CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: saifulms

Satu Analisa Terhadap Hak Keluarga Nabi Saaw...

[Copy link]
 Author| Post time 3-7-2007 08:54 PM | Show all posts
Terima kasih Ibnur,

Setelah apa yang engkau paparkan di atas tu, teringin pula aku hendak meninjau perihal diri beliau dari sudut pandangan yang menolak beliau ni......

Terdapat beberapa artikel tentang beliau di dalam laman web darulkautsar.com yang isinya begitu keras sekali menentang beliau, salah satunya yang ini;


[table=98%][tr][td]
SEPINTAS LALU TENTANG IBNU ISHAQ : PEROSAK SEJARAH AWAL ISLAM

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
Namanya Muhamad bin Ishaq  . Hidup sezaman dengan Imam Malik dan pernah berjumpa dengan Anas bin Malik dan Said ibnu Musayyab.

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
Beliau tidak rasminya diangkat sebagai 'bapa sirah' dan cerita-cerita sirah yang bersumber dari beliau banyak bertebaran dalam kitab-kitab sirah kemudiannya . Malah dalam sukatan pelajaran Universiti  Al-Azhar terdapat cerita-cerita yang  bersumber dari beliau.

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
Salah seorang anak muridnya Ibnu Hisham telah mengutip secara bebas ( ataupun dengan tapisan yang ringan) cerita-cerita dari Ibnu Ishaq dan memuatkannya di dalam kitabnya yang termasyhur Sirah Ibnu Hisham, sebuah kitab rujukan sirah yang utama masakini.

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syiah . Anutannya telah mempengaruhi cara beliau berfikir dan telah banyak diabadikan di dalam kitab-kitab yang beliau nukilkan atau dalam siri pengajiannya.

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
Banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan suasana awal Islam yang bersumber hanya dari beliau seorang. Cerita-cerita ini banyak untuk menyokong fahaman syiahnya iaitu samada mengangkat Saidina Ali ra atau keluarganya, mengurangkan sumbangan atau memburuk-burukkan sahabat yang lain terutama Saidina Muawiyah serta sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar , Umar ra

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
Di antara cerita yang diriwayatkan oleh beliau yang dipertikaikan oleh Ulamak ialah:

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819] a) Kisah Hindun ra , ibu kepada saidina Muawiyah, yang dikatakan memakan jantung Saidinia Hamzah. Cerita ini tidak pernah diceritakn oleh orang lain malah dalam Shahih Bukari , Wahsyi ra yang membunuh Saidina Hamzah tidak pernah menyebut tentang kisah ini. Motif utama ialah mencacatkan Hindun, ibu kepada Muawiyah , musuh utama golongan Syiah.
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
b) Kekarutan dalam cerita-cerita tentang Muawiyah ra dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemutar belit dan suka mengambil kesempatan. Motifnya ialah untuk mencederakan peribadi sahabat besar ini kerana dengan tercederanya beliau bermakna Quran yang ada hari ini berkemungkinan  tercedera juga, kerana beliau adalah salah seorang jurutulis wahyu nabi.

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
c) Cerita hijrah nabi saw dari rumah beliau saw pada waktu malam dengan Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda saw. Pada mata kasarnya ianya menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan Saidina Ali. Tetapi dalam kitab hadis paling sahih, Sahih Bukhari , mengatakan nabi saw berhijrah dari rumah Saidina Abu Bakar di waktu siang hari . Dalam Sahih Bukhari  dinyatakan dengan jelas peranan keluarga Abu Bakar seperti Abd Rahman, Asma' dan lain-dain dalam peristiwa hijrah ini. Tidak lain cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishak ialah untuk menutup sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar ra sekeluarga sesuai dengan akidah Syiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan seterusnya.

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
d) Kisah Isra' nabi dari rumah Ummu hani' . Ummu Hani ialah kakak kepada Saidina Ali dan masa ini masih lagi belum Islam . Secara sepintas lalu dapat diperhatikan Ibnu Ishak cuba mengaitkan setiap peristiwa besar dengan Saidina Ali sekeluarga. Tetapi dalam kes ini beliau sebenarnya cuba mencederakan maruah Rasullullah saw sendiri . Kalau cerita ini benar, kita akan mengatakan bahawa nabi saw bersunyi-sunyi ( atau tidur) di rumah isteri orang tanpa kehadiran suaminya. Alangkah dahsyatnya fitnah yang ingin dilemparkan oleh Ibnu Ishaq terhadap nabi saw.

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
e) Kisah mempersaudarakan Ali ra dengan nabi saw. Suatu kisah yang tidak masuk akal bila dipandang dari tujuan 'mempersaudarakan' itu sendiri, kerana sememangnya Ali adalah saudara kepada nabi saw dan beliau ra adalah sama-sama dari Mekah. Tidak lain ini adalah untuk menaikkan martabat Ali  ra dari yang sepatutnya untuk merasionalkan hujjah bahawa beliaulah yang sepatutnya dilantik menjadi khalifah selepas wafatnya nabi saw.

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
Banyak lagi kisah aneh yang dikeluarkan oleh beliau seorang. Maka tidak menghairankan bila ulamak besar mengatakan :

[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
[/td][/tr][tr][td=1,1,819]
''
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2007 09:45 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 27-6-2007 01:05 AM

Inilah jasa besar saidina Muawiyah ra. Walaupun akhirnya dia berperang dengan Imam Ali ra. dan berlakunya pula peristiwa Yazid bin Muawiyah membunuh cucu Rasulullah saaw, (aku sedang membaca versi yang diberikan oleh Matjan, baru dapat domnload pagi tadi.. ) semuanya aku serahkan saja pada ALLAH SWT. Kerana sebenarnya aku taklayak untuk mencaci maki sebab mereka adalah sahabat-sahabat ra.hum.yang hidup bersama dengan Nabi saaw., yang pernah melihat wajahRasulullah saaw. dan menyentuh tubuh Rasulullah saaw.. Siapalah akuyang nak komplen sangat tentang saidina Muawiyah ra, orang yang(dikatakan) menjadi juru tulis wahyu.


Dari pembacaan saya beberapa tahun dulu, Yazid bin Muawiyah adalah seorang yang suka menghabiskan masa dengan berburu binatang, namun bukannya seorang yang kejam.

Satu sumber menyatakan bukannya dia yang membunuh Sayidina Husayn R.A cucu Rasulullah. Namun, ada banyak versi cerita, ada yang kata dia tak minta cucu Rasulullah dibunuh dan juga sedih mendapat berita tersebut. Kemudiannya dia memulangkan kembali harta kepunyaan ahlul bayt, bahkan lebih dari itu. Ada versi lain menyatakan beliau ketawa setelah mengetahui cucu Rasulullah dibunuh. Kalau ikut dari kefahaman ASWJ, kalau benar dia ketawa (gembira dan sudah tentu dia berniat untuk bunuh atau perintah bunuh) itu sudah cukup untuk dia menjadi murtad, tetapi kita tidak tahu kesahihan cerita tersebut.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 10:35 PM | Show all posts
aku igt awal kat atas tu aku ada tulis berhati-hatilah..sebb aku tau org Syiah tkkan puashati dgn saifulms yg kembali kepada ASWJ...

mereka akn cuba utk mengoyah kembali apa yg sudah kamu yakini......

Muawiyah adalah sahabat RSAW...kisah sejarah boleh di putarbelit dan ditokoktambah oleh manusia...


tetapi wasiat dan pesan RSAW dan kecintaan RSAW kepada sahabat2nya adalah dalil kuat utk kita bersangkabaik dan bertawaquf  atas segala tuduhan ke atas sahabat2 beliau....

tetapi aku lihat kesedihan RSAW jika kita mencaci dan menghina sahabat2nya.....sanggupkah wahai ikhwah semua melihat RSAW bersedih dgn kita semua?....

RSAW menangisi kesombongan dan keangkuhan kita kerana LEBIH PERCAYA kepada kisah sirah daripd MENGAMBIL BERAT tentang PESANAN dan WASIAT RSAW bahwa menyakiti sahabat2nya seperti juga menyakiti dirinya, tidakkah terasa kesedihan itu dihati kita...tidakkan terasa dihati kita betapa cintanya RSAW kepada sahabat2nya....mereka saling cinta mencintai, sanngup kita lukakan hati RSAW dgn menghina org yg dicintainya????

[ Last edited by  rainbows at 3-7-2007 10:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 10:52 PM | Show all posts
Biasanya keburukankeburukan sesuatu pemerintahan tu ditulis selepas dari zamannya.  Seperti Bani Umayyah yang sejarahnya mula ditulis dizaman Abassiyah bersandarkan hadith-hadith samada sahih dan palsu.  Sama juga kisah-kisah keburukan Abassiyah.

Mengenai ibnu Ishak.  Apa yang saya baca, ibnu Ishak sendiri terkhilaf mengenai keberangkatan Rasul s.a.w. semasa hijrah.  Saya ambil petikan dari Sirah ibnu Hisham, Jilid 2, Bab 110 Penghijrahan Rasulullah s.a.w.:

Abdullah bin Abbas berkata: "Malaikat Jibril datang menemui Baginda kemudian berkata, 'Pada malam inijanganlah engkau tidur di bilik yang selalu engkau gunakan'. Pada pertengahan malam, para pemuda pilihan Quraish berkumpul di pintu rumah Rasulullah s.a.w. untuk mengintip.......  Ketika Rasulullah mengetahui tempat mereka, Baginada berkata kepada Ali bin Abu Talib, 'Tidurlah di bilik tidurku ........' Biasanya Rasul s.a.w. mengenakan selimut tersebut jika Baginda tidur".

Bagaimana Abdullah bin Abbas boleh riwayatkan yang itu sedangkan semasa Rasul s.a.w. wafat dia baru saja berkhatan.   ???  Mungkin ada orang cerita pada dia?

Kemudian sambung lagi....  

Ibnu Ishak berkata, " Rasulullah s.a.w. keluar menemui mereka.  Baginda mengambil segenggam tanah, kemudian Baginda bersabda: 'Betul aku memang pernah mengatakan seperti itu dan engkau (Abu Jahal) adalah seorang penghuni neraka'.  Allah ta'ala mengambil mata mereka hingga mereka tidak boleh melihat Baginda.  Rasulullah s.a.w. menaburkan kepada mereka sambil mebaca ayat-ayat: (Surah Yassin 1-9).  Rasulullah s.a.w. menaburkan tanah ke atas kepala mereka kemudian Baginda pergi ke tempat yang Baginda kehendaki.

Kemudian ibnu Isha sambung lagi dibahagian lain.....

Ibnu Ishak berkata bahawa orang yang tidak aku ragukan kejujurannya berkata kepada ku dari Urwah bin Az-Zubair dari Aisha r.a. Ummul Mukminin berkata: "Rasulullah s.a.w. .......   Baginada datang kepada kami pada tengahari dan Baginda tidak pernah datang kepada kami pada waktu seperti itu..........   Rasulullah bersabda:"Sesungguhnya Allah ta'ala telah mengizinkanku hujrah dan keluar dari Mekah".
Kemudiannya mereka memulakan hijrah.  

Melainkan kalau Rasul s.a.w. berjalan dari rumahnya ke rumah Saidina Abu Bakar r.a. dari tengah malam hingga ke tengahari?  Atau mungkin Rasullullah s.a.w. pergi tunggu di satu tempat transit?  Tiada pula diceritakan.

Ada beberapa lagi riwayat ibnu Ishak yang khilaf dengan sahih Bukhari dan Muslim.  Yang tu kalau ada yang nak masuk topik nanti insyaAllah saya tulis.

Menurut komen dari ulama'-ulama' dulu pun ibnu ishak ni macam seorang yang pandai bercerita dengan riwayat-riwayat yang lemah.  soduq yang tsiqah.  tak berani le nak kata dia syiah ke atau muktazilah ke....  tu semua terpulang le pada masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 11:15 PM | Show all posts
Apa signifikannya kita bercerita mengenai ibnu ishak?

Pendapat saya kerana sejarah-sejarah di zaman Bani Umayyah banyak merujuk kepada ibnu Ishak.  At-Tabari pula adalah anak murid ibu Humayd yang mengajar at-tabari sirah ibnu ishaq.  Mereka ni semua hidup zaman Abbasiyah, musuh Umayyah satu ketika.  Abbasiyah juga pernah menggunakan bantuan Parsi untuk mengalahkan Umayyah.  Termasuk juga keturunan ahlul-bait.  

Antara riwayat yang pelik-pelik dari ibnu ishaq ialah satanic verse yang boleh di jumapi dalam Tarikh Tabari.  Ada juga kisah Rasulullah nak bunuh diri.

Walaupun begitu, At-Tabari dan ibnu Ishak ada menulis sanad untuk riwayat-riwayatnya.  Jalan cerita juga kengkadang tu pelbagai.  Terpulang kepada pakar-pakar hadith untuk menilainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 3-7-2007 11:15 PM
Apa signifikannya kita bercerita mengenai ibnu ishak?

Pendapat saya kerana sejarah-sejarah di zaman Bani Umayyah banyak merujuk kepada ibnu Ishak.  At-Tabari pula adalah anak murid ibu Humayd  ...




Sememangnya kita tiada kelayakan hendak bercakap2 tentang dirinya. Apa lagi nak meletakkan label2 yang buruk terhadapnya. Tetapi sudah ada ulama yang berbuat demikian, kita sekadar mengikuti kata2 mereka tu.. Selama ni memang aku tak peduli pun, cuma baru2 ni kitab sirah ibnu Hisham yang di terjemahkan ke dalam bahasa indonesia telah menjadi bahan rujukan mereka yang antimuslim di suatu forum indonesia sana tu.. Mereka telah mendapatkan banyak ruang untuk mengutuk islam melalui kitab sirah tu...  



Tapi aku fikir tak elok rasanya aku kasi link tu kat sini, bahaya gak kalau mereka yang baru belajar agama melihatnya.. Tapi untuk pengentahuan engkau cukuplah kalau aku katakan ianya dari web Faith Freedoom Internasional kelolaan si murtad Ali Sina tu..


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-7-2007 12:10 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 3-7-2007 10:35 PM
aku igt awal kat atas tu aku ada tulis berhati-hatilah..sebb aku tau org Syiah tkkan puashati dgn saifulms yg kembali kepada ASWJ...

mereka akn cuba utk mengoyah kembali apa yg sudah kamu yaki ...


InsyaALLAH.. Moga2 Allah SWT terus membimbingku dalam perjalanan menuju ke mahligaiNya...

Tidakkan kulalui gunung ini kalau ianya tidak menuju ke mahligaiMu.
Tidakkan kulalui lautan ini kalau ianya tidak sampai kepadaMu.
SIapakah yang lebih baik perkataannya?
Hanyalah mereka yang berkata beNAR !!




Wassalam...

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 4-7-2007 12:10 AM


InsyaALLAH.. Moga2 Allah SWT terus membimbingku dalam perjalanan menuju ke mahligaiNya...

Tidakkan kulalui gunung ini kalau ianya tidak menuju ke mahligaiMu.
Tidakkan kulalui lautan ini  ...


ye SINAR itu hanyalah dari NUR MUHAMMAD....

Bila SINAR itu sampai ke hati,

tentu kan celik hati utk merasai kecintaan RSAW terhadap ahlulbait dan para sahabatnya...

tentang kecintaan RSAW yg sangat mendalam kepada umat2nya...

tentang kecintaan RSAW yg merindui ikhwannya di akhir zaman ini...

bila di dalam hati ada CINTA itu, maka tersingkaplah tabir KEBENARAN...

[ Last edited by  rainbows at 4-7-2007 11:02 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2007 11:59 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 24-6-2007 06:56 PM


Saiful, cerita sikit hubungan sahabat macam Abu Bakr (RA) dan Umar (RA) terhadap Rasulullah dan keluarganya serta kelebihan kedua-dua sahabat ni.


Salam,


Di bawah ini sedikit perihal saidina Abu Bakar ra.....


Dia bernama Abdullah bin Abi Quhafah Utsman bin Amir bin Amr bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taym bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ay bin Ghalib, al-Qurasyi at-Tamimi. Nasabnya bertemu dengan nasab Rasulullah di datoknya, Murrah.

Imam an-Nawawi dalam bukunya at-Tahdzib berkata, Apa yang kami sebutkan bahawa nama Abu Bakar ash-Shiddiq adalah Abdullah adalah nama yang benar dan masyhur. Ada juga yang menyebutkan bahawa namanya adalah al-Atiq. Namun yang benar ialah apa yang telah disepakati oleh para ulama bahwa Atiq itu bukanlah nama dia, Atiq adalah gelarnya. Dia diberi gelar Atiq, kerana dia dianggap lepas dari neraka, sebagaimana ini terdapat dalam riwayat Imam at-Tirmidzi.

Juga disebutkan bahawa gelaran itu diberikan kerana ia memiliki wajah rupawan, sebagaimana dikatakan oleh Mush'ab bin Zubair, Laits bin Sa'ad dan sejumlah orang yang lain. Juga dikatakan bahawa dia mendapat gelaran itu kerana dalam silsilah keturunannya tidak ada yang mengandung aib.

Mush'ab bin Zubair dan yang lainnya berkata: Kaum muslimin sepakat menamakannya sebagai Ash-Shiddiq. Sebab dialah orang yang pertama kali dan yang bersegera menyatakan kebenaran Rasulullah, serta selalu bersikap jujur dan benar. Dia tidak pernah melakukan tindakan-tindakan bodoh dan hina dalam keadaan apa pun. Dalam per jalanan sejarah Islam, dia memiliki sikap dan perilaku yang sangat ter hormat dan patut dicatat dalam tinta emas. Misalnya, sikapnya pada malam Isra' yang teguh serta jawaban yang dia lontarkan pada orang-orang kafir. Dia hijrah ke Madinah bersama Rasulullah dengan meninggalkan keluarga dan anak-anaknya. Dia setia menemani Rasulullah di dalam gua dan di semua perjalanan. Juga ucapannya yang sangat terkenal ketika perang Badar dan Perjanjian Hudaibiyah tatkala orang-orang yang lain bingung menghadapi keterlambatan mereka untuk masuk Makkah.

Dia sempat menangis tersedu-sedu tatkala Rasulullah bersabda:
Dia adalah hamba yang dipilihkan untuknya akhirat dan dunia, namun dia memilih akhirat.

Dia kukuh dan tidak goyah pada saat Rasulullah wafat. Kemudian khutbahnya yang sangat terkenal kala itu untuk me nenangkan manusia yang sedang gusar kerana meninggalnya Rasulul lah. Kemudian sikapnya yang tangkas dalam pengambilan baiat demi kemaslahatan kaum muslimin. Kemudian perhatiannya yang sangat tinggi serta sikapnya yang tegas untuk tetap mengirim pasukan Usa mah bin Zaid ke Syam sesuai dengan rencana Rasulullah. Kemudian sikapnya yang sangat tegas dalam memerangi orang-orang murtad, serta perdebatannya dengan sahabat-sahabat utama Rasulullah me ngenai masalah ini dengan dalil yang sangat kuat.

Allah telah melapangkan dadanya untuk memerangi orang-orang murtad itu, kemudian dia menyiapkan pasukan untuk membuka Syam. Sejarah hidupnya ditutup dengan satu hal yang sangat penting yang menandai kehidupannya dan merupakan keutamaannya yang paling agung, yaitu penentuan Umar sebagai penggantinya, serta firasat tentang Umar dan wasiatnya kepada Umar, serta menyerahkannya kepada Allah. Dimana Allah menjadikan masa penggantinya, sebagai masa pemerintahan yang paling baik. Penunjukkannya kepada Umar yang merupakan salah satu tindakan baiknya dan yang menjadi perbuatannya yang mulia merupakan pembuka perluasan Islam dan pengukuhan agama, serta sebagai bukti kebenaran janji Allah bahawa Dia akan menolong agama ini secara keseluruhan. Dan betapa banyak cerita kebaikan dan keutamaan Abu Bakar ash-Shiddiq yang tidak mungkin bisa kita hitung. Demikian kata Imam an-Nawawi.





Nama dan Gelarnya


Tentang nama dan gelarannya telah disebutkan sebelum ini. Ibnu Katsir berkata, Para ahli sejarah sepakat bahawa nama Abu Bakar ash- Shiddiq adalah Abdullah bin Utsman, kecuali apa yang diriwayatkan oleh lbnu Sa'ad dari lbnu Sirin yang menyebutkan ia bernama Atiq. Dan yang aebenarnya Atiq adalah gelarannya. Orang-orang berbeza pendapat mengenai waktu pemberian gelaran dan apa sebabnya. Ada yang menyata kan ia diberi gelaran demikian kerana ia memiliki wajah yang tampan dan rupawan, sebagaimana dikatakan oleh Laits bin Saad, Ahmad bin Hambal, lbnu Ma'in dan yang lainnya. Sedangkan Abu Nua'im al-fadhl bin Dakin mengatakan bahawa gelaran itu diberikan kepadanya kerana dia adalah orang yang merebut kebenaran kali pertama. Ada juga yang menyebutkan gelaran itu diberikan kerana keindahan dan kebersihan nasab keturunannya, dimana di antara nenek moyangnya tidak ada yang tercela. Ada pula yang menyatakan bahawa mula2 dia bernama Atiq namun kemudian diganti menjadi Abdullah.

Ath-Thabarani meriwayatkan dari al-Qasim bin Muhammad bahawa dia bertanya kepada Aisyah tentang nama Abu Bakar ash-Shiddiq. Dia berkata, Abdullah. Kemudian dia bertanya lagi: Namun orang-orang mengatakan bahawa namanya adalah Atiq.

Aisyah berkata: Sesungguhnya Abu Quhafah memiliki tiga orang anak. Mereka itu bernama Atiq, Mu'tiq dan Mu'aitiq.

Ibnu Mandah dan Ibnu Asakir meriwayatkan dari Musa bin Thalhah, dia berkata: Saya berkata kepada Abu Thalhah: Mengapa Abu Bakar ash-Shiddiq itu disebut Atiq? Dia berkata: Dia punya ibu yang anaknya selalu meninggal. Tatkala dia melahirkan Abu Bakar ash-Shiddiq dia menghadap Kiblat dan berdoa: Ya Allah, sesungguhnya anak ini selamat dari kematian, maka karuniakanlah ia padaku!

Ath-Thabarani juga meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata, Dia disebut dengan Atiq kerana keelokan wajahnya.

Sedangkan Ibnu Asakir meriwayatkan dari Aisyah, dia berkata:
Nama Abu Bakar yang diberikan oleh keluarganya adalah Abdullah, namun kemudian nama Atiq jauh lebih terkenal. Dan dalam lafazh yang lain disebutkan, namun setelah itu Rasulullah memberinya nama Atiq.


Abu Ya'la dalam Musnadnya meriwayatkan juga dari Ibnu Sa'ad, serta al-Hakim dan dia menyatakan bahawa haditsnya adalah shahih dari Aisyah dia berkata: Demi Allah, sesungguhnya pada saat saya di rumah di suatu hari, sedangkan Rasulullah bersama para sahabat berada di beranda rumah dengan dibatasi oleh kain pembatas antara saya dengan mereka. Kemudian Abu Bakar ash-Shiddiq muncul. Melihat kedatangan Abu Bakar, Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang ingin melihat orang yang selamat dari api neraka maka hendaklah dia melihat Abu Bakar," dan bahawa sesungguhnya nama yang diberikan oleh keluarganya adalah Abdullah, namun nama Atiq mengalahkan ke masyhuran nama Abdullah.


At-Tirmidzi dan al-Hakim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Abu Bakar masuk ke rumah Rasulullah. Kemudian Rasulullah bersabda, "Wahai Abu Bakar sesungguhnya engkau adalah pembebas manusia dari api neraka."


Al-Bazzar dan ath-Thabarani meriwayatkan dengan sanad yang baik dari Abdullah bin Zubair dia berkata: Nama Abu Bakar adalah Abdullah. Suatu ketika Rasulullah bersabda kepadanya: Kau adalah pembebas dari api neraka. Oleh kerana itu, ia dinamakan Atiq. Sedangkan gelaran ash-Shiddiq, disebutkan bahawa dia diberi gelaran sejak zaman Jahiliyah, kerana dia sangat terkenal dengan kejujurannya, Riwayat ini disebutkan oleh Ibnu Masdi. Juga dikatakan bahawa dia mendapat gelaran itu kerana dia begitu cepat membenarkan apa yang Rasulullah bawa.

[ Last edited by  saifulms at 5-7-2007 12:02 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2007 12:04 AM | Show all posts
Ibnu Ishaq dari Hasan al-Bashri dan Qatadah menyebutkan: Dia adalah orang yang pertama kali membenarkan apa yang Rasulullah lakukan pada malam Isra'.



Al-Hakim di dalam al-Mustadrak meriwayatkan dari Aisyah, dia berkata: Kaum Quraisy datang kepada Abu Bakar dan berkata, "Apakah engkau telah menemui sahabatmu. Dia menyatakan bahawa dia dijalankan Tuhannya semalam ke Baitul Maqdis."


Dia berkata, "Apakah dia mengatakan itu?" Mereka berkata, "Ya,?"

"Jika demikian, maka benarlah apa yang dia katakan, bahkan jika dia mengatakan yang lebih daripada itu, saya pasti akan membenar kan apa yang dia katakan tentang khabar langit itu," lanjut Abu Bakar.



Dengan pembenaran inilah, dia digelar ash-Shiddiq. Riwayat hadits ini sanadnya baik, dimana hadits ini juga diriwayatkan oleh Anas dan Abu Hurairah dalam hadits Ibnu Asakir dan Ummu Hani. Hadits ini juga diriwayatkan oleh ath-Thabarani.



Sa'id bin Manshur dalam Sunannya berkata, Abu Ma'syar berkata kepada kami, yang berasal dari Abu Wahb mantan budak Abu Hurairah, dia berkata: Tatkala Rasulullah kembali dari perjalanan Isra' dan beliau berada di Dzi Thuwa, beliau berkata, 'Wahai Jibril, sesungguh nya kaumku tidak akan mempercayai saya.' Jibril berkata, 'Abu Bakar percaya kepada apa yang kamu ceritakan, dan dia adalah ash-Shiddiq." Ath-Thabarani juga meriwayatkan hadits ini dalam al-Awsath dengan sanad yang bersambung pada Abi Wahb dari Abu Hurairah.



Al-Hakim dalam al-Mustadrak dari an-Nazzal bin Sabrah, dia berkata, kami berkata kepada Ali, "Wahai Amirul Mukminin, beritahu kami tentang Abu Bakar." Dia berkata, Dia adalah orang yang Allah namakan dengan ash-Shiddiq melalui lisan Jibril dan dengan lisan Muhammad, dia adalah khalifah Rasulullah yang rela menjadi pemimpin dalam agama kami, dan kami rela dia menjadi pemimpin untuk dunia kami,?
Sanad hadits ini baik.



Ad-Daraquthni dan al-Hakim dari Yahya, dia berkata, Saya tidak ingat lagi berapa kali Ali mengatakan di atas mimbar: Sesungguhnya Allah menamakan Abu Bakar melalui lisan Nabi-Nya, dengan sebutan ash-Shiddiq.


Ath-Thabarani dari al-Hakim bin Sa'ad, dengan sanad yang baik berkata, Saya mendengar Ali berkata dan bersumpah, "Sesungguhnya Allah menurunkan nama Abu Bakar dengan sebutan ash-Shiddiq dari langit."



Dalam hadits Uhud disebutkan: Diamlah engkau, kerana sesung guhnya di atasmu ada Nabi, ash-Shiddiq dan dua orang syahid.


Sedangkan Ibu Abu Bakar adalah anak saudara ayahnya. Ia bernama Salma binti Shakhr bin Amir bin Ka'ab, dia diberi gelaran Ummul Khair, sebagaimana dinyatakan oleh az-Zuhri dan diriwayatkan oleh Ibnu Asakir.




Dia dilahirkan dua tahun dua bulan setelah kelahiran Rasulul lah. Dan meninggal dalam usia enam puluh tiga tahun sebagaimana usia Rasulullah.



Dia membesar di Mekah dan tidak pernah keluar dari Mekah kecuali untuk tujuan perdagangan dan perniagaan. Dia memiliki harta kekayaan yang sangat banyak dan keperibadiannya pun sangat menarik, memiliki kebaikan yang sangat banyak, dan sering melakukan perbuatan -perbuatan terpuji. Sebagaimana hal ini dikatakan oleh Ibnu Dughunnah, Sesungguhnya engkau selalu menyambung tali kasih dan keluarga, bicaramu selalu benar, dan kau menanggung banyak kesulitan, kau bantu orang-orang yang menderita dan kau hormati tamu.







An-Nawawi berkata: Dia termasuk tokoh Quraisy di masa Jahiliyah, orang yang selalu diminta nasihat dan pertimbangannya, sangat dicintai di kalangan mereka, sangat tahu kod etika yang ada di kalangan mereka. Tatkala Islam datang, dia mengedepankan Islam atas yang lain, dan dia masuk Islam dengan sempurna.


Zubair bin Bakkar dan Ibnu Asakir meriwayatkan dari Ma'ruf bin Kharbudz dia berkata: Sesungguhnya Abu Bakar ash-Shiddiq adalah salah seorang dari sepuluh orang Quraisy yang kejayaannya di masa Jahiliyah bersambung hingga zaman Islam. Dia mendapat tugas untuk melaksanakan diyat (tebusan atas darah kematian) dan penarikan hutang. Ini terjadi kerana orang-orang Quraisy tidak memiliki raja dimana mereka bisa mengembalikan semua perkaranya pada raja itu. Pada setiap kabilah di kalangan Quraisy saat itu, ada satu kekuasaan umum yang memiliki kepala suku dan kabilah sendiri. Adapun tugas dan kekuasaan yang ada pada Bani Hasyim adalah memberi makan dan minum kepada orang yang berkunjung ke Ka'bah, ertinya tidak ada seorang pun yang makan dan minum kecuali dari makanan dan minuman mereka. Sedangkan untuk Bani Abdud Dar adalah menjaga pintu masuk Ka'bah, membuat bendera dan mengadakan pertemuan. Ertinya ialah, tidak seorang pun yang boleh masuk Ka'bah kecuali melalui izinnya. Jika orang-orang Quraisy mengibarkan bendera maka orang-orang dari Bani Abdud Darlah yang bertugas memancangkan. Jika mereka melakukan pertemuan, maka semua urusan pertemuan itu ditanggung dan dikelola oleh mereka. Dan pertemuan yang diadakan harus di Dar Nadwah, dan tidak dilakukan kecuali melalui pertemuan di tempat itu. Inilah tugas dari Bani Abdud Dar.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2007 12:05 AM | Show all posts
Abu Bakar Adalah Orang yang Paling Bersih di Masa Jahiliyah


Ibnu Asakir meriwayatkan dengan sanadnya yang shahih dari Aisyah, dia berkata: Demi Allah, Abu Bakar tidak pernah melantunkan satu syair pun di masa Jahiliyah dan tidak pula di masa Islam. Dia dan Utsman tidak pernah minum-minuman keras di zaman Jahiliyah.

Ibnu Asakir meriwayatkan dari Abdullah bin Zubair, dia berkata, Abu Bakar sama sekali tidak pernah mengucapkan syair.

Ibnu Asakir meriwayatkan dari Abu al-Aliyyah ar-Rayahi, dia berkata: Dikatakan kepada Abu Bakar di tengah sekumpulan sahabat Rasulullah: Apakah kamu pernah meminum minuman keras di zaman Jahiliyah? Dia berkata, "Saya berlindung kepada Allah dari perbuatan itu!"

Kemudian dikatakan padanya: "Mengapa tidak kamu lakukan itu?" Dia berkata, "Saya menjaga kehormatan saya, saya menjaga keperibadian saya, sebab orang yang minum minuman keras adalah orang yang menyia-nyiakan kehormatan dan keperibadiannya." Ar-Rayahi berkata: Perkataan itu didengar oleh Rasulullah dan dia bersabda, "Benar apa yang dikatakan oleh Abu Bakar, benar apa yang dikatakan oleh Abu Bakar." Hadits ini adalah hadits mursal dan gharib baik sanad dan matannya.





Gambaran Tentang Sifat Abu Bakar

Ibnu Saad meriwayatkan dari Aisyah bahawa seorang laki-laki berkata kepadanya: Coba sebutkan kepada saya gambaran tentang Abu Bakar! Kata Aisyah: Dia adalah laki-laki dengan kulit putih, kurus, tidak terlalu lebar bentuk tubuhnya, sedikit bungkuk, tidak bisa untuk menahan pakainnya turun dari pinggangnya, tulang-tulang wajahnya menonjol, kedua matanya cekung, keningnya menonjol, dan pangkal jemarinya datar.






Ibnu Asakir meriwayatkan dari Aisyah, bahawa Abu Bakar mewarnai rambutnya dengan daun pacar dan katam (nama jenis tumbuhan). Dia juga meriwayatkan dari Anas, dia berkata, Rasulullah datang ke Madinah, dan tidak ada salah seorang dari para sahabatnya yang beruban kecuali Abu Bakar, maka dia menyemirnya dengan daun pacar dan katam.



Masuk Islamnya Abu Bakar

Imam at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya meriwayatkan dari Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata, Abu Bakar berkata: "Bukan kah saya yang paling berhak untuk memangkunya (yakni khalifah), bukankah saya orang yang pertama kali masuk Islam, bukanlah saya demikian, bukanlah saya demikian?"


Ibnu Asakir dari jalur Thariq al-Harits dari Ali, dia berkata: Orang yang pertama kali masuk Islam dari kalangan laki-laki adalah Abu Bakar.


Ibnu Abi Khaitsamah meriwayatkan dengan sanadnya yang shahih dari Zaid bin Arqam berkata: Orang yang pertama kali melakukan shalat bersama Nabi adalah Abu Bakar.


Ibnu Saad dari Arwa sahabat Rasulullah berkata: Orang yang pertama kali masuk Islam adalah Abu Bakar.


Imam ath-Thabarani dalam bukunya al-Kabir dan Abdullah bin Ahmad dalam kitab Zawaid Az-Zuhud dari Asy-Sya'bi dia berkata: Saya menanyakan pada Ibnu Abbas tentang siapa orang yang pertama kali masuk Islam. Ibnu Abbas berkata: Abu Bakar. Tidakkah kau pernah mendengar apa yang dikatakan oleh Hassan?


Jika kau sebut kesedihan saudaramu yang kamu percaya maka sebutlah saudaramu Abu Bakar, apa yang dia lakukan Manusia terbaik, terbersih dan sangat adilnya selain Nabi, yang paling bertanggungjawab atas tugasnya Orang kedua yang mendapat pengakuan kemuliannya orang pertama yang membenarkan Rasul-Nya


Abu Nu'aim meriwayatkan dari Furat bin as-Saib dia berkata, Saya bertanya kepada Maimun bin Mahran, saya bertanya: Apakah Ali dalam pandanganmu lebih utama dari Abu Bakar atau Umar? Dia gemetar mendengar pertanyaan saya hingga tongkat yang dipegangnya terjatuh dari tangannya. Kemudian dia berkata, Saya tidak pernah membayangkan ada satu orang pun yang sanggup menyamai keduanya. Demi Allah tidak mungkin! Keduanya adalah tonggak utama Islam.


Saya kembali bertanya: Apakah Abu Bakar atau Ali yang masuk Islam pertama kali? Dia berkata: Demi Allah, Abu Bakar telah beriman kepada nabi pada masa pendeta Bahira tatkala dia datang menemuinya. Dan terjadi perselisihan antara dia (Bahira) dan Khadijah hingga dia mengawinkan dengan Rasulullah. Pada saat itu Ali belum lahir.


Telah dikatakan bahawa Abu Bakar adalah orang yang pertama kali masuk Islam dari seluruh sahabat maupun yang lain. Bahkan ada sebahhagian yang mengatakan bahawa Abu Bakar orang pertama masuk Islam adalah merupakan ijma'. Namun juga ada disebutkan bahawa orang yang pertama kali masuk Islam adalah Ali, ada pula yang mengata kan Khadijah. Dari beragam pendapat yang ini bisa digabungkan bahawa Abu Bakar adalah orang yang pertama kali masuk Islam dari kalangan laki-Iaki dewasa, Ali yang berasal dari kanak-kanak, sedangkan Khadijah yang berasal dari kalangan wanita. Orang yang menyatakan gabungan perkataan ini adalah Imam Abu Hanifah.


lbnu Abi Syaibah dan Ibnu Asakir meriwayatkan dari Salim bin Abi al-Ja'ad, dia berkata: Saya katakan kepada Muhammad bin al -Hanafiyyah: Apakah Abu Bakar orang yang pertama kali masuk Islam?


Dia berkata: Tidak!


Saya katakan lagi: Lalu mengapa nama Abu Bakar demikian menonjol sehingga hampir semua orang menyebutkan bahawa dia adalah orang yang pertama kali masuk Islam?


Dia berkata: Kerana dia adalah orang yang paling baik keislaman nya mulai dari awal masuk Islam hingga dia menemui Tuhannya.


Ibnu Asakir dengan sanad yang balk meriwayatkan dari Muhammad bin Sa'ad bin Abi Waqqash bahawa dia berkata kepada ayahnya Sa'ad:


Apakah Abu Bakar orang yang pertama kali memeluk Islam?


Ayahnya menjawab: Tidak! Dia masuk Islam dan sebelumnya ada lima orang yang telah masuk Islam. Namun dia orang yang paling baik keislamannya di antara kami.


Ibnu Katsir berkata: Yang jelas ialah bahawa Ahli Bait Rasulullah adalah orang yang beriman kepadanya sebelum seorang pun di luar Ahli Baitnya beriman, mereka adalah: Khadijah, Zaid bin Tsabit, isteri Zaid Ummu Aiman, Ali dan Waraqah.


Ibnu Asakir meriwayatkan dari Isa bin Yazid dia berkata, Abu Bakar berkata: Saya duduk di hamparan Ka'bah, Zaid bin Amr bin Nufail juga duduk di sana. Saat itulah lalu di dekat kami Umayyah bin Abi ash-Salt. Lalu dia berkata, Bagaimana keadaan kalian pada pagi hari ini wahai orang-orang yang mencari kebaikan?


Zaid berkata" Baik!


Dia berkata: Apakah telah kamu dapatkan? Kata Zaid, Belum, kemudian dia berkata,

"Setiap agama di hari Kiamat selain yang Allah tentukan adalah batil. "


Apakah Nabi yang ditunggu itu berasal dari kalangan kami atau kalangan kamu? Zaid bin Amru berkata, "Saya tidak pernah mendengar sebelumnya mengenai Nabi yang ditunggu dan akan diutus."


Abu Bakar berkata, "Maka saya keluar dari Ka'bah dan menemui Waraqah bin Naufal. Dia adalah orang yang banyak melihat ke langit dia selalu bergetar dadanya. Lalu saya pergi menemuinya dan saya ceritakan apa yang terjadi tadi.?


Dia berkata, Wahai anak pamanku, sesungguhnya kami adalah orang ahli tentang kitab-kitab dan ilmu. Nabi yang ditunggu-tunggu itu berasal dari kalangan nasab pertengahan Arab, dan kaummu juga berasal dari nasab pertengahan itu.?


Saya katakan padanya, "Wahai pamanku, apa yang dikatakan oleh Nabi tersebut??Dia berkata, Dia mengatakan apa yang dikatakan (diwahyukan) kepadanya. Tidak pernah berlaku zalim, tidak pula dizalimi, dan membalas kezaliman. Maka tatkala Rasulullah diutus saya beriman kepadanya."


Ibnu Ishaq berkata, Muhammad bin Abdurrahman bin al  Hushain at-Tamimi berkata kepada saya bahawa Rasulullah bersabda, Tidak satu kalipun saya mengajak seseorang kepada agama Islam, kecuali dia akan ragu-ragu dan penuh pertimbangan kecuali Abu Bakar, dia tidak pernah sejenak pun memikirkan kebenaran apa yang saya katakan dan tidak pula pernah meragukan apa yang saya sampai kan."


Al-Baihaqi berkata: Ini semua kerana dia melihat dengan jelas dalil- dalil dan tanda-tanda kenabian Rasulullah. Dia mendengar perjalanan hidupnya sebelum dia mengajak kepada Islam. Maka tatkala dia menyerukan Islam, Abu Bakar telah memikirkan dan tidak mempertim bangkan kebenaran yang dia bawa, dan dia masuk Islam secara spontan.


Imam al-Baihaqi juga meriwayatkan dari Abu Maisarah bahwa Rasulullah jika berdakwah, beliau mendengar orang yang memanggilnya: Wahai Muhammad. Dan orang itu jika mendengar suara Rasulullah, dia akan berpaling dan lari. Kemudian Rasulullah rahsiakan itu kepada Abu Bakar, yang tak lain adalah sahabat lamanya di zaman Jahiliyah.


Abu Nu'aim dan Ibnu Asakir meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata, Rasulullah bersabda,


"Tidak seorang pun yang saya ajak bicara mengenai Islam kecuali dia akan selalu enggan dan mengingkari saya, dan dia menen tang saya kecuali Ibnu Abu Quhafah (Abu Bakar), dimana setiap kali saya mengatakan sesuatu tentang Islam dia selalu mene rimanya dan yakin dengan apa yang saya katakan."


Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Darda' dia berkata, bersabda RasuluIlah, Apakah kalian meninggalkan sahabatku untukku? Sesungguhnya saya mengatakan: Wahai manusia, sesungguhnya saya adalah utusan Allah kepadamu sekalian, dan saat itu kalian katakan: Kau adalah pendusta, sedangkan Abu Bakar mengatakan: "Kau benar."







Wallahu a'lam....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 5-7-2007 12:05 AM
Abu Bakar Adalah Orang yang Paling Bersih di Masa Jahiliyah


Ibnu Asakir meriwayatkan dengan sanadnya yang shahih dari Aisyah, dia berkata: Demi Allah, Abu Bakar tidak pernah melantunkan satu ...



Mendengar kisah2 para sahabat dan RSAW sering membuat aku rindukan mereka....itulah kebahagiaan dan kesejukan hati....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 11:06 PM | Show all posts

Reply #52 rainbows's post

Benar Rainbows..

Kisah2 mereka bisa membangkitkan rasa berkobar2 untuk berjuang dijalan Allah SWT. Para Da'i illallah hendaklah selalu menghayati kisah2 para sahabat ni... Jadikan santapan rohani setiap kali hendak tidur malam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 11:11 PM | Show all posts
Ni kisah saidina Umar pula. Aku tulis kisah mereka dalam thread ni sebagai penolakan terhadap kaum yang telah memburuk2kan peribadi mereka ni... Sesungguhnya pada diri para sahabat itu ada permata yang tidak ternilai harganya.. Adakah engkau memikirkannya??


Umar memangku jawatan khalifah dengan wasiat dari Abu Bakar. Dia mulai memangku khalifah pada bulan Jumadil Akhir tahun 13 H. Az-Zuhri berkata: Umar menjadi khalifah di hari meninggalnya Abu Bakar. Yakni pada hari Selasa tanggal dua puluh dua Jumadil Akhir. (HR. ai-Hakim) Dia menjalankan tugas kekhalifahan itu dengan sebaik-baiknya. Di masa kekhilafahannya terjadi banyak penaklukan (pembukaan) wilayah-wilayah.

Riwayat Singkat Kehidupannya Ketika Menjadi Khalifah

Ibnu Sa'ad meriwayatkan dari al-Ahnaf bin Qais dia berkata: Kami duduk di depan pintu rumah Umar tiba-tiba seorang wanita melintas. Mereka berkata, 'Dia adalah hamba wanita Amirul Mukminin.'

Umar berkata, 'Tak layak bagi Amirul Mukminin untuk memiliki seorang hamba wanita, dan itu tidak halal baginya, sesungguhnya dia adalah harta Allah. "

Lalu kami katakan, "Lalu apa yang halal untuk Amirul Mukminin dari harta Allah?'

Dia berkata, 'Tak ada yang halal dari harta Allah bagi Umar kecuali dua pakaian, pakaian untuk musim dingin dan pakaian untuk musim panas. Dan saya tidak pernah memakai pakaian itu untuk menunaikan haji ataupun umrah. Sedangkan makanan saya dan ke luarga saya adalah laksana makanan yang ada di kalangan Quraisy dari golongan yang tidak terlalu kaya dan juga tidak terlalu miskin. Selebih nya saya adalah salah seorang laki-Iaki dari kalangan kaum muslimin.'

Khuzaimah bin Tsabit berkata, "Jika Umar mengangkat seorang kerani, maka dia akan menuliskan untuknya perjanjian dan dia akan mensyaratkan kepada kerani itu untuk tidak menunggang kuda, tidak memakan makanan dengan banyak, tidak memakai baju yang lembut dan empuk, dan tidak pula menutup pintu rumahnya bagi orang-orang yang menghajatkan dirinya. Jika itu dilakukan, maka ia telah lepas dari saksi.'


Ikrimah bin Khalid berkata: Sesungguhnya Hafshah, Abdullah bin Umar dan lain-lain mengutarakan saran2nya kepada Umar. Mereka berkata, "Andaikata kau memakan makanan yang baik, maka hal itu akan banyak membantumu untuk melakukan kebenaran.'


Umar berkata, 'Apakah kalian satu kata dalam masalah ini?' Mereka berkata, 'Ya!'


Umar berkata, 'Saya tahu dan mengerti nasihat kalian, namun jika itu yang saya lakukan, maka sama ertinya saya meninggalkan dua sahabatku dalam perjalanannya. Maka jika aku tinggalkan jalan mereka berdua (Rasulullah dan Abu Bakar), maka saya tidak akan berjumpa dengan mereka di tempat singgah (surga).'


Ikrimah bin Khalid juga berkata: Suatu masa masyarakat ditimpa kelaparan yang sangat dahsyat. Maka dia tidak makan mentega dan minyak samin.


Ibnu Mulaikah berkata: Utbah bin Farqad mengatakan kepada Umar tentang makanan yang dia makan. Umar berkata setengah mem bentak, "Celaka kamu! Apakah saya akan memakan makanan yang baik-baik untukku di dunia ini dan berfoya-foya dengannya?


AI-Hasan berkata: Umar bin Khaththab suatu ketika datang ke Rumah anaknya 'Ashim. Masa tu 'Ashim sedang makan daging.


Umar berkata, "Apa ini?'


'Ashim menjawab: 'Saya ingin sekali makan dengan daging." Umar berkata, 'Apakah setiap yang kamu inginkan kau akan memakannya? Sungguh seseorang dianggap sebagai pemboros jika dia selalu menuruti apa yang dia maui!'


Aslam berkata, Umar berkata: Pernah terdetik dalam hati saya untuk makan ikan yang segar. Lalu Yarfa' -dia adalah pelayan di rumah Umar- berangkat dengan kendaraannya. Dia membeli keranjang dari daun kurma. Dia datang dengan keranjang itu menemui Umar. Lalu dia berangkat menunggangi kenderaannya lalu dia cuci kenderaan itu. "Tunggu, hingga aku Iihat bagaimana keadaan binatang yang kamu tunggangi." Umar menyelidiki binatang tunggangan Yarfa' dan berkata, "Apakah kau lupa untuk menghapus keringat yang mengucur di bawah telinganya. Kau telah menyiksa binatang gara-gara kemauan Umar. Demi Allah, Umar tidak akan makan isi keranjangmu!"


Qatadah berkata: Umar -yang waktu itu sudah menjadi khalifah  memakai jubah dari bahan wol yang ditambal dengan kulit. Dia ber keliling di pasar dan dipundaknya ada cemeti untuk memukul orang yang berlaku curang. Dia melewati pemintalan yang rosak dan mendapat kan biji-bijian di tengah jalan. Umar memungutnya dan melemparkan nya ke rumah-rumah penduduk agar mereka bisa memanfaatkannya.


Anas berkata: Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri empat tambalan di baju Umar.


Abu Utsman an-Nahadi berkata: Saya melihat kain yang dipakai Umar ditambal dengan kulit.


Abdullah bin Amir berkata: Saya pernah menunaikan haji bersama Umar. Dia tidak pernah mendirikan tenda ataupun kemah. Yang dia lakukan adalah menggelar tikar di bawah pohon lalu bernaung di bawah pohon itu.


Abu Abdullah bin Isa berkata, "Di wajah Umar bin Khaththab ada dua garis hitam bekas tangisan."


AI-Hasan berkata: Umar pernah membaca satu ayat yang men jadi bacaan hariannya lalu dia jatuh pengsan dan sakit sehingga banyak orang yang menjenguknya selama beberapa hari.


Anas berkata: Saya pernah memasuki satu kebun. Saat itu saya mendengar Umar berkata, 'Antara aku dan dia hanya dibatasi tembok: "Bakh-bakh! (kata seru yang sering diucapkan oleh orang Arab), Amirul Mukminin, demi Allah hendaklah kau bertakwa kepada Allah wahai Ibnu Khaththab, atau Allah akan menyiksamu."


Abdullah bin Amir bin Rabi'ah berkata: Saya melihat Umar bin Khaththab mengambil sejemput tanah dari bumi: Andaikata saya menjadi laksana tanah ini, andaikata saya bukan apa-apa, andaikata ibu saya tidak pernah melahirkan saya,


Abdullah bin Umar bin Hafash berkata: Umar bin Khaththab pernah membawa air di atas pundaknya. Lalu orang-orang saat itu menanyakan apa yang sedang dia lakukan.


Umar berkata, 'Sesungguhnya jiwaku telah membuatku sedikit ujub, maka saya lakukan ini agar dia merendah.


Muhammad bin Sirin berkata: Seorang ipar Abdullah bin Umar datang menemui Umar. Orang itu meminta Umar untuk memberikan kepadanya harta dari Baitul Mal. Umar membentak orang tadi dan berkata, 'Kau inginkan aku menjadi seorang penguasa yang berkhianat?'


Kemudian dia menyerahkan seribu dirham dari wangnya sendiri untuk orang tadi.


An-Nakhai berkata, Saat Umar menjadi khalifah, dia masih berdagang. Anas berkata: Perut Umar berbunyi (kerana lapar) sebab dia banyak makan minyak pada suatu musim dan dia telah meng haramkan atas dirinya untuk makan mentega. Dia menekan perutnya dengan jemari-jemarinya. Dia berkata, 'Sesungguhnya kami tidak memiliki harta lain yang bisa dimakan hingga manusia bisa hidup dengannya."


Sufyan bin Utbah berkata: Umar bin Khathtab pernah berkata, 'Sesungguhnya orang yang saya cintai adalah orang yang menunjukkan kepada saya aib-aib saya.'


Aslam berkata: Saya melihat Umar bin Khathtab memegang telinga kuda dan dia memegang telinganya sendiri dengan menggunakan tangan yang lain. Kemudian dia melompat ke punggung kuda itu.


Ibnu Umar berkata: Setiap kali saya melihat Umar marah, lalu diingatkan kepadanya nama Allah, atau seseorang membacakan ayat al-Qur'an kepadanya, pasti dia akan berhenti dari kemarahannya itu.


Bilal berkata kepada Aslam, 'Bagaimana pendapatmu tentang Umar.' Aslam menjawab, 'Saya dapatkan dia sebagai sebaik-baik manusia, namun jika dia marah, maka itu saya anggap sebagai masalah besar.'


Bilal berkata, "Jika saya berada di sampingnya, dan dia sedang dalam keadaan marah, maka saya akan membacakan kepadanya al- Qur'an hingga kemarahannya reda,'


AI-Ahwash bin Hakim dari ayahnya berkata: Umar disuguhkan ma kanan dengan sepotong daging yang di dalamnya ada mentega. Dia enggan untuk memakannya. Lalu dia berkata, "Setiap bagian dari dua makanan ini adalah lauk pauk."

(Kebanyakan diatas ini diriwayatkan oleh Ibnu Sa'ad).


Ibnu Sa'ad juga meriwayatkan dari al-Hasan dia berkata: Umar berkata, 'Perkara yang saya anggap senang dalam menyelesaikan persoalan antara manusia adalah dengan mengganti pejabat yang memimpin mereka dengan pejabat yang lain."




Sifat-sifat Umar

Ibnu Sa'ad dan al-Hakim meriwayatkan dari Zirr dia berkata: Saya pernah keluar dengan penduduk Madinah pada Hari Raya. Saya me lihat Umar sebagai orang tua yang berjalan tanpa menggunakan alas kaki, kepalanya botak dan berkulit sawo matang. Rangkanya sangat tinggi jauh melampaui orang lain, seakan-akan ia sedang menunggang binatang.


Namun al-Waqidi berkata: Di kalangan kami tidak ada yang menyatakan bahawa Umar berkulit sawo matang kecuali mungkin pada musim2 tertentu. Kerana di saat itu warna kulitnya berubah kerana dia banyak makan minyak.


Ibnu Sa'ad meriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa dia menyisafkan Umar, lalu dia berkata: Dia adalah seorang laki-laki dengan kulit putih bersih dengan kemerah-merahan. Bentuk tubuhnya tinggi, kepalanya botak dan beruban.


Ibnu Sa'ad meriwayatkan dari Ubaid bin Amir dia berkata: Umar berbadan tinggi jauh melampaui umumnya manusia.


Dia juga meriwayatkan dari Ibnu Salamah bin al-Akwa' dia ber kata: Umar adalah lelaki yang mampu menggunakan kedua tangannya.


lbnu Asakir meriwayatkan dari Abi Raja' al-Athari dia berkata:


Umar adalah seorang lelaki dengan bentuk tubuh yang sangat tinggi, botak, warna kulitnya putih kemerahan kedua tulang pipinya menon jol, bahagian depan janggutnya besar dan dihujungnya ada warna hitam kemerah-merahan.


Dalam buku Tarikh karangan Ibnu Asakir yang dia riwayatkan dari banyak jalur disebutkan bahawa ibu Umar bin Khaththab, yakni Hantamah binti Hisyam bin al-Mughirah adalah saudari Abu Jahal bin Hisyam. Dengan demikian, Abu Jahal adalah paman dari pihak ibunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 12:45 AM | Show all posts
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]Siapakah Al Imam Ja`far Ash Shadiq?
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%].
[size=85%].
[size=85%].
[size=85%]Siapakah Imam Jaafar Ash Shadiq sebenarnya?? Kebanyakan yang orang awam dari ahli sunnah wal jamaah tidak mengenalnya. Jikalau kenal pun mereka tak mahu ambil pusing kerana telah beranggapan beliau ini adalah dari golongan ahli syiah, malahan beliau pun dilantik oleh Allah SWT sebagai seorang daripada Imam yang maksum. Jangan begitu, ketahuilah oleh engkau bahawa Imam Jaafar Ash Shadiq adalah salah seorang ulama yang tersohor setanding atau lebih lagi ilmunya dan takwanya dari Imam2 yang telah terkenal dikalangan ASWJ.. Di bawah ini adalah satu artikel yang aku kutip dari sebuah blog. Marilah kita menghayatinya bersama...


[ Last edited by  saifulms at 23-7-2007 12:52 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 12:53 AM | Show all posts

Link asalnya boleh dilihat disini; http://cakfaris.blogspot.com/2006/09/siapakah-al-imam-jafar-ash-shadiq.html



Semenjak dahulu Syi`ah mengklaim bahwa mereka mengikuti manhaj dan langkah Ja`far Ash Shadiq. Madzhab mereka dalam bidang fikih adalah ucapan-ucapan dan pendapat-pendapatnya. Karena mereka menamakan dirinya sebagai Ja`fariyun, padahal Ja`far berlepas diri dari mereka dan orang-orang seperti mereka. Mereka tidak berada di atas manhaj dan langkah-langkahnya dan dia bukanlah pemilik manhaj dan langkah-langkah yang diklaim tersebut.Mereka menukil dari Ja`far tanpa sanad atau dengan sanad maudhu` (dipalsukan) atau dhaif atau maqthu` (terputus). Dan ini berlaku untuk para imam yang lain.

Sudah dimaklumi bersama bahwa Syi`ah sangat kurang dan lemah dalam ilmu sanad, karena mereka tidak berpengalaman di dalam agamanya. Agama mereka adalah agama masyayikh mereka. Apa yang dikatakan oleh masyayikh, mereka menukilnya dari mereka tanpa memilih dan memilah. Salah seorang Syaikh Rafidhah telah mengakui dan dan membenarkan hal ini bahwa mereka menerapkan ilmu al jarh wa at ta`dil sebagaimana ahlus sunnah, maka tidak tersisa sedikitpun dari hadits mereka. Orang Syi`ah telah banyak berdusta atas Ja`far Ash Shadiq, mereka menasabkan kepadanya banyak sekali dari riwayat-riwayat yang dibuat-buat, hingga pada akhirnya mereka pada perubahan dan penggantian ayat-ayat Al Qur-an.Sebagaimana mereka menasabkan sebagian kitab kepada Ja`far. Padahal para ahli ilmu bersaksi bahwa kitab-kitab itu dipalsukan atas namanya. Diantara kitab-kitab tersebut adalah:Kitab Rasail Ikhwan Ash Shafa. Kitab ini dikarang lebih dari dua ratus tahun setelah wafatnya Ja`far, pada waktu Dinasti Buwaihiyyah.

Pada abad ketiga hijriyah (321 H - 447 H). Sementara Ja`far telah wafat pada tahun 148 H. Kitab ini banyak berisi kekufuran, kebodohan dan juga filsafat buta yang tidak layak bagi Ja`far Ash Shadiq dan ilmunya. Semoga Allah merahmati beliau dengan rahmat yang luas.Kitab Al Ja`far, yaitu kitab ramalan-ramalan tentang kejadian dan ilmu ghaib.Kitab Ilm Al Bithaqah.Kitab Al Jadawil atau Jadawil Al Hilal, telah memalsukan atas nama Abdullah bin Mu`awiyah salah seorang yang sudah terkenal dengan kebohongan.Kitab Al Haft.Kitab Ikhtilaj Al A`dha.Juga kitab-kitab lain seperti Qaus Qazah (pelangi) dan disebut Qaus Allah, Tafsir Al Qur-an, Manafi` Al Qur-an, Qira`ah Al Qur-an fi Al Manam, Tafsir Qira`ah As Surah fi Al Manam dan Al Kalam `ala Al Hawadits.Tidak ada satu penetapan yang jelas di kalangan Syi`ah bahwa kitab-kitab ini adalah kitab-kitab Ja`far Ash Shadiq selain oleh Abu Musa Jabir bin Hayyan Ash Shufi Ath Tharthusi Al Kimai (200 H). Ibnu Hayyan ini diragukan tentang agama dan amanahnya. Dia memang menjadi teman bagi Ja`far, tetapi bukan Ja`far Ash Shadiq melainkan Ja`far Al Barmaki. Diantaranya yang mengukuhkannya adalah Ibnu Hayyan tinggal di Baghdad sementara Ja`far Ash Shadiq tinggal di Madinah.

Juga abad pertama dan abad kedua tidak membutu*kan kitab-kitab dan risalah-risalah seperti yang telah dinasabkan kepada Ja`far Ash Shadiq ini.Sekapur Sirih Tentang Kehidupan Ja`far Ash ShadiqDia adalah Imam Ja`far bin Muhammad bin Ali Zainal Abidin bin Al Husain bin Ali bin Abu Thalib. Begitu pula ia adalah keturunan dari Abu Bakar Ash Shiddiq, karena ibunya adalah Ummu Farwah binti Al Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar Ash Shiddiq. Dan nenek dari ibunya adalah Asma binti Abdurrahman bin Abu Bakar Ash Shiddiq. Semoga Allah meridhai mereka semua. Karena itu Ja`far Ash Shadiq berkata, Aku dilahirkan oleh Abu Bakar dua kali. (Syiar `A`lam An Nubala : 259).Dia dilahirkan di Madinah tahun 80 H dian wafat tahun 148 H dalam usia mendekati 68 tahun. Dia wafat di tempat dia dilahirkan yaitu Madinah. Dia meninggalkan tujuh putra: Ismail, Abdullah, Musa Al Kazhim, Ishaq, Muhammad, Ali dan Fathimah.Dia benar-benar shadiq, jujur dalam ucapannya dan perbuatannya, tidak dikenal dari diri Ja`far selain sifat shidq (jujur, benar), karena itu digelar ash shadiq. Dia juga digelari al imam oleh ahlus sunnah karena kedalaman dan keluasan ilmunya. Ja`far menimba ilmu dari para sahabat besar seperti Sahl bin Sa`ad As Sa`idi dan Anas bin Malik Radhiyallahu anhu dan dari ulama tabi`in seperti Atha` bin Abi Rabah, Muhammad bin Syihab Az Zuhri, Urwah bin Az Zubair, Muhammad bin Al Munkadir, Abdullah bin Abu Rafi` dan Ikrimah Mawla bin Al Abbas Radhiyallahu anhuma.

Diantara murid-muridnya adalah Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Sufyan Ats Tsauri, Syu`bah bin Al Hajjaj dan Sufyan bin Uyainah. Para ulama Islam telah banyak memuji dan menyanjung.Ja`far Ash Shadiq termasuk orang yang sangat mencintas kakeknya Abu Bakar Ash Siddiq dan juga Umar bin Khaththab Radhiyallahu `anhu. Beliau sangat mengagungkan keduanya karena itu beliau sangat membenci Rafidhah yang telah membenci keduanya.Ja`far juga membenci Rafidhah yang telah menetapkannya sebagai imam yang ma`sum.

Diriwayatkan oleh Abdul Jabbar bin Al Abbas Al Hamdzani bahwa Ja`far bin Muhammad mendatangi mereka ketika mereka hendak meninggalkan Madinah, dia (Ash Shadiq) berkata,Sesunggunya kalian insya Allah adalah termasuk orang-orang shalih di negeri kalian, maka sampaikanlah kepada mereka ucapanku, `Barangsiapa mengira bahwa aku adalah imam ma`shum yang wajib ditaati maka aku benar-benar tidak ada sangkutpaut dengannya.

Dan barangsiapa mengira bahwa aku berlepas diri dari Abu Bakar dan Umar maka aku berlepas diri daripadanya`. (Syiar `A`lam An Nubala : 259).Muhammad bin Fudhail menceritakan dari Salim bin Abu Hafshah, Saya bertanya kepada Abu Ja`far dan putranya, Ja`far, tentang Abu Bakar dan Umar. Maka dia berkata, `Wahai Salim cintailah keduanya dan berlepas diri musuh-musuhnya karena keduanya adalah imam huda.` Kemudian Ja`far berkata, `Hai Salim apakah ada orang yang mencela kakeknya? Abu Bakar adalah kakekku. Aku tidak akan mendapatkan syafaat Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam pada hari kiamat jika aku tidak mencintai keduanya dan memusuhi musuh-musuhnya.`

Ucapan imam Ash Shadiq seperti ini dia ucapkan dihadapan bapaknya, Imam Muhammad bin Ali Al Baqir dan dia tidak mengingkarinya. (Tarikh Al Islam 6/46)Hafsh bin Ghayats murid dari Ash Shadiq berkata, Saya mendengar Ja`far bin Muhammad berkata, `Aku tidak mengharapkan syafaat untukku sedikit pun melainkan aku berharap syafaat Abu Bakar semisalnya. Sungguh dia telah melahirkanku dua kali`.Sebagaimana murid Ja`far yang tsiqat lainnya yaitu Amr bin Qa-is Al Mulai mengatakan, Saya mendengar Ibnu Muhammad (Ash Shadiq) berkata, `Allah ta`ala berlepas diri dari orang yang berlepas diri dari Abu Bakar dan Umar`. (Syiar Alam An Nubala : 260).Zuhair bin Mu`awiyah berkata, Bapaknya berkata kepada Ja`far bin Muhammad, `Sesungguhnya saya memiliki tetangga, dia mengira bahwa engkau berbara` (berlepas diri) dari Abu Bakar dan Umar`. Maka Ja`far berkata, `Semoga Allah berbara` dari tetanggamu itu, demi Allah sesungguhnya saya berharap mudah-mudahan Allah memberikan manfaat kepadaku karena kekerabatanku dengan Abu Bakar. Sungguh aku telah mengadukan (rasa sakit) maka aku berwasiat kepada pamanku (dari ibu) Abdurrahman bin Al Qasim. (At Taqrib, Ibnu Hajar, Tarikh Al Islam, Adz Dzahabi).

Semua teks ini adalah dari Ja`far Ash Shadiq, secara jelas menjelaskan kecintaanya kepada Abu Bakar dan Umar, wala`nya kepada keduanya serta taqarrubnya kepada Allah dengan wasilah mahabbah dan wala` tersebut. Juga menunjukkan kebencian kepada yang membenci keduanya dan bara` kepada yang bara` dari keduanya. Bahkan bara`nya dari orang yang meyakini imamah dan kema`shumannya. Dan permohonannya kepada Allah agar Allah memutus segala Rahmat-Nya dari orang-orang yang memusuhi Abu Bakar dan Umar.Maraji`: Gen Syi`ah, Sebuah Tinjauan Sejarah Penyimpangan Aqidah dan Konspirasi Yahudi, Mamduh Farhan Al Buhairi, Penerbit Darul Falah




[ Last edited by  saifulms at 23-7-2007 12:59 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.179154 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list