CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3365|Reply: 18

Hukum Tajwid

[Copy link]
Post time 26-2-2007 05:06 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua...

Saya tidak pasti sama ada thread ini sudah ada atau tidak.
Saya ingin mempelajari semula hukum tajwid yang mesti diamalkan bila membaca al-Quran.Segala buku tajwid saya ketika di sekolah rendah telah hilang.Hanya sedikit sahaja yang dapat saya baca di internet.

Jadi saya ingin meminta jasa baik sesiapa sahaja forumer yang bijak pandai di sini untuk memberitahu atau memberi apa sahaja yang berkenaan tajwid.Terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 04:29 PM | Show all posts

ait napa thread ni takda sambutan??

well..

aku pun nak tumpang tanya ni..

Boleh tak korang tolong rekomenkan BUKU TAJWID yang lengkap untuk aku..

Aku nak buku tu dibahagikan kepada tiga bahagian.. ASAS, PERTENGAHAN & TINGGI..

Tolonglah eh..

Pastu kat internet.. Apsal macam takda satu sumber pun yang lengkap pasal hukum tajwid ni..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 04:57 PM | Show all posts

Ada jumpa link ni..

http://lelabu.com/blog/2007/05/29/mari-belajar-mengaji/

Yang seterusnya mempaut kepada fail ini...

http://lelabu.com/freestuff/HukumTajwid.pdf

Secara kasar nampak OK.. tapi contoh ayat al-Quran utk menerangkan Hukum Tajwid tu tersangatlah comel sangat saiznya..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 10:10 PM | Show all posts
hukum tajwid ni kalau baca saja memang senang.  tapi bila kita baca quran lain pulak jadinya terutama makhraj-makhrajnya.  kalau baca untuk ulangkaji okay.  tapi sebagai alat utk pandai mengaji rasanya tak sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 01:25 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum
Hukum tajwid dan cara pembacaan ada pada permulaan kitab al Qur'an kecuali al Qur'an yang mempunyai terjemahan(allah hu 'alam).

Kesemua Al Qur'an yang saya miliki ada disebutkan.

Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 03:16 PM | Show all posts
a'kum....

hukum tajwid ni sebenarnye lebih mudah di pelajari dgn berguru....
kalau hanye dgn menggunakan buku...kite akan lebih konfius.
sbb tajwid ni bukan mudah kite nak catch up spontan..
jika kite berguru....dia akan tunjukkan di mane letaknye lidah dan sebagainye...jadi ini lebih memudahkan pembelajaran....

saye suke menonton mari mengaji kat tv9 tu....detail ustz zamri tu mengajar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2007 03:28 PM | Show all posts

Reply #6 kakiza's post

betul tu..sy yg dah bertahun belajar tajwid ni...tak khatam2 lagi....
tp ada satu buku tajwid tu senang nak faham..lupa plak keluaran mana...
tp kena berguru jugak sebab nak dengar apa dan bagaimana yg dimaksudkan terang dan nyata,  dengung, qalqolah...dsbnya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 03:41 PM | Show all posts
Saya yg problem sekali , apabila membaca al Qur'an ni yg. masa last nak abis sesatu ayat tu ada lak 6 harakah...Putus nafas....

Tapi sekarang okay gak lah. Pra baca dulu dalam hati pas tu, baru kluarkan bunyi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 1-8-2007 01:25 AM
Assalamu'alaikum
Hukum tajwid dan cara pembacaan ada pada permulaan kitab al Qur'an kecuali al Qur'an yang mempunyai terjemahan(allah hu 'alam).

Kesemua Al Qur'an yang saya miliki ada disebut ...



teringat pulak quran yang tulisan dia ada warna-warni hijau, merah, biru.  saya ada satu.  yang ini pun senang jugak nak ingatkan balik tajwid.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 08:44 AM | Show all posts
belajar qiraati kt tv9.. ptg2 tu...

sebutan makhraj yg btul penting sblm blajar tajwid....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by kakiza at 1-8-2007 14:16
a'kum....

hukum tajwid ni sebenarnye lebih mudah di pelajari dgn berguru....
kalau hanye dgn menggunakan buku...kite akan lebih konfius.
sbb tajwid ni bukan mudah kite nak catch up spontan.. ...


Assalamualaikum warahmatullah,
Memang tajwid itu hukumnya wajib, karena jika ayat Quran tidak diucapkan dengan makhraj yang benar dapat merubah arti ayat itu sendiri. Anapun dulu bingung or confuse, kok pengucapan beberapa huruf Quran tuu ada yang same, seperti pengucapan "Tsa", dan "sa" (dengan sin) banyak kite yang salah dengan pengucapannya. Dan juga pengucapan "ha" dengan "ha" ( bagaimane nii tak ade huruf arabnya", ini juga banyak yang salah. Memang benar kata "kakiza", belajar mengaji dengan tajwid tu Ahsan dengan guru yang ahli.
Tapi jangan pulak kite tertipu, orang yang mengaji dengan irama yang bagus dan mendayu-dayu (seperti lomba-lomba quran tuu) belum tentu itu benar pengucapan tajwidnya.
Yang perlu kite ingat adalah, masing-masing huruf "TAK MUNGKIN" sama dalam pengucapan. Jika kata seorang guru ada yang sama, berarti dia tidak ahli dalam tajwid. Masing-masing huruf hijaiyah ajee beda-beda bunyinya dan cara pengucapannya, apelagi jike kita bicara hukum idzhar, idghom, iqlab etc.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 12:37 PM | Show all posts

Reply #7 awan's post

betul tu awan....

saya berguru dgn emak sy sendri sejak blom sekolah lagi.....
emak sy pulak berguru dgn ustaz yg pernah mengajar Iqra' kat tv dulu...lupe plak name ustaz tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 12:53 PM | Show all posts

Reply #11 ikhwanindo's post

waalaikumussalam...

setuju juge dgn ikhwan...

akan lebih konfius bile bab hukum ikhfa',idgham,izdhar...dan lain2.

kerane antare hukum2 ni...bacaan adalah lain2.care sebutan berbeza2....

bagaimane pula buku hendak menerangkan care bacaannye nanti sedangkan buku tak boleh menyebutnye....ini akan lebih menyulitkan dan mungkin murid tadi akan fed up lame2.....

so...kepade saudara/ri prototaip,
lebih afdhal mencari guru yg betul2 berilmu tentang tajwid..

p/s : suami sy sendri mengajar alquran ke rumah rumah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 02:01 PM | Show all posts
nak belajar tyajwid tak boleh ngan buku semata-mata..kena berguru..kalau berguru ngan buku, beerti berguru ngan syaitan..so, cari la orang yang pandai ilmunya dalam hal ni..

kalau setakat nak revise, ok...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by kawasakininja at 2-8-2007 02:01 PM
nak belajar tyajwid tak boleh ngan buku semata-mata..kena berguru..kalau berguru ngan buku, beerti berguru ngan syaitan..so, cari la orang yang pandai ilmunya dalam hal ni..

kalau setakat nak  ...


yer betul nak belajar al- quran (mesti merangkumi hukum tajwid...makhraj ) mesti berguru...tokleh bergantung kepada buku2 semata2.....

dan kena ingat...belajar tajiwd dan makhraj (sebutan ) yg betul adalah wajib....kalau salah baca berdosa...tp taranum (berlagu) tu cumer bonus dan menyedapkan bacaan sahaja....walau suara dan lagu sesedap mana pon..tp tajwid hancuss....tokleh tue....

bukan apa..kat kampung somi saya...time tadarus...saya dapati ramai makcik2 yg suker lebihkan bab berlagu dari tajwid....lagu ada..tp tajwid ntah ke mana2.....

[ Last edited by  hairanaz at 2-8-2007 10:56 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2007 03:40 PM | Show all posts
sekarang banyak cd untuk belajar mengaji...ok ke kalau belajar ikut itu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2007 04:59 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Mengaji Al-Quran seeloknya berguru.

Yg mengajar pasti lbh fasih dari kita. Sy sendiri diajar mengaji Al-Quran oleh ayah sy sendiri sehingga khatam.

Sebaiknya sertailah kelas mengaji (utk org dewasa) yg diadakan setiap minggu di surau atau masjid berdekatan.

Nak 1000 daya, tanak 1000 dalih.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 12:40 PM | Show all posts
Apakah hukumnya melanggar peraturan mentafsir ini? Apakah kesannya tafsir pada umat zaman ini sedangkan ulama dahulu mentafsir Al Quran untuk zamannya?


Hukum melanggar peraturan ini, adalah haram. Ia boleh merosakkan agama, jika tersalah. Bagi mengelak sebarang kesalahan, maka mengikutinya adalah wajib.

Ulama dahulu bukan mentafsir al-Quran dengan merujuk kepada realiti zaman itu, sebaliknya merujuk kepada prosedur mentafsir al-Quran. Bermula dengan alquran, Jibril, hadis, sahabat, israeliyyat, tabiin, tabi' tabiin, bahasa Arab, kaedah-kaedah khusus berkaitan bahasa Arab dan tafsir, dan akhirnya ulama tafsir berijtihad.

Realiti zaman yang berlaku dijadikan sebagai contoh ketika melakukan pentafsiran, bukan rujukan pentafsiran. Contohnya ialah apabila  Ibnu Kasir menyebut tentang puak2 penjajah Baghdad yang mencipta agama/perlembagaan baru ( alyasaq ) ketika mentafsir ayat berkaitan larangan mengambil hukum selain Allah ketika berhukum/ memerintah.

Ulama sekarang mentafsir dengan makna yang sama, tetapi tidak mengambil contoh alyasaq, sebaliknya sekularisme dijadikan contoh yang tepat.

Apa yang akan berubah dengan perubahan zaman ialah hukum fikah yang tidak ada nas yang qatie.

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk MEMAHAMI (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti BINATANG TERNAK bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"
                                                                               (al-a'raaf : 179)
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 12:46 PM | Show all posts

Kelebihan Ayat Kursi

Assalamua'laikum wbt...


Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.089996 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list