CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22221|Reply: 243

All about Kes Dera & Abuse Anak -- very sad issue --

 Close [Copy link]
Post time 9-3-2007 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Bapa, kekasih ditahan kes anak mati, disyaki dera
09-03-2007

SUNGAI PETANI:  Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati dipercayai menjadi mangsa penderaan dan polis telah menahan bapa, teman wanita bapa kanak-kanak itu serta adik kepada teman wanita bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak malang itu Syahimi A. Saleem disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini kira-kira 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata terdapat kecederaan di kepala, lebam dan calar di beberapa bahagian tubuh serta kesan melecur dipercayai cucuhan api rokok di bahagian tubuhnya.

Hasil bedah siasat yang dilakukan Pakar Patologi Hospital Alor Star Dr Suhani Mat Noor mendapati kanak-kanak itu mengalami keretakan tulang belakang manakala beberapa organ dalaman pecah, katanya semasa dihubungi hari ini.

Hashim berkata kanak-kanak itu dibawa ke HSAH oleh bapanya berusia 32 tahun bersama teman wanitanya berusia 34 tahun setelah menyedari mangsa tidak bernafas apabila dikejutkan daripada tidur kira-kira 7 pagi.

"Sejurus tiba di hospital, doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan polis yang menerima laporan daripada pihak hospital segera bergegas dan menahan tiga orang bagi membantu siasatan iaitu bapa kanak-kanak itu, teman wanitanya serta seorang lagi wanita berusia 29 tahun yang merupakan adik kepada teman wanita bapa mangsa," katanya.

Hashim berkata ibu dan bapa mangsa bercerai sejak beberapa tahun lepas.

Katanya mangsa serta kakaknya berusia empat tahun tinggal bersama bapa mereka di Ipoh, datang melawat teman wanita bapanya yang tinggal di Bedong sejak minggu lepas, dan sepanjang berada di sini mereka menumpang di rumah adik teman wanita bapanya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
goodness -
just last week -- kes anak mati jatuh dari pangkuan --
yang ni pulak   kena dera !! --

kenapala manusia ni ye --
yang tak ada anak - nak sangat anak - boleh beri kasih sayang -
yang ada anak pulak --  kejam .....  bertindak kejam cam ni -

if convicted -  saya harap  hukum bunuh patut ditetapkan -
bukan rm5000  or penjara 2 tahun --


[ Last edited by  dexa at 28-4-2007 12:05 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2007 09:14 PM | Show all posts
jantan dari sungai pertani lagi...........

maksak ler jantan ni kene maki ngan ashna
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 09:19 PM | Show all posts
jaP lagi ashna masuk dengan lenggang lenggoknya :music:
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 09:31 PM | Show all posts
panas betul aku tengok laki tu kat tibi tadi!!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 10:12 PM | Show all posts
binatang pun tau sayang anak..:@
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 08:12 AM | Show all posts
X paham kenapa tv nak matrix kan muka lelaki kejam ngan gepren dia ni :@ :@  bagi je semua tgk muka calon bapa mithali ni, urghhhhhh angin wa dari malam tadi x leh surut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2007 08:25 AM | Show all posts
Why our society turning into a beast like this?. If this is our civilization , then please god , take it away from us.

----------
"What feeling is so nice as a child's hand in yours? So small, so soft and warm, like a kitten huddling in the shelter of your clasp" - Marjorie Holmes
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 08:59 AM | Show all posts
kejam...........kejam......kejam :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2007 10:39 AM | Show all posts
Manusia ni bila tahap kesabaran dah hilang....akan jadi lebih teruk dari haiwan,,,
sedangkan haiwan pun sayangkan anak....




Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 12:33 AM | Show all posts
Aku tengok berita RTM petang tadi. Jantan tu cam mamak je & girlfriend nyer pulak cam kerling.siap ada nandek lagi kat dahi.:agr:
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 03:16 AM | Show all posts
bodoh betul!!!! bangang punya bapak!!!!:@ :@

mesti dera anaknya sbb kacau diorg nak romen..
budak 3 thb mana tau apa2 lg..!!!!!!
yg di dera buat apa la bodoh punya org...
minta2 kat penjara diorg pulak kena dera biar diorg rasa cam ner diorg dera budak tu!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 07:28 AM | Show all posts
libas jer dgn ekor pari tuh...sampai mati...apa yg anak dia rasa itu patut hukum setimpal...
kalo aku keje kat dlm jail pegang ekor pari...mmg otak aku tak penah lintas kesian dah...
libas jer sekuat hati aku...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 10:07 AM | Show all posts
betul mrsakit....  kita dera jer beruk tua yang 3 ekor tu.. sampai tinggal separuh nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 10:15 AM | Show all posts
mabuk laaa tu..
tu yg selamba jeee dera budak tu..
hampeeehh punyaa manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 10:38 AM | Show all posts
kesiannyaaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 10:41 AM | Show all posts
depa ni rasa pleasure dgn mendera kanak2 kot...
pengecut nak mampos...
harap mmg mampos la tak lama lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2007 12:21 PM | Show all posts
semakin hari mentaliti manusia semakin byk yg tak betul.. perasaan kemanusiaan semakin hilang.. apala nak jadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2007 12:23 PM | Show all posts
Suspected child abuse victims warded
12-03-2007

SUNGAI PETANI: Three young children have been admitted to the Sultan Abdul Halim Hospital here after police detected signs of possible child abuse.  

All three lived in the same house as Syahimi A. Saleem, three, who died of head injuries on Friday. One of them was Syahimi抯 four-year-old sister who was found with bruises on her body.  

The two other children, a five-month-old infant and a two-year-old, were running a fever. They are the daughters of his father抯 live-in lover.  

All four children lived at the girlfriend抯 house in Taman Permai Bestari.  

Police have obtained a court order to detain a 32-year-old contract worker and his 34-year-old girlfriend until March 19.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2007 12:26 PM | Show all posts
Budak perempuan disyaki mangsa dera tidak dibenar pulang


SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dimasukkan di hospital di sini semalam bagi pemeriksaan lanjut, dua hari selepas adik lelakinya mati dipercayai didera.


Ahli keluarga yang datang untuk menuntut mayat kanak-kanak lelaki itu di Hospital Sultan Abdul Halim di sini semalam, tidak dibenarkan membawa pulang kanak-kanak perempuan terbabit kerana doktor sedang menyiasat punca kecederaan di bahagian belakang dan mata kirinya.

Jumaat lalu, polis menahan bapa mangsa yang berusia 32 tahun dan teman wanitanya yang berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, ketika dihubungi bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kanak-kanak perempuan masih ditempatkan di hospital.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak lelaki itu sudah dituntut oleh keluarganya semalam dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Mewah di sini.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Zarina Abd Thalif, 37, ketika ditemui di hospital berkata, beliau terkejut mendengar kejadian berkenaan.

Beliau berkata, adik lelakinya (suspek) adalah seorang bapa yang penyayang dan beliau terkejut apabila mendapat tahu dia ditahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2007 01:14 PM | Show all posts
Hukuman setimpal
Oleh Murni Wan Omar

KUALA LUMPUR: Tindakan yang lebih tegas perlu diambil untuk menunjukkan kerajaan serius dalam menangani isu buang bayi kerana undang-undang yang sedia ada sudah cukup dan jelas tetapi pelaksanaannya masih belum menyeluruh.

Peguam, Akbardin Abdul Kader berkata, untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berulang ialah dengan memberi hukuman setimpal dan menyebabkan pesalah lain takut serta mendapat pengajaran darinya.

Beliau berkata, masyarakat tidak sewajarnya dipersalahkan 100 peratus kerana ada dikalangan mereka yang terbabit dengan kegiatan seperti ini datang dari golongan berpelajaran tetapi masih melakukannya.

揗ereka sendiri perlu sedar dan mengelakkan diri. Mereka perlu dipupuk untuk bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri. Mereka yang terbabit sepatutnya boleh membuat tindakan sepatutnya dari peringkat awal lagi dan bukan menunggu saat akhir,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.080106 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list