View: 1142|Reply: 0
|
Ayahku Dalam Kenangan..
[Copy link]
|
|
Ayah,
Seingat aku, Ayah seorang yang tegas. Memang cukup tegas..
Tapi kini aku tahu..kenapa Ayah bertegas suatu ketika dulu..
Kini aku tahu..betapa payahnya hendak mendidik dan membesarkan seorang anak.
Ayah,
Dulu, aku anggap pekerjaan Ayah hanya satu kerja yang biasa. Tidak seperti ayah-ayah orang lain..Guru, Doktor, Pegawai kerajaan..
Tapi kini aku tahu..kerja Ayah itu, walau apa sekali pun telah berjaya memberi aku sesuap nasi..Hasil dari kerja Ayah juga telah membuat aku berjaya dalam pelajaran.
Ayah,
Dulu aku rimas..dulu aku resah..Selalu sahaja aku merajuk..
Pabila Ayah tidak membenarkan aku menyertai apa-apa aktiviti luar sekolah..
Kini aku tahu..betapa Ayah terlalu risaukan keselamatan aku.
Ayah,
Kini aku mula mengerti akan satu persatu tindakanmu...semuanya untuk kebaikan aku..
Ayah,
Segala apa yang Ayah lakukan untuk membesar dan mendidik aku..akan ku kenang sampa bila-bila.
Moga aku juga akan boleh membesarkan anak aku menjadi insan yang berguna..
Kini aku hanya mampu berdoa semoga Ayah abadi di sana..semoga Ayah ditempatkan Allah bersama orang-orang yang beriman..Aminn..
Kenangan untuk Arwah ayahku...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|