CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15602|Reply: 90

benarkah buddha?

[Copy link]
Post time 4-5-2007 10:50 PM | Show all posts |Read mode
benarkah buddha merupakan seorang yang sangat soleh atau pangkat wali di zaman sebelum nabi Muhammad saw yang merupakan seorang anak raja yang melihat kemungkaran berlaku dizamannya...lantas meninggalkan kesenangan dunia sehingga menimbulkan kemarahan ayahandanya (seorang raja) dan beliau melarikan diri ke dalam hutan dan bermunajat dan bertafakur sehingga dikurniakan oleh Allah SWT ilmu laduni (enlightenment - karma) dan seterusnya menyeru penduduk wilayahnya untuk mengamalkan ajaran-ajaran keamanan, kerohanian dan berikutnya beliau mempunyai banyak penganut...bagaimanapun setelah beliau meninggal dunia...iblis mula menghasut pengikutnya untuk membuat gambar dan patung menyerupai buddha supaya pengikutnya dapat mengenang jasa-jasa dan ajaran-ajarannya...iblis seterusnya menghasut sehingga patung yang dibuat itu sepetutnya disembah supaya pengikut-pengikut dalat menyemadikan ajaran dan nasihat-nasihatnya di dalam hati..akhirnya jadilah penyembahan patung buddha...buddha bukan merupakan satu agama pada awalnya tetapi merupakan satu falsafah hidup yang berpaksikan tauhid kepada Allah swt...wallau'alam...ini cuma hipotesis aku dengan kajian yang sedikit sahaja...sila berbincang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2007 10:53 PM | Show all posts
banyak teori aku dgr pasal Sindhartha Gautama ni. ada pendapat mengatakan beliau sebenarnya seorang Nabi tp kisahnya diputarbelitkan hingga menjadi sembahan org budha hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2007 11:01 PM | Show all posts
Ini silap masuk board agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2007 11:07 PM | Show all posts

Reply #3 pizzafin's post

sy rasa dah betul kak, sbb beliau nk diskas yg Budhha tu asalnya Muslim tp dah diseleweng bila pengikut2nya membina patung utk sembah dia pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2007 11:13 PM | Show all posts
saya pernah mendengar seorang berbangsa korea menyatakan bahwa buddha bukanlah satu agama tetapi satu falsafah hidup yang ajarannya menyeru kepada pembersihan rohani..buddha tidak pernah mengaku yang ia mesti disembah sebagai tuhan...dan sekarang memanglah ajarannya itu telah dimansukhkan oleh agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2007 11:14 PM | Show all posts
you can re direct this thread to a more suitable board..tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2007 09:39 AM | Show all posts
Buddha asalnya merupakan falsafah...tetapi pengikutnya telah menjadikannya sebagai satu ugama. Pendapat mengatakan pengasasnya seoran wali ditolak kerana beliau tidak mengikut mana2 ajaran Islam sebelum nabi Muhammad.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2007 12:29 PM | Show all posts
wawa rasa macam pernah baca dulu topik lebih kurang macam ni ye.. di board hindusim and bhuddism agaknya le...habis perang sampai banyak mukasurat le... :@ cubalah search sure jumpanye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2007 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 5-5-2007 09:39 AM
Buddha asalnya merupakan falsafah...tetapi pengikutnya telah menjadikannya sebagai satu ugama. Pendapat mengatakan pengasasnya seoran wali ditolak kerana beliau tidak mengikut mana2 ajaran Islam  ...


Kerana itu namanya tidak disebut oleh Allah saw bagi mewakili pesuruh Nya di muka bumi ini.... tidak seperti Nabi Adam as, Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as, nabi Muhammad saw dan lain-lain nabi yang disebut Nya didalam Al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2007 06:05 PM | Show all posts

Reply #1 gigi.tembaga's post

ini cuma hipotesis aku dengan kajian yang sedikit sahaja...sila berbincang...


dah nama pun hypotesis, tentu kena pertikai.  Biasa jer ni.  Saya pun dulu (lama dulu dah) pernah bawa hypothesis ni ke board religion, kemudian mari seorang buddhist kata buat apa orang Islam sibuk nak islamkan Gauthama Buddha.  Jadi, perbincangan ni saya rasa boleh bincang di sini tapi tak payah emosional.  Sebab ianya hypothesis sahaja.  Gautama Buddha pun dah mati lama dah.

Yang menarik perhatian saya ialah mengenai surah at-tin (the fig).  Saya terbaca satu artikel mengenai hypothesis ini lama dulu yang saya pun dah lupa sumbernya.  Dimana Allah menyebut pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah.  Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin?  Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin.  Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok tersebut.  Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah pokok tu.

Ini hypothesis sahaja bukan teori.  wallahu'ala bissawab.......................
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2007 06:48 PM | Show all posts
Kedudukan buddha ni sama juga dgn Lao Tse, Kung Fu Tse (harap2 ejaannya betul) diCina. Mereka ni terdiri dari golongan orang yg banyak berfikir dan mencari kebenaran. Tetapi fikiran mereka tidak sampai kpd mencari Tuhan. Saya ada baca satu artikel yg mengaitkan Nabi Idris dgn agama Hindu...tapi telah dihentam habis2an oleh ulamak. Ada juga artikel yg mengaitkan Nabi Zulkifli dgn buddha..itupun dihentam juga para ulamak kerana kedua2 nabi itu tidak pernah tinggal diIndia.

Adakah pohon bodi dimana Gautama mendapat ilham sama dgn pokok tiin? Pokok tiin macam pokok ara...banyak terdapat dikawasan mediterranean.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2007 10:07 PM | Show all posts

Reply #11 zerozone's post

Bodhi tree
From Wikipedia, the free encyclopedia

The Bodhi Tree at the Mahabodhi Temple.  Propagated from the Sri Maha Bodhi, which in turn is propagated from the original Bodhi Tree at this location.
A direct clone descendant of the Bodhi tree, planted at Foster Botanical Garden in Honolulu, Hawaii.  The Bodhi tree was a large and very old specimen of the Sacred Fig, located at the Mahabodhi Temple at Bodh Gaya (about 100 km from Patna in the Indian state of Bihar) under which Siddhartha Gautama, the spiritual teacher and founder of Buddhism later known as Gautama Buddha, arrived at Bodhi. The Bodhi Tree belongs to the Sacred Figs (Ficus religiosa), also known as Bo, Pipul (Peepal) or Ashwattha trees, which are sacred to Hindus, Jains and Buddhists. In religious iconography, the Bodhi tree is easily recognizable from its heart-shaped leaves, which are usually prominently displayed.
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 6-5-2007 11:23 AM | Show all posts

Reply #10 ibnur's post

terbaca ini....

Pendita Sindharta Gautama yang kemudiannya digelar Buddha pernah dihantui pertanyaan yang pertama? Kenapa manusia perlua sakit, menderita dan mati? Untuk menemukan jawapan itu ia telah bertapa di bawah pokok Bo selama empat puluh hari lamanya sehingga ia menemui pencerahan. Ia menemukan jawapan bahawa semua itu terjadi kerana manusia gagal menundukkan hawa nafsunya. Dan untuk memehuhi tuntutan itu, beliau menemukan method yang dikenali sebagai Jalan Lapan Lapis Mulia bermula dengan niat yang baik, pertuturan yang baik, perlakuan yang baik dan sebagainya lagi. Buddha memilih keluar daripada istana dan menjadi sami. Meninggalkan kemewahan dan mengabdi kepada tuhan dan kemanusiaan.

pokok BO tu.. pokok apa...?
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 6-5-2007 11:24 AM | Show all posts

Reply #12 ibnur's post

baru terpandang....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 03:17 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Suatu hari Saidina Umar Al Khatabb r.a. datang kepada Rasulullah saw sambil menunjukkan Kitab Taurat peninggalan Nabi Musa a.s.
Beliau mengatakan ada di antara isi kitab tersebut amat baik sekira nya di ambil/di ikuti.

Lalu Baginda saw bersabda, "Sekira nya Musa hidup di zaman aku, dia akan mengikuti aku."

Saidina Umar Al Khatabb r.a. pun terus diam dan meninggalkan hasrat nya itu. (lebey kurang maksud hadis)

Di harap semuer forumis dan juga pembuka thread ini memahami maksud hadis di atas.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2007 06:20 PM | Show all posts
dah jelas...islam memansukhkan semua agama yang terdahulu...thread ini bukan bertujuan untuk mensucikan buddha...bahkan jauh dari itu...tetapi untuk sekurang-kurangnya mengajak kita berfikir yang MUNGKIN agama-agama didunia ini dahulunya berpokok kepada pentauhidan Allah SWT...tetapi kerana ketaksuban manusia dan hasutan Iblis laknatullah...jadilah agama yang mensyirikkan Allah..wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2007 07:26 PM | Show all posts
...ribu-ribu tahun perkara berlaku..
..depa jadi sembah patung..

apa nak heran...
orang islam karang ni pun banyak yang sembah kubur...!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 07:47 PM | Show all posts

Reply #17 Hang's post

Satu kenyataan yang pahit tapi perlu diberitahu sebagai peringatan agar tidak sesekali menyekutukan Allah.
Reply

Use magic Report

hong_5363 This user has been deleted
Post time 6-5-2007 08:49 PM | Show all posts
jadi gaduh lagi lah...semua agama jangan bergaduh lagi boleh tak.....PEACE ok?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 07:50 AM | Show all posts
hmm.... kalau buddha asal nyer dari agama islam... mana pulak datangnya reincarnation yang manusia nih lepas mati akan reborn? islam sejak nabi Adam A.S. tak pernah ajar pun yang kita nih akan dilahirkan semula sebagai orang lain dalam masa akan datang.... Islam ajar...kita mati dan akan dihidupkan semula di akhirat and benda nih consistent jek sejak nabi Adam a.s. lagik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.073737 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list