CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

NIKKI - MAHARANI [repack]

[Copy link]
MrManager This user has been deleted
Post time 29-11-2005 03:38 AM | Show all posts
Sunday 27 November 2005
Review by sultanmuzaffar.blogspot.com

Album Terbaik dari Bintang Realiti TV

Nikki : Maharani
RATING: 4/5

揚inta (Vintage Remix) mengembalikan saya ke zaman mainan muzik piring hitam dengan menggunakan gramaphone. Satu cubaan yang menarik !"

Setelah berakhirnya Malaysian Idol, ramai yang tertunggu-tunggu buah tangan dari Nikki kerana penyingkiran mengejutnya dari Malaysian Idol. Berbekalkan kehebatan vokal yang mantap, Nikki hadir menemui peminatnya dengan sebuah album bertajuk Maharani. Saya kurang mengikuti program Malaysian Idol kecuali menontonnya sekali-sekala jika ada kesempatan. Waktu bila Nikki tersingkir pun sudah saya lupa. Boleh saya katakan, album ini lebih hebat dari album Jaclyn Victor, juara Malaysian Idol. Saya belum berkesempatan untuk mendengar lagu-lagu dari album Saiful dan Dina.

Album yang baik pada saya apabila mempunyai susunan muzik yang mantap. Lagu-lagu yang tercipta mempunyai bunyi-bunyian hasil instrument yang pelbagai dan memberikan variasi pada lagu-lagu tersebut. Album yang baik bukan sekadar kehebatan vokal atau aura penyanyi tetapi juga produksi album yang mantap.

Satu keberanian yang saya lihat pada album ini apabila Nikki cuba untuk menghindarkan imej Mariah Carey pada persembahan vokalnya. Ada beberapa lagu masih menggunakan whistling tetapi tidak pada kesemua lagu. Walaupun dikenali dengan imej tersebut, produksi ini dengan berani mengenepikan imej tersebut dan meneroka percubaan-percubaan lain pada persembahan vokal Nikki. Beliau mempunyai kebolehan tersebut tetapi tidak terlalu menunjuk-nunjukkan kebolehannya. Jika dibenarkan untuk saya bandingkan dengan Idayu yang terlalu berusaha keras untuk menonjolkan kebolehannya.

Saya menyukai sebutan nyanyian Nikki yang tidak pekat dialek Sabahnya. Beberapa kali mendengar lagu ini, jelas kedengaran seperti dinyanyikan oleh seorang penyanyi berbangsa Melayu. Namun demikian sebuah lagu berbahasa Dusun turut dimuatkan dalam album tersebut untuk menghargai sokongan dari para peminat di negeri kelahirannya. Lagu tersebut juga dinyanyikan dengan baik oleh Nikki serta dalam sebutan bahasa yang betul.

Saya kurang berpuas hati dengan kulit album yang terhasil. Gambar di kulit hadapan tidak cukup untuk menarik pendengar untuk membeli album ini. Tidak dinafikan kualiti fotografi yang digunakan amat baik tetapi imej yang terhasil masih belum mampu menarik minat saya untuk membelinya sekiranya saya berpandukan kulit album hadapan.

Memandangkan Nikki seorang yang agak sukar untuk tersenyum, maka apa perlunya imej dengan wajah yang serius dipaparkan di kulit hadapan album tersebut. Saya lebih tertarik dengan imej-imej yang terhasil di bahagian dalam kulit album ini. Imej-imej tersebut lebih menyerlahkan keremajaan Nikki.

Imej-imej pada kulit album amat penting untuk menarik pendengar membeli album tersebut. Tajuk album ini iaitu Maharani sudah seakan menjarakkan sedikit hubungannya dengan pendengar. Maka, imej tersebut perlu dieksploitasi untuk merapatkan jurang tersebut agar Maharani yang dipersembahkan adalah Maharani yang dekat dengan pendengar.

Satu keunikan album ini apabila ia menampilkan 12 track remix serta 1 hidden track iaitu duet Nikki dan Ning Baizura untuk lagu Pinta. Saya tertarik dengan Pinta (Vintage Mix) yang seakan-akan mengembalikan mood muzik piring hitam yang dimainkan dengan peti gramophone. Saya ada beberapa koleksi lagu-lagu klasik Melayu yang sedemikian seperti Terang Bulan dan Fatwa Pujangga. Dalam dunia muzik menuju arus kemodenan, muzik klasik tetap menjadi pilihan.

Antara lagu yang menarik pada pendengaran saya ialah lagu Pinta. Lagu Pinta merupakan sebuah lagu balada yang mempunyai susunan muzik yang menarik. Pada saya lagu ini masih belum mampu menyaingi lagu Awan Yang Terpilu. Susunan muziknya cukup memadai tetapi masih belum begitu solid. Banyak ruang-ruang kosong untuk dipenuhi dengan bunyi-bunyi yang lebih mantap. Satu perkara yang saya perasan permulaan lagu ini ada iras-iras lagu Bertakhta Di Hati.

Permulaan lagu Janji mengingatkan saya kepada bunyi-bunyi etnik fusion dalam Senang Tari oleh Ning Baizura. Sebuah balada yang yang padat dengan mainan strings yang menusuk pendengaran. Kebanyakan lagu dalam album ini amat tebal bunyian stringsnya.

Penampilan Zahid dalam lagu Caramu melengkapkan lagu tersebut. Lebih menarik, lagu tersebut dirakamkan sewaktu saya dan beberapa sahabat lain berada di studio rakaman. Zahid turut meminta pandangan dari beberapa pihak untuk lirik rap lagu tersebut.

Sebuah lagu dalam hidden track menggandingkan Nikki dan Ning dalam lagu yang bertajuk Imaginasi secara unplugged. Gandingan vokal mereka kedengaran ada persamaan walaupun range Nikki lebih besar. Secara jujur saya lebih menyukai kemerduan vokal Ning dan kelantangan vokal Nikki. Vokal mereka saling melengkapi dalam lagu Imaginasi tersebut.

Banyak lagu-lagu yang berentak agak rancak dalam album ini bersesuaian dengan konsepnya yang agak keremajaan. Lagu Perang Atau Cinta, Cinta Baru, Aku Maharani dan Hey ! Hey ! merupakan antara lagu-lagu yang agak rancak temponya. Saya jarang menyukai lagu-lagu sedemikian. Penggemar lagu rancak yang mempunyai elemen hip-hop, rap dan bubble-gum pop tentunya meminati lagu-lagu tersebut. Jiwa saya lebih kepada lagu irama etnik fusion dan balada. Muzik orang tua seperti lagu Janji dan Pinta !

Sebuah album yang boleh saya sifatkan sebagai hasil yang terbaik dari bintang realiti TV kerana barisan sokongan tenaga produksi yang mantap. Kehebatan vokal Nikki disokong dengan sebuah produksi album yang saling melengkapi untuk sebuah hasil yang boleh dibanggakan.

Pilihan sultanmuzaffar
Pinta 4.5/5
Janji 4.5/5
Imaginasi 4.5/5
Caramu 4/5
Cinta Baru 4/5
Julangan Permata 4/5
Aku Maharani 4/5
Sunudai Oku 3.5/5
Bahagia Selamanya 3.5/5
Hey! Hey! 3/5
Perang Atau Cinta 3/5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2005 07:34 AM | Show all posts
mmmmm.....bagus utk saingan kpd album MAWI sbb ramai yg kata album mawi pon bagus.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2005 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 29-11-2005 12:31 AM

yup... mcm takde orglain... bosan aku. :puke: :kant:


Zahid please die now. :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2005 01:31 PM | Show all posts
Wah..ada hidden track pulak. :bgrin:
Reply

Use magic Report

chimaera This user has been deleted
Post time 29-11-2005 02:33 PM | Show all posts
aku mg minat dgn nikki nie sejak mula2 dia audition MI kat kuching dulu..
dia ni mmg peserta favourite aku masa MI 1st season after jac!
anyway..aku mmg puji vokal dia..especially part whistling tu..mmg gempak habis nampak natural & b'sahaja tak mcm idayu yg suka bangat menunjuk-nunjuk teknik whistling dia
tu..semput semacam jer aku dengaq!
Dalam album ni, nikki mmg tak sangat menunjukkan kebolehan whistling dia tu walaupun dia mampu buat..sebab Ning nak dia lari dari bayang-bayang mariah carey tu...tapi ada gak la beberapa buah lagu yg dia tunjukkan skill whistling nya tu..
For me..album ni adalah yg paling best utk tahun nie..& of course yg paling bagus drp
album bintang realiti yg lain..keep up the good warok nikki!
paka....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2005 03:37 PM | Show all posts
wah..MR MANAGER dah masuk kat cari pulak...habisla.....lalalala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2005 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 29-11-2005 12:34 AM
sapa dah beli citerla sket...esp pasal whistling nikki. ada ke tak?
kalo takde aku taknak beli... hehehe... :lol
psnih tunggu idayu lak kuar album. mintak2 sgt ada!

kalau pegi kat website nikki... try dengar preview lagu 'Aku Marhani' .... ada whistling kat lagu tu. Lagu lain aku tak sure.

album ni genre dia lebih kepada pop & r&b... tapi aku rasa byk element 'experimental-ish' pada muzik dia.

dalam certain lagu... ada part lenggok nyanyian yg aku dengar macam 'kurang kena dengan melodi' ... maybe kena dengar full version baru boleh hayati. tapi lagu-lagu dia memang best boleh tahan gak. takde la byk sangat filler song.

Originally posted by chimaera at 29-11-2005 02:33 PM
anyway..aku mmg puji vokal dia..especially part whistling tu..mmg gempak habis nampak natural & b'sahaja tak mcm idayu yg suka bangat menunjuk-nunjuk teknik whistling dia
tu..semput semacam jer aku dengaq!

mcm mana ko tau dia semput? atau saja-saja buat statement bias? :cak:

tunjuk salah... tak tunjuk salah

[ Last edited by soulfly at 29-11-2005 10:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2005 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by soulfly at 29-11-2005 10:34 PM

kalau pegi kat website nikki... try dengar preview lagu 'Aku Marhani' .... ada whistling kat lagu tu. Lagu lain aku tak sure.

album ni genre dia lebih kepada pop & r&b... tapi aku rasa ...


pasal nikki tu aku rasa cam stuju ngan ko..vokal die cam takde feeling je..terlalu teknikal aku dgr suara dia...aku dgr preview je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2005 12:20 AM | Show all posts
aku harap nyanyian dia jauh lg baik dr masa dia nyanyi lagu 'lara' dulu.
sbb dlm lagu 'lara'...aku dgr lenggok dia mcm keras sgt... n tak berapa smooth. tone suara dah ada, sedap gak...pstu ada kelebihan sbb boleh reach high notes... cuma part lenggok aje yg aku dgr kuranng sket si nikki ni.
sbb dgr kata dh belajo vokal dgn ramai expert kan... hoepfully bab tu dia dah improve la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2005 03:47 AM | Show all posts
Originally posted by idolfan at 29-11-2005 11:09 PM


pasal nikki tu aku rasa cam stuju ngan ko..vokal die cam takde feeling je..terlalu teknikal aku dgr suara dia...aku dgr preview je la


Begitu juga ngan Jac dan Kelly Clarkson. :cool:
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2005 07:33 AM | Show all posts
aku dah dgr sample dan aku suka overall. cuma aku tak suka kdg kdg suara dia cam terlalu sempoi cam apa yg dah dikatakan tadi, tak cukup penghayatan. lagu yg aku paling suka, Pinta. Lagu dusun tu pun okay, actually semua okay kecuali maharani aku tak begitu berkenan. lagu caramu sedap gak tapi kemunculan zahid dan rap dia mmg spoilkan lagu tu! klu boleh edit kuar budak tu kan bagus!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2005 12:59 PM | Show all posts
baik jangan mengharapkan sesuatu yang tak pasti itu hebat ..

sebab bila expectation kita tinggi bila dengar wlaaupun best jadi tak best sebab kita telah meletakkan sesuatu tempat begitu tinggi dari apa yang realitnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2005 01:25 PM | Show all posts
sbb tu la aku malas nak percaya sgt bila org sumer puji lebih2 ni. takleh mengharap lebih2 sgt dgn reviews yg orglain buat... sbb selera masing2 mmg tak sama.
aku rasa skang ni...ok...mmg album dia bagus sbb pemilihan lagu2 yg tepat n berkualiti.
tp suara dia... aku masih tak pasti selagi tak dgr betul2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2005 01:48 PM | Show all posts
bila dengar album NIKKI-MAHARANI
terus teringat album NURFATIMA-GADIS..
mungkin sbb majoriti elemen muzik yang ditampilkan adalah sama

apapun i giv 3.5/5 utk album nie....

lagu2 pilihan aku:
caramu
julangan permata
aku maharani
hey-hey
pinta
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2005 06:11 PM | Show all posts
takde sapa-sapa ke boleh upload lagu nikki ni?pleasee...

[ Last edited by crayzee at 30-11-2005 06:31 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2005 06:13 PM | Show all posts
TOMPANG TANYE KAT MANE NAK DENGAR SAMPLE LAGU2 NIKKI?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2005 06:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2005 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by *Orseas_Urusha at 30-11-2005 03:47 AM


Begitu juga ngan Jac dan Kelly Clarkson. :cool:

no..its different..u dgr baliik lagu dlm album nikki..i found that masa MI suara dia lebih ade feeling...
jac and kelly macam lain je coz suara dorang tak lah keras ..suara jac dlm album okay je aku dgr walupun tak sebaik live die.......tapi nikki cam keras la aku dgr sample tu...erm..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2005 06:58 PM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 30-11-2005 06:15 PM
www.nikkimusic.com.my <--klik

owh..thanks
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2005 07:03 PM | Show all posts
yup...jac tu even org kata dia kurang feel dlm menyanyikan lagu... tapi vokal dia takla keras spjg masa. dgr aje sore dia dlm lagu 'wajah'...lembut aje alunan suara jac-esp bila part low note.
berlainan dgn nikki... suara dia 'keras'-kadngkala bunyi mcm mendatar...lenggok yg dia buat, tak berapa smooth... aku harap org boleh bezakan antara 'feel' dgn suara 'keras' ni. nikki mmg ada prob part tu...sejak MI lagi aku dah pasan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.886006 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list