CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

The Richest People in Malaysia

[Copy link]
Post time 4-8-2008 08:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2008 11:06 PM | Show all posts
hehehe cina tew muka tan sri lim kok weng...founder of limkokweng college of technology...LICT....dier kawin gan tessie lim yg slalu ade artikel in d suratkaba..tapi sadly dah ceraiberai
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 11:10 PM | Show all posts
the bottom pix is of dato fathil mahmood...anak2 dier yg qabil ambak...the boy that made us proud at the seagames by giving msia gold medal n also a world class horsejumper in dresage ker ape nama....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 07:33 AM | Show all posts
Kekayaan jutawan kita susut RM76b

KUALA LUMPUR 16 Feb.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 05:16 PM | Show all posts
xsilap..anak sultan perak 2 de gak share kt gamuda kn...dengo cter la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 07:34 AM | Show all posts
Gates terkaya di dunia - 6 rakyat Malaysia bilionair dunia





NEW YORK - Dunia kini hanya mempunyai 793 bilionair berbanding 1,125 orang pada tahun lalu berikutan krisis kewangan, lapor Forbes kelmarin.

Enam daripada 793 bilionair itu adalah dari Malaysia yang diketuai oleh taikun Ananda Krishnan dan Robert Kuok masing-masing menduduki tempat ke-62.

Kedua-dua bilionair itu berkongsi nilai kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$7 bilion (RM25.85 bilion).

Tempat pertama masih dipegang oleh pengasas syarikat perisian komputer Microsoft iaitu, Bill Gates dengan kekayaannya AS$40 bilion (RM147.71 bilion).

Pelabur legenda dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$37 bilion (RM136.63 bilion).

Hartawan dari Mexico, Carlos Slim berada di tempat ketiga dengan kekayaan AS$35 bilion (RM129.24 bilion).

Dua taikun kelahiran India, Mukesh Ambai berada di tangga ketujuh dengan kekayaan AS$19.5 bilion (RM72 bilion).

Seorang lagi taikun India, Lakshmi Mittal menduduki tempat kelapan dengan kekayaan AS$19.3 bilion (RM71.26 bilion).

Hartawan George Soros berada di tangga ke-29 dengan kekayaan AS$11 bilion (RM40.61 bilion). Empat lagi rakyat Malaysia yang menduduki senarai Forbes itu adalah Lee Shin Cheng yang berada di tangga ke-234 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM9.96 bilion).

Rakyat Malaysia yang turut disenaraikan adalah Teh Hong Piow yang menduduki tempat ke-261 dengan kekayaan berjumlah AS$2.5 bilion (RM9.2 bilion).

Usahawan Malaysia, Quek Leng Chan menduduki tangga ke-376 dengan kekayaan AS$1.9 bilion (RM7.01 bilion).

Seorang lagi rakyat Malaysia, Yeoh Tiong Lay dan keluarga yang menduduki tempat ke-397 dengan kekayaan AS$1.8 bilion (RM6.64 bilion).

Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich menduduki tempat ke-51 dengan kekayaan adalah AS$8.5 bilion (RM31.39 bilion) ketika berumur 42 tahun.

Anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Bin Talal Al-Saud berada di tempat ke-22 dengan kekayaan berjumlah AS$13.3 bilion (RM49.11 bilion).

Pemilik kelab Manchester City, Sheik Mansour bin Zayed Al Nahyan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menduduki tangga ke-104 dengan kekayaan AS$4.9 bilion (RM18 bilion). - Agensi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2009 05:43 PM | Show all posts
kalau ada raja gula, kenape takda raja garam? garam pun penting mcm gula, mcm cerita klasik tu.
kenape gula yg bole mengkaya kan si robert ni..? memang bijak lah mrk yg kaya ni, tak kira lah kuat tipu ke tak tipu, sb org yg pandai tipu tp x kantoi, tu bijak nm nya...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 09:58 PM | Show all posts

Balas #106 Syd\ catat

hebot noh ..keling ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2009 09:59 PM | Show all posts
org2 penting dlm gomen yg stabilkan meke kaya..kalu dak hemmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 10:16 PM | Show all posts
huh..bila la aku nk kaya mcm diorang
keje mkn gaji jgn harapla nk kaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 10:55 AM | Show all posts
napa nama aku x tersenarai...!!!! :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 11:08 AM | Show all posts

Reply #111 axion's post

sian nyer....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 01:13 PM | Show all posts
gilos lebambos ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 03:51 PM | Show all posts
hihi seronoknya jadi kayo..aku nak jadi kayo jugak...wawawa
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 07:49 PM | Show all posts

Reply #110 farlis's post

Formula dari member yang kerja kat bank..... tak taulah betul ke tak tapi worth to try...

Setiap bulan simpan sekurang-kurangnya 10% dari duit gaji kita dalam akaun bank dan jangan usik-usik.. by the time nak pencen kita akan ada at least RM1mil dalam akaun tu... (Wallahualam)
Tapi janganlah pulak lagi 2-3 tahun nak pencen baru nak buat saving camni.... Bill Gates pun gelak guling-guling.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by leftovamudpie at 19-3-2009 18:49
Formula dari member yang kerja kat bank..... tak taulah betul ke tak tapi worth to try...

Setiap bulan simpan sekurang-kurangnya 10% dari duit gaji kita dalam akaun bank dan jangan usik-usik.. ...


10% tuh pulak kene tengok laaaaaaa kali dengan berapa gaji pokonye tuh..ahhahaha..kalau takat gaji cabuk cam aku nih idok leeeeeeeeee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2009 01:36 PM | Show all posts

Balas #115 leftovamudpie\ catat

left....dalam buku terbaru yg ifa baca kena at least 30%....

nyesal seminggu kenangkan figure tue....

selama nie simpan 10% jer....

kalau tak silap nama buku tu...MAKAN GAJI TAPI KAYA
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by babygina at 26-5-2007 17:05


Memang membanggakan kalo bilangan melayu yg kaya bertambah. Rasanya pernah baca somewhere Tun Det ada persoalkan kekayaan anak2 Pak Lah - paku dulang paku serpih..... Walaubagaimanapun aku  ...


hmm..tapi tun dah jadik pm bertahun2, ber-term2..ni pak lah baru kejap anak menantu dah kaya rayaaaaaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by Euphoria at 14-3-2009 17:43
kalau ada raja gula, kenape takda raja garam? garam pun penting mcm gula, mcm cerita klasik tu.
kenape gula yg bole mengkaya kan si robert ni..? memang bijak lah mrk yg kaya ni, tak kira lah kua ...


sebab garam murah..cuba compare harga haram sekilo ngan gula sekilo. pastuh garam berapa banyak sgt le orang pakai compared ngan gula tu..
aku rasa ah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2009 07:08 PM | Show all posts
Robert Kuok kekal rakyat Malaysia terkaya dengan kekayaan AS$9 Bilion

KUALA LUMPUR: Tan Sri Robert Kuok, peneraju Kumpulan Kuok, kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lalu, demikian menurut Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia 2009.

Dalam satu kenyataan di sini, hari ini, Forbes berkata, Kuok menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.

Ahli perniagaan, Tan Sri Ananda Krishnan, menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.

Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya.

Mereka juga manusia terkaya di Asia Tenggara.

Rakyat Malaysia ketiga terkaya ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, Ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia.

Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lalu tetapi mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga.

Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan bernilai AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lalu.

Ia menyatakan kemerosotan 22 peratus kekayaan itu sebahagian besarnya disebabkan sejajar dengan penurunan 21 peratus di Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dan tidaklah buruk sangat, jika diambil kira ringgit Malaysia turun 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, nilai mata wang yang digunakan bagi ukuran itu.

Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh 40 orang terkaya di negara ini.

Ia adalah perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai terkaya Forbes Asia.

Tan Sri Vincent Tan (ranking 10, AS$750 juta) dari Berjaya Corporation Bhd adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang terkeluar daripada ranking mereka yang memiliki kekayaan berbilion dolar dalam tempoh 12 bulan lalu kerana harga saham syarikatnya merosot.

Tiga orang yang memasuki kumpulan terkaya itu ialah anggota Lembaga Pengarah IOI, Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi, Tan Sri Chen Lip Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian, Goh Peng Ooi (ranking 34, AS$112 juta).

Empat orang menyertai semula kumpulan itu selepas terkeluar selama setahun atau lebih.

Antara mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100 juta) dan Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjual saham Southern Bank beberapa tahun lalu dan kini membuat pelaburan baru.

Terbitan terbaru Forbes Asia turut menonjolkan Tan Sri Francis Yeoh, peneraju konglomerat YTL (ranking tujuh, AS$1.8 bilion).

Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai Francis Yeoh boleh diperolehi pada terbitan 8 Jun, Forbes Asia, yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.070363 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list