CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haizaiza

[Penerbit] ** KAKI NOVEL **

  [Copy link]
Post time 17-12-2014 11:43 AM | Show all posts


Tajuk: TOLONG JAGAKAN DIA
Penulis: Ateen Khalid
No. ISBN:- 978-967-0448-89-3
Jumlah muka surat:- 512
HARGA SEMENANJUNG: RM22, AHLI KN: RM18
HARGA SABAH SARAWAK: RM25, AHLI KN: RM21
Terbitan: Kaki Novel
Sinopsis:-

Ibu bapa Delisha berhutang dengan Black atau nama sebenarnya Rizki sebanyak RM200.00 dan kini mencecah RM5,000.00. Setelah mereka meninggal dunia akibat kemalangan yang dirancang oleh Black, Delisha terpaksa menanggung hutang itu sendirian. Jika diikutkan, ibu dan bapa Delisha telah membayar lebih dari RM200.00 namun, ketamakan Black menyebabkan hutang bertambah secara mendadak.

Ketika Black sedang mengejar Delisha, Zulfan muncul lalu menolong Delisha. Dia berada di situ kerana dia mahu melihat dengan matanya sendiri akan kecurangan tunangnya itu. Tetapi dia ditikam dan dipukul di bahagian kaki. Delisha merayu supaya diberikan masa kepadanya melangsaikan hutang itu. Dan Black menetapkan lima hari. Kemudian Black meninggalkan Delisha dan Zulfan dengan membawa lari kereta, wang, jam tangan serta telefon bimbit Zulfan. Oleh kerana berasa takut dengan apa yang terjadi, Delisha meninggalkan Zulfan. Delisha meminta sahabatnya, Nurain supaya menjemputnya. Setelah tiba di rumah, Delisha asyik memikirkan tentang Zulfan dan mula rasa bersalah dengan tindakannya itu.

Keesokan harinya, Delisha terbaca di dada akhbar tentang Zulfan dan dia bercadang mahu melawat lelaki itu. Setibanya di hospital, Delisha terlanggar Adam. Oleh kerana Adam memakai baju seragam, dia andaikan lelaki itu pasti ada kena-mengena dengan Zulfan. Jadi dia mengekori Adam dan di situlah dia dapat tahu di mana Zulfan ditempatkan. Setelah Adam pergi, Delisha masuk ke dalam wad dan melihat keadaan Zulfan. Apabila mahu keluar, dia tersempak dengan mama Zulfan dan tunang Zulfan, Almira Zalfa.

Black merasakan tindakannya terhadap Zulfan adalah tepat dan kes itu diklasifikasikan sebagai rompakan. Namun salah seorang pengikutnya, Bazli risau jika Zulfan sedar… dia akan memberitahu yang dia sebenarnya bukan dirompak. Black yakin, pihak polis tidak akan menjejakinya walaupun Zulfan sudah sedar. Delisha pula tidak mungkin membuat laporan polis kerana dia telah mengugut gadis itu. Dia sebenarnya sengaja mengugut Delisha. Setakat RM5,000.00 dia tidak kisah. Ini semua kerana dia sukakan gadis itu.

Delisha yang mahu membalas budi Zulfan melawat lelaki itu di hospital. Ketika Zulfan tersedar dia sengaja mengugut Delisha yang gadis itu merupakan penyebab dia cedera teruk dan gadis itu perlu bertanggungjawab. Dia berbuat demikian kerana dia mahu berjumpa dengan Delisha lagi.

Delisha yang hampir-hampir dirogol oleh Black mengambil keputusan untuk mengahwini Zulfan demi membalas budi lelaki itu padanya. Dia menjaga Zulfan bagaikan menatang minyak yang penuh sehingga Zulfan boleh berjalan semula tanpa bantuan tongkat.

Tatkala Black mengetahui yang Delisha sudah berkahwin, dia terus mencari Nurain. Dia mencederakan Nurain setelah gadis itu memberitahu tempat tinggal Delisha kini.

Nurain disahkan meninggal dunia. Delisha yakin itu semua kerja Black namun, tidak ada bukti yang boleh dikaitkan dengan lelaki itu.

Black pula mengubah penambilan dirinya setelah kematian Nurain. Dia menjejaki Zulfan dan memberi amaran kepada lelaki itu.

Ketika Adam dan Zulfan mahu menolong Almira (tayar kereta wanita itu pancit), muncul beberapa orang lelaki lalu menyerang Adam dan Zulfan. Dua berjaya melarikan diri manakala seorang lagi ditangkap. Black begitu marah apabila mengetahui yang salah seorang daripada mereka ditangkap. Mujur lelaki yang ditangkap itu tidak tahu di mana dia bersembunyi dan wajah terkininya. Jika tidak, pasti dia tertangkap.

Black menyusun rancangan baru dengan menculik Delisha ketika pulang dari pasar. Adam yang kebetulan ternampak Delisha diculik terus mengekori kereta itu sehingga ke sebuah rumah. Apabila kereta yang sama keluar dari rumah itu, Adam masuk kerana dia fikirkan Delisha ditinggalkan di dalam rumah itu, malangnya Adam dipukul sehingga pengsan.

Zulfan mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenali. Dalam mesej itu terdapat alamat di mana isterinya berada dan dia diberi amaran supaya tidak memberitahu pihak polis. Namun, Zulfan mempercayai pihak polis dan dia tidak bertindak sendiri.

Adam yang baru sedar dari pengsan dibawa berjumpa dengan Black. Di hadapan Delisha, dia dipukul
separuh mati, ditembak di bahagian tapak tangan dan dada. Adam diseksa sebelum pihak polis tiba dan menyerbu rumah tersebut.

Apakah kesudahan kisah ini? Berjayakah Black diberkas oleh pihak polis sementelah lelaki ini sangat licik? Bagaimana pula dengan nasib Adam? Apakah pengakhiran kisah Delisha dan Zulfan?

“Langkah yang diiringi penderitaan pasti akan menemui kebahagiaan….”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 11:44 AM | Show all posts


Tajuk: YES, MA’AM!
Penulis: Areila Sahimi
No. ISBN:- 978-967-0448-85-5
Jumlah muka surat:- 600
HARGA SEMENANJUNG: RM22, AHLI KN: RM18
HARGA SABAH/SARAWAK: RM25, AHLI KN: RM21
Terbitan: kaki novel
Sinopsis:-

Pejam celik, pejam celik sudah sepuluh tahun Ilham dan Aryana melayari bahtera rumah tangga bersama. Dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel membuatkan kehidupan mereka begitu bahagia.

Selama bergelar isteri kepada Ilham Irfan (Si Legenda Kasanova) itu buat Aryana terlalu berhati-hati. Biarlah orang lain tuduh dia sebagai queen control asalkan suaminya tak kena kebas dengan perempuan lain.

Ilham pula, bukan takut isteri. Tetapi, dia menerima sikap Aryana yang terlalu mengawal kehidupannya itu dengan fikiran yang positif. Aryana jadi queen control tu pun sebab sayangkan dia. Dia terima dengan ikhlas segala kekurangan Aryana itu. Hidup suami isteri nikan memang saling melengkapi.
Walaupun asyik yes, ma’am! Ilham tetap bahagia.

Badai datang tanpa diminta. Kerana sebaris ayat yang dilafazkan oleh Ilham itu telah mengubah seluruh kehidupan mereka suami isteri. Demi anak-anak Aryana dan Ilham terpaksa berbaik-baik walaupun mereka bukan lagi suami isteri yang sah lagi.

Saat Ilham berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali bersama Aryana, Aryana pula sibuk mengejar lelaki muda. Ah, sudah! Bagaimana akhirnya hubungan Aryana dan Ilham? Apakah punca hubungan yang terjalin selama sepuluh tahun atas dasar cinta itu boleh berpisah juga? Siapa Nadim Nazri?
Siapa Suri? Dan siapa pula Qistina Zara?

“Kahwin atas dasar suka sama suka, cinta sama cinta pun bukan boleh jamin hidup akan bahagia forever.” Aryana.

“Kebahagiaan rumah tangga tu bukan setakat rasa cinta sama cinta, suka sama suka aje. Kena ada kepercayaan dan rasa saling menghormati barulah boleh bahagia forever and ever.” Mak ngah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 11:44 AM | Show all posts


Tajuk: AWAK SAYA PUNYA!
Penulis: Hee-da
No. ISBN:- 978-967-0448 -86-2
Jumlah muka surat:- 496
HARGA SEMENANJUNG: RM20, AHLI KN: RM16
HARGA SABAH/SARAWAK: RM23, AHLI KN: RM19
Terbitan: Kaki Novel
Sinopsis:-

Peristiwa hitam yang berlaku membawa Hafiqah kepada kemalangan itu. Diselamatkan oleh Hariez dan teman-temannya, dan akhirnya dia bekerja dengan lelaki itu.

Tatkala perasaan halus itu mula berputik, Alisa muncul membawa kisah lalu. Lalu, sedikit demi sedikit perasaan itu berganti benci. Pada masa yang sama Fariez muncul menghulurkan ikatan persahabatan dan sedikit sebanyak menawarkan kedukaan.

Berlandaskan cerita yang ditabur dan anggapan yang wujud daripada perasaan benci, Hariez memulakan rencana. Lalu apakah yang akan terjadi? Siapakah Hafiqah sebenarnya? Siapa pula Alisa yang muncul?

“Sesungguhnya, kemaafan itu adalah dendam yang terindah.”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052028 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list