CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Malaysia's Most Wanted -- (missing kids)

[Copy link]
Post time 9-7-2007 12:49 PM | Show all posts
aku pukul anak aku sampai lebam pun aku nangis2 tak ingat. rasa bersalah sgt. Inikan pula nak membunuh.. :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2007 01:12 PM | Show all posts

Reply #19 mix_chinese's post

boleh pukul anak...
tp elok2 lah...
lain kali kalau nak pukul...pukul lah di tapak tangan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 01:42 PM | Show all posts
cam kes kat kota bahru tu pun cam sama je  ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 02:34 PM | Show all posts
skrg nih mcm musim ibu bunuh anak kecik lah pulakkkkk........
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 02:43 PM | Show all posts
isk kesian kat budak2.....idup pun x selamat dah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 02:56 PM | Show all posts
nk pukol anak pon...
aku pukol tmpt yg dibenarkn je...
tapak tgn...tapak kaki...
tu pon skali 2 jerk..
bg dia sakit skit...
utk pengajaran...
nk kata sampai lebam2 x sanggop rasanyer...
kita kena igt diorg ni bebudak lg ...x tau pe benda pon...
sabar je ngan perangai diorg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2007 02:59 PM | Show all posts
TOLONG JGN TINGGALKAN ANAK DLM KETE.
TOLONG!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 03:51 PM | Show all posts
kesiannya...
come sungguh la budak tu...
tergamak mak dia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2007 04:49 PM | Show all posts
3 tahun.. baya anak aku..  
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 05:12 PM | Show all posts


Ni gambar budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 05:25 PM | Show all posts
Ni lagi sekor.. pompuan gile.. sanggup buat camtuh.. for sure dia dengan boyfren dia punya keje.. laki kat china.. nak cari 'joystick' laim.. gile babi betul.. geramlah aku.. :@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2007 10:07 PM | Show all posts
Polis sahkan Shearwey Ooi meninggal dunia
09-07-2007

PULAU PINANG: Polis hari ini mengesahkan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang Jumaat lepas telah pun meninggal dunia tetapi mayatnya masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata polis sedang menyiasat punca kematian Shearwey Ooi Ying Ying, 3 tahun 9 bulan dan kes kehilangannya dipercayai selesai dengan penahanan seorang wanita yang ada pertalian persaudaraan dengan kanak-kanak itu serta teman lelaki wanita itu petang semalam.

Ketika bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau berkata wanita berusia 28 tahun itu dan teman lelakinya berumur 29 tahun, seorang pengurus pusat hiburan, direman 10 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

"Daripada siasatan awal, lelaki itu didapati mempunyai rekod jenayah kerana bergaduh dan pasangan itu dipercayai terlibat dalam kes ini," katanya.

Hatta berkata setakat ini polis sedang mengumpul bahan bukti berdasarkan keterangan lelaki itu dan semua bahan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, katanya, laporan akhbar berhubung cara kematian kanak-kanak itu tidak dapat dipastikan selagi siasatan belum selesai.

Hatta berkata ibu kanak-kanak itu telah melaporkan bahawa anaknya hilang selepas ditinggalkan di dalam kereta bersendirian ketika dia mencari pekerja tempat meletak kereta untuk membuat bayaran kira-kira 10.30 pagi Jumaat lepas.


"Sekembalinya ke kereta itu, dia mendapati anaknya, yang ditinggalkan kira-kira 10 minit telah hilang," katanya.

Sementara itu, Pakar Patologi Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh ketika dihubungi Bernama berkata beliau dan pasukannya telah mengumpulkan beberapa bahan bukti di sebuah kawasan perkuburan Cina semalam berikutan dakwaan bahawa kanak-kanak itu dibakar di situ.

Bagaimanapun, semua bahan bukti hanya boleh disahkan selepas ujian DNA dilakukan dan ia akan mengambil masa beberapa hari kerana semua sampel perlu dihantar ke Jabatan Kimia di Kuala Lumpur.

Seorang jiran berkata beliau sering mendengar wanita itu bertengkar dengan teman lelakinya di pangsapuri mereka di Ayer Itam di sini.

Malah, katanya, pasangan itu juga pernah dilihat bertengkar dari tempat meletak kereta sehingga ke rumah mereka di tingkat lima bangunan pangsapuri itu.

Jiran itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Othman berkata, walaupun beliau tidak faham apa yang dikatakan kerana pasangan itu menggunakan bahasa Cina, tetapi daripada nada suara kedua-duanya, beliau pasti bahawa mereka sedang bertengkar.

Menurutnya, beliau tidak mengetahui bahawa terdapat kanak-kanak di rumah itu selama ini.

"Pasangan itu baru tinggal di pangsapuri ini kira-kira tiga bulan lalu dan saya telah menetap di sini hampir dua tahun," katanya.

Seorang jiran wanita yang enggan dikenali berkata, beliau selalu melihat kanak-kanak itu bermain seorang diri di kawasan itu dan tidak mengetahui tentang kehilangannya sehingga polis datang ke rumah pasangan itu semalam.

Hatta berkata ibu dan bapa Ooi duduk berasingan sejak setahun lalu dan kini dalam proses perceraian
Reply

Use magic Report

gabanzack This user has been deleted
Post time 9-7-2007 10:23 PM | Show all posts
nasib baik la despite kebanjiran cerita CSI kat TV & Astro, puak2 macam ni tak reti-reti jugak nak rancang pembunuhan yg smart
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2007 05:46 AM | Show all posts
Ibu, teman lelaki disyaki bunuh Ying Ying
Oleh NURUL HUDA HASSAN


IBU Ooi Ying Ying dan teman lelakinya diiringi polis
ketika hadir di Mahkamah Majistret Balik Pulau,
Pulau Pinang, semalam. 朳/i]


PULAU PINANG 9 Julai
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 10:54 AM | Show all posts
mcm mana depa jaga anak... kat luar hilang anak n yg tambah heran anak dlm rumah pun blh
hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 11:12 AM | Show all posts

Reply #113 gabanzack's post

puaknih tak tngok csi.....dia tengok yg lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2007 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by Png_Prince at 9-7-2007 05:12 PM
http://i141.photobucket.com/albums/r70/putra_penang/n_01shearwey2.jpg

Ni gambar budak tu.



naif nye wajah dia..
kesian nye...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 02:07 PM | Show all posts
COMELNYA BUDAK NI
TERSENTUH SGT HATI AKU
BUDAK SEKECIK NI ADA ORG YG BERGELAR MANUSIA TERGAMAK BUNUH N BAKAR
tp syukurlah..sbb budak ni mati tanpa dosa
dia dah pasti jd ahli syurga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2007 11:25 PM | Show all posts
when we read the first report from her
whereby she said she paid the parking ticket
bla bla bla -- and came back 10 min later
already  that's showing how reckless and
irresponsible she is...

and now knowing she made up stories about
paying parking ticket  instead made a conspiracy
(still havent proven but suspected)  with her bf
it just appalled me with this woman -
she shouldnt be a mother to any kids -
she didnt deserve to be one -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2007 11:41 PM | Show all posts
Datuk kepada Ying Ying kesal laporan media
10-07-2007

PULAU PINANG: Datuk kepada Ooi Ying Ying, kanak-kanak yang dilaporkan hilang dan disahkan meninggal dunia, melahirkan rasa kecewa terhadap sesetengah media yang didakwanya memberikan gambaran tidak tepat mengenai anaknya iaitu bapa kepada kanak-kanak tersebut.

Ooi Kean Choon, 52, berkata beliau kecewa dengan aduan yang dibuat oleh menantunya yang juga ibu kanak-kanak itu mengenai kehilangan Ying Ying, 3, sebelum ini seolah-olah menggambarkan anaknya yang berada di China ketika kejadian ada kaitan dengan kehilangan Ying Ying.

"Saya kecewa dengan laporan yang disiarkan seolah-olah anak saya bersalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini, malam ini.

Beliau berada di LTABL bagi menjemput anaknya Ooi Eng Chew, 29, yang tiba dari China kira-kira pukul 10 malam ini.

Katanya beliau terkejut dengan tumpuan daripada pihak media yang memenuhi ruang ketibaan di LTABL yang sekian lama menanti untuk mendapatkan penjelasan berhubung kes itu daripada Eng Chew.

Turut sama adalah anggota keluarga bagi menjemput ketibaan Eng Chew.

Bagaimanapun pihak media gagal mendapatkan sebarang komen daripada Eng Chew kerana beliau dikawal oleh anggota keluarganya.

Sejurus tiba di LTABL, Eng Chew terus dibawa ke ibu pejabat polis Daerah Timur Laut di sini untuk memberi keterangan.

Ying Ying dilaporkan hilang oleh ibunya yang berusia 28 tahun, yang mendakwa dia meninggalkan anaknya itu di luar keretanya berhampiran pasar Bayan Baru semasa hendak membayar caj meletak kereta Jumaat lepas.

Bagaimanapun, tekiteki kehilangan kanakkanak itu terjawab dengan penemuan amat menyayatkan hati semalam dengan polis menemui abu mayatnya dekat tanah perkuburan Cina di Paya Terubong, selain sakibaki tulang mangsa serta cebisan kanakkanak itu dengan kesan dibakar.

Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki dan ibu kanakkanak itu bagi membantu siasatan kes kehilangan itu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.571735 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list