CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13162|Reply: 34

Cabaran Menjadi Teruna

[Copy link]
Post time 16-3-2007 06:44 PM | Show all posts |Read mode
Terunaadalah zaman peralihan dari dunia kanak-kanak lelaki ke alam dewasalelaki. Pada masa ini berlaku perubahan dari segi fizikal, emosi danpsikologi yang boleh menimbulkan tandatanya mengapa perubahan iniberlaku dan apakah rahsia di sebaliknya?


                    Walaupun kebanyakan teruna berjaya menjalani alam remaja dengan baik,ada juga sesetengah teruna merasa takut dan tertekan dengan perubahanyang mereka alami.


                    Setiaplelaki akan melalui era peralihan ini dengan kadar yang berbeza.Penyesuaian kepada perubahan semasa alam teruna sepatutnya lebihmenyakinkan sekiranya kita mengetahui perubahan-perubahan yang berlakukepada kita.
                    Penyesuaian kepada perubahan-perubahan semasa alam teruna sepatutnya tidak                       sukar, malah menyeronokkan.

                    Perubahan alam teruna


                    Secaraumumnya perubahan bentuk tubuh, emosi dan psikologi mula terjadi padausia 11 tahun dan berakhir pada usia 19 tahun. Bagaimanapun perubahanini juga boleh berlaku lebih awal atau lebih lewat. Selain dari itusetiap teruna tidak perlu merasa tersisih sekiranya kadar pertumbuhanmereka tidak sama kerana setiap teruna membesar dengan kadar merekasendiri.

                    Semasa saya membesar, saya berubah.


                    Padamasa ini teruna mungkin mula menyedari perubahan fizikal luaran yangberlaku. Sebenarnya terdapat banyak perubahan lain yang tidak disedarioleh remaja berlaku di dalam tubuhnya. Pada masa ini kelenjar pituitariyang terdapat di dasar otak mula mengeluarkan hormon yang merangsangpertumbuhan tubuh badan teruna.
                    Salahsatu hormon yang paling penting bagi teruna adalah hormon testosteron.Hormon ini bertanggungjawab terhadap pembentukan ciri-ciri kelelakianseperti pertumbuhan bulu di muka, dada, ketiak, kawasan ari-ari dan dikaki. Hormon testosteron juga bertanggungjawab bagi pembesaran anggotaseksual luaran lelaki dan pembentukan sperma oleh testis.

                    Mengenali perubahan fizikal alam teruna


                    Mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku akan menjadikan anda lebihyakin dan selesa dengan diri anda yang baru. Perubahan-perubahan iniberbeza antara individu.

                    10
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2007 06:45 PM | Show all posts
nanti sambung lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 07:02 PM | Show all posts
umur brape baru nak stop saiz zakar membesar tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 10:31 PM | Show all posts
he3..apela soalan ko ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 02:38 AM | Show all posts
ala...cepat arr sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2007 01:23 PM | Show all posts
Menerima dengan redha bentuk tubuh yang baru akan membantu teruna meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri.

Sistem reproduktif teruna

Mengenali sistem reproduktif teruna

Organ-organ sistem reproduktif teruna terdiri dari :

    *      Zakar
    *      Testis
    *      Skrotum
    *      Kelenjar prostate
    *      Duktus sperma
    *      Vesikal seminal

Zakar - Organ yang boleh mengendur dan mengembang akibat sesuatu rangsangan. Berfungsi menyalur keluar air kencing dan air mani.

Skrotum - Pundi lembut yang mengampu dan melindungi testis. Berfungsi untuk mengawal suhu sekitaran testis, agar lebih sejuk dari suhu badan. Skrotum akan mengembang supaya testis akan berada jauh dari badan apabila suhu badan meningkat. Skrotum akan mengecut dan testis akan berada berhampiran tubuh apabila suhu/cuaca sejuk.

Testis - Kelenjar yang menghasilkan sperma (benih lelaki). Terdapat sepasang testis iaitu di kiri dan di kanan. Testis juga mengeluarkan hormon testosteron bagi mengekalkan sifat kelelakian.

Kelenjar - Kelenjar yang menghasilkan cecair lekit yang membantu sperma disalirkan.

Prostate dan Vesikal seminal - Cecair ini bercampur dengan sperma dipanggil air mani

Duktus sperma - Saluran yang membawa sperma dari testis ke vesikal seminal.

Panduan penjagaan organ reproduktif

    *      Bersihkan tubuh badan termasuk organ reproduktif dua kali sehari dengan sabun dan air
    *      Gunakan seluar dalam bagi menampung zakar dan skrotum
    *      Pilih seluar dalam yang sesuai dengan saiz tubuh
    *      Penggunaan seluar yang terlalu ketat menyebabkan ketidakselesaan, menyakitkan atau boleh memusingkan kedudukan testis serta menyebabkan kepanasan
    *      Kepanasan yang berlarutan boleh mengganggu fungsi normal testis.


Kenali masalah organ reproduktif teruna

揢ndescended Testis
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-3-2007 01:25 PM | Show all posts
Semua masalah di atas perlu perhatian dan rawatan awal.

Peringkat awal 10 - 14 tahun

    *      Bersifat logikal
    *      Sentiasa berperasaan ingin tahu. Mempunyai banyak persoalan seperti 搈engapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2007 01:27 PM | Show all posts
Melancap (Onani)

    *      Merancap adalah perilaku yang tidak sihat untuk mendapatkan keghairahan seks secara menyentuh kemaluan dengan tangan atau menggunakan benda tertentu sehingga mencapai puncak syahwat (orgasm) yang diikuti dengan pengeluaran air mani.
    *      Satu perilaku yang perlu dielakkan oleh teruna.
    *      Perilaku ini boleh memudaratkan kesihatan fizikal dan mental jika dipengaruhi oleh dorongan nafsu dan dilakukan berulang-ulang kali.
    *      Ini mengakibatkan letih yang berpanjangan akibat kurang tidur dan mengganggu pelajaran dan kehidupan harian.
    *      Mengakibatkan gangguan mental termasuklah kemurungan dan tekanan mental akibat tidak mencapai impian.
    *      Boleh menimbulkan rasa bersalah dan berdosa yang berpanjangan.
    *      Perkara ini perlu dibincang dengan fikiran terbuka agar segala perasaan takut dan sangsi dapat diatasi.


Renungan teruna

Semasa remaja anda mungkin tertarik kepada seorang gadis. Ada di kalangan teruna menganggap apabila bercinta, gadis perlu mengorbankan daranya bagi membuktikan cintanya. Tanggapan yang silap ini menyebabkan gadis menjadi mangsa dorongan seksual teruna.

Dara membawa maksud bahawa seseorang yang tidak melakukan hubungan seksual sehinggalah beliau berkahwin. Kehilangan dara sering dikaitkan dengan moral yang rendah di kalangan gadis. Tahukah anda sebenarnya teruna juga perlu menghargai anugerah dara kepadanya yang diberi oleh Tuhan.

Seharusnya dalam percintaan, teruna perlu :

    *      Menghormati nilai dan maruah diri teman wanita mereka
    *      Memelihara nilai percintaan yang dijalin dengan tidak mendesak teman wanitanya melakukan hubungan seksual bagi membuktikan cinta
    *      Memahami cinta tidak bermakna mengadakan hubungan seksual


Amalan cara hidup sihat

    *      Membina kekuatan peribadi (inner strength) dengan pendekatan agama.
    *      Meluangkan masa untuk menilai kelemahan yang ada pada diri, dan membina keazaman untuk memantapkan keyakinan serta harga diri
    *      Makan dengan cara yang sihat dan teratur
    *      Bersenam secara berkala dan meluangkan masa berekreasi supaya membentuk tubuh yang sihat dan minda yang cerdas
    *      Memastikan masa rehat dan tidur yang mencukupi
    *      Mengelakkan dari mendekati perkara-perkara yang boleh merangsang dorongan seks seperti menonton atau membaca majalah lucah.
    *      Menjauhi dari merokok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2007 01:28 PM | Show all posts
Teruna dan tingkahlaku berisiko

Perasaan ingin tahu dan sifat ingin mencuba adalah sebahagian dari perkembangan semasa alam remaja. Sikap ini akan membantu teruna menjadi seorang dewasa yang dapat membezakan perlakuan yang baik dengan buruk. Nilai positif yang ada pada teruna ini perlu dibimbing oleh golongan dewasa. Kegagalan teruna untuk mengawal perasaan boleh mendorong teruna melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan dadah dan arak, vandalisma, pergaduhan, penglibatan dalam lumba haram serta hubungan seksual rambang.

Kesan tingkahlaku teruna yang tidak sihat dimanifestasikan sebagai :-

    *

      Kecederaan akibat kemalangan
    *

      Ketagihan rokok, arak dan dadah
    *

      Jangkitan penyakit kelamin dan HIV/STI
    *

      Jenayah juvana
    *

      Tekanan mental

Teruna dan keluarga

Anda adalah sebahagian dari keluarga dan anda bertanggungjawab menjalankan peranan yang sewajarnya

    *

      Hormat-menghormati ahli keluarga terutama ibu bapa
    *

      Menjalin hubungan mesra bersama keluarga
    *

      Meluangkan masa bersama keluarga
    *

      Menumpukan perhatian kepada pelajaran
    *

      Berkongsi perasaan dan masalah bersama keluarga

Gangguan seksual terhadap teruna

Tahukah anda teruna juga boleh mengalami gangguan seksual samada di sekolah atau pun di tempat kerja sebagaimana gadis. Secara umumnya gangguan seksual ini juga termasuk dalam kategori buli yang melibatkan seksual. Gangguan seksual bukan terhad kepada perbuatan seperti meraba dan merogol semata-mata. Gangguan seksual merangkumi mengeluarkan perkataan atau mempamerkan tanda-tanda berunsur seksual atau lucah yang mengganggu perasaan orang lain. Kadang-kala gangguan seksual menjadi keterlaluan sehingga menimbulkan persekitaran kerja atau belajar yang tidak sihat dan mengganggu fungsi (performance) seseorang teruna. Gangguan seksual yang berlarutan akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anda.

Jangan beranggapan ianya adalah satu gurauan yang akan berhenti. Ingat, sekiranya anda memberi reaksi yang salah, anda akan terus menjadi mangsa gangguan seksual. Anda berhak untuk tidak diganggu secara seksual. Laporkan gangguan ini kepada guru, Pengetua sekolah atau majikan sekiranya anda diganggu.

Gangguan terhadap teruna

Sekiranya anda seorang yang suka mengganggu teruna atau gadis di sekolah atau di tempat kerja, anda perlu tahu :

    *

      Tidak ada orang yang mahu dirinya dihina atau diganggu
    *

      Kebiasaannya teruna yang suka mengganggu orang lain mempunyai kelemahan diri. Oleh kerana tidak mahu orang lain tahu kelemahannya, dia akan mencari kelemahan orang lain agar kelemahannya tidak didedahkan.
    *

      Gangguan seksual adalah satu jenayah dan anda boleh dikenakan hukuman sekiranya anda ditangkap.

Contoh-contoh gangguan adalah :

    *

      Diejek apabila anda lalu di hadapan sekumpulan gadis
    *

      Dipanggil 搒issy
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 22-3-2007 06:35 PM | Show all posts
dah takde teruna dah aku nih..valid lagi ke nak ikut?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 06:01 PM | Show all posts
aku pon dah tak teruna.... camner tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 07:15 PM | Show all posts
apa maksud korang, korang dsah tak teruna lagi?
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 25-3-2007 09:07 PM | Show all posts
to be exact aku sampai sekarang tatau apa tu teruna
Reply

Use magic Report

Azadteen This user has been deleted
Post time 30-3-2007 01:46 PM | Show all posts
korang semua bohjan dah tua so x tau mende2 ni

topik ni untuk mereka yg masih remaja dan bersekolah

sebelum mereka jadi bohjan macam korang
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 02:50 PM | Show all posts
warghkakakakakaka....

nak ke remaja diluar sana baca..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by Mr.Forensics at 25-3-2007 09:07 PM
to be exact aku sampai sekarang tatau apa tu teruna


tak teruna maksudnya kalau kita dah jolok orang kan? Sorry bahasa a bit kasar... tapi itu faktanya kan? Jadi kalau gitu halnya, aku rasa aku teruna lar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2007 05:06 PM | Show all posts

Reply #16 Muntz's post

kalau macam tu aku pun teruna lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 06:35 PM | Show all posts
Originally posted by gjoy_chester at 1-4-2007 05:06 PM
kalau macam tu aku pun teruna lagik...


gwe pun ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 09:57 PM | Show all posts
camner pulak kalau bottom, kita teruna gak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 10:46 PM | Show all posts
cium,raba2 pomp dah kira bukan teruna
lelaki yg teruna ialah lelaki yg berpegang kpd prinsip hidup
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.080766 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list