CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Bangunan2 Kerajaan tiada Kualiti -Latest:Paip Pecah Banjir DiKlinik Kesihatan

 Close [Copy link]
 Author| Post time 24-7-2007 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by freebird at 24-7-2007 05:36 PM


....'itu Tuan Allah punya sebablah, dia kasi itu hujan turun, sebab itu lah atap bocorrrrrrr!!!.....kalau takda hujan, takda bocor lah'....



nak try bayangkan samy vellu cakap cam tu --
tapi yang selalu dapat bayangkan bila dia sebut
penagey penagey dade  --
sebab few times caught him said that -

* anyway about this bocor and whatnot -
sampai bila2 pun building kat malaysia akan menghadapi
masalah leaking cam tu walau camana canggih pun building tu -
macam court kat jalan duta - sebab tak telus management
dalam hiring contractors responsible for the job -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2007 08:06 PM | Show all posts

Samy: Pemanasan global punca parlimen bocor

Samy: Pemanasan global punca parlimen bocor
24-07-2007 07:33:34 PM
KUALA LUMPUR:  Pola perubahan cuaca dunia yang menyebabkan hujan turun lebih lebat merupakan punca kebocoran bumbung bangunan Parlimen baru-baru ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu.
Mengulas insiden semalam di mana Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkena tempias daripada kebocoran itu sebaik melangkah keluar dari Dewan Negara, Samy Vellu berkata ia berpunca daripada hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lepas.
"Hujan turun lebat akhir-akhir ini, bukan sahaja di sini, tetapi di seluruh dunia.
"Seperti di England, jalan rayanya kini dinaiki air sedalam lima kaki, di Amerika (Syarikat) juga berlaku banjir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu seminar mengenai Pengurusan Teknologi untuk Perusahaan di sebuah hotel di sini hari ini.
Beliau berkata kerja pemasangan lapisan kalis air sedang dilakukan di bangunan Parlimen dan kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM12 juta untuk kajian awal dan pembaikan segera "di beberapa tempat yang mengalami kebocoran teruk" di bangunan itu.
Samy Vellu berkata memandangkan bangunan Parlimen telah berusia kira-kira 50 tahun, keseluruhan bumbung bangunan Parlimen itu perlu dipasang dengan lapisan kalis air sekali lagi, tetapi kos untuk melakukan pembaikan itu belum lagi dinilai.
"Kita kena buka konkrit lama, dan memasang blok konkrit yang baru, dan buat lapisan kalis air di lapisan paling bawah dan paling atas," katanya.
Beliau berkata dua atau tiga jurutera akan ditempatkan di tapak projek untuk menyelia kerja-kerja pemasangan lapisan kalis air dua lapis itu bagi mengelakkan kerja-kerja yang dilakukan kurang bermutu.
"Saya sendiri akan melawat esok pagi untuk melihat apakah yang sedang berlaku," katanya. BERNAMA

betul jugak kan... bijak betulll dia ni... #$(*^*(*&)%$$^$##$ ** ^ ^(         
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 08:10 PM | Show all posts
Ini Kel!ng banyak auta loyar buruk lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 08:26 PM | Show all posts


boleh terima alasan dia...angguk semua
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 08:34 PM | Show all posts

Reply #1 sudugarpu's post

oiiiiiii samy ! bukan parlimen saja bocor....benda lain bocor jugak...cuba hang tanya Jasin dgn Kanibinatang.....dia ler kata...
http://bp2.blogger.com/_Li7ig_GYyYU/RknXMgJBIAI/AAAAAAAAANc/rzrFg38-3pU/s1600-h/menstrual_duo2.jpg

[ Last edited by  hammer at 24-7-2007 08:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 08:45 PM | Show all posts
tak per..tambahan 12 juta sudah diluluskan bagi membaiki bumbung bangunan.....
Masyuk lagi......


Lagi banyak rosak lagi masyuk........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2007 08:58 PM | Show all posts
serius dia bagi alasan tu??
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by white01whale at 24-7-2007 08:58 PM
serius dia bagi alasan tu??

yer...siap masuk TV3 lagik......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2007 09:15 PM | Show all posts
angguk2 geleng2

parlimen bocor sebab 50 tahun, abis tu Putrajaya bocor tu sobab apa?

mcm mana la badut2 mcm ni boleh jadi Menteri?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 09:19 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 24-7-2007 09:15 PM
angguk2 geleng2

parlimen bocor sebab 50 tahun, abis tu Putrajaya bocor tu sobab apa?

mcm mana la badut2 mcm ni boleh jadi Menteri?


yg herannya, alasan sami tu boleh laa pulak badut2 ni percaya....
kena kencing kat hindu jer.....
Hina betul balaci2  ni...
Kita tgok, sama ada balaci ni berani bersuara ker tak seperti kata Mat taib!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 09:24 PM | Show all posts
bestnye alasan.. lepas ni boleh la bebudak ponteng sekolah, bile cikgu tanye, cakap je tak dapat datang sbb kat luar tu ada pemanasan global.. sure alasan kukuh utk tak ke sekolah kononnye.. (ibarat gitule ala2 reason yg diberi oleh Samy Velu ni)
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 10:00 PM | Show all posts
tak hujan maka tak bocor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2007 06:50 PM | Show all posts

Things will no longer fall apart

By MAZWIN NIK ANIS

PUTRAJAYA: Leaking roofs, burst pipes, collapsed structures and other cases of poorly maintained government property will be things of the past.

On Aug 18, a convention on National Asset and Facility Management (Nafam) would be held to get ideas and suggestions on the best way to use and maintain these assets.

A blueprint is expected to be drawn up on how to tackle these issues.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said there were weaknesses in how government buildings and assets were being managed and maintained.

揟his convention is crucial as it will lead to how we can improve the assets, add value to and improve their usage.

揥e need to re-look at how the assets are maintained and managed to prevent problems like leakages or collapsed structures,
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 04:00 AM | Show all posts

[table=96%,wheat][tr]
[td]

[table=93%,lemonchiffon][tr][td]


- front page -

Premis negara diancam anai-anai?


Oleh Nurul Huda Hassan
utusan.com
4 September, 2007

Link to original article


PULAU PINANG 3 Sept.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 07:24 PM | Show all posts
Sampah bahan binaan punca Parlimen bocor
06-09-2007

KUALA LUMPUR:  Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa punca kebocoran yang berlaku di Bangunan Parlimen sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan sampah bahan binaan yang terkumpul di bumbung bangunan, sehingga merosakkan "water proofing" sedia ada.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata punca itu dikenal pasti selepas kementerian berkenaan melakukan siasatan terperinci ke atas bangunan yang berusia lebih 40 tahun itu.

"Water proofing sedia ada mencukupi, tetapi semua jadi kotor kerana sampah dan macam-macam barangan binaan di atas bumbung sana, ada kayu, simen, dan ia menyebabkan water proofing rosak dan bocor," katanya menjawab soalan tambahan Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Wee dalam soalannya ingin tahu tindakan atau penalti yang akan dikenakan terhadap kontraktor yang cuai sehingga menyebabkan kerosakan struktur bangunan.

Bangunan Parlimen kini sedang dalam proses membaik pulih dan selenggara selepas berlaku beberapa insiden kebocoran, dengan yang terbaru membabitkan ruang pusat media dua hari lepas.

Samy Vellu secara berseloroh berkata pada masa akan datang beliau akan meletakkan sebuah papan tanda di atas bumbung bagi melarang sesiapa membuang sampah di kawasan itu.

"Kalau tiada orang usik water proofing itu, ia tidak akan bocor, saya tidak tuduh sesiapa yang membuang sampah di situ tetapi sampah ada.

"Lebih baik saya panggil semua anggota parlimen pergi tengok sekali keadaan itu, kalau Yang Berhormat mahu saya boleh beri satu pelan dan tunjuk mengapa dan bagaimana ia boleh rosak, saya akan beri keterangan," katanya.

Terdahulu Samy Vellu berkata dalam usaha mencegah kebocoran di bangunan kerajaan, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah meningkatkan pemantauan dan penyeliaan rapi, untuk memastikan kerja-kerja pembinaan oleh kontraktor dilaksanakan dengan sempurna dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Antara langkah jangka panjang yang diambil ialah menambah kekerapan lawatan pemantauan ke bangunan kerajaan serta soal selidik kepuasan pelanggan.

Bagi mengatasi masalah ketidaksempurnaan reka bentuk atau pembinaan bagi prasarana mahupun bangunan kerajaan, Samy Vellu berkata JKR sudah mula melibatkan pegawai senggara ke dalam pasukan projek untuk memberi input kepada aspek reka bentuk dari sudut senggaraan.

"Ini membolehkan sesebuah prasarana atau bangunan itu dibina dengan mengambil kira elemen keselesaan pengguna serta mudah untuk diselenggara," katanya

---------------------------------------------------------------------------------------------------

goodness me!! tu sebabnya --  dah lah bahan tak berkualiti  pengotor lagi --

belanjakan untuk benda2 yang tak necessary  -  banyak sangat tapi perkara2
penting macam bangunan yang stabil - untuk keselamatan   macam tak ambik
pot pulak ---     malaysia  malaysia --    harap2 jkr ambil berat dalam hal ni --
dan  panggil alam flora tu  buangkan sampah2 tu    ishhhhh pengotor betul !
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 11:40 AM | Show all posts
Pelik sungguh, macamana sampah tu boleh ada kat bumbung?. Adakah plastic2 dan segala jenis sarap tu boleh panjat sendiri naik ketas bumbung yang tinggi tu?. Aalasan yang diberikan oleh Menteri Kerjaya Raya adalah sama dengan sampah sarap yang diperkatakan itu. Kalau iapun memang ada sampah kat bumbung tu mengapa tak dibersihkan sewaktu kerja-kerja dah siap. Nampak sangat yang kerja2 pembaikkan tersebut tidak di kawalselia oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, dlm kes ni JKR. Dalam presediur biasa apabila kerja-kerja telah siap terdapat proses yang dipanggil handing over (penyerahan). Dalam proses ini pemeriksaan teliti akan dilakukan sebagai langkah terakhir untuk mempastikan kerja2 tersebut dibuat dengan sempurna mengikut 'conditions of contract' dan juga spesifikasi. Handing over process ni wajib dihadiri oleh JKR, kontraktor dan juga klien. Mungkin dalam kes ni JKR jugak mewakili klien. Dalam prmeriksaan ini juga akan disenaraikan kecacatan2 yg perlu dibaiki dalm tempuh kecacatan. Dalam 'conditions of contract' sejumlah 5% daripada contract amount akan ditahan sehinggalah segala kecacatan ini deperbaiki. Dan sampah tidak termasuk sebagai kecacatan. Ia termasuk dalam  preliminary items iaitu 'mob & demob'. Malah kerja2 tersebut tidak sepatutnya diserah selagi ia tidak dibersihkan terlebih dahulu, iaitu mengeluarkan segala bahan binan yang berlebih.

Walaupun benar pun ada sampah yang menyekat saliran bumbung selalunya dipanggil RMDP (rain water down pipe) kebocoran tidak seharusnya berlaku dengan adanya sistem kedap air (water proofing system) cuma ia mungkin melimpah.  Kecuali jka terdapat kegagalan waterproofing system yg baru dipasang. Waterproofing system ni kalau tak di supervise dengan sempurna memang akan mengundang bencana. Sebab kerja pesangan waterproofing ni selain mahal ianya agak rumit dan  mengambil masa. Maka jika tiada pengawasan kontraktor akan 'cut corners' untuk menjimatkan kos dan masa. Bukan susah nak menipu dlm bab waterproofing nih, dengan menyapu butiminous compund yg berwarna hitam saja dah cukup untuk dia orang claim yg waterproofing dan dipasang. Kerja2 ni memerlukan 'standing supervision' kalau tidak memang kena klentong dengan kontraktor.

Mungkin jugak method yang digunapakai untuk waterproofing system tu tak sesuai. Selalunya untuk bangunan2 lama seperti bangunan parlimen bukan boleh main bubuh dengan waterroofing membrane atau compund sahaja. Ia mungkin perlu dirawat dengan lebih teliti seperti 'grouting' dengan bahan 'epoxy' untuk menutup segala rekahan2 halus (hair cracks).

Sekian saja pendapat wak yg telah bergelumang dengan industri ni lebih 20 tahun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2007 03:55 PM | Show all posts

bila wa baca ni teringat bumbung tempat wa kerja  bangunan bukan main canggih  harga riba raban tapi sumer bocor, dinding pun retak   weiiiiii teruk betul!!



Siling RTM bocor, kontraktor baiki
19-09-2007
SEREMBAN:  Masalah kebocoran siling pada Kompleks Penyiaran Negeri Sembilan seperti yang dilaporkan semalam sudah dibaiki, kata ketua setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.
Beliau yang melawat bangunan itu hari ini berkata kebocoran itu tidak membabitkan kerosakan peralatan audio visual dan auditorium yang bernilai jutaan ringgit.
Kompleks itu turut menempatkan stesen radio Negeri FM yang menggunakan sistem digital dan sebuah auditorium yang menampung kira-kira 1,000 tempat duduk.
"Masalahnya ialah berkaitan penyelenggaraan yang tidak dibuat oleh kontraktor sedangkan kompleks itu masih dalam waranti mereka. Kalau RTM sendiri yang selenggara, masalah ini tidak akan berlaku.
"Ini boleh dibuktikan melalui bangunan Angkasapuri yang tidak berhadapan dengan sebarang masalah walaupun sudah lama," kata Kamaruddin kepada pemberita di sini.
Tempoh waranti kompleks tersebut ialah sehingga 12 Jan 2009, sebelum penyelenggaraannya diambil alih oleh RTM, katanya.
Semalam dilaporkan berlaku kebocoran siling di aras 1 dan 2 kompleks tersebut yang dipercayai berpunca daripada sistem pendingin hawa.
Kamaruddin berkata terdapat kerosakan lain yang dikesan pada kompleks tersebut yang mula beroperasi pada 1 Ogos lepas.
Namun beliau yakin kontraktor terbabit boleh mengatasinya.
Mengenai sama ada tindakan akan diambil terhadap kontraktor, beliau berkata tindakan hanya akan dikenakan jika mereka gagal membaiki kerosakan yang berlaku


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 11:49 AM | Show all posts
Thursday September 20, 2007


Contractor in trouble

SEREMBAN: The Government might slap a penalty against the main contractor whose negligence caused damage at the newly completed RTM RM38mil-complex near here.


Shoddy work: Kamarudin showing the damage
caused by a leaking air-condition vent in the new
RTM complex in Sg Gadut, near Seremban on Wednesday.


A leak at the air-condition vent caused flooding at the ground floor of the building. The complex was opened on Aug 1.

Information Ministry secretary-general Datuk Kamarudin Siaraf said the contractor抯 lackadaisical attitude towards maintenance had affected the ministry抯 image.

揑 will seek legal opinion (on the penalty),
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2007 09:53 AM | Show all posts
Ketua Menteri nafi jambatan retak serius

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, menafikan Jambatan Pulau Pinang mengalami keretakan serius sehingga memaksa kerajaan negeri mengeluarkan arahan tidak membenarkan kenderaan berat melaluinya.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak mengenai status struktur jambatan itu yang dikatakan berbahaya berikutan kerja pelebaran yang sedang dijalankan.

"Kami tidak terima sebarang laporan atau diberitahu mengenai keretakan. Kalau membabitkan struktur jambatan, ia suatu kecemasan dan kita mesti diberitahu segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) kononnya berlaku keretakan serius di jambatan berkenaan.

Jasmin ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Pembangunan 2008 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, berkata keretakan jambatan berkenaan perlu diatasi segera kerana jambatan kedua masih dalam pembinaan.

Sementara itu, Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB), dalam satu kenyataan memaklumkan Jambatan Pulau Pinang akan ditutup 30 minit, mulai jam 2.30 pagi esok bagi kerja mengalih galang di atas jambatan berkenaan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau belum menerima laporan tak bermakna jambatan tu tiada keretakan ---
harap2 KM ni tolonglah turun padang sikit -- nak harapkan laporan aje buat apa -
gi lalu kat jambatan tu dulu, buat thorough inspection and whatnot  baru lah
nak nafi ke hulu nafi ke hilir -- nanti bila memang ada keretakan  barulah nak
terkocoh kocoh baiki ini dan itu --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2007 10:42 PM | Show all posts
Thursday December 13, 2007
Burst pipe leads to flooded health clinic

By MEERA VIJAYAN

JOHOR BARU: A burst water pipe caused the first floor of a state health clinic to be flooded early Wednesday morning.

State Health Director Dr. Marzukhi Md. Isa said that the incident happened between 1am and 3am at the Klinik Kesihatan Mahmoodiah, located behind the Sultanah Aminah General Hospital.

揙ne of the security guards identified the source of the leak. The leak was caused by heavy water pressure in a copper tube on the first floor,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063022 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list