CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179572|Reply: 650

Jenis darah korang

  [Copy link]
Post time 8-5-2007 12:55 AM | Show all posts |Read mode
Apakah jenis darah korang?
Single Polls, Total 1039 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2007 08:56 AM | Show all posts
darah mama A+,darah husband mama B+...so darah anak mama apa???
A+ jugak ke?...masa dia lahir dia kurang darah so doc ambik darah mama masukkan ke dlm badan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 09:12 AM | Show all posts
Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh
kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar
diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di
Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis
darah yang mengalir di dalam tubuh manusia
ternyata mampu memberi gambaran terdekat
mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin
berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini
disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan
sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan
diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering
bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua
perkara yang ingin dilakukan khususnya yang
melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan
berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau
dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu kamu juga terlalu serius dalam
persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang
demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi
diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat
utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan
kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga
gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu
bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan
ternyata mereka juga sentiasa berasa senang
untuk bekerjasama dengan mu.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang
ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa
kamu tergolong dalam kategori individu yang
memiliki keperibadian penyayang. Walau
bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan
terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak
mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu
diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan
kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang
terabai.


DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan
mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula kamu adalah individu
yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang
dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel,
mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri
dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan
tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun
ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan
tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan
sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri
sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara
bersendirian.


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah
keperibadian yang jelas terpancar dalam diri
individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati
orang lain dan ini menjadikan individu yang berada
di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan
dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor
semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki
dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan
berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan
biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri
kamu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 12:06 PM | Show all posts
geen: o +ve. n so far, da derma darah ade la 7, 8 kali...
ni da lame tk buat.. gian lak nk kena cucuk dgn jarum.. hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 12:21 PM | Show all posts
Originally posted by geenie at 8-5-2007 12:06 PM
geen: o +ve. n so far, da derma darah ade la 7, 8 kali...
ni da lame tk buat.. gian lak nk kena cucuk dgn jarum.. hikhik



Kat sini pon dia ade  :ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 04:00 PM | Show all posts
teman darah jenis A....denagr citer sapa darah A golongan orang yang cerdik pandai....selalu dapat A kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2007 04:07 PM | Show all posts
darah aku AB

mama aku B, abah aku A... so aku AB...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 07:35 PM | Show all posts
sy darah O... ikut darah abah..mak AB kot x sure lupe laks...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2007 08:45 PM | Show all posts
aku AB...tunang aku O... kalau aku kawin nnt apakah kebarangkalian darah anak2 aku ekk..??

mcm family aku cuma ada AB, A dan B...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 09:17 PM | Show all posts
saya O..ibu O..ayah A...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 10:09 PM | Show all posts
mak darah A.... abah darah O
apouy A+... hb A+
anak otomatik la.... A+... heheheh x berkembang....
Reply

Use magic Report

udak This user has been deleted
Post time 8-5-2007 11:24 PM | Show all posts
haku B+....hb A+...
ada org kata ,org darah A mudah dapat/kena sakit...tak boleh silap makan sikit....sensitip.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 11:37 PM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 8-5-2007 08:45 PM
aku AB...tunang aku O... kalau aku kawin nnt apakah kebarangkalian darah anak2 aku ekk..??

...


kalo mother AB, father O... anak would be either A, B or AB...


kalo father AB, mother O... anak would be either A or B...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 11:49 PM | Show all posts

Reply #12 udak's post

apouy x de lak cam tuh...
yg apouy penah dengar...
org darah A ni slalu ada penyakit kulit....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by apouy at 8-5-2007 10:09 PM
mak darah A.... abah darah O
apouy A+... hb A+
anak otomatik la.... A+... heheheh x berkembang....



tak semestinyer kot anak A+... based on aper aku bacer nih la...


Table 1 solves the question, "What are the possible blood types of a child, if we know the blood types of the mother and alleged father?" To use the chart, find the column corresponding to the father's blood type, and then find where that column intersects with the row corresponding with the mother's blood type.

GeneTree ABO Blood Type Table 1


Father's Blood Type
A
B
AB
O
[/td]
Mother's Blood Type
A
A or O
A, B, AB, or 0
A, B, or AB
A or O
Child's Blood Type Must Be
B
A, B, AB or O
B or O
A, B, or AB
B or O
AB
A, B, or AB
A, B, or AB
A, B, or AB
A, B, or AB
O
A or O
B or O
A or B
O
For example, if we know that the Mother's blood type is B, and the father's blood type is O, then their child must be either B or O. A child with A or AB blood could not be born from these parents.


source:
>>BloodTypeCalculator.php<<
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 11:56 PM | Show all posts

Reply #15 kikilalat's post

oh ye ke...
thanks for the info.....
x kemana gak le... darah O ngan A....

isk buat yg x tau mende nih....
pepasai jek berperang laki bini... tgk anak darah jenis lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


lazyboy This user has been deleted
Post time 9-5-2007 12:53 AM | Show all posts

Jenis Darah yg Jarang

I punya O la. jenis orang yg suka membantu orang!!
Sebab apa? Yg i ingat tu jenis darah O juga namanya penderma universal..
i cadang di sini, kalo sesiapa yg berdarah jenis jarang tu harap dapat post di sini.
Bila orang perlukan nanti, bolehla kita rujuk ke sini..
Biasanya darah jenis yg biasa tu, kita masih dpt peroleh dr hospital tapi kalo darah jenis jarang tu payah la..
sudah tentu kita ada pengalaman terima sms yg katakan orang tu perlukan jenis darah yg jarang atau susah sangat dicari tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 05:40 AM | Show all posts
darah jenis ZzzzZZZZzzzzzz
Reply

Use magic Report

udak This user has been deleted
Post time 9-5-2007 09:27 AM | Show all posts

Reply #15 kikilalat's post

maknanya anak2 haku ada semua jenis darah la...A, B,AB ,O
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 10:11 AM | Show all posts

Reply #17 lazyboy's post

darah yg jarang dijumpai darah negative aje.

aku tiap tahun organize blood drive dgn HSA, JB. so Blood Bank mmg ada list staff aku yang ada darah negative ni...

bila dorg ada emergency cases, they will contact me...and usually aku suh dorg hantar ambulance kat opis aku..hehehe

mostly staff aku yg berdarah negative ni sumer india... tp dorg sgt fahan dgn kelebihan dorg ni, tiap kali ada yg memerlukan...dorg mmg willing nk tolong. dan selalunya juga...darah dorg ni tak laku time blood drive...coz blood bank reserve darah dorg for emergency!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.489336 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list