CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 43687|Reply: 56

Jacqueline: Saya tidak benci Raja Bahrain

[Copy link]
Post time 28-3-2007 08:43 AM | Show all posts |Read mode
sorry tak jumpa thread raja baharin...


MELBOURNE:  Jacqueline Pascarl-Gillespie berkata beliau tidak akan membenci bekas suaminya Datuk Raja Kamarul Bahrain Shah kerana melarikan anak-anaknya, tetapi menyatakan bahawa tindakan bekas suaminya itu telah melenyapkan peluang seumur hidup untuk bermanja dan memeluk anak-anak.

Beliau yang bertemu kembali dengan anak perempuannya Shahirah dan anak lelakinya, Iddin, selepas 14 tahun terpisah, berkata beliau tidak mahu merosakkan kehidupannya dengan menyimpan dendam terhadap putera raja Terengganu itu.

Raja Kamarul Bahrain melarikan anak-anaknya dari Australia pada 1992 ketika mereka masing-masing berumur tujuh dan 10.

"Saya tidak mahu membuang tenaga," kata Gillespie kepada akhbar Herald Sun. "Kami juga akan berkongsi cucu pada masa hadapan.

"Apa jua perasaan saya mengenai sebarang hubungan antara saya dan dia pada masa depan, biarlah saya pendamkan saja. Saya mahu mengadakan satu garis sempadan di sini -- melihat bentuk kehidupan yang masih wujud di luar tragedi dan kesengsaraan ini."

Gillespie yang berkahwin lain dan mempunyai dua orang anak lagi selepas perkongsian hidupnya dengan Iain Gillespie musnah, telah menulis cerita lanjutan kepada memoir awalnya Once I Was A Princess dalam buku terbarunya Since I Was a Princess.

Dalam buku itu, beliau menceritakan bagaimana anak perempuannya mengadakan hubungan emel secara rahsia dengannya.

Shahirah menjawab beberapa siri soalan mengenai kehidupannya di Australia sebelum Gillespie, yang menjadi mangsa beberapa panggilan palsu, percaya bahawa Shahirah adalah anaknya.

"Kehilangan anak-anak telah menghancurkan dan dalam masa yang sama merangsang saya melalui cara yang amat tidak dijangkakan," katanya kepada akhbar The Leader.

Di dalam bukunya, Gillespie menceritakan bagaimana beliau menggunakan segala pengalaman negatifnya untuk membina suatu kuasa yang positif.

Beliau menganjurkan satu program celik huruf kanak-kanak di Kenya dan kemudian mengembara ke kawasan kancah peperangan di Bosnia, Kosovo dan Timor Timur, di mana beliau bertugas dalam misi bantuan kemanusian.

"Sepanjang tempoh itu, saya masih berpegang pada harapan untuk memeluk anak-anak saya semula, dan dengan keyakinan paling mendalam untuk terus hidup berpegang pada impian itu yang akhirnya menjadi kenyataan, apabila Iddin dan Shah(irah) kembali menemui saya pada 2006," katanya kepada akhbar itu.

Since I Was a Princess dipasarkan mulai Isnin, dengan sebahagian royaltinya akan diserahkan kepada CARE International, tempat Gillespie berkhidmat sekarang. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2007 08:52 AM | Show all posts
Ces...perasan princess konon. Padahal dia tu serdak2 ja. Buku2 macam tulah yang boleh memesongkan pengetahuan orang. Orang putih ni bukannya bijak mana pun. Ada yang rely 100% on media untuk dapat info. Tak pasal2 je Malaysia dikatakan mengamalkan feudelism plak. Menci betul
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 09:05 AM | Show all posts
betul lah tu.. dia pernah kawin dgn raja bahrain..dapat title princess lah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 09:11 AM | Show all posts

Reply #1 kukulangau's post

kalau dia nak tulis pasal raja baharin n all memories suka hati dia  TAPI
jangan burukkan orang melayu-isle-malaysia!!

jangan hanya kerana dia seorang ibu yang kehilangan kasih anak2.. dia di beri simpati sangat. salah! kita jangan lupa yang dia cuba memesongkan akidah anak2 dengan cara agama kristian.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 10:53 AM | Show all posts
perempuan ni nak glamer lebih kot....  padahal bukannya jadiprincess betul pun..  dia ingat nak jadi macam lady d kot...hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 11:03 AM | Show all posts
maybe she did feel like a princess during the early years
masa saat bahagia ler tu ....
biarlah dia nak citerkan pengalamannyer
walaupon tindakan raja bahrin dulu nak selamatkan aqidah idin dan shahirah
tapi kesian jugak yea, cuba anak kita dilarikan cemana agaknya rasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2007 11:13 AM | Show all posts
hanya org perempaun yang bergelar ibu saja yang bole merasai penderitaan akibat berpisah dengan anak. Ini tak termasuk ibu yang buang anak.....ini tak ada hati pewut...:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2007 11:19 AM | Show all posts
i think she's desperado nak cari duit lebey plus free publicity
hidup kat ausie ni aku perati quite desperado
because dorang ni nak kata barat tak barat asia tak asia
sangkut tengah tengah
tumpang raja negara lain (uk bukan kita)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2007 11:51 AM | Show all posts

Reply #8 kukulangau's post

Haha. Exactly. Krisis identity
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 12:36 PM | Show all posts
yg dah lepas pun asik nak kenang2 lagi.. kesian lak.. dah nyesal kot..tu duk sebut2
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 07:18 PM | Show all posts
memula Once I Was A Princess,pastu lak Since I Was a Princess....  

pompuan ni gila title ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 09:11 PM | Show all posts
Aduh....nak membuat buku pulak dia ni...harap-harap..it will not add somemore salt to the wound
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 09:22 PM | Show all posts
Originally posted by Selamba at 28-3-2007 09:11 PM
Aduh....nak membuat buku pulak dia ni...harap-harap..it will not add somemore salt to the wound



:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 10:17 PM | Show all posts
kesian sbenarnye kat dia... mungkin tindakan dia murtad buat org anggap dia yg mengeruhkan keadaan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 10:20 PM | Show all posts
bukan nak memburukkan org melayu ke anak raja ke.... tapi raja bahrin ni terkenal gak ngan playboy nye walaupun nampak baik... banyak kali kawin cerai walau pun ngan bangsa sendri..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 10:25 PM | Show all posts
memang tindakan raja bahrin betul bawak anak dia lari balik mesia... sebab taknak anak dia murtad ikut jacqueline ni tapi tak kasi jumpa ibu bertahun tahun.... bukan tindakan yg betul ... sepatutnya sebagai dewasa dia bleh bincang ngan exwife tu... jumpa sekali sekala dlm mesia  bawak bodyguard pun takpe asal anak tak lupa pada ibu... dosa tulll.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2007 10:28 PM | Show all posts
cuba cari thread yg ada gambar anak prempuan raja bahrin.... banding kan gambar nye dimalaysia dan gambar bersama ibunya diluar negara...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 10:29 PM | Show all posts
fikirkan lah... ada betul ada salah kitakan manusia....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 11:17 PM | Show all posts
shahirah tu jap free hair jap pakai..dulu2 masa sekolah kat trg pakai..
tapi nak ckp lebeh2 kang ape lak..sendirik mau hengat die dulu skolah form 1-3 kat sebuah skolah agama terkenal kat kuala trg..
tak tahulah die nak tunjuk protes ke ape..sebelum ni hidup die mmg kene kontrol..mana2 ader bodygusr..lgpun raja bahrain x jaga anak pun..iddin n shahirah duk dengan mak raja bahrain umah lain..raja bahrain lebeh byk ikut ckp bini die bekas penyanyi yg owner Aryani resort..kalau tak silap dah bekas isteri kot..entahlah..coz dgr cite die kawen lain lg..wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 11:19 PM | Show all posts



Originally posted by dinahatta at 9-5-2007 10:25 PM
memang tindakan raja bahrin betul bawak anak dia lari balik mesia... sebab taknak anak dia murtad ikut jacqueline ni tapi tak kasi jumpa ibu bertahun tahun.... bukan tindakan yg betul ... sepatut ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.442716 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list