CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

LH-Liza Hanim-Imagin

[Copy link]
Post time 29-5-2007 07:54 PM | Show all posts
Originally posted by kinijee at 29-5-2007 07:40 PM



Kiter belikat kedah awak kat a setaq.Kalo kat nydin atau tesco plg murah pun dlm RM23.00 kalo x silap.cover?pehh mmg puas hati.SRC pun x pernah wat cover mcm liza wat sendiri tau...


kedah ke? jauhnya..mesti kat kota baru pun dah kuar..esok aku nak pi cari lah..balik kl boleh layan album liza...
citerla lebih skit pasal lagu2 liza..saper komposernya..pls..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2007 11:14 PM | Show all posts

cilok kat website



PWR5368 - Liza Hanim - Imagin
Selling Price: RM25.90 / USD8.40
Format: CD
Language: Malay
Publisher: LH Media
Distributor: Hup Hup

Tracklisting:

Imaginasimu (Hey Liza)
Lara
Merawat Luka
Bebas
Permata Hatiku
Cinta Kelana
Semilir
Bebas (alternate remix)
Hai Liza (ending)
Imagin (minus one)



sumpah cover memang lawa...
nak harap src, tangkap gambar sendiri sorang2 lagi lawa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 01:31 AM | Show all posts

Reply #1 kinijee's post

betul ke tajuk album dia ada LH tu?
ala2 trademark lah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 01:32 AM | Show all posts

Reply #7 iscol_klang's post

wow...cover mmg classssss sgt.
inila hasil wat album dgn modal sndiri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 10:39 AM | Show all posts
wahhhhhhh.bestnya! my faveret female singer da kuar album terbaru. mesti mau!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 03:09 AM | Show all posts
aku baru beli tadi...aku beli kat cameron..so, aku percaya album ni dah ada nation wide..

lagu IMAGINASIMU(HEY LIZA) memang teramatlah best..mmg 5 bintang aku bagi..begitu juga lagu BEBAS versi asal dan versi ALTERNATE MIX..2-2 versi juga aku bagi 5 bintang..tak sia2 liza peram 2 lagu audi mok nie...aku nak dengar bebanyak kali dulu..then aku buat review..

korang semua belila album nie..amat berbaloi..inlay memang cantik dan tebal..digipack lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2007 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by <i>KoSe</i> at 31-5-2007 03:09 AM<br />
aku baru beli tadi...aku beli kat cameron..so, aku percaya album ni dah ada nation wide..<br />
<br />
lagu IMAGINASIMU(HEY LIZA) memang teramatlah best..mmg 5 bintang aku bagi..begitu juga lagu BEBAS ver ...
<br />


Aku stuju 2 kose album dier kali ni x mcm album dgn SRC aku raser masa dgn SRC album Isyarat Jiwa yg terbaik pas2 dah xde dah>aku suker sume lagi dlm album ni dengan lagu balad iaitu lara,merawat luka serta semilir.Pehhh lainlah album dier kali ni.Bytk perubahan x sia2 menunggu 2 tahun nak hasilkan album Harap2 VC kene gempak....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 01:20 PM | Show all posts
tapi yang kesalnya, 2 tahun tunggu, 8 lagu sajer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2007 07:25 PM | Show all posts
Originally posted by homeboy at 31-5-2007 01:20 PM
tapi yang kesalnya, 2 tahun tunggu, 8 lagu sajer..


mmg kesal gak..tapi nak buat camner mungkin lagu baru banyak kos yg terlibat..album ni produksi liza sendiri...kita kena support liza..beli album dia..ensure airplay bagus..bila dia dpt banyak show..bolehla dia buat album yg lebih gempak lepasnie..
haritu sepatutnya ada lagu azlan n cat...tapi tetiba takde plak..

patutnya liza boleh buat 2 lagu cover version utk cukupkan 10 track..ataupun letak lagu merawat luka versi natasha tu..kan lebih best..

aku dah jatuh cinta sesangat dengan lagu ballad LARA ciptaan AUDI MOK n juga SEMILIR ciptaan sharon paul...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 12:33 AM | Show all posts
baru beli album LH ni tadi...ceh LH konon...
so far okla.
tp aku terbeli tmpat mahal lak.
rasa rugi je bila fikir2 balik 8 lagu tu. :kant:
tp cover, booklet sumer mmg gempak.
tp perlu ke nak sexy?
nak nampak sofistikated n moden tak semstinya kene sexy ok. ;)

aku bru dgr sekali lalu...blom masuk sgt.
tp lagu imaginasi-hey liza tu okla...catchy.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 01:22 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 02:32 PM | Show all posts
mungkin simpan lagu tu untuk repackage kot..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 03:50 PM | Show all posts
COVER ALBUM MMG MELETOP!!BAGI AKU LAGU YANG MENARIK-LARA,MERAWAT LUKA,BEBAS,CINTA KELANA,SEMILIR.

IMAGINASIMU TU MACAM BIASA2 JE,PERMATA HATIKU OPENING DIE MACAM BEST,A B C D ......BEBAS MIX-MACAM KELAKAR PULAK AKU DENGAR..

OVER ALL..LH MMG BEST!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2007 10:20 AM | Show all posts
Nuansa Muzik: Liza kembali bawa imej baru, vokal mantap

-elly-

JUDUL: Imagin

ARTIS: Liza Hanim

GENRE: Pop R&B

JIKA ditanyakan siapa penyanyi wanita era lewat 90-an yang paling saya suka, jawapannya ialah Liza Hanim. Mengapa Liza? Sebab dia ada vokal dan penghayatan yang hebat. Itulah yang membuatkan Liza masih lagi jadi pilihan saya sampai sekarang.

Lantaran itu, kembalinya semula Liza dengan kelahiran album baru ketujuhnya ini, Imagin, membuatkan saya rasa lega. Sudah tentu kita mahu industri ini dipenuhi dengan penyanyi yang mempunyai vokal yang baik.

Kalaulah yang memenuhi industri ini dari kalangan penyanyi yang seperti hampas, lebih baiklah kita tidak usah panggil ia sebagai sebuah industri. Buat malu saja. Apapun, saya rasa Liza kembali pada waktu dan masa cukup tepat.

Bukan setakat itu saja, Liza juga membawa satu perubahan baru yang cukup ketara, baik di segi vokal mahupun penampilan. Memang sudah sampai waktunya dia tampil dengan perubahan sebegini, selepas lebih 10 tahun berada di dalam bidang seni suara.

Dia tidak perlu buktikan apa-apa lagi tetapi pada waktu yang sama membawa vokalnya ke tahap yang lebih jauh lagi dan inilah nampaknya yang cuba dibuktikan Liza menerusi album barunya ini.

Namun, Cinta Kelana hasil ciptaan komposer dan penyanyi Hazami satu momentum daripada Liza yang cukup menyerlah dalam album ini. Lagu yang banyak menggunakan iringan string ini menampilkan Liza dalam beberapa fasa vokal.

Menerusi fasa pertama, Liza banyak bermain dengan vokal yang banyak menggunakan teknik whispering. Fasa kedua, lenggok R&B Liza mula ketara dan notasi lagu yang dibawanya semakin meninggi.

Fasa ketiga, dia mengeluarkan vokal yang lebih soprano dan ada satu bahagian mengingatkan saya pada stail Ning menerusi lagu Curiga.

Sungguh luar biasa sekali vokal Liza dalam lagu ini. Tiada masa juga untuk dia berehat dan mencuri nafas menerusi lagu ini. Namun, kawalan vokalnya dijaga dengan begitu baik sekali.

Iringan string serta koir mencantikkan lagi lagu ini. Saya rasa ini antara lagu terbaik yang pernah dihasilkan Hazami. Ia membuatkan saya mahu mendengar berkali-kali.

Kemudian muncul pula lagu Semilir ciptaan Sharon Paul bersama lirik gubahan Fedtri Yahya dan ia meneruskan momentum yang sudah saya rasakan daripada Cinta Kelana.

Lagu ini memiliki nuansa pop yang cukup pekat dan susunan muzik terutama violin yang dimainkan Yap Yen menjadi lagu ini lebih cantik dan mempesonakan. Begitu juga dengan lirik puitis Fedtri. Semuanya nampak begitu serasi dan kena.

Saya yakin lagu ini terlebih dulu yang dapat memenuhi kehendak peminat muzik arus perdana. Ia bukan saja dapat dikaitkan dengan sesiapa namun mempunyai melodi komersial dan yang berkesan buat pendengar.

Lagu Merawat Luka ciptaan Azmeer, sebagaimana yang ada tahu lagu tema drama bersiri Natasha. Permata Hatiku ciptaan Audi Mok dan pertama kali menampilkan Liza Hanim sebagai penulis lirik lagu yang berkisar mengenai cahaya mata.

Namun ia mempunyai susunan muzik yang jazzy dan Liza pula cuba membawakan ia dengan stail blues yang tidak begitu ketara. Bebas adalah Pop R&B dance music yang hebat dan turut menyelitkan unsur percussion menerusi tabla yang dimainkan Prakash Kandasamy.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 01:53 PM | Show all posts

Reply #33 jeeboy's post

aku suka lagu bebas(remix)...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 05:47 PM | Show all posts
baru aku perasan, lagu cinta kelana ni la yg hazami offer nak bagi kat ct sejak album emas lagi...dah berape album berlalu, nampak macam ct tanak jek...hazami bagi kat liza hanimla kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2007 11:05 AM | Show all posts
lagu Bebas best gile..!! dgr kat Suria fm.. aku suka drumline &brass band throughout the song tu.. very unique.. pastu siap adabackground suara kanak2 lagi..

btw, harga dia 25.90 utk CD ke..? murahnya.. wajib beli nih..!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 04:42 PM | Show all posts
lagu imaginasimu tak sedap langsung pd aku.
elok lagu bebas tu yg dijadikan 1st single.
lagu2 ballad so far semua ok n aku bley terima.
cuma vokal liza aku rasa tak sesedap n semerdu dlu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 07:11 PM | Show all posts
Lagu Semilir tu lagu pop ke lagu etnik?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 08:06 PM | Show all posts
aku memang suka liza hanim,teringat kat awek lama bila dengar lama popular dia dulu masa awak2 GETARAN CINTA DI JIWA.

dah keluar album baru ni...wajib beli ni..tak sabar nak dengar dah 2 tahun tunggu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.411920 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list