perempuan) yg selalu bekerja utk menanggung sara hidup & keperluan di rumah, ayah cuma menumpang & selalunya membeli mknan & pakaian utk diri sendiri jek..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by vios880 at 22-2-2007 11:52 PM
adik beradik ayah saya ada 7 orang termasuk seorang anak angkat perempuan. Harta dibahagi seadilnya mengikut hukum faraid.

setiap cucu iaitu anak sulung dari setiap anak-anak kepada arwah dih ...


Kalau ikut kitab Matla'ul badrain, hibbah hanya boleh diberi ketika si pemberi masih hidup. Hibbah juga hanya boleh diberi kepada mereka yang sudah akil baligh & sempurna akhlaknya. Kalau sekiranya hibbah ingin diberi kepada kanak-kanak yang belum akil baligh, maka boleh diwakilkan kepada penjaganya sehingga kanak-kanak tersebut akil baligh. Meaning, hibbah perlu dijaga sebaiknya oleh si penjaga sepertimana penjaga anak yatim menjaga harta anak yatim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 11:55 AM | Show all posts
Rancang harta elak merana



DR. MA#OH MAHAMOOD.
--------------------------------------------------------------------------------
Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Apabila tiba masanya ia tidak akan dilewat atau dicepatkan walaupun sesaat. Allah berfirman: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu... (Ali Imran: 185)

Bagaimanapun, mereka yang ditinggalkan harus meneruskan hidup. Sama ada berhadapan dengan kesempitan atau selesa, ia bergantung kepada sejauh mana kita menabung untuk masa depan keluarga.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto JEFFRI A. RAHMAN menemu bual pensyarah kanan Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Ma#hoh Mahamood bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah saranan Islam dalam menabung ini?

DR. MA#HOH: Dalam Islam ini adalah usaha murni dan sangat dituntut. Ia lebih kepada perancangan harta terutama harta pusaka. Ia terbahagi dua iaitu untuk diri dan keluarga yang ditinggalkan.

Di dalam tafsir al-Qurtubi, beliau berkata, usaha tabungan adalah bertepatan dengan objektif syariah untuk menjaga agama, diri, akal, keturunan dan harta.

Ia bagi mengelak berlaku kerosakan, masalah dan lain-lain terutama jika meninggalkan keluarga dan anak-anak. Lebih-lebih lagi jika isteri itu tidak bekerja. Maka, semakin bertambahlah beban dan masalah yang dihadapi selepas kematian suami.

Tabungan ini adalah maslahah dunia yang boleh membawa kesejahteraan akhirat.

Dengan kesejahteraan minda atau akal, ia dapat memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Demikian juga dengan kekukuhan ekonomi hasil tabungan tadi, kita dapat beribadat dengan tenang dan tidak dibebani hutang.

Ini juga dapat mengelak terlibat dalam gejala tidak bermaruah seperti isteri yang terpaksa bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) untuk membela nasib anak-anak.

Dari segi hifz al-nafs (sejahtera diri dan emosi) ia dapat mengelak ditimpa tekanan hidup dan beban kewangan. Hal ini jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada perceraian suami isteri.

Semua ini menunjukkan pentingnya kita menabung untuk masa depan.


Bagaimana kisah Nabi Yusuf menafsir mimpi dapat dijadikan panduan mengurus ekonomi kita?

DR. MA#HOH: Saya suka melihat kisah ini dalam konteks perancangan harta.

Kisah ini dinukilkan menerusi firman Allah, Yusuf menjawab: Kamu akan berladang tujuh tahun dengan kerja yang keras. Maka apa yang kamu tuai, hendaklah kamu tinggalkan pada tangkainya, kecuali sedikit dari yang akan kamu makan.

Kemudian akan datang sesudah yang demikian itu, tujuh tahun yang payah; dia akan memakan apa yang kamu sediakan baginya, kecuali sedikit dari yang kamu simpan. (Yusuf: 47 & 48)

Nabi Yusuf mengajar Raja Aziz Mesir (zaman Firaun) bagaimana untuk menghadapi musibah pada masa akan datang: menerusi perancangan harta yang baik.

Ia melibatkan persediaan awal iaitu usaha selama tujuh tahun untuk menghadapi apa-apa kemungkinan bagi tujuh tahun yang akan datang.

Perancangan ini akan dapat menyelamatkan daripada masalah pada masa depan.

Tidak salah memperuntukkan harta untuk manfaat sendiri tetapi kita perlu bekerja lebih kuat untuk memastikan hasil yang lebih banyak.

Atas kepandaian Nabi Yusuf mentadbir mimpi Raja Muda Aziz ini, beliau dikeluarkan daripada penjara. (Tafsir Ibnu Kathir hlm 251).

Kita boleh mengguna pakai konsep ini dalam kehidupan seharian. Bagi keluarga dan anak-anak, ibu bapa boleh mencarum kepada pelan-pelan Takaful seperti pendidikan dan siswa. Ia menjanjikan jaminan pembiayaan pelajaran anak-anak.

Bagi yang membeli rumah kediaman, kita boleh mencarum dalam Pelan Takaful Gadai Janji (TMP). Melalui TMP, jika pembeli meninggal, waris tidak perlu menjelaskan baki pinjaman.

Bagi diri sendiri, kita boleh melabur dalam saham amanah atau amanah pelaburan hartanah. Cuma kita kena pastikan ia mematuhi syariah.

Bagaimanakah golongan isteri boleh membantu merencana ekonomi keluarga supaya tidak keputusan wang apabila berhadapan masalah?

DR. MA#HOH: Untuk merancang bajet rumah tangga, seseorang isteri perlu bijak. Saya menyarankan para isteri mengguna pakai sistem 2P.

Yang pertama ialah penyediaan bajet bulanan keluarga. Kita perlu pastikan agihan pendapatan mengikut bajet terutama bagi mereka berpendapatan rendah. Jangan terlebih belanja.

Ini meliputi perbelanjaan tolak hutang seperti kereta dan minyaknya, rumah dan lain-lain serta keperluan sara hidup termasuk pemberian kepada ibu bapa.

Yang kedua ialah perbelanjaan secara berhemah dan tidak membazir. Bukan kita tidak boleh berbelanja tetapi pastikan ia mengikut keperluan bukannya ikut perasaan.

Ramai yang menyedari kepentingan menabung untuk masa depan. Namun, membudayakan menabung secara istiqamah ini bukan mudah. Apakah petua melakukannya?

DR. MA#HOH: Untuk memastikan ia dibuat secara berterusan, maka kita perlu pilih cara menabung yang boleh membantu ke arah itu.

Antaranya, tabungan secara potongan gaji bulanan ke akaun simpanan Tabung Haji, Takaful dan juga simpanan anak-anak.

Kaedah tabungan kontemporari ini dapat mengurangkan pembaziran waktu serta mengelakkan tunggakan yang akhirnya boleh menjejaskan keahlian dalam tabungan terutamanya skim insurans.

Kita juga boleh menggalakkan anak- anak menabung. Caranya dengan menyediakan tabung untuk setiap anak. Apabila mendapat duit raya atau pemberian sanak-saudara, galakkan mereka menabung. Ibu bapa juga boleh memberi hadiah kepada anak-anak yang menabung paling banyak sebagai galakan.

Melalui cara ini, insya-Allah mereka akan mempunyai disiplin untuk menabung. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Ramai juga yang tidak mengambil berat dengan menamakan pewaris. Apakah implikasi hal ini?

DR. MA#HOH: Ini berkaitan dengan penamaan harta orang Islam.

Contohnya, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans Takaful, Tabung Haji dan Koperasi, penama perlu dilantik.

Dari sudut pentadbiran harta di negara ini, pelantikan penama dapat memudahkan agihan harta si mati (pihak pencarum) di mana keperluan kepada Surat Kuasa Mentadbir (SKM) dan Surat Probet tidak diperlukan.

Jika tidak dilantik, susah hendak mengeluarkan caruman tersebut. Sebabnya, apabila seseorang mati, hartanya akan dibekukan.

Jika ada penama, baru boleh dikeluarkan. Jika tidak, kita perlukan SKM atau Perintah Pembahagian (tanpa berwasiat) ataupun Surat Kuasa Probet (jika berwasiat). Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa bagi seseorang penama yang beragama Islam termasuklah seorang wanita, status pelantikannya adalah hanya sebagai wasi, bukanlah benefisiari sebagaimana yang berlaku kepada penama yang tidak beragama Islam.

Ini selaras dengan ketetapan fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam 1973 dan 2000 termasuklah fatwa negeri-negeri.

Sehubungan dengan ketetapan fatwa-fatwa di atas, Peraturan 9(2), Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2001 telah memperuntukkan bahawa, 揓ika seorang ahli yang beragama Islam mati setelah penamaan dibuat mengikut peraturan-peraturan ini, orang atau orang-orang yang dinamakan hendaklah menerima amaun yang berada pada kredit ahli yang mati itu sebagai wasi dan bukan semata-mata sebagai benefisiari dan hendaklah membahagi-bahagikan amaun itu mengikut Undang-Undang Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 09:54 AM | Show all posts
cOPY & pASTE

Harta pusaka tidak dituntut cecah RM40bKUALA LUMPUR 10 Julai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2007 10:47 AM | Show all posts
as-Salihin tawar tulis wasiat ikut syariah
Oleh Habsah Dinin


WASIAT adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas harta dan manfaat untuk kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Pentingnya menyediakan wasiat adalah seperti pentingnya mengadakan perancangan kewangan semasa hidup untuk ditinggalkan kepada orang yang disayangi di dunia ini, selepas kita meninggal.

Ketua Pegawai Eksekutif As-Salihin Trustee Berhad (as-Salihin), Abdul Aziz Peru Mohamad, berkata menyediakan wasiat mengikut syariat Islam menjadi tanggungjawab kepada setiap umat Islam.

As-Salihin, katanya, adalah sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan khusus memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagihkan harta hasil titik peluh mereka untuk manfaat orang tersayang apabila mereka meninggal dunia kelak.

揔ita banyak mendengar nasib balu dan isteri kedua yang terabai berikutan kegagalan suami menyediakan wasiat untuk menjaga kepentingan hak mereka dari segi pembahagian harta.

揂pabila seorang suami itu meninggal dan meninggalkan harta yang tidak diwasiatkan, harta peninggalannya akan difaraidkan mengikut hukum syarak.

揇alam kes seperti ini, mengikut hukum Islam, balu hanya mendapat 1/8 harta peninggalan berbanding ibu bapa si mati yang mendapat 1/3 daripada jumlah keseluruhannya. Hak isteri boleh ditambah jika suami menulis wasiat dengan menyatakan sejumlah harta ditinggalkan khusus kepada isteri yang disayangi, ini juga dibenarkan Islam,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 9-7-2007 10:54 AM
saya ada soalan psl arwah adik sy yg tlh meninggal dunia... dia ada meninggalkan rumah & 2 biji kereta. Bolehke sy berikan je rumah tu kpd emak & kereta tu kpd adik lelaki & bukan kpd ayah saya k ...



dalam hal pusaka adik zamnie.  semua adik beradik dan ibubapa adalah waris.  jadi zamnie hanya berhak memberi bahagian yang zamnie punya sahaja.  kena kerat-kerat le kereta & rumah tu agaknya.  kecuali kalau yg lain pun setuju sama nak beri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 03:45 PM | Show all posts
Pentingnya Penulisan Wasiat


Oleh Nabilah Saleh

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan sebuah perjalanan kehidupan yang akan diakhiri dengan satu episod sedih iaitu kematian.

Namun, pernahkah anda terfikir seandainya ia berlaku ke atas diri anda, bagaimana dengan keluarga yang anda tinggalkan? Lebih merumitkan jika kematian berlaku secara mengejut melibatkan kedua-dua ibu bapa.

Bercakap pasal wasiat, sebahagian besar masyarakat kita khususnya umat Islam memberikan seribu satu alasan untuk tidak menyediakan wasiat.

Pertamanya, ramai yang merasa fobia dan takut serta-merta, seolah-olah penyediaan wasiat itu mengharapkan kematian dalam waktu terdekat. Alasan yang kerap didengar pula adalah seperti `saya masih muda' atau 'belum masanya lagi nak buat wasiat'.

Dalam fikiran masyarakat hari ini, wasiat hanya boleh dilakukan oleh mereka yang kaya dan berharta. Bagi golongan miskin dan tidak berkemampuan, mereka merasakan tidak layak untuk membuat sebarang wasiat sebelum menghembuskan nafas terakhir.

PROSES PERUNDANGAN

Di kalangan orang Melayu pula, ada yang beranggapan dengan adanya hukum faraid, maka pewarisan harta sudah tidak perlu dirancang.

Namun begitu, pembahagian harta mengikut hukum faraid bukanlah semudah seperti yang disangka kerana pelbagai proses perundangan perlu dipatuhi seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil, yang kesemuanya memakan masa.

Tidak cukup dengan mentaliti sedemikian rupa, masalah pembahagian harta pusaka juga wujud dalam institusi keluarga. Selepas berlaku kematian, harta pusaka sering menjadi bahan pertelingkahan.

AMANAH RAYA BERHAD

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad (ARB) Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh, memang terdapat banyak punca yang menimbulkan masalah dalam pembahagian harta pusaka.

Justeru, katanya, penulisan wasiat adalah penting untuk mengelak daripada masalah di kemudian hari

"Jika seseorang itu meninggal dunia, pihak Amanah Raya Berhad akan mengenal pasti sama ada si mati mempunyai wasiat atau tidak. Ini kerana cara dan pengolahan adalah berbeza bagi yang mempunyai wasiat dan sebaliknya," kata beliau.

ARB adalah sebuah syarikat pemegang amanah terbesar dan yang paling lama berkhidmat di Malaysia. Ditubuhkan pada 1921, dahulunya ia dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah dan Pegawai Pentadbir Pusaka. Ia diperbadankan pada 29 Mei 1995.

Ia menawarkan kombinasi kepakaran, dengan kadar yuran perkhidmatan yang berdaya saing serta perkhidmatan yang bersifat peribadi dan memenuhi matlamat pelanggan.

Tidak ketinggalan, ARB turut menjadi pendahulu pasaran yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran harta pusaka dan penulisan wasiat, bukan sahaja untuk yang beragama Islam, malah untuk yang bukan beragama Islam.

MASALAH TIMBUL TANPA WASIAT

Ahmad Rodzi berkata ini jelas menunjukkan penulisan wasiat adalah satu kaedah perancangan pengagihan kekayaan yang amat penting tanpa mengira agama atau bangsa.

Wasiat merupakan dokumen undang-undang yang penting untuk menentukan pengagihan harta pusaka selepas seseorang meninggal dunia, jelas beliau.

Menurutnya, hari ini, masih ramai di kalangan masyarakat umum tidak tahu bahawa setelah meninggal dunia keseluruhan harta yang tidak mempunyai penama akan dibekukan.

Memetik kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohd Khaled Nordin baru-baru ini, kes harta pusaka dengan nilai mencecah RM38 bilion masih lagi tertunggak.

Nilai aset itu dibekukan dan tidak dapat dituntut kerana tiada sebarang wasiat dibuat sebelum kematian.

Statistik Jabatan Tanah dan Galian pula mendedahkan lebih sejuta kes tuntutan tanah pusaka sukar diselesaikan.

PENTINGNYA PENULISAN WASIAT

Ahmad Rodzi berkata dengan adanya perkhidmatan penulisan wasiat yang meluas hari ini, masyarakat tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak mendapatkan perkhidmatan ini.

Tanpa disedari, menyediakan wasiat menjanjikan banyak kelebihan tersendiri dan ia disifatkan sebagai langkah persediaan awal mengurus dan mentadbir aset secara cekap di kemudian hari.

Beliau menambah, dengan adanya wasiat, proses pengurusan harta pusaka menjadi mudah jika melantik ARB sebagai wasi atau pentadbir kerana ia akan memastikan pengagihan harta dilakukan segera.

"Wasiat membolehkan ARB memohon Geran Probet atau Surat Mentadbir daripada Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah. Sebaik sahaja geran itu diperoleh, pihak ARB akan menjalankan tugas-tugas pengurusan aset itu tanpa menyusahkan waris si mati," terang Ahmad Rodzi.

Jelas beliau lagi, urusan pengagihan harta hanya akan memakan masa enam hingga lapan bulan sahaja berbanding urusan tanpa wasiat yang boleh berlanjutan sehingga tiga hingga lima tahun.

PUPUK KESEDARAN

Beliau mengakui penulisan wasiat masih lagi baru di kalangan rakyat Malaysia dan kesedaran ke arah itu masih berada di tahap rendah.

Soal perancangan kewangan, khususnya perancangan pengagihan harta pusaka masih lagi baru dan belum dijadikan salah satu keutamaan dalam kehidupan, katanya.

Namun begitu, jelas beliau, sejak lima tahun kebelakangan ini, banyak syarikat yang terlibat dalam menyediakan khidmat penulisan wasiat dan pengagihan harta secara Islam. Ini menunjukkan betapa pentingnya perancangan harta dewasa ini, tegasnya.

Ahmad Rodzi berkata sebagai sebuah institusi kerajaan yang mempunyai tanggungjawab sosial terhadap rakyat, ARB menawarkan produk atau instrumen wasiat yang paling murah di pasaran.

ARB berpendapat agenda mempromosi idea perancangan dan pentadbiran harta pusaka adalah lebih penting berbanding yuran perkhidmatan atau nilai aset itu sendiri.

Berbekalkan kepakaran dan pengalaman lebih 80 tahun, Ahmad Rodzi percaya para pelanggannya yakin dengan keupayaan produk atau perkhidmatan yang disediakan.

"Pengurusan harta pusaka adalah perkara yang kritikal. Justeru menjadi tanggungjawab kami untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap."

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 06:35 PM | Show all posts
cepat2 promosi harga wasiat islam dan bukan islam (ASAS) serendah RM150.00 sah sehingga 31 Ogos ni...tak tau la kalu arb nak lanjutkan tempoh ATAS PERMINTAAN RAMAI spt tahun lepas.. aitu sehingga Dis 2006 lepas.

aku musykil iklan kempen blockbuster amanahraya, kata fi penyimpanan* seumur hidup rm300.00(arb sbg wasi), dan rm 600.00(arb bukan wasi). muskil2

padahal diberitau  bayaran adalah 150.00 utk wasiat asas, dan pindaan wasiat asas kepada khusus kena bayar rm50 kpd arb.diberitau penyimpanan original kat arb xde bayaran, duplicate pewasiat pegang
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:20 AM | Show all posts

FARAIDH : HARTA PUSAKA

Salam....


aku nk tau...cemana nk wat faraidh harta pusaka.....

kene pi pejabat ugama isi borang?
ke pi mahkamah? amik sijil faraidh...

lepas tu.... pi amanah raya berhad plak ke?

ke cemana prosesnya? sesapa yg tau.... plis bg tau.....

aku nk uruskan harta pesaka arwah mak aku..... tanah 2 keping...TQ
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:39 AM | Show all posts

Reply #1 afja's post

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:43 AM | Show all posts

Reply #2 t@t's post

ok.... tq...


mod sila merge n sticky kan thread sistem faraidh nih...
senang nk wat rujukan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 09:00 PM | Show all posts
aku nak tanya...kalau rumah itu dibeli oleh suami sebelum barkahwin...bolehke isteri menuntut harta sepencarian bila sudah bercerai..

harta sepencarian bermaksud harta yg di beli/kumpul dalam masa perkahwinan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 10:31 PM | Show all posts
Originally posted by zul_khaleeda at 23-2-2008 09:00 PM
aku nak tanya...kalau rumah itu dibeli oleh suami sebelum barkahwin...bolehke isteri menuntut harta sepencarian bila sudah bercerai..

harta sepencarian bermaksud harta yg di beli/kumpul dalam  ...


Kalau ikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, sekiranya rumah tersebut dibeli oleh suami sebelum berkahwin, si isteri boleh menuntut sekiranya ada major improvement yang telah dilakukan kepada rumah tersebut hasil usaha bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 07:43 AM | Show all posts
Antique,

Tapi bekas isteri tidak bekerja...dan selama hidup bersama suami selalu disakiti serta didera..so mcm mana tu...takda redhaan suami pun

aku rasa takda major improvement pun.kalau ada napa waktu edah 4 tahun dahulu bekas isteri tidak menuntut..hanya setelah suami kahwin baru dia mau tuntut.

cuba bayangkan setelah 4 tahun bercerai c isteri masih lagi duduk d rumah tu..dan bagaimana suami mau bawa isteri tinggal di rumah suaminya..padahal lepas eddah dia wajib kluar dari rumah tersebut..

bayangkan mcm mana kuasa di gunakan atas bekas suami..hanya baru2 ni c suami baru kahwin dan tindakan tegas akan di laku kan keatas bekas isteri yg masih tidah mahu kluar..

[ Last edited by  zul_khaleeda at 25-2-2008 07:48 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2008 07:54 AM | Show all posts
adakah  terlucut tuntutan bila mana suami mendapat tau bekas isteri telah
bermain kayu tiga dengan suami orang... sehinggakan isteri lelaki itu menalipon
suaminya mengatakan ada hubungan terlarang dengan suaminya...

ini kes bini orang main dengan laki orang..
so isteri yg sengsara ni bagitau pihak suami bini orang...(faham ke aku pusing2 ni)
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 10-8-2007 11:42 AM



dalam hal pusaka adik zamnie.  semua adik beradik dan ibubapa adalah waris.  jadi zamnie hanya berhak memberi bahagian yang zamnie punya sahaja.  kena kerat-kerat le kereta & rumah tu agakn ...


kena kerat2 lak dah... pening kak zam...

kak zam... nilaikan harga kereta dan rumah tersebut dan bahagikan kepada yang layak menerima psaka tersebut menikut kadar yg telah ditetapkan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by zul_khaleeda at 25-2-2008 07:43 AM
Antique,

Tapi bekas isteri tidak bekerja...dan selama hidup bersama suami selalu disakiti serta didera..so mcm mana tu...takda redhaan suami pun

aku rasa takda major improvement pun ...


Okey.. secara general dulu ye.. saya tak direct kan pada your situation...

Ni secara general... kita ambil contoh sekiranya dalam keadaan biasa harta dibeli dalam waktu perkahwinan dalam keadaan isteri tidak bekerja... walaupun isteri tidak bekerja dan mungkin tidak memberi apa-apa contribution dalam bentuk wang ringgit terhadap pembelian rumah tersebut, tetapi si isteri masih memberi sumbangan dengan kerja-kerja rumah yang dia lakukan.

Ini contoh-contoh keputusan yang dibuat oleh Hakim dalam beberapa kes sebelum ini yang melibatkan kes isteri yg menjadi suri rumah tapi menuntut harta sepencarian:

Kes 1 :
"ihak menuntut (isteri) menemani pihak kena tuntut boleh dikira sebagai usahanya bersama atau sumbangannya memperolehi pendapatan yang mana telah menghasilkan harta itu. Memang betul bahawa pihak menuntut (isteri) tidak mengambil bahagian langsung dalam perniagaan ikan dengan pihak kena tuntut (suami) akan tetapi kesediaannya berdampingan dengan pihak kena tuntut adalah menghasilkan ketenangan fikiran yang membolehkannya berniaga dengan berkesan. Oleh tu adalah kenyataan perkahwinan mereka dan apa yang mereka berbuat semasa perkahwinan yang menjadikan harta itu sebagai harta sepencarian" - Tun Saleh Abas dalam kes Boto
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 05:01 PM | Show all posts
Insyaallah bermula dari Mac tahun ini, nilai harta pusaka yg akan diuruskan oleh Pejabat pusaka kecil akan dinaikkan dari rm600k kepada rm2juta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.101095 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list