CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tewah

Polycystic Ovaries - PCOS

[Copy link]
Post time 19-3-2008 08:36 PM | Show all posts

Duphaston (discontinued in the UK - March 2008)

Duphaston (discontinued in the UK - March 2008)

http://www.netdoctor.co.uk/medicines/100000874.html


for comercial reason.

ada ubat baru kot

[ Last edited by  Bangingud at 19-3-2008 08:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2009 11:43 AM | Show all posts
salam...
tommy up ckit page nie...
tommy baru balik jumpa Dr. Nor Ashikin (PrimaNora)...
Diagnosed wt PCOS... hmmm... sgt sedih tapi alhamdullilah... tommy bersyukur sbb dh ada sorang anak pompuan... anak tommy dh 5 thn.. tgh plan nak dpt lagi sorang...
masalah tommy plak tak peyed since habis pantang... mkn diane 35 & yasmin.. peyed.. tp bila berenti tak peyed langsung...
tapi dr cam pelik naper dr yg tommy pergi before this bg pil perancang... dia kata u kan nak preknen apesal bg ubat2 tue... huhuhuh...
hari nie start duphaston... sabtu nie amik darah sbb nak check ada diabetic ker tak... next week bila period kena dtg follow up lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 12:57 PM | Show all posts
salam...
saye pn diagnosed with PCOS...bulan lepas...
da 2 thn kwen blom ade baby..sedeyyyy..
adik ipar kawen 1thn lewat dari kami baru je dapat baby sabtu lepas..lagii laa betambah sedey..
sian kat diri snediri...kat parents pn sian gak sbb tetunggu2 nk timang cucu sulung..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 03:06 PM | Show all posts
Originally posted by lifeobserver at 12-5-2009 12:57
salam...
saye pn diagnosed with PCOS...bulan lepas...
da 2 thn kwen blom ade baby..sedeyyyy..
adik ipar kawen 1thn lewat dari kami baru je dapat baby sabtu lepas..lagii laa betambah sedey..
s ...


salam dear...
sy amat memahami perasaan awak...
w/pun sy dh ada anak 1 tp org pun asyik tanya.. taknak tambah ker... satu jer mana cukup... kesian budak nie takder adik... geram sungguh... adeehhh... kang aku explain korang plak tak paham... aduyaiii...
adik tommy.. lepas 3 tahun br dpt... dia sbb keputihan terlalu byk... setiap kali sperm tue nak masuk, dia mati.. tak sempat menuju kejayaan... jumpa dr hamid then alhamdullilah..
lepas sebulan.. alhamdullilah, preknen dah dia... skrg nie tgh menunggu hari...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 04:35 PM | Show all posts

Balas #104 tommygirl\ catat

o0whh..adik tommy tggu ari yer...bestnyerr..
tommy pn pcos ker??
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 06:30 PM | Show all posts
j pun pcos gak. dr sblm kawin lg mmg dah di diagnosed kan pcos. period tak tetap...muka pun ada bulu2 halus... ..yg penting saiz ovari pun besar dr saiz normal sbb byk sgt telur2 malas yg terkumpul kat ovari tu.

dr be4 kawin lg j dah amik treamnt...utk anak 1st j wat iui...alhamdulillah pregnant...smpi 9bln...tp baby lak meninggal dlm perut sbb j darah tinggi.

pas bersalin...langsung dah takde period...so terpaksa amik ubat perancang tiap2 bulan utk kuarkan period.

alhamdulillah...after 2thn pas bersalin my 1st baby(arwah)...la ni j dh pregnant balik...dah nak masuk 3bln dah. hope kali ni baby dpt lahir dgn selamat. insyallah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2009 08:25 PM | Show all posts
Originally posted by lifeobserver at 12-5-2009 16:35
o0whh..adik tommy tggu ari yer...bestnyerr..
tommy pn pcos ker??


alhamdullilah...
yeap.. br jer dpt tau last monday after jumpa few gynae...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by Jcatz at 12-5-2009 18:30
j pun pcos gak. dr sblm kawin lg mmg dah di diagnosed kan pcos. period tak tetap...muka pun ada bulu2 halus... ..yg penting saiz ovari pun besar dr saiz normal sbb byk sgt telur2 malas yg terku ...


itula.. bila tommy dok pk2 balik.. pttla ada misai tumbuh... but no soo obvious... tp bila pki bedak tue nampakla...
sentiasa kena gie wat threading... size ovari doc tak ckp plak...
insyaAllah J.. doa kan yg terbaik yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2009 08:45 AM | Show all posts

Balas #106 Jcatz\ catat

o0whh...yeker..tp syukur laa skrg pn j da peknen lg..alhamdulillah..
so pasni kne jage diri bebaik k..

saye pas kawen baru p check doc then baru tau ade pcos..
b4 kawen mmg period xttp tp tak penah nk p check pn..
selame ni mmg tak penah tau menau langsung laa pasal pcos nih..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by tewah at 4-10-2006 12:35
Hi,

Ade sesape boleh tolong explain tak masalah PCOS ni, and how to control this syndrome?


Tq :nerd:



alamak..aku pun PCOS la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 12:02 AM | Show all posts
UNTUK SAPE2 YG TAK TAU PASAL PCOS...NI J TEPEK SERBA SEDIKIT PASAL PCOS YG J COPY DR MESRA.NET

SINDROM ovari polisistik merupakan satu keabnormalan yang tercetus daripada keganjilan paras hormon-hormon tertentu. Wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai haid yang tidak teratur dan kadangkala tidak ada haid langsung.

Walaupun sindrom ini boleh memudaratkan wanita, rawatannya tetap ada. Artikel ini akan membincangkan mengenai apakah sindrom ovari polisistik, bagaimana ia didiagnos dan cara rawatannya.

Permasalahan

Wanita yang menderita sindrom ini memang dilahirkan dengan situasi telur sebegitu. Cuma, manifestasi petandanya jelas pada umur yang meningkat. Boleh dikatakan sindrom ini mempunyai talian kekeluargaan di mana anak-anak pun mungkin juga akan mewarisi sindrom ini.

Pemahaman masalah melalui pemahaman hormonhormon reproduksi

Setiap bulan, folikel yang mengandungi telur, menjadi matang dan dibebaskan dari ovari seseorang wanita. Sekiranya persenyawaan berlaku di antara telur dan sperma, wanita tersebut akan mengandung.

Sekiranya tiada persenyawaan, ataupun proses tersebut gagal, lapisan dalam rahim iaitu endometrium akan terhakis dan dikeluarkan sebagai pendarahan haid.

Hormon-hormon utama wanita

* Hormon perangsang folikel dan hormon luteinisasi dikilangkan di kelenjar pituitari yang berada di dasar otak. Hormon perangsang folikel merangsang kematangan telur di dalam ovari manakala hormon luteinisasi pula merangsang supaya telur tersebut dikeluarkan dari ovari tersebut.

* Ovari menghasilkan hormon-hormon estrogen dan progesteron. Estrogen menyebabkan lapisan dalam rahim iaitu endometrium, menebal. Selepas ovulasi, paras progesteron yang tinggi akan menyebabkan pembuluh darah membengkak seterusnya perubahan lain yang bertujuan sebagai persediaan mengandung.

Hari pertama kedatangan haid dilabelkan sebagai Hari Pertama. Purata kitaran haid wanita lebih kurang 28 hari, termasuklah pendarahan yang berlaku selama lima hingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, kitaran haid berubah-ubah dari 23 hingga 35 hari.

Dalam kebanyakan kes, hormon perangsang folikel dikeluarkan mencukupi untuk kehadiran satu folikel yang kemudiannya akan mengeluarkan telur dari ovari apabila matang. Lain pula halnya dengan sindrom ovari polisistik. Walaupun mempunyai banyak folikel, proses kematangan tidak berlaku dan tentu sekali telur tidak akan dikeluarkan.

Disebabkan tidak ada pengeluaran telur, paras hormon progesteron menjadi rendah manakala paras hormon estrogen dan androgen menjadi tinggi mengakibatkan pendarahan haid menjadi tidak teratur.

Insulin

Insulin juga memainkan peranan dalam sindrom ovari polisistik. Ramai wanita yang menderita sindrom ini mempunyai paras hormon insulin yang tinggi ataupun insulin yang dikeluarkan tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya dengan cekap.

Ini mungkin menjadi salah satu penyebab kenapa wanita yang mengalami sindrom ini mempunyai berat badan melebihi berat sepatutnya bagi umur mereka. Selain itu, mereka mungkin turut mengalami kesukaran untuk mengurangkan lebihan berat badan. Mereka akan cenderung ke arah penyakit kencing manis.

Kehadiran insulin berlebihan akan mengganggu tumbesaran folikel-folikel di dalam ovari, lambat-laun ovari akan membesar disebabkan oleh banyaknya folikel yang dikandung.

Risiko jangka panjang

Sindrom ini dikaitkan dengan penyakit jantung, kencing manis dan juga tekanan darah tinggi.

Kehadiran estrogen yang tinggi berpanjangan, tanpa timbal balik rangsangan hormon progesteron, meningkatkan risiko tumbesaran lapisan dalam rahim secara melampau. Masalah ini lama-kelamaan akan menyebabkan hiperplasia endometrium yang seandainya tidak dirawat akan mendedahkan wanita kepada kejadian barah rahim.

Rungutan dan tanda-tanda

Perlu diingat, perubahan hormon mungkin bermula ketika kitaran haid yang pertama, mungkin juga berlangsung dengan peningkatan usia.

lKehadiran bulu-bulu dan rambut-rambut kemiripan lelaki di muka dan juga badan. Faktor bangsa turut mempengaruhi

*Jerawat

*Kulit menjadi kegelapan dan menebal di bahagian leher, ketiak, kawasan di tepi faraj kedua-dua paha dan juga permukaan sebelah dalam paha

*Gemuk atau berat badan melebihi berat yang bersesuaian dengan umur dan ketinggian

*Kehadiran haid yang tidak menentu ataupun tidak datang haid langsung

*Sukar untuk mengandung

*Infeksi/jangkitan yis/fungus/kulat di faraj

*Mungkin juga kehilangan atau keguguran rambut keterlaluan.

Diagnosis

Doktor akan menjalankan pemeriksaan kesihatan, sejarah dan juga fizikal.

Kitaran haid akan ditanya secara terperinci, sejarah keluarga termasuk kakak-kakak, adik-adik perempuan dan ibu, akan dihalusi. Ujian darah termasuk paras-paras hormon tertentu, glukosa darah dan mungkin juga paras insulin akan dikaji.

Ujian ultrasound akan dijalankan semasa seseorang sedang mengalami datang bulan untuk merekodkan morfologi ovari, juga ketebalan dinding rahim iaitu endometrium, akan diukur.

Rawatan

Sindrom ini merupakan satu situasi yang berkekalan. Rawatan bergantung kepada rungutan dan juga sama ada puan berhasrat untuk mengandung.

* Perubahan tatacara kehidupan. Ini bertujuan merendahkan paras hormon insulin, bersenam dan beriadah setiap hari boleh membantu (sekurang-kurangnya 30 minit sehari).

Pengurangan berat badan juga boleh menurunkan paras insulin bagi membolehkan pengeluaran telur dari ovari. Ia juga membantu mengurangkan kehadiran rambut-rambut dan bulu-bulu ke arah kelakian dan seterusnya merendahkan risiko hiperplasia dinding rahim.

Pola pemakanan juga perlu dijaga. Kurangkan makanan yang kaya dengan karbohidrat di samping mengurangkan pengambilan gula. Pakar pemakanan boleh membantu untuk mengurangkan berat badan melalui pemakanan tertentu.

* Secara perubatan.

Untuk mereka yang haidnya tidak teratur, hormon progesteron ataupun pil perancang keluarga mungkin membantu.

Bagi mereka yang berhasrat untuk mengandung pula, perawatan yang diberikan tumpuan adalah supaya kematangan telur berlaku dan seterusnya boleh dikeluarkan untuk disenyawakan.

Ubat-ubatan lain mungkin turut dipreskripsi bagi mengawal serta merendahkan paras insulin badan. Ubat-ubatan lain yang mungkin diberikan bertujuan untuk melambatkan tumbesaran rambut-rambut dan bulu-bulu mirip kelakian.

Bagi mengatasi masalah kehadiran rambut dan bulu yang sedia ada, kaedah-kaedah kosmetik disyorkan seperti bercukur, elektrolisis dan kaedah-kaedah lain yang terdapat di salun-salun kecantikan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 12:03 AM | Show all posts
HOPE PENERANGAN KAT ATAS DAPAT MEMBANTU SESIAPA YG TAK BRP PAHAM PASAL PCOS NI ....SAJE CARI MAKLUMAT DLM BAHASA MELAYU...SENANG SKET NAK PAHAM
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 12:09 AM | Show all posts
NI LG 1 ARTIKEL PASAL PCOS YG J AMIK DR BLOG WOMEN'S HEALTH...

http://globalhealthywoman.blogspot.com/

PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)

PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik adalah satu penyakit yang telah lama diketahui oleh pakar-pakar sakitpuan. Namun, hanya dalam seabad yang lepas, penyelidikan berkaitan PCOS makin bertambah dan mula mungungkit minat pelbagai pihak.

European Society for Human Reproduction and Embryology (ESHRE) dan the American Society for Reproductive Medicine (ASRM) adalah antara organisasi yang telah lama cuba menyeragamkan diagnosa dan cuba mewujudkan garispanduan dalam perawatan wanita yang menghidap sindrom ini. Usaha mereka akhirnya berhasil di satu sidang kemuncak PCOS di Rotterdam pada tahun 2004.

Menurut 'kriteria Rotterdam' tersebut, seseorang wanita harus memiliki sekurang-kurangnya DUA dari TIGA ciri-ciri am PCOS iaitu:
1. Haid tidak teratur atau haid sering lewat (absent)
2. Hiperandrogenisma (keadaan di mana berlaku peningkatan hormon androgen, sejenis hormon kaum lelaki)
3. Ovari polisistik, iaitu, sekurang-kurangnya satu ovari mempunyai minima 12 telur (follikel) atau saiz ovari telah membesar

Namun, PCOS masih merupakan satu sindrom dan dengan itu, diagnosa PCOS tidak TERIKAT semata-mata kepada tiga kriteria yang disebut di atas.

Berikut adalah antara masalah lazim yang saya kenalpasti di kalangan wanita yang disyakki menghidap PCOS:
1. Pertambahan berat badan yang mendadak (sekurang-kurangnya 5%) .... sering berlaku walaupun wanita-wanita ini tidak mengalami pertambahan nafsu makan
2. Ahli keluarga atau diri sendiri menghidap penyakit Diabetes (kencing manis)
3. Peningkatan pertumbuhan bulu roma yang tidak menyenangkan - roma makin menebal, hitam dan menjadi kerinting. Mula tumbuh di bahagian-bahagian 'sensitif' seolah-olah ada pertumbuhan misai halus atau janggut
4. Central obesity - kaki dan tangan tampak 'slim' tetapi lemak berkumpul di kawasan dada, abdomen dan punggung maenyebabkan wanita tersebut hilang 'shape' (maaf, saya bukan menghina kaum wanita...)
5. Kurang subur. Mengandung pun, mudah gugur.

Rawatan PCOS biasanya merangkumi strategi-strategi seperti berikut:
1. Mengurangkan berat badan
2. Ubatan seperti metformin (yang sebenarnya adalah ubat kencing manis) dan pil perancang. Pelbagai jenis pil perancang boleh diguna. Ada diantaranya yang mengandungi ubat anti-androgen (anti hormon lelaki) iaitu 'cyperoterone acetate'. Contohnya adalah Diane 35 (dipasarkan oleh syarikat farmaseutikal Schering) dan Estelle (maaf, saya tidak tahu nama syarikat)
3. Rawatan kesuburan bagi wanita yang mengingingkannya
4. Rawatan jangka panjang, terutamanya dari segi risiko kencing manis, kolestrol tinggi, darah tinggi, penyakit jantung & barah rahim
5. Rawatan kosmetik - juga untuk golongan wanita yang menginginkannya

Jenis dan cara rawatan adalah bergantung kepada kehendak pesakit, indikasi perubatan dan pendapat doktor yang merawat.

Dari segi rawatan kesuburan, tidak semua wanita yang perlu rawatan secara ubat. Ada wanita yang bijak mengurus berat badan dan ini dengan sendirinya merangsang kesuburan. Dari segi perubatan, bantuan boleh diberi dari segi:
1. Ubat metformin
2. Pil subur (clomiphene citrate) atau Suntikan harian hormon (FSH)
3. Suntikan hCG untuk menggalakkan ovulasi
4. Kaedah laparoskopik (ovarian drilling) - untuk memperbetul ketidakseimbangan hormon di dalam ovari

Ada juga doktor yang menggunakan kaedah tambahan seperti pemanian beradas (IUI) atau persenyawaan tabung uji (IVF).

Namun, kejayaan rawatan tidak boleh diukur dari segi kadar kehamilan sahaja. Ini adalah kerana kadar KELAHIRAN adalah kurang dari kadar KEHAMILAN. Bukan semua janin dapat bertahan sehingga tempoh matang. Ada yang gugur. Ada yang lahir terlalu pramatang. Ini adalah suatu kelemahan semulajadi dalam kes-kes rawatan kesuburan, apakan lagi kes PCOS di mana telur (ovum) yang terhasil kadangkala tidak sihat dan tidak stabil.

Semasa menjalan rawatan kesuburan, doktor biasanya akan memanggil wanita itu untuk datang pada hari ke 9 atau ke 10 untuk 'follicle tracking'. Ini adalah satu proses pengesanan tumbesaran telur (ovum) dengan bantuan alat skan melalui faraj. Skan ini terpaksa dilakukan berulang-kali (biasanya 3 hingga 4 kali) untuk memahami kadar tumbesaran ovum. Apabila ovum telah mencapai peringkat matang, satu suntikan penggalak ovulasi (hCG) akan diberi.

Tidak semua wanita yang memerlukan skan sehingga 3 atau 4 kali. Ada kes di mana telur matang dengan cepat.

Begitu juga dengan suntikan hCG: doktor kadangkala membuat keputusan untuk tidak memberi suntikan ini, terutamanya dalam kes respons terlalu lemah ATAU respons terlalu kuat (terlalu banyak telur yang matang sekaligus)

Posted by Dr Saravanen Velu at 12:19 AM 2 comments Links to this post  
Tuesday
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 03:01 AM | Show all posts

Reply #113 Jcatz's post

I know that metformin has been long used in pcos....But the current RCOG guideline says....best avoid metformin....because its side effects outweighs its benefits

weight management is best done with regular exercise and good diet....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 10:50 AM | Show all posts
J dear... thanks a lot for the really good infos... now, i understand better...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 10:33 AM | Show all posts
tommy nak tnya...
tommy tgh makan duphaston.. hari sabtu nie last day..
lepas brapa lama kita akan dpt period kita yer...?

thanks in advance..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2009 04:15 PM | Show all posts
suka plak thread nih. tak sangka plak ada gak forumer kat sini sama kumpulan ngan saya. very good info about a PCOS. i pn dh 4 tahun kawin. Check ada pcos pn lepas setahun kawin. tak pernah pragnent. bila baca info2 kat atas tu mmg tepat la. pngidap pcos ni mmg peyed tak tetap, berat badan belebihan, perut buncit, tumbuh bulu pada muka, kaki, rambut gugur.. gi pakar puan, doc suggest drilling ovary supaya telur2 tu bole kuar n release dlm ovari tuh. tp i tak besedia lg la. duit tak cukup.. tp bln 8 nnt i akan start rawatan kat hosptal kerajaan(O+Gynae).. apa2 berita nanti i info u all... tp kalau ada doctor2 yg pakar puan tu,, yg arif ttg PCOS ni,, share la ngan kami.... terutamanya jalan penyelesaian untuk buang PCOS ni dan supaya leh pragnent.. harap2 ada forumer2 yg baik hati sudi nak share info PCOS lg...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by tun5 at 15-5-2009 16:15
suka plak thread nih. tak sangka plak ada gak forumer kat sini sama kumpulan ngan saya. very good info about a PCOS. i pn dh 4 tahun kawin. Check ada pcos pn lepas setahun kawin. tak ...


hi tun...
salam perkenalan... tommy br jumpa doc sekali.. datuk dr nor ashikin...
esok nak amik darah utk check diabetic...
tgkla camner...
btw, brapa kos yer for ovarian drilling nie... ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 11:52 PM | Show all posts
Originally posted by tommygirl at 15-5-2009 10:33
tommy nak tnya...
tommy tgh makan duphaston.. hari sabtu nie last day..
lepas brapa lama kita akan dpt period kita yer...?

thanks in advance..


tak tentu tommy...ikut org...mcm j dulu......kdg2 after 7days br dtg period...tp ada masa2nya lg cepat dr tu...tp biasanya dlm masa 7hr la...tak lebih dr tu. ini ikut pengalaman j dulu2...tiap2 bulan dok mkn diane nak bg kuar period !!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by tun5 at 15-5-2009 16:15
suka plak thread nih. tak sangka plak ada gak forumer kat sini sama kumpulan ngan saya. very good info about a PCOS. i pn dh 4 tahun kawin. Check ada pcos pn lepas setahun kawin. tak ...



tun...rasa2nya better tun masuk thread infertility...kat situ ada ramai kwn2 yg senasib...termasuk la j . kat situ tun leh share pasal treatmnt...pasal tmpt rawatan...kos...and dpt mcm2 info lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.375011 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list