CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: herba

[Merged] Thread Kerja Kosong - Tempat kerja kosong berkumpul~

  [Copy link]
Post time 9-1-2011 08:16 AM | Show all posts

Lubuk Wang Bagi Yang Mencari (Segalanya Untukmu)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,maaflah kalau-kalau dah ada thread macam nie sebelum nie..
Saya bukak rumah baru nie pun bukannya apa sebab nak compile semuanya tentang peluang pekerjaan,teknik-teknik nak dapatkan pekerjaan,pandangan dan berkongsi pendapat tentang satu-satu kerja yang kita idamkan dan hajati.So,kalau dah ada thread nie mohon maaf ya mod?

So,kalau ada apa-apa pertanyaan boleh kita share-share kan??



Sapa nak jadi macam mereka di atas niey??Angkat tangan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2011 08:25 AM | Show all posts
Sebagai permulaan,saya nak cerita tentang resume~

Resume nie penting tahu tak??Kat sini saya letak satu sampel resume..

Nicholas Azizan
No. 2, Jalan Mata Kuching
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA

Membina kerjaya dalam bidang pemasaran dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat. Berhasrat membantu pembangunan modal insan untuk bangsa.


MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh                :         Nicholas Azizan
Umur                        :         20 tahun
Tarikh lahir                :         30 Jun 1984
Bangsa                        :         Melayu
No. K/P                        :         84xxdd-aa-ssss
Warganegara                :        Malaysia

MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi                :         Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda, Teknologi Maklumat
Kelulusan                :         Kelas Kedua Kepujian
Tamat                :         Julai 2007

Institusi                :         Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang        Pengajian        :         Matrikulasi  
Kelulusan                :         Lulus
Tamat                :         Julai 2003

Institusi                :         Sekolah Datuk Abdul Razak
Bidang        Pengajian        :         Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelulusan                :         Gred 1
Tamat                        :         Julai 2000

PENGLIBATAN KO-KURIKULUM

•        Naib Pengerusi, Kelab Kembara, Universiti Malaya, 2006
•        Setiausaha Kehormat, Badan Pengawas Sekolah, 2000
•        Mewakili Daerah Seremban Barat dalam sukan ragbi, 1999
•        Mewakili pasukan bahas sekolah untuk Piala Perdana Menteri, 1999
•        Mewakilli sekolah, catur, 1998

KEMAHIRAN

•        Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
•        Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word, Excel dan Power Point)
•        Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 08:27 AM | Show all posts
Kat sini pulak sampel surat permohonan kerja..

Pengarah, Sumber Manusia
Jabatan Kesihatan Daerah
Daerah Kuala Berang
25600, Kuala Berang, Terengganu
20 Mei 2008

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA

Perkara di atas dirujuk.

Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.

2.         Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2008.

3.         Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 08:34 AM | Show all posts
Saya letakkan lubuk kerja yang masih kosong mengikut tarikh tamatnya ya??

Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Januari 2011(Jumaat)

Lubuk-lubuk kerja kosong yang ada adalah :

    * PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41 – (Tetap/Kontrak)
    * PEGAWAI TADBIR N41 – (Tetap/Kontrak)
    * PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29 – (Kontrak)
    * PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 – (Tetap/Kontrak)
    * PEMBANTU TADBIR (P/O) N17 – (Tetap/Kontrak)
    * PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17 – (Tetap/Kontrak)
    * PEMBANTU AKAUNTAN W17 – (Tetap/Kontrak)
    * PEMBANTU KENDERAAN BERMOTOR R3 – (Tetap/Kontrak)

Cara permohonan kerja :

Korang kena buat permohonan kerja secara online..Mana-mana permohonan yang diterima lewat daripada 14 Januari(Jumaat) 2011 tidak akan dilayan dan terbatal secara sendiri..

Nak tak?Kalau nak..pi sini http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 08:47 AM | Show all posts
Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Januari 2011(Jumaat)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun tetapi tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan bertaraf kontrak dan sambilan di Lembaga Lada Malaysia seperti berikut :

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q27
2. PEMBANTU PENYELIDK GRED Q17
3. JURUTEKNIK GRED J17

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Permohonan menggunakan Borang MPB 2 (Pin. 1/2008) boleh diperolehi dari Ibupejabat Lembaga Lada Malaysia, Lot 1115 Jalan Utama, Pending, 93450 Kuching dan pejabat cawangan di Sibu, Sarikei, Sri Aman, Serian, Betong, Bintangor, Miri, Bintulu dan Johor Bahru.

Maklumat iklan jawatan kosong, senarai tugas setiap jawatan dan borang permohonan jawatan juga boleh dimuat turun dari laman web kami di www.mpb.gov.my. Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan sijil-sijil akademik yang disahkan sebagaimana syarat kelayakan dan tulis jawatan yang dipohon di sudut kiri sampul dan dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
Peti Surat 1653
93916 Kuching, Sarawak
(u/p: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)

Bagi jawatan-jawatan di Sarawak, sesi temuduga akan dijalankan di Ibupejabat Lembaga Lada Malaysia di Kuching, manakala jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q17 di Johor Bahru, sesi temuduga akan dijalankan di Pejabat Wilayah Johor Bahru. Permohonan yang diterima lewat dari jam 5.00 petang, 14 Januari 2011 dan permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Kalau kome nak lebih spesifik,baca nie:

IKLAN JAWATAN
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun tetapi tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan bertaraf kontrak dan sambilan di LembagaLada Malaysia seperti berikut:

JAWATAN & GRED SYARAT – SYARAT KELAYAKAN

1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIKGRED Q27

i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakanyang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaandan mendapat prinsipal; atau
ii) diploma dalam bidang sains yang diiktiraf olehkerajaan daripada institusi-institusi tinggi
tempatan atau kelayakan diiktiraf setarafdengannya; atau
iii) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaandaripada institusi-institusi tinggi tempatan ataukelayakan diiktiraf setaraf dengannya; dan
iv) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarafdengannya oleh kerajaan.

2. PEMBANTU PENYELIDIK
GRED Q17
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya oleh kerajaan; atau
ii) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iv) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. JURUTEKNIK GRED J17
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
daripada politeknik-politeknik tempatan;
ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iii) memiliki Sijil Kecekapan Pemandu Enjin Stim/Dandang Gred II (Sijil Boilerman Gred II)
yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja; dan
iv) mempunyai kesihatan yang baik.

(Penetapan tangga gaji lebih tinggi boleh
dipertimbangkan sekiranya calon mempunyai
pengalaman kerja yang berkaitan)
LEMBAGA LADA MALAYSIA
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Kontrak dan Sambilan
Tarikh Tutup : 14 Januari 2011 (Jumaat, jam 5.00 petang)
Permohonan menggunakan Borang MPB 2 (Pin. 1/2008) boleh diperolehi dari Ibupejabat Lembaga Lada
Malaysia, Lot 1115 Jalan Utama, Pending, 93450 Kuching dan pejabat cawangan di Sibu, Sarikei, Sri Aman,
Serian, Betong, Bintangor, Miri, Bintulu dan Johor Bahru. Maklumat iklan jawatan kosong, senarai tugas setiap
jawatan dan borang permohonan jawatan juga boleh dimuat turun dari laman web kami di www.mpb.gov.my.
Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan sijil-sijil akademik sebagaimana syarat kelayakan dan tulis
jawatan yang dipohon di sudut kiri sampul dan dialamatkan kepada:
Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
Peti Surat 1653
93916 Kuching, Sarawak
(u/p: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)
Bagi jawatan-jawatan di Sarawak, sesi temuduga akan dijalankan di Ibupejabat Lembaga Lada Malaysia
di Kuching, manakala jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q17 di Johor Bahru, sesi temuduga akan
dijalankan di Pejabat Wilayah Johor Bahru. Permohonan yang diterima lewat dan tidak lengkap akan ditolak.

SENARAI TUGAS

1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q27

i) Membantu pegawai penyelidik menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan harian yang dilaksanakan;
ii) Membantu pegawai penyelidik menjalankan analisis kimia dan kajian teknikal ke atas sampel lada
dan sampel ekstrak serta penentuan kandungan kimia lada;
iii) Membantu pegawai penyelidik menyediakan laporan penyelidikan dan aktiviti berkaitan;
iv) Membantu pegawai penyelidik mengemaskini inventori berkaitan projek penyelidikan; dan
v) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

2. PEMBANTU PENYELIDK GRED Q17

i) Membantu dalam perancangan dan pelaksanaan penyelidikan harian;
ii) Membantu dalam melaksanakan aktiviti harian penyelidikan;
iii) Membantu dalam penyelenggaraan dan penyediaan peralatan di makmal penyelidikan; dan
iv) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

3. JURUTEKNIK GRED J17

i) Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi boiler (loji rawatan haba);
ii) Bertanggungjawab terhadap ”trouble shooting” boiler; dan
iii) Bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan boiler mengikut keperluan Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 08:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by juragan_ghaib at 9-1-2011 09:00

Jawatan Kosong Kementerian Pelajaran Malaysia-GST

Terbuka hanya kepada graduan pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi AWAM(IPTA) sahaja.Tawaran kerja sebagai Guru Sandaran Terlatih.



Korang boleh buat permohonan dekat sini :

http://apps.moe.gov.my/egst/mohon/daftarkatalaluan.cfm



Maklumat calon yang berjaya akan dinyatakan pada 1 hingga 6 Februari 2011..Lepas tue,selamat bertemuduga!

(Nasihat saya ; Kalau mengajar,ajarlah sampai faham!)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2011 08:53 AM | Show all posts
Reply 6# juragan_ghaib

Lupa pulak..Tarikh tamatnya sampai 14 Januari taw!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 09:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by juragan_ghaib at 9-1-2011 09:33

Jawatan Kosong Dewan Bahasa Dan Pustaka(DBP)

Tarikh Tutup Lubuk : 17 Januari 2011

DBP nak mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:

1. AKAUNTAN GRED W41 – Tetap



2. PEKERJA AWAM GRED R1 – Tetap

CARA MEMOHON

Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab A dan melampirkan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini serta Laporan Penilaian Prestasi yang terbaru.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan Kad Pengenalan ibu bapa, salinan Ijazah/Diploma/STPM/SPM/SRP/PMR dan sijil-sijil yang disahkan bagi kelayakan yang disyaratkan kepada;

KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)


Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK. Hanya permohonan yang layak akan dipanggil untuk ditemu duga. Bagi pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup/tarikh borang diterima oleh DBP hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Pertanyaan boleh dibuat melalui e-mel: fairuz@dbp.gov.my. Maklumat lanjut mengenai kekosongan jawatan dan borang permohonan jawatan disediakan di laman web DBP iaitu http://www.dbp.gov.my./

Permohonana juga boleh dikemukakan melalui laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my Untuk memohon jawatan ini, sila taipkan ‘dewan bahasa’ di bahagian Carian Segera.

Semoga berjaya !

P/s: Muat turun syarat2 lubuk kosong DBP ,sini http://www.ziddu.com/download/13234591/DPB17Jan2011.doc.html

      Muat turun borang permohonan kerja DBP , sini http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/brgjawatankosong.doc

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2011 09:18 AM | Show all posts
Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia



(Amaran keras : Mata duitan tak boleh apply..nanti jatuh mata wang!)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 Januari 2011

Bank Negara Malaysia sebagai bank pusat, memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan transformasi sektor kewangan. Bagi mencapai objektif-objektif ini, BNM amat mementingkan pembangunan modal insan. Oleh itu, kami ingin mempelawa tenaga mahir cemerlang yang berkelayakan untuk memohon kerjaya yang terbaik di Bank Negara Malaysia.



    * EKSEKUTIF KANAN, UNIT PERCETAKAN
    * EKSEKUTIF KANAN, UNIT PEMBERSIHAN, LANDSKAP DAN KAWALAN PEROSAK
    * PENYELARAS JUALAN RUNCIT (PEGAWAI EKSEKUTIF)
    * PEMBANTU PENGELUARAN, UNIT PERCETAKAN
    * PEMANDU JENTERA FORKLIF, UNIT PEMBUNGKUSAN

CARA PERMOHONAN

Sila semak kekosongan jawatan dan syarat permohonan di LAMAN WEB BANK NEGARA MALAYSIA (BNM).Rumah nya disini , sila klik bnm.gov.my

Bagi individu yang layak dan ingin memohon kekosongan jawatan seperti di atas, sila emailkan resume terkini anda ke recruit@bnm.gov.my sebelum atau pada 31 Januari 2011

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 09:21 AM | Show all posts
Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah :

JAWATAN : Pegawai Tadbir
GRED JAWATAN : N41

JAWATAN : Pegawai Latihan Vokasional (Kejuruteraan)
GRED JAWATAN : J41

JAWATAN : Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
GRED JAWATAN : DH41

JAWATAN : Pegawai Teknologi Maklumat
GRED JAWATAN : F41

JAWATAN : Penolong Pegawai Latihan Vokasional
GRED JAWATAN : J29

JAWATAN : Juruteknik Perancang Bandar & Desa
GRED JAWATAN : J17

JAWATAN : Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi)
GRED JAWATAN : N17

CARA MEMOHON :

Semua permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang PERDA AM 1 boleh didapati di Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan menyertakan sampul surat berukuran 23sm x 10sm yang beralamat sendiri dan bersetem 60 sen atau layari laman web www.perda.gov.my atau datang sendiri ke Ibu Pejabat PERDA.

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing – masing mengikut Peraturan 17: Peraturan -Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terakhir dikepilkan.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)
NO. 1, LORONG KAMPUNG GAJAH 2
JALAN KAMPUNG GAJAH
12200 BUTTERWORTH


Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan
adalah dianggap tidak berjaya.

Insya-Allah,korang berjaya!Cubalah mana tahu kot2 dapat kan??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 09:50 AM | Show all posts
Jawatan Kosong Financial Sector Talent Enrichment Programme(FSTEP)



Korang nak menganggur lagi ke??Tak nak kan?

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Februari 2011



ALLOWANCE & BENEFIT:
- Monthly scholarship allowance of RM2,200.00 per month
- Basic medical and insurance coverage
- Invaluable industry training and exposure
- Plus many more benefits of personal development courses, Outward Bound School, English speakers club etc.
- Outstanding participants stand a very good chance to be absorbed into the financial services industry

REQUIREMENTS:
• Malaysian
• Age of 30 years and below
• Must possess a high level of English language proficiency
• Local / foreign degrees preferably in the following disciplines:
- Accounting
- Actuarial Science
- Banking
- Business Studies
- Communications
- Economics
- Engineering
- Finance
- Insurance
- Investment Analysis
- Islamic Banking
- Linguistics
- Mathematics
- Statistics
- Syariah Law

**Others in business and non-business disciplines will also be considered

Print on-line application form and send to FSTEP office.Sila klik kat sini untuk print borang tue : http://www.ziddu.com/download/13 ... b2011FSTEP.zip.html

Hantar kat sini ,ye??

Financial Sector Talent Enrichment Programme (FSTEP),
Level 1, Dataran Kewangan Darul Takaf,
4, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur.


Contact kalau ada masalah :

Tel: 03-2031 4954 Ext 111/107
Fax: 03-031 4764

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 09:23 AM | Show all posts
naper...x leh bukak...sape2 leh bg link dia x?
hippo_gurl Post at 9-1-2011 00:23



    tak leh ke?? pelik naper aku leh jaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 11:12 AM | Show all posts
nak apply jugak ar....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 11:25 AM | Show all posts
hahahah....da konpem kalo dpt kijer ngan PTPTN potongan tuk bayaran RM 300.00
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 11:55 AM | Show all posts
Reply 147# limau


    dah boleh dah...dah hantar....ermmm...moga2 dpt le ak keje nie........aminnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 12:00 PM | Show all posts
Reply  limau


    dah boleh dah...dah hantar....ermmm...moga2 dpt le ak keje nie........aminnnn ...
hippo_gurl Post at 10-1-2011 11:55



    kan..boleh jah bukak...aku x sempat isi agik...huhu..ptg kan laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2011 12:01 PM | Show all posts
hahahah....da konpem kalo dpt kijer ngan PTPTN potongan tuk bayaran RM 300.00
teky Post at 10-1-2011 11:25



    untung nyer..byk tuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 12:10 PM | Show all posts
Reply 151# limau


    tue pun dah cuba bnyak kali...tup2 leh bukak plak.....tp entah la bergamtung kat rezeki je.....tp napa ek dia ade form..solan ..kenal sesiapa di ptptn...nape cam tue....kes senang dpt ker?ak tulis tidak...konfirm cam x dpt je...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 12:15 PM | Show all posts
Reply  limau


    tue pun dah cuba bnyak kali...tup2 leh bukak plak.....tp entah la bergamtung  ...
hippo_gurl Post at 10-1-2011 12:10



    kan..aku pasan gak..kalo mana2 mesti nk tanyer kenal org dlm kee tak..

entah apa2 tah...tp ko cuba ja laa
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 12:21 PM | Show all posts
Reply 154# limau


    aha....dah hntr dah pun...tp nape dia letak cam tue ek...nk kaum kerabat dia dpt r tue....huhu...x pe le....kalau de..ade...kalau x...still gak byr ptptn..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.077260 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list