CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Perbankan Islam - atau Bank Perdagangan Biasa -[merged: shahgti]

 Close [Copy link]
Post time 25-3-2007 04:30 PM | Show all posts
lagi satu pasal islamic banking pasal pelaburan bank2 tu
bank2 tu kena amik kira operasi2 syarikat2 yg diorg nak melabur
kalo boleh biarla melabur kat syarikat2 yg mengikut peraturan islam
takde arak, judi benda2 haram yg lain

betul tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2007 04:31 PM | Show all posts

Reply #39 Muntz's post

nak kene edit ke? yang tu masing2 faham la.. n i agree with u la muntz.. cuma bila kita pegi kedai melayu.. tak perlu kot tanya ingredient kat tukang masak.. kita hukum atas apa yang nampak udahla.. jumhur pun sepakat pada masalah macam ni.. kalo die masak nasi ayam.. kita anggap dia sebagai seorang islam takkan masak ayam tak sembelih kot bagi orang makan? if kita tahu ada kedai yang buat lagu tu.. sebar2kan lah.. jgn sampai orang lain p makan sama.. tapi jgn pulak sampai buat fitnah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 04:33 PM | Show all posts
kalo akad mudharabah.. maknanya.. keuntungan tu akan turun..
tgk camna tabung haji operates dah la.. penah sampai 11 persen.. but now takan 4.75% je.. (betui kan?not sure..) mudharabah.. if untung.. sama2 untung.. kita kongsi bersama..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 04:40 PM | Show all posts

Reply #41 snowflakes's post

bank negara mmg kawal duit2 yang masuk melalui kaunter perbankan Islam.. they are very strict.. kalo bank tu buat 2 kaunter.. contoh cam maybank.. or public.. dorang akan separate kepada dua akaun dan dilaburkan mengikut syariah for perbankan islam.. n no limit for konvensional. cuma bila dah profit.. dia akan bagi balik antara pelanggan n pihak bank. masa ni baru la bank bleh campur duit dia. this is from what i know.. wallahua`lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2007 05:07 PM | Show all posts

Reply #43 PrinceOfNorth's post

masa belajar ekonomi -

dari segi maksudnya -
mudharabah yang diamalkan oleh perbankan Islam itu ialah
kerjasama antara dua pihak dimana shahibul maal (pihak pertama =pemilik harta)
menyediakan modal sedangkan mudharib (pihak kedua =bank)
menjadi pengelola dana dimana keuntungan dan kerugian dibagi menurut
kesepakatan dimuka.

boleh pergi ke website perbankan islam maybank
or bank islam untuk lebih lanjut ---
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 05:46 PM | Show all posts

Reply #45 dexa's post

i agree.. tq for detail explanation..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-3-2007 05:53 AM | Show all posts
PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN ISLAM DENGAN KONVENSIONAL


Perbezaan utama antara sistem perbankan Islam dan konvensional ialah objektif penubuhan perbankan konvensional adalah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan. Manakala penubuhan perbankan Islam berdasarkan dua faktor utama iaitu faktor agama dan faktor keuntungan.

Di samping itu, sistem perbankan Islam mempunyai elemen urusniaga yang berlandaskan prinsip perkongsian pulangan dan risikop (profit-risk sharing) antara pihak bank dan peserta dalam sesuatu kontrak. Kontrak yang dimaksudkan adalah kontrak- kontrak muamalat. Ini bermakna dalam sistem perbankan Islam ia bukan sahaja setakat penghapusan riba bahkan lebih daripada itu.

Dalam sistem konvensional, urusan dibuat adalah atas dasar perniagaan wang. Wang dipinjamkan berasaskan riba (harga yang ditentukan untuk pinjaman). Pinjaman wang itu ada kosnya yang dipikul oleh pemberi pinjaman dan kos tersebut akan dapat ditutupi atau dipenuhi melalui riba yang akan dikenakan kepada peminjam.

Riba ini akan dinyatakan sama ada dalam bentuk tetap atau apungan kepada satu kadar tertentu dan mengambil kira kos modal dan operasi serta margin keuntungan peminjam. Cara yang berlandaskan riba ini adalah bertentangan dengan sistem perbankan Islam.

Perbezaan lain termasuklah dalam sistem perbankan Islam tidak terdapat unsur-unsur perjudian (maisir), ketidakpastian (gharar) dan unsur-unsur penindasan hak yang lain.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

just a few of the different approaches
between Islamic Banking and Commercial Banking -
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 01:38 AM | Show all posts
yeah, and yet we still sell and buy, work hand in hand, invite with open hands yahudi amerika lol

hipokrit cam arab world...

tanpa yahudi mcm lah dunia blh bungkus wahahaha... thats why we hate em
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 01:44 AM | Show all posts
suh arab guna kuasa minyak, and yet where ours go? lol

its just marketing and monopoly, cant compete so divide and rule aka british style

isolate lama mix jua wahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 01:51 AM | Show all posts
communis lama buka pintu jua wahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 10:19 AM | Show all posts

Daily Rest Housing Loan (RIBA) vs Islamic Loan

mana satu anda pilih & mana satu yg mcm lintah darat mencekik darah anda? peringkat awal penubuhan bank islam dulu benda ni memang ramai yg pertikaikan (pengambilan untung secara berlebih-lebihan), kemudian senyap, tapi kini bingit kembali bila dah byk bank konvensional yg sanggup offer daily rest interest yg boleh menyelamatkan beribu2 our hard earn money dari hangus.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 10:40 AM | Show all posts
Daily rest interest:
the more you pay & the earlier you pay, semuanya akan ditolak dari prinsipal amount. interest hanya akan dikira berdasarkan outstanding balance of the prinsipal semasa.

Spt yg kitasemua tahu kalau amik islamik housing loan kita akan dikena fixed rate sepanjang tempoh bayaran eventhough kita bayar 30 kali sekalipun pun dlm sebulan kerana kadarnya adalah tetap & sudah fixed. manakala kalau kita amik pakej daily rest interest (baca RIBA) punya housing loan kita boleh selamatkan beribu2 duit kita dari ditelan oleh bank. so mana pilihan anda? any other way islamic banking boleh membantu customer mrk dari kehilangan beribu2 wang ringgit demi membayar fixed rate yg sangat mahal itu? dlm kes daily rest interest, the more & the earlier we pay then we will have opportunity to save a lot of our hard earn money dari hangus, malahan kita boleh pendekkan tempoh loan dari 30 tahun menjadi 20 tahun atau 15 tahun sahaja dgn cara membayar 2 kali atau berkali2 dlm sebulan with same amount of money. Adakah sistem islamik housing loan yg ada kat bank Msia sekarang ni menindas orang ramai kerana mrk terpaksa membayar harga yg sangat mahal berbanding beberapa kaedah konvensional yg lain spt fortnightly payment housing loan, apatah lagi daily rest interest package? mari kita bincangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 10:45 AM | Show all posts
mintak maaf sama MOD board CI. kalau tak sesuai minta MOD CI delete terus atau lock topic ni asalkan jangan topic ni terpelanting ke board Stock & Economy ataupun ke board Muslim Muslimat sebab kat board sana kita dah tahu dia punya DEFAULT ANSWER.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 10:55 AM | Show all posts
dua2 sama je ... sbb sistem kiraan masih sama ... cuma akad je yg berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by waksir at 26-4-2007 10:55 AM
dua2 sama je ... sbb sistem kiraan masih sama ... cuma akad je yg berbeza


islamic housing loan takkan tolak bayaran awal dari prinsipal utk pengiraan interest (keuntungan bank) seterusnya. perkadarannya adalah tetap berbanding daily rest interest package offered by HSBC bank for example.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 02:19 PM | Show all posts
ada bezanya islamic loan vs conventional loan.  kebanyakan dari kita mencaci-maki islamic banking walhal tak faham apa itu interest, untung, kadar, halal & haram.  senang je nak kenal orang-orang ni.  bila keluar je [edited - tertinggal perkataan rate] "rate=riba" dalam posting diorang, confirm la bodo bangang bengong bongok b.i.n.g.a.i sombong berkokok mendabik diri cari glamer kat forum ni.  sapa yang makan cili, silalah rasa pedasnya.

aku nak explain pun malas pasal orang macam ni confirm bukan berniat baik mencari ilmu in the first place.  aku just nak point out these 2 main benefits:-
1) fixed over a period of time.  jangan pandang negatif ye.  untuk tempoh 20-30 tahun, apa jaminan anda yang interest rate untuk conventional loans tak makin naik?
2) conventional loan itu, ada certainty ke?  ramai lupa, syaratnya ialah BLR + #%.  jadi, apa jaminan anda BLR tak akan berubah sepanjang 20-30 tahun?

jika anda yakin risiko BLR atau interest rate akan turun dalam 20-30 tahun akan datang, akan nampak seperti conventional loan lebih baik.  honestly, ada ke harga barang/perkhidmatan (termasuk loans) yang makin menurun dari hari-ke hari?

melalui islamic loans, anda lock in liabiliti anda supaya tidak terbuai-buai ikut arus masa.  seperti zaman ekonomi merudum 1997-1998 yang mana conventional loan punya interest rates mencecah 12%-14%, anda sanggup?  anda ada kuasa menentukan BLR kah?  atau anda bakal jadi gabenor bank negarakah?

semasa zaman ekonomi merudum inilah ramai (termasuk non-muslims) yang mula sedar keuntungan islamic banking.  tak percaya? cuba check sendiri komposisi islamic financing di malaysia, kenapa non-muslims (individu atau perniagaan) lebih ramai dari muslims sendiri?

[ Last edited by  Gemukkkkkkk at 27-4-2007 03:12 PM ]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2007 01:34 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 24-3-2007 08:30 AM
*dulu kita tak faham kenapa ada makcik or pakcik will say
to us - bila kita beli ikan terubuk 3kg - dia kata
'saya jual'  dan u reply 'saya beli'  
and yet secara tak langsung itulah 'akad' dalam islamic
bank/ islamic business juga --

interesting actually and good to learn -


akad lafaz tu ikut aliran mazhab imam syafie. pendapat mazhab lain kalau ikut praktis yg ada sekarang ni pun dah memadai. aku beli barang kat Jusco ke, Tesco ke tak pernah lafaz akad pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 02:22 AM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 26-4-2007 02:19 PM
ada bezanya islamic loan vs conventional loan.  kebanyakan dari kita mencaci-maki islamic banking walhal tak faham apa itu interest, untung, kadar, halal & haram.  senang je nak kenal orang-o ...


kita jgn cepat terima apa saja yg dilabelkan sebagai 'islamic banking' itu sebagai sebenarnya islam. istilah isle ni orang boleh letak kat mana2 pun. PAS guna istilah bandaraya Isle, UMNO pulak guna istilah Isle Hadhari. istilah boleh tukar2 tiap-tiap hari ikut suka tapi bank islam ke, bank konvensional ke still serve the purpose utk mengkayakan pemegang saham bank, cuma kalau nak amik untung tu berpada2lah. nak amik untung atas nama islam sekali pun berpada2lah. ulama pun belum sepakat apa dia sistem bank islam yg boleh digunapakai utk seluruh dunia islam, islamic banking nih lain negara lain pulak kaedahnya, tak boleh nak sepakat lagi, masing2 berbalah lagi. even sistem islamic banking yg digunapakai kat Mesia nih tak dpt diterimapakai oleh sesetengah negara isle lain spt di middle east countries. so nak kata apa.

aku bercakap as as PENGGUNA stand point. apakah nanti kalau seluruh sistem bank kat mesia menggelarkan diri mrk sbg 'islamik banking' maka persatuan pengguna patut diam walaupun rasa tertindas? apa ingat dgn tukar istilah jadi ISLE tu rasa dah baguzz sangat?? Asal dah tukar istilah jadi ISLE jer tak boleh kena tegur? Parti Isle pun kena tegur inikan pulak Bank Isle. kalau nak buat untung tu jgn melampau2 sangat.

sesaper yg pernah buat plan utk reduce housing loan tahu ler berapa byk duit mrk 'dirompak' oleh so call bank 'isle'. bank konvensional merompak gak, tapi bank 'isle' rompak lagi ganazz atas nama isle. tu yg best tu. sekadar tukar istilah jer jd islamic tapi penindasan lebih hebat dari bank konvensional. bagaimana pulak dgn golongan malang yg rumah mrk dilelong oleh this so called 'bank isle'? compensation yg pengguna dpt jauh lari drp kaedah bank konvensional sendiri.

cara tak menghalalkan matlamat & matlamat tak menghalalkan cara. Sekadar guna istilah Isle, tapi menindas pengguna buat hapa? most of my Muslim friends kat tempat kerja purposely amik housing loan dgn konvensional bank bukan krn tak support BANK ISLAM tapi krn kaedah bank isle kat Msia nih 'merompak' their hard earn money jika berniat nak buat loan reduction supaya boleh setel lebih awal. Penting utk mrk buat loan prinsipal reduction demi menyelamatkan kehilangan puluh ribu hinggit kpd pihak bank. tapi apa guna bawak keluar duit EPF utk reduce loan rumah dlm keadaan sistem bank isle yg ada kat Mesia nih?

So, pada pikiran aku sebagai PENGGUNA, kalau nak elakkan penindasan jgnlah guna kaedah islamic banking utk housing loan korang. Hak produk Bank Isle yg lain2 tu spt Kad Kredit Bank Isle boleh dipertimbangkan. yg tu memang best sebab jolok cash RM1000 cuma kena caj RM12 sajer. kad kredit CitiBank pun bagus gak, jolok RM1000 tak kena caj satu sen pun. bank lain punya kredit kad semua jenis mencekik darah. so pandai2 lah, as pengguna jgnlah korang mudah kena tipoo, baik dgn Bank Isle mahu pun dgn bank Konvensional.

[ Last edited by  shahgti at 28-4-2007 06:28 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 02:36 AM | Show all posts
setuju ngan shahgti... at the same time, study gak siapa di belakang "islamic banking" tu

contoh: sebuah bank yg dikenali sebagai bumiputra dulu.. ramai sungguh "bumiputra" yg jadi bos kat dlm tu skarang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 09:35 AM | Show all posts
ok, penjelasan saya mungkin berkarat atau lapuk kerana saya tinggalkan industri perbankan beberapa tahun lepas.  namun, saya cuba yang terbaik ye.

konsep atau perlaksanaan?
islamic banking salah dari segi konsep atau perlaksanaan?  mahal?  dari bank mana?  yang juga menjalakan perniagaan conventional financing?  (ini catchnya).  adakah ianya salah sistem islamic financing atau bank yang mengambil kesempatan?  dari segi business sense, bagaimana bank islam & bank muamalat mampu offer financing murah jika pasaran terhad?  sedangkan muslims sendiri ramai buat-buat tak nampak.  cemana nak spread the cost to a bigger volume...

rasanya topik terbaru ni cuma tentang early settlement.  

konsep pengambilan untung?
islamic banking mengamalkan jual-beli.  anda beli dari bank pada harga itu.  awal atau tidak, harga itu tetap.  sepertimana kalau anda jual harta anda pada orang lain dan bayarannya berkala.  sanggupkah kurangkan harga?  habis tu, apa profit yang ada?  ini kerana pengambilan untung pun over a period of time.  
jika loan RM200K jadi RM300K dalam masa 30 tahun, fahamilah yang ini bermaksud bank cuma untung RM100K selepas 30 tahun nanti.  bak kata orang melayu, berbaloikah bank berhabis RM200K untuk anda sekarang dan tunggu 30 tahun lagi untuk untung?  
sedangkan jika bank gunakan RM200K sekarang untuk tujuan lain, bank mungkin untung RM100K dalam masa 2 tahun sahaja.  perbandingan:  apa bezanya anda sendiri mahu rumah yang dibeli pada harga RM200K sekarang dapat dijual pada harga RM300K dalam masa 2 tahun nanti.

kenapa tak boleh jual within 5 tahun dan dikenakan penalti jika berbuat demikian?
conventional financing, nampak murah bila buat early settlement.  kenapa?  kerana treasury function mereka sudah pun cover all bases dalam masa 5 tahun pertama.  sebab itu tak dibenarkan anda jual harta anda dalam masa itu.  tahun 6 sehingga tahun 30 merupakan pengambilan untung semata-mata.  anda nak buat early settlement pun digalakkan supaya boleh bank gunakan duit itu untuk dapatkan keuntungan lain.  'duit atas duit'.

itu dari perspektif bank.

edited untuk tambah headings.

[ Last edited by  Gemukkkkkkk at 27-4-2007 12:48 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.241507 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list