CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Inovasi Dari Pelajar2 Malaysia: Update: Membran Composit UTM Taraf Dunia

[Copy link]
 Author| Post time 10-5-2008 03:39 PM | Show all posts
Pelajar cipta pil rawat gout
Oleh Amin Ridzuan Ishak


WAKIL MALAYSIA: Fatimah Thohirah menunjukkan rajah
projek 'Potensi pokok kelampaian sebagai ejen rawatan gout'.


Uji kaji bahan daun kelampaian mampu kurangkan kandungan asid urik

KUALA LUMPUR: Hanya menggunakan daun pokok kelampaian yang mudah ditemui di tepi-tepi jalan, seorang pelajar aliran sains tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wangsa Melawati, Ulu Klang, Selangor berjaya menghasilkan pil merawat penyakit gout.

Projek dikenali 'Potensi pokok kelampaian sebagai ejen rawatan gout' turut melayakkan pelajar Tingkatan Lima, Fatimah Thohirah Abdul Halim itu bertanding di Pesta Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa (Intel ISEF) 2008 di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat (AS), bermula esok hingga 17 Mei ini.

Fatimah Thohirah, 17, berkata idea menghasilkan ubat itu timbul selepas melihat bapa saudaranya yang tinggal di Johor berjaya mengurangkan tekanan penyakit gout selepas meminum air daun tumbuhan itu.

Beliau berkata, bapa saudaranya menggunakan kaedah tradisional itu dengan merebus daun kelampaian berkenaan dan daripada situ beliau mendapat idea untuk memodenkan kaedahnya menerusi sains serta teknologi.

"Saya mula menjalankan eksperimen dengan bantuan guru, pensyarah dari Jabatan Molekul Universiti Malaya (UM) dan pegawai Institut good Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim).

Selepas eksperimen dilakukan, hasil diperoleh menunjukkan dua komponen pada daun berkenaan iaitu Clavonoid dan Saponin Steroid mampu mengurangkan enzim dikenali asid urik yang menjadi punca kepada gout.

"Asid urik ini memang sentiasa berada di badan manusia, tetapi kalau berlebihan ia boleh mendatangkan gout, oleh itu dengan kehadiran dua komponen tadi ia berjaya mengurangkan enzim berkenaan," katanya yang bercita-cita menjadi jurutera kimia.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penghantaran Delegasi Intel Isef 2008 yang disempurnakan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mat Dom, di sini, semalam.

Untuk edisi kali ini, selain Fatimah Thohirah, Malaysia turut diwakili sembilan pelajar lain masing-masing untuk dua kategori individu serta berkumpulan yang mempertaruhkan ciptaan sains terbaik.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berazam akan melakukan yang terbaik pada kejohanan itu dan berharap ciptaannya itu mampu merawat lebih ramai individu yang menghidap penyakit gout.

Sementara itu, Alimuddin dalam ucapannya mencabar delegasi Malaysia untuk edisi kali ini mencipta kejayaan dengan memenangi dua tempat teratas bagi setiap kategori berbanding sebelum ini.

"Pada edisi sebelum ini, pencapaian terbaik kita hanya menduduki tempat ketiga serta keempat, jadi saya mahu lihat wakil kita kali ini dapat kedudukan lebih baik bagi membolehkan kita setaraf dengan negara lain dalam bidang sains dan teknologi," katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------

hopefully students dari Malaysia akan menempa nama dan berjaya di dalam pameran
Sains di Atlanta ini -

good luck and all the best -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2008 04:28 PM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

aku stuju ... patut bende2 ni mass media take note .. ngan sebarkan dengan gempak ..
supaya .. ia menjadi satu trend di kalangan remaja being geek isnt bad afterall
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 10:02 AM | Show all posts
Pelajar UiTM cipta jam pintar kesan budak hilang
Oleh Norakmah Mat Youb

GEORGETOWN: Kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang dipercayai diculik awal tahun ini menjadi inspirasi sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menghasilkan jam pintar.

Produk yang menggunakan jam tangan digital dan dilengkapi cip pengenalan frekuensi radio (RFID), berfungsi menyedarkan ibu bapa dengan mengeluarkan bunyi jika anak mereka dilarikan atau terpisah dari jarak tertentu.

Ciptaan pelajar tahun akhir jurusan Pengkomputeran Perniagaan UiTM, dipamerkan pada Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (NRIC) di Universiti Sains Malaysia (USM), yang bermula semalam.

Ketua Projek, Nur Azry Zainudin, berkata ibu bapa yang menggunakan produk itu perlu menampal pelekat RFID pada baju atau kasut anak mereka dan menetapkan jarak dikehendaki.


Jika anak mereka berada melebihi jarak yang ditetapkan, isyarat akan dihantar kepada jam itu untuk memaklumkan bahawa anak mereka sudah berada jauh, sekali gus menyedarkan ibu bapa.

"Jadi, ibu bapa tidak perlu bimbang jika mereka terleka seperti ketika membeli-belah," katanya kepada pemberita selepas perasmian NRIC di USM di sini, semalam.

Pertandingan tiga hari itu, mempamerkan kira-kira 145 hasil penyelidikan pelajar ijazah pertama daripada 19 institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara.

Pertandingan itu juga membuka peluang kepada pelajar menghasilkan lebih banyak penyelidikan ke arah penghasilan produk berkualiti dan bertaraf antarabangsa untuk tujuan pengkomersiolan.

Jam pintar itu dihasilkan Nur Azry bersama empat rakannya, Mohd Shafizal Zainal Abidin, Syed Mohd Faizal Syed Kuning, Mohamad Redzmi Mohamad Radzuan dan Izzaldin Misri dengan kos RM102.

Nur Azry berkata, buat masa ini jam pintar itu hanya boleh dilekatkan pada lima barang, seperti dompet, baju, kasut dan dilengkapi kod nombor tertentu untuk jarak berbeza sehingga 15 meter.

揅ontohnya, nombor satu untuk dompet dengan jarak 10 sentimeter. Sekiranya dompet terjatuh, secara automatik jam berbunyi dan tertera nombor satu. Terpulang kepada pengguna untuk menentukan kod nombornya," katanya yang bersedia untuk mengkomersilkan produk itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

congrats to those students....
verily - ciptaan tu amat berguna.. dan hopefully can help
to reduce crimes towards the children -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2008 02:50 AM | Show all posts
HEBAT...


Abang Mahathir Abang Mohamad Noor dan Nadhirah Mohd. Pangi bersama
robot ciptaan mereka, Auto Reeyder pada pertandingan Robotik Energizing
2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, Kuching, semalam


Tiga pelajar Sekolah Menengah Sains Kuching berjaya mencipta robot dinamakan Auto Reeyder yang mampu mengasingkan sampah daripada sisa pepejal lain.


Ciptaan robot pelajar itu dipertandingkan pada 慠obotik Energising 2008
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2008 06:45 AM | Show all posts
Cipta permainan telefon bimbit
Oleh SHAMSHUL FITRI MAJID


MOHAMED MUAZ menunjukkan perisian permainan telefon bimbit Kids
Cashier yang dicipta sambil diperhatikan oleh Sazilah dan Muhammad
Hazmin di UTeM, Melaka semalam.


MELAKA - Dua pelajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan satu perisian permainan telefon bimbit berteraskan pendidikan.

Pelajar tersebut, Muhammad Hazmin Wardi dan Mohamed Muaz Mohamed, kedua-duanya 24 tahun, berjaya menghasilkan permainan Kids Cashier yang digunakan untuk menguji kebolehan matematik.

"Perisian ini adalah sebahagian daripada projek tahun akhir kami yang dilakukan tahun lalu yang diselaraskan pensyarah kami, Dr. Sazilah Salam.

"Ia kemudiannya dihantar untuk menyertai pertandingan Mobile Content Challenge 2007 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan berjaya mendapat tempat kedua," ujar Mohamad Muaz.

Beliau kini yang meneruskan pengajian pada peringkat sarjana di situ berkata, permainan itu disasarkan kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 9 tahun.

"Pemain akan bermain sebagai juruwang yang akan mengira baki wang yang terpaksa dipulangkan selepas pembelian sesuatu barang.

"Terdapat tiga peringkat perlu dilalui dan pemain akan diberi perkiraan secara rawak agar tiada pengulangan dalam soalan," kata Muhammad Hazmin.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tahniah pada mereka.... bagus kalau budak2 sekolah main permainan educational ni
dari dok upload benda2 yang tak berfaedah.. - dan main game yang tak beri apa2
guna untuk pelajaran depa -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2008 06:19 AM | Show all posts
Pelajar kita juara cipta robot

SEPANG – Malaysia bukan lagi negara maju, namun para pelajar kita berjaya membuktikan kreativiti mengatasi segala-galanya apabila menggondol enam hadiah dalam pertandingan World Robot Olympiad (WRO) 2008 di Yokohama, Jepun dari 31 Oktober lalu hingga kelmarin.




KONTINJEN pelajar Malaysia bangga dengan membawa pulang enam pingat
pada World Robot Olympiad 2008 ketika tiba di KLIA semalam.


Ketua kontinjen negara, Hassan Mohamed berkata, enam pasukan negara yang bertanding dalam empat kategori meraih enam daripada 18 pingat yang dipertandingkan iaitu satu emas, dua perak dan dua gangsa.

Hassan yang juga Pegawai Ko-Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pahang berkata, pasukan Robotuner dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajah Kalsom, Kuantan memenangi pingat emas dalam kategori terbuka menengah menerusi ciptaan mereka yang dinamakan Skav-lised dengan tema ‘Selamatkan Alam Sekitar’.

“Kita menerima saingan sengit daripada pasukan yang mewakili negara lebih maju iaitu Jepun, China, Korea, Denmark, Sweden, Arab Saudi,’’ katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini selepas tiba dari Jepun petang semalam.

Ketua kumpulan Robotuner, Abdul Hakim Azir berkata, robot yang dicipta oleh pasukannya dengan belanja RM20,000 itu mempunyai lima fungsi antaranya membersihkan pencemaran minyak di air, mengutip sampah-sarap di dalam air dan mengambil contoh air untuk dianalisis.


************************************************************************************


bagus betul pelajar2 malaysia yang menang ni -- hopefully ianya sebagai satu dorongan pada pelajar2
yang lain untuk tingkatkan inovasi di kalangan pelajar dan membawa nama negara ke persada dunia -

tahniah pada pemenang2 yang telah mengharumkan nama negara ---  wtg -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2008 07:49 AM | Show all posts
Originally posted by kazaraf at 12-5-2007 08:16 PM
aku bangga dgn diorg.. spatutnya yg cmi la sume pihak bg phatian.. bg support n kwangan utk diorg paten & canggihkn lg kehebatan diorg....
harap2 ada pihak yg me lobi mreka kt gomen.. ade ke ek. ...


Sebenarnya banyak R&D dlm bidang sains ni esp kat u, tapi tak dapat dikormesilkan (as a product) sebab tu dah kena masuk bab engineering  (production scale) dan business plak.  contoh air nira nak jadian fuel tu, memanglah boleh.  In fact, banyak benda boleh jadi fuel pun.  Tapi dari segi business, cost effective ke?  My hubby supervise budak2 U dlm bidang biotek dan  consultant untuk  company yg nak komersiolkan produk  diaorang, dan dia memang tolak mana2 idea research yg taram aje itu ini boleh jadi itu ini, tapi tak disertakan dengan kos effectivenya.

[ Last edited by  aurorae at 4-11-2008 09:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 08:41 AM | Show all posts
wahhh!!!!tahniah!!bangga tul ngn bdak2 neh
sejuk ht sket dgr news cmni..
asyik2 berita rempit la...ugut samun la..rogol la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 08:55 AM | Show all posts

Reply #10 mahathirGX's post

takde masalah kalau bebudak tu nak register pun...tapi masalah nya org malaysia ni yg tak tau camana nak salurkan invention dia kemana...bila bg um..um la jadi owner patent...walhal bebudak tu the rightful owner sebenarnya....in fact kalau nak commercialised pun TKC boleh cari sendiri interested party yg nak komersilkan produk tu....tp masalah besornya plak...belum daftar patent dah masuk pertandingan, dah hebah2kan...novelty sudah hilang...possibility to get it registerd mmg payah...nil. Ni la masalah org kita gah nak gebang2 dulu.....bukan failkan pendaftaran dulu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2009 06:12 AM | Show all posts
Pelajar cipta kereta tenaga solar masa depan
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN


KERETA solar SUN 94 yang direka oleh Jamali (gambar kecil) dan rakan-rakannya
dari Universiti Malaya (UM) yang dipamerkan pada Ekspo Penyelidikan, Reka Cipta
dan Inovasi UM di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Keinginan untuk memperkenalkan tenaga solar sebagai tenaga alternatif yang murah kepada masyarakat telah mendorong kumpulan pelajar dari Universiti Malaya (UM) menyelidik dan mencipta kereta solar bagi kegunaan pada masa depan.


Menurut salah seorang pereka kereta itu, Jamali Md. Shah, 36, walaupun rekaannya pernah dikritik sebagai 'rekaan budak bodoh' namun kereta tersebut mula mendapat perhatian kerana ia lebih praktikal, tahan lasak serta mampu mengurangkan kecederaan pemandu jika berlaku kemalangan.

Lebih menarik, rekaan kereta solar ringkas bernombor SUN 94 itu bukan sahaja menambat hati peminat kereta solar tempatan malah turut diminati beberapa pengusaha ladang epal di Australia yang berhasrat untuk membelinya pada masa akan datang.

"Kereta ini mula mendapat perhatian apabila kumpulan saya yang terdiri daripada penuntut Doktor Falsafah (Ph.D), Pusat Reka Bentuk Produk dan Pembuatan UM menyertai Pertandingan Solar Dunia 2007 di Adelaide, Australia,'' katanya ketika ditemui Kosmo! pada Ekspo Penyelidikan, Reka Cipta dan Inovasi UM 2009 di sini semalam.




**********************************************************************************************


tahniah pada pelajar2 UM yang mencipta sejarah mereka kereta
bertenaga solar ini --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2009 06:57 AM | Show all posts
Ciptaan membran komposit pensyarah UTM bertaraf dunia



AHMAD FAUZI menunjukkan gentian gelonggang bahan yang
digunakan pada teknologi Membran Komposit Matrik Campuran
Hibrid di UTM Skudai semalam.


JOHOR BAHRU
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 07:19 AM | Show all posts
RM2.3b pampasan terbesar kes seksual gereja

LOS ANGELES 15 Julai
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 07:52 AM | Show all posts
~ thread 2007 pun up lagi !!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 03:52 AM | Show all posts
UiTM raih dua anugerah dan lapan pingat BIS di London



SHAH ALAM 23 Okt. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih dua anugerah dan lapan pingat termasuk dua pingat emas pada pertandingan British Invention Show (BIS) di London baru-baru ini.

Penolong Naib Canselor Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Dr. Ahmad Ridzwan Abd. Rahman berkata, kedua-dua anugerah iaitu Anugerah Berlian Untuk Ciptaan Terbaik Antarabangsa dan Anugerah Ciptaan Terbaik dari Salon Archimedes (Rusia) dimenangi oleh Amalina Amir, seorang pensyarah muda dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Menurutnya, Amalina yang mempertaruhkan ciptaan bertajuk Environmental Friendly Metal Injection Moulding Process for Precision Metal Components menggunakan bahan yang boleh dikitar semula turut meraih satu pingat emas untuk ciptaan terbaik.

"Ciptaan menggunakan bahan plastik biopolimer ini boleh menghasilkan komponen komposit keluli berbentuk tepat dan kompleks yang bernilai tinggi untuk dikomersialkan bagi produk seperti barang kemas, rangka cermin mata, jam tangan, peralatan sukan dan peralatan perubatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, pingat emas kedua pula dimenangi oleh Mohd. Zainizan Shahdan, 25, pelajar doktor falsafah Fakulti Kejuruteraan Elektrik dengan ciptaan bertajuk Nanowire Synthesis Method Using Low Cost Blocker in Catalytic Thermal CVD di mana penghadang gas dicipta untuk penghalang laluan gas di dalam ketuhar system CVD.

"enghadang gas ini menghasilkan pengendalian laluan gas yang lebih baik untuk penyebaran UV yang lebih kuat dan ciptaan ini sesuai untuk peralatan yang menghasilkan cahaya seperti diod laser," jelasnya.

Tambahnya, tiga pingat perak masing-masing dimenangi oleh Azizah Hanom Ahmad dengan ciptaan bahan penyalut dari silikon dan damar pokok, Khudzir Ismail menerusi ciptaan Water-tetralin Co-solvent System for Coal Liquefaction dan Zukifli Abdul Rashid pula mengetengahkan perisian Pengurusan Bahan Buangan.

Tiga lagi pingat perak, katanya, dimenangi Nor Hayati Abdul Hamid (dinding pre-cast hollow core) bagi menangani gempa bumi, Ahmad Faizar Jaafar (mesin Self-Charging untuk perpustakaan) dan Mohd. Haris Kamarudin dengan panel penebat dinding dari kulit telur.




bagus gak dak2 UiTM ni ekkkkk.......tahniah weyyyyy!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 03:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_herrhughie at 24-10-2009 03:59

tak ada gambar student yg berjaya ni?

Taniah, USM berjaya, pelajar ni juga berjaya...


malaysia perlukan bakat2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 06:47 AM | Show all posts
TAHNIAH....ak lebih bersemangat la ni nk beresearch gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.436823 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list