CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21438|Reply: 30

caruman KWSP tak masuk

[Copy link]
Post time 22-4-2007 10:38 AM | Show all posts |Read mode
kawan qt check caruman KWSP dia, bulan 3 masuk, tapi bulan 1 and 2 tak masuk. padahal dipotong dalam slip gaji.
kami ni guru baru, tapi pernah kerja n dah lama ada no KWSP tu... pihak KWSP kata, PPD yang tak bayar.. susah tullah keje sarawak ni.. org atas suka makan duit.. lagi klu kena tempat tul pedalaamn macam Kapit...
kawan qt yang dapat pedalaman kapit, siap di sindir lagi oleh guru besar masa mengadu pasal keselamatan depa sbg anak dara... depa leh kata.. " awak ngadulah ke PPD, meka org kami, takkan nak salahkan kami, takkan di layan punya".. so??????????
soalan qt.. di mana hak kami?
apa patut kami buat??????
sbb bila kawan qt bertekak ngan pihak KWSP tu, entah camner, dalam mesyuarat sek, GB dia sindir dia, bukan nak tolong settle, siap jadi isu n skrg GB dia btul2 kongkong dia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


agelgold This user has been deleted
Post time 23-4-2007 09:53 AM | Show all posts
tak payah bertekak. buat aduan rasmi pada kwsp
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 07:37 PM | Show all posts
Originally posted by cubby_qt at 22-4-2007 10:38 AM
kawan qt check caruman KWSP dia, bulan 3 masuk, tapi bulan 1 and 2 tak masuk. padahal dipotong dalam slip gaji.
kami ni guru baru, tapi pernah kerja n dah lama ada no KWSP tu... pihak KWSP kata, ...

report sajalah to kwsp.... normally benda mcm ni salah employer... bukan kwsp..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 12:36 AM | Show all posts
u kena isi form laporan
dlm laporan tu perlu nyatakan alamat majikan
bulan, tahun caruman tak masuk
sertakan salinan slip gaji
disinilah pentingnya simpan slip gaji tiap2 bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 12:36 PM | Show all posts
selalunya majikan swasta yg ngelat. tak sangka gomen pun leh tak carum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 03:14 PM | Show all posts

Reply #3 fairy_hobbit's post

tq for everybody
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2007 02:52 PM | Show all posts
yup... wat aduan kat KWSP... nina penah wat pasal tempat keja lama.. setahun x masuk tp gaji potong...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 04:00 PM | Show all posts

Adik saya lepas SPM kerja kat Jaya Jusco selama nak hampir setahun, setiap bulan kena tolak KWSP, tp masa dia sambung belajar dan dapat kerja lain lps hbs, check2 adik saya tak ada pun akaun KWSP, pokoknya selama dia kerja di JJ siapa yg dok curi duit penolakan KWSP. Geram gak saya bila kami dpt tau...tp dah terlambat nak buat mcm mana, slip gaji pun tak simpan...  Pergi buat aduan, jgn takut, kita di pihak yg benar...

Panduan Membuat Aduan Ke Atas Caruman KWSP
                                                                                                                                                                                            Sebagaipekerja, anda turut bertanggungjawab untuk memastikan majikan andamembuat caruman bulanan KWSP bagi pihak anda. Apatah lagi, wangtersebut adalah hak milik anda. Untuk tujuan ini, KWSP menghantarPenyata Kira-kira Ahli, dua kali setahun, kepada pencarum yang aktif.Ahli-ahli perlu menyemak penyata ini dan melaporkan kepada KWSP dengansegera jika terdapat sebarang percanggahan. Penyata ini juga bolehdidapati di mana-mana Pejabat KWSP, pada bila-bila masa.

Bagaimana Membuat Aduan
Andaboleh membuat aduan dengan mengemukakan aduan secara bertulis di lamanweb KWSP. Sebagai alternatif, anda boleh datang sendiri ke mana-manapejabat KWSP yang berhampiran untuk mengemukakan aduan tersebut. Jikaanda bercadang untuk mengemukakan aduan sendiri, anda perlu mengisiBorang KWSP 1879 dan Borang KWSP 24, dengan bantuan pegawai-pegawaiKWSP.

Dokumen sokongan dan maklumat tertentudiperlukan bagi membolehkan KWSP mengambil tindakan yang sewajarnyaterhadap aduan yang dibuat oleh anda.
Maklumat Yang Diperlukan:

  • Maklumat peribadi pengadu:
    • Nama penuh mengikut Kad Pengenalan;
    • Nombor Kad Pengenalan;
    • Nombor KWSP;
    • Alamat surat-menyurat;
    • Nombor telefon (jika ada).


  • Maklumat mengenai majikan pengadu:

    • Nama majikan;
    • Alamat terkini majikan;
    • Nombor KWSP majikan;
    • Nombor telefon majikan;
    • Nama pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan pembayaran gaji.
    • Maklumat-maklumatlain seperti gaji bulanan dan caruman bulanan KWSP pengadu; dan jumlahcaruman bagi bulan (bulan-bulan) yang dipertikaikan.



Bukti Pengadu Adalah Pekerja Kepada Majikan Yang Diadukan
Untuksiasatan dan tindakan undang-undang (jika perlu), KWSP memerlukan buktiuntuk mengesahkan bahawa pengadu adalah pekerja kepada majikanberkenaan. Bukti ini boleh dikemukakan di dalam dokumen-dokumen sepertiberikut:

  • Surat pelantikan kerja;
  • Surat pemberhentian kerja;
  • Surat kenaikan pangkat;
  • Slip dan/atau baucer gaji;
  • Borang cukai pendapatan seperti Borang EA dan Borang J (jika ada);
  • Dokumen-dokumen atau rujukan lain yang menyokong hubungan majikan-pekerja.
Berapa Lamakah Masa Yang Diambil Untuk Menyelesaikan Aduan?
Masayang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu aduan berbeza di antarasatu sama lain. Aduan anda dapat diselesaikan dengan cepat di dalamkeadaan berikut:

  • Adakah Anda Akan Kehilangan Caruman Yang Telah Dipotong Daripada Gaji Tetapi Tidak Dibayar Oleh Majikan?
  • Majikantelah membayar caruman tetapi caruman tersebut tidak dikreditkan kedalam akaun ahli disebabkan kekurangan maklumat. Aduan ini bolehdiselesaikan dengan cepat jika ahli tersebut memberi maklumat-maklumatyang dikehendaki kepada KWSP.
  • Majikan telah menjelaskan bayaran caruman sebaik sahaja aduan dibuat.
  • Pengadu dapat memberi alamat majikan yang terkini serta alamat Pemilik/Pengarah Syarikat kepada KWSP.
Walaubagaimanapun, besar kemungkinan masa yang lebih lama diperlukansekiranya aduan tersebut melibatkan majikan yang mempunyai masalahkewangan, atau aduan itu dibuat terlalu lewat dan melibatkan bayarantunggakan yang besar. Proses ini boleh berlanjutan hingga ke mahkamah.

Anda mungkin kehilangan caruman ini di dalam keadaan-keadaan berikut:

  • Sekiranyaaduan dibuat terlalu lewat sehinggakan pegawai penyiasat KWSP tidakdapat mengesan atau menyiasat rekod-rekod gaji yang ada pada majikan;atau majikan telah menutup perniagaannya atau mendaftarkan tuntutanmuflis. Anda dinasihatkan membuat aduan dengan segera walaupun andamasih bekerja dengan majikan berkenaan sekiranya didapati majikan andagagal membuat caruman bagi pihak anda.
  • Sekiranyapemeriksaan yang dibuat ke atas rekod-rekod gaji dan akaun majikantidak dapat membuktikan bahawa majikan telah membuat potongan gaji andauntuk caruman KWSP. Majikan yang didakwa dapat membuktikan kepadamahkamah bahawa ia tidak bertanggungjawab untuk mencarum bagi pihakanda.
  • Sekiranya KWSP perlu mengambiltindakan mahkamah terhadap majikan, kehadiran anda sebagai saksi adalahmustahak. KWSP mungkin terpaksa membatalkan tindakan mahkamah jikatiada kerjasama daripada saksi yang berkenaan. Ini mungkinmengakibatkan pengadu kehilangan carumannya.

Adakah KWSP Melindungi Identiti Pengadu?
Semuabutiran aduan dianggap sulit. Oleh yang demikian, identiti sebenarpengadu hanya akan didedahkan jika tindakan mahkamah diambil terhadapmajikan,dan jika benar-benar perlu.

KWSP berhak menolak aduan yang diterima melebihi 6 tahun (atau lebih lama) dari tarikh majikan dikatakan gagal mencarum.



Pertanyaan
Jikaanda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat-maklumatlain mengenai perkara ini, sila hubungi pejabat KWSP yang berhampiranatau Jabatan Khidmat Pelanggan KWSP seperti berikut:

  • Talian Umum: 03-2694 6566
  • Talian Khidmat Pelanggan: 03-8732 6000
  • SMS: Taip KWSP dan hantar ke 36373
Silanyatakan nombor keahlian KWSP atau nombor Kad Pengenalan anda apabilaberurusan dengan KWSP. Anda dinasihatkan untuk terus menghubungi KWSPuntuk mendapatkan bantuan atau nasihat yang diperlukan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2007 12:36 PM | Show all posts
Cik qt,

aku sarankan korang report sekali ngn NUTP.. ni power ooh lagipon kalau union tak nak tolong member wat pe ada union kan?

pastu ngn BPR skali atas report seleweng kuasa.. tak mau wat kejer
Reply

Use magic Report

assyifaa This user has been deleted
Post time 4-5-2007 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by agelgold at 23-4-2007 09:53 AM
tak payah bertekak. buat aduan rasmi pada kwsp


yap, itu yg seelok





i edited ur siggy.. tak sesuai untuk board ni




[ Last edited by  fairy_hobbit at 8-5-2007 02:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 03:33 PM | Show all posts

Reply #4 R2D2's post

yup.. betul.. I penah ada pengalaman ni... employer tak bayar almost 2years.. tp salary dia deduct...isi borang kat kwsp.. fotostat sume slip gaji yg tak msuk tu...
alhamdullilah, kira ok gak lah kwsp nya service... after few days  diorang bagi surat kata kiranya report dalam process... dapat balik duit from ex-employer.. tp dividen memang hangus lah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

10S10L This user has been deleted
Post time 7-5-2007 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by ReuK at 30-4-2007 12:36 PM
Cik qt,

aku sarankan korang report sekali ngn NUTP..
ni power ooh lagipon kalau union tak nak tolong member wat pe ada union kan?

pastu ngn BPR skali atas report seleweng kuasa.. tak mau w ...



yap ..  cadangan yg baik.
union lebih tahu pasal 'hak pekerja'.



i edited ur siggy.. tak sesuai untuk board ni




[ Last edited by  fairy_hobbit at 8-5-2007 02:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 08:11 AM | Show all posts
leceh kalau nak tunggu report NUTP bagai.. u settle je ur problem dulu.. sebab once u dah submit report kat kwsp.. derang akan kasi warning/letter kat employer.. so , nak tak nak employer kena bayar... my case.. memang almost sume staff xdapat...tp derang malas nak wat report.. buleh biar je majikan ambik duit kita.. gaji tolak..  macam mana company melayu nak maju.. tak berkat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by crysT@|| at 7-5-2007 03:33 PM
yup.. betul.. I penah ada pengalaman ni... employer tak bayar almost 2years.. tp salary dia deduct...isi borang kat kwsp.. fotostat sume slip gaji yg tak msuk tu...
alhamdullilah, kira ok gak la ...


kalau co. tu masih wujud masa report tu di buat,
apa yg KWSP mintak dari majikan dh termasuk segala mak nenek dividen
Reply

Use magic Report

agelgold This user has been deleted
Post time 8-5-2007 10:14 AM | Show all posts
dah buat report belum ni? kalau kompeni kau jenis xxxxxxx, makan masa jugak. kalau kena macam nasib aku, sampai ke sudah tak dapat duit :@

Maaf yer kerana terpaksa Edit - Mod.

Teruskan perbincangan.

[ Last edited by  rurouni_khairul at 8-5-2007 11:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 10:59 AM | Show all posts

Reply #14 R2D2's post

nope... HANYA BASIC/AMAUN YG DICARUM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2007 11:29 AM | Show all posts
thanks sume
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 01:28 PM | Show all posts
nk tnya korang..mcm aku skang ni dh masuk bln 2/2008..
aku msh keje kompeni yg sama, n latest caruman adalah utk bln
10/2007... patut report ke tak ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 09:08 AM | Show all posts
aku nasihatkan korang sign in online kat web KWSP..bukan apa ble monitor selalu penyata kat web...
aku dh 2x kena.....dlam 1 tahun mesti ada 1 bulan x masuk...bila aku check x masuk ja terus aku email kat finance tempat aku keje...
ni pun aku tgh tunggu bila nak masuk utk bulan JUN tahun lepas....
dr feedback email kata lg satu bulan baru nak masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 07:21 PM | Show all posts
Originally posted by samilzdaf at 1-2-2008 01:28 PM
nk tnya korang..mcm aku skang ni dh masuk bln 2/2008..
aku msh keje kompeni yg sama, n latest caruman adalah utk bln
10/2007... patut report ke tak ek?


tanya bahagian HR. Dorang ada buat pembayaran ke tak. Duit kita ni jangan amik mudah bila org amik mcm tu aje. If dia ada bukti segala bukti pembayaran, ok. If tak, ko directly tanya pihak KWSP.

Kes aku dengan majikan lama baru je selesai pasal KWSP ni. ALhamdulillah. If kita di pihak yang benar, insyaAllah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.579437 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list