CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7266|Reply: 34

Album ke-4 Elyana

[Copy link]
Post time 13-4-2007 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Elyana senang dengan Aidit Alfian



TEKUN... (dari kiri) Elyana, Aidit Alfian dan Ad Samad sedang berbincang untuk mendapatkan hasil terbaik rakaman lagu Bukan Satelit di Studio King, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

KOLABORASI Elyana dengan komposer Aidit Alfian memang menjadi. Keduanya mula bersama pada pembikinan album kedua Elyana, segalanya apabila komposer muda itu menyumbangkan lagu dalam album tersebut.

Dan pada album ketiganya, Bicara Mata Ini memberikan kuasa penuh kepada Aidit untuk menentukan hala tuju muzik Elyana.

Impaknya melalui lagu Tak Tercapai Akalmu yang turut dicalonkan dalam kategori Pop Rock Anugerah Juara Lagu tahun lalu.
Dan meneruskan kesinambungan kerjasama itu, mereka kini menjalinkan kolaborasi sekali lagi bagi pembikinan album keempat penyanyi itu.

Persamaan dalam hala tuju muzik membuatkan Elyana senang bersama Aidit dan begitulah sebaliknya.

揇ia pelik,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2007 11:17 PM | Show all posts
dh nak masuk 4 album dh.. aku ingat die baru ade 2 album jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 01:25 PM | Show all posts
lagu niat tu dari album mana? rasanya dr album kompilasi various artists.
pstu album 'satu'(ironi, rela).
pstu album 'segalanya' yg tak baper laku. lagu2 dr album tu pon tk tau sgt.
n then baru album bicara mata ini(tak tercapai akal, diriku tapak sulaiman, etc).
kire betul la album akan dtg ni album ke 4.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 05:12 PM | Show all posts
sedey sangat-sangat dengar lagu main tarik tali
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 09:01 AM | Show all posts
x sabar nak tunggu album elyana ni...harap lebih mantap dr album BMI

so far, aku ada semua album elyana dari 1-4

lagu Niat ekceli dalam album kompilasi
album first tajuk Satu (setiap judul lagu sepatah perkataan jek mcm Ironi, Rela, Suka). ada one lagu rancak dlm album tu tajuk SUKA..blh dikira my all time fav.song gak la...her vocal dlm album ni sound very ke'Indonesiaan'.

album 2nd tajuk Segalanya...album ni agak sepi, tapi ekceli this was not a bad product..dlm album ni byk lagu2 eksperimentasi dan komposer2 pn ramai antaranya Aidit, Ajai, Tam Spider, Kiter, Helen Yap, Patrick Khamis..first single album ni lagu ballad tajuk Sandiwara.banyak lagu yg best spt "pulang jadi milikku', 'ku punya waktu'..bla bla bla...tak ingat!

masuk album ke-3 baru nmpak skit hala tuju album Elyana...bila bicara mata ini kuar, aku dh tau mesti ni sbb impak lagu Tam Spider dlm album Segalanya.sbb elyana serasi ngan konsep cenggini. pastu mulala kuar lagu meletup TTA & banyak la lagu best dlm album ni diriku tapak sulaiman, missed call, ini lamanku..bla bla bla

album ke-4...nantikan!!

komen aku, elyana ni penyanyi yg develop step by step...dr awal kemunculan pn dh nampak ada potensi sbb dia antara artis2 baru yg dpt masuk semifinal balada Muzik2 lagu Niat..kira kelas jgk la..bukan snang nk dpt masuk kategori tu kan.
pastu skrg dia dh establish her own image and tajuk lagu yg pelik2...kira ni tarikan gak la....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 07:00 PM | Show all posts
elyana ni tade website ke selain daripada myspace?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2007 06:43 PM | Show all posts
best jgk lg2 die..

not bad laa

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 02:09 AM | Show all posts

Reply #6 ulatdaun's post

hape myspace dia? aku suka elyana ni. cun siot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2007 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by refleCtion at 16-4-2007 09:01 AM
x sabar nak tunggu album elyana ni...harap lebih mantap dr album BMI

so far, aku ada semua album elyana dari 1-4

lagu Niat ekceli dalam album kompilasi
album first tajuk Satu (setiap jud ...


setuju..
kelas ko dah menyokong elyana dari awal..aku baru nak menyokong dia..itupun setelah album bicara mata ini dah lapuk di pasaran...
aku akan beli album ke-4 elyana ni..lagipun lagu2 ciptaan aidit masih belum melampau2 lagi...

lagu elyana niat ni dalam album kompilasi yg ada lagu baru syura jugakkan? ko ada tak lagu syura tu..tak ingat tajuk dia..aku suka esp part korus tu yg ada lirik lebih kurang camni....tapi itu hanya impian yang tak menentu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 14-7-2007 06:23 PM


setuju..
kelas ko dah menyokong elyana dari awal..aku baru nak menyokong dia..itupun setelah album bicara mata ini dah lapuk di pasaran...
aku akan beli album ke-4 elyana ni..lagipun lagu2  ...


haruslah...first single elyana Niat tu kan meletop bangat..dia pun comel sgt ala2 style rambut pendek..
Kose, baik ko pegi cari balik album2 dia yang lepas..album first elyana tu banyak lagu2 best...rugi kalau tak penah  dengar lagu SUKA tu...memang best lagu tuh...
album segalanya lebih kepada genre pop...tapi komposer ramai yg meletop seperti Tam Spider, Ajai, Helen Yap, Aidit...lagu Aubrey Suwito pun ada!

aku tau lagu syura tu...ciptaan Johari Teh..kalau bagi kat ZZ pun sesuai gak sbb part korus lagu tu agak high pitch...tak sure dari album mana...mungkin gak dari album kompilasi tu...penah calon dalam muzik2, tapi bertahan seminggu jer..lagu tu sedap,cuma kurang popular je..

Syura

Tersimpul Hatiku


Aku mencari ke mana arah
Hilangnya cerita dalam mimpiku ini
Puas kucari kucari dan terus mencari
Untuk melayari impian cinta

Aku temui dia di sisi
Apakah sama dengan impianku ini
Akan kubina kubaja dan terus bersemi
Pesandingannya jadi nyata

Kau kan petik bintang-bintang
Cahaya kerongsang
Menghiasi dada ini, menyinari malam
Anyamkanlah simpulan takdir
Agar apa yang terlerai
Tiada kusut berserakan
Biar teguh merimbun jua hatiku hatimu

Itu hanyalah impianku yang tak menentu
Hakikat tak tercapai di pandangan nyata... kekaburan
Di sebalik putih kulitmu ada perbezaan
Yang sering kau banggakan
Yang sering ketinggalan
Membuatkan diriku tak tercapai... impian

Aku temui dia di sisi
Apakah sama dengan impianku ini
Akan kubina kubaja dan terus bersemi
Persandingannya jadi nyata
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 12:07 PM | Show all posts
Elyana-Suka

Simpanlah sedihmu
Buanglah bencimu
Ah kan masih ada aku

Meski yang kupunya
Tak banding dengannya
Lupakan saja dirinya

Aku cinta kamu
Aku suka kamu
Semua yang ada di dirimu

Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Hanya kau yang ada dihatiku

Biar dia dustai
Aku tetap setia menanti
Datanglah padaku
Kumenunggu... oh oh oh

Ku cinta
Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Aku cinta kamu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 01:23 PM | Show all posts
Kau Atau Aku
Elyana


Berlindung di sebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua

Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa

Main tarik tali
Malu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu

Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan

Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku padamu

Tawa-tawaku
Memulanya dulu

Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering

Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucap yang ku cinta padamu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by refleCtion at 15-7-2007 12:04 PM


haruslah...first single elyana Niat tu kan meletop bangat..dia pun comel sgt ala2 style rambut pendek..
Kose, baik ko pegi cari balik album2 dia yang lepas..album first elyana tu banyak lagu ...


yes..
aku suka lagu NIAT tu tapi masa tu vokal elyana terlalu sengau la..aku agak tak leh terima..masa album SEGALANYA tu aku suka gak lagu SANDIWARA tu..tapi takla sampai aku nak beli album dia..
tak sangka plak album CMI banyak lagu meletupz..

betul lagu syura yg tu lah..ada dlm kompilasi yg sama dengan niat..ko ada ke? bagila kat aku..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 08:30 PM | Show all posts

Reply #12 Syd's post

suka lagu ni -

aku gelar lagu ni lagu tarik tali - best bangetttttt -
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 02:42 AM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 27-8-2007 08:30 PM
suka lagu ni -

aku gelar lagu ni lagu tarik tali - best bangetttttt -

mule2 dgr lagu nih igtkan tajok die tarik tali..
rupenye bukan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 09:51 AM | Show all posts
Makin matang
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff






Elyana akui muzik dan lirik album terbarunya lebih dewasa

JIKA tiada aral melintang, selepas Aidilfitri ini peminat Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali dengan nama Elyana akan dapat menikmati album solo keempatnya yang sudah pun siap dirakam.

"Buat kali kedua selepas Bicara Mata Ini, saya dapat bekerjasama sepenuhnya dengan penerbit yang juga pencipta lagu popular, Aidit Alfian. Boleh dikatakan, dialah orang pertama yang amat memahami kehendak saya dan syarikat rakaman. Kami saling mengerti jalur muzik terbaik untuk saya," katanya yang cukup meledak bersama lagu ciptaan komposer itu, Tak Tercapai Akalmu.

Kata Elyana, Aidit seorang komposer yang sentiasa bekerja keras dalam memastikan album terbarunya memberikan kepuasan kepada peminat. Pada masa yang sama, penyanyi ini tidak melupakan semua pemuzik yang memberikan persembahan terbaik mereka ketika proses rakaman dijalankan.

Sebanyak 10 lagu dimuatkan dalam album terbaru itu dan selain Aidit, antara komposer yang turut sama menyumbangkan khidmat ialah Tam Spider dan Marlin (The Fish).

"Istimewanya album ini, apabila saya merakam kembali lagu Niat. Kali ini, gaya nyanyian saya lebih bersahaja, manakala muziknya juga lebih bersifat sederhana. Ketika saya merakamkan lagu itu buat pertama kali, umur saya baru 14 tahun. Kini, saya sudah mencecah 20 tahun, jadi peminat dapat menilai sendiri perubahannya nanti.

"Secara umumnya saya boleh katakan, album ini lebih banyak menonjolkan kematangan saya dari segi penyampaian dan vokal. Muzik dan liriknya juga jauh lebih dewasa," kata Elyana.

Langkah gadis ini dalam bidang seni pula bukan terhad kepada nyanyian semata-mata. Sejak kemunculannya dalam VCD Seriau beberapa tahun lalu, Elyana kini turut sibuk di lokasi filem dan drama. Dia sudah pun membintangi filem Gong, Dukun dan Dunia Baru The Movie. Sedikit masa nanti, dia akan kembali ke lokasi musim ketiga siri Dunia Baru pula.

Menyentuh topik Dunia Baru, Elyana mengaku, siri televisyen siaran TV3 itu agak kuat pengaruhnya. Masakan tidak, dia sendiri ketika ini lebih dikenali sebagai Opie, watak yang dipegang olehnya dalam siri berkenaan.

"Baru-baru ini, ketika hendak berbuka puasa, saya terdengar seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun memanggil nama Opie berulang kali. Pada mulanya saya tidak mengendahkan, kerana saya tidak yakin kanak-kanak itu memanggil saya. Lama kelamaan baru saya perasan, dia memang memanggil saya, tetapi dengan nama watak berkenaan.

"Jika sedikit masa lalu ada peminat yang memanggil saya dengan nama Tapak Sulaiman, kini Opie pula yang jadi panggilan," cerita gadis yang menjadikan bidang seni sebagai kariernya sepenuh masa.

Buang kasut bukan soal imej

IMEJ berkaki ayam di pentas bagai sudah cukup serasi dengan Elyana. Dihitung kembali, sudah lebih dua tahun dia menanggalkan kasut di pentas dan gaya itu bagai tidak lagi menjadi masalah untuk peminat menerimanya.

Hakikatnya, dia tidak memakai kasut bukan semata-mata kerana gaya atau cuba memberikan kelainan. Sebaliknya, penyanyi yang kini dikenali dengan lagu Kau Atau Aku ini mengaku tidak selesa apabila mengenakan sepatu.

"Sebenarnya, sejak zaman bersekolah lagi saya sudah biasa tidak memakai kasut. Dulu, saya asyik kena tanggal kasut di sekolah apabila datang lewat. Kemudian saya mula perasan, kaki saya akan berasa lenguh jika mengenakan kasut, terutama yang bertumit.

"Justeru, pada Anugerah Industri Muzik 2005, buat pertama kali saya tidak mengenakan sepatu. Sepatutnya saya memakai kasut tinggi, tetapi kerana tidak selesa, saya lupakan saya. Berkaki ayam jauh lebih menyenangkan buat saya," katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Melodi Raya di Berjaya Times Square, baru-baru ini.

Pada acara itu sendiri, dia mengenakan kasut untuk sesi fotografi. Tidak lama kemudian, gadis ini dilihat beramah-mesra bersama tetamu lain hanya berkaki ayam.

Menurut si manis yang bernaung di bawah label FMC ini, bukan hanya di pentas peminat akan melihatnya berkaki ayam, bahkan dia turut berbuat demikian apabila keluar membeli-belah atau berjalan-jalan.

"Jika tidak berkaki ayam, saya hanya akan memakai selipar saja. Kaki saya akan berasa sakit jika saya memakai apa-apa yang bertumit. Lagipun, saya berasa seronok apabila tidak memakai kasut. Tetapi, bukannya saya tidak berkasut 24 jam sehari atau di mana-mana saja. Tengok jugalah keadaan dan tempatnya," ujar penyanyi ini.

Kata Elyana lagi, kini, apabila mengadakan persembahan, ada kalangan peminat yang menjerit meminta dia membuka saja kasut yang dipakai. Betapa, imej berkaki ayam di pentas itu sudah menjadi begitu sinonim dengan penyanyi ini.

Elyana
Nama penuh: Erneelya Elyana Emrizal
Nama komersial: Elyana
Tarikh lahir: 5 Julai 1987
Zodiak: Cancer
Tempat lahir: Klang, Selangor
Kerjaya: Penyanyi, pelakon
Hobi: Membaca, berenang, menyanyi
Ketinggian: 168 sentimeter
Bilangan adik-beradik: Empat orang (anak kedua)
Pendidikan: SPM
Minuman kegemaran: Teh ais
Makanan kegemaran: Nasi ayam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 10:10 AM | Show all posts

Reply #10 refleCtion's post

Syura

Tersimpul Hatiku

Aku mencari ke mana arah
Hilangnya cerita dalam mimpiku ini
Puas kucari kucari dan terus mencari
Untuk melayari impian cinta

Aku temui dia di sisi
Apakah sama dengan impianku ini
Akan kubina kubaja dan terus bersemi
Pesandingannya jadi nyata

Kau kan petik bintang-bintang
Cahaya kerongsang
Menghiasi dada ini, menyinari malam
Anyamkanlah simpulan takdir
Agar apa yang terlerai
Tiada kusut berserakan
Biar teguh merimbun jua hatiku hatimu

Itu hanyalah impianku yang tak menentu
Hakikat tak tercapai di pandangan nyata... kekaburan
Di sebalik putih kulitmu ada perbezaan
Yang sering kau banggakan
Yang sering ketinggalan
Membuatkan diriku tak tercapai... impian

Aku temui dia di sisi
Apakah sama dengan impianku ini
Akan kubina kubaja dan terus bersemi
Persandingannya jadi nyata


lagu Syura ni mmg best.. fav aku dulu... pelik lagu ni semacam kurang diterima..

erm komen aku pasal elyana nih.. surely dia artis yang unik.. dari segi vokal dia mmg berbeza.. pa2 pun lagu yang dia nyanyi mmg aku enjoy.. sejak dari first album aku dah minat dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 09:31 PM | Show all posts
bila album mek nih nak kuar?...pasti aku beli..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 04:01 PM | Show all posts
Pencapaian Elyana

Menang
1) Artis Baru Wanita Popular ABP-BH 2002
2) Penyanyi Baru Wanita Pilihan Anugerah Media Hiburan 2002

Pencalonan

Anugerah Industri Muzik
1) Artis Harapan Terbaik AIM 2002 (sebaris dgn Pop Shuvit, Nitrus & Uno)
2) Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik AIM 2006 - Tak Tercapai Akalmu

Anugerah Juara Lagu
1) Finalis Kategori Pop Rock - Tak Tercapai Akalmu - AJL 21 (2007)
2) Semi Final Kategori Balada - Niat - AJL 17 (2002)

Anugerah Era
1) Artis Harapan Piihan - AE2002
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 04:13 PM | Show all posts
album ni dengarnya akan terbit pada pertengahan bulan ni...so, nantikan dan jangan lupa kita semua pakat beli k!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.106780 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list