CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: benign

AlMaunah - pemberontakan bersenjata?

[Copy link]
Post time 6-1-2008 02:22 AM | Show all posts
Baca buku pasal Almaunah dari tulisan zabidi mohamed- penulis novel tersungkur di pintu syurga... alamak memang gempak habis!

Zabidi berjaya mewujudkan 'video' dalam kepala aku yang berserabut dengan neuron dan akson akson yang sentiasa berlawan antara satu samalain dalam usaha menguasai sistem pemikiran zig zag aku. Ceh, macam power je.

Aku memang betul betul terkejut bila baca buku tu.

Selamanih, aku fikirkan mende tu mende yang macam lakonan je.

Rupanya betul. Aku boleh bayangkan macam mana zahit muslim tu begitu tensen apabila melihat amin yang selamba yaya mengeluarkan ayat "sekarang ni kawasan ni medan jihad. Siapa keluar darahnya halal!".


Macam mana ustaz suhaimi yang dalam rasa bersalah yang amat sangat kerana meninggalkan ibunya yang sedang uzur untuk mengikuti "latihan peperangan" di bukit jenalek hanya kerana menggantikan rakannya yang tidak dapat pergi bersama ahli lain.


Macam mana 'leftenan' memberi arahan kepada pengawal agar turun buat jalan itek sejauh 15 meter, buat star, ketuk ketampi, sambil 'mejar' (ahli al maunah) yang lain memunggah senjata senjata ke dalam pajero.
memang gila!


dan yang paling tragis bila isteri kepada amin menyebut... sudah la bang . hari ni hari jadi abang.... balik la bang... dalam mikrofon , dalam usaha untuk memujuk amin menyerah diri.

Tapi ada sedikit huraian taksub yang aku agak kurangsetuju.. (ala biasa la kan? mana ada mende yang kita setuju semuanya? kalau tak buat apa Allah cipta Akal?).

Akhirnya zabidi merumuskan keadaan taksub yang melingkari pengikut al maunah sebagai ketaksuban yang melampau,
sama seperti ketaksuban yang melingkari penuntut al-arqam dahulu dengan abuya...

tapi dalam al maunah ni, dia pakai istilah rahsia dalam rahsia.

Maknanya, apa yang guru cakap mesti ikut, walaupun nampak tak logik dan pelik tapi mesti sentiasa bersangka baik dengan tokguru, kalau tak ilmu tak berkat, jurus tak menjadi (Nasrul Haq).

Amin juga didakwa mendengar suara dalam mesyuarat ghaib para wali.. sedangkan yang berlaku sebenarnya angkara jin.

persatuan almaunah indonesia juga mengkritik amin, dan guru kepada al maunah indonesia juga tidak mengaku amin sebagai anak muridnya, kerana cara pengijazahan ilmu yang tidak sama langsung dengan pengijazahan ilmu silat yang dilakukan oleh al maunah yang 'original', di mana pengijazahan amin dilengkapi dengan minyak dan air panas, ditetak tak putus..... sedangkan dalam pengijazahan yang sebenar takde langsung pun camtuh.

tadi rasa macam nak beli buku tu, tapi kalau beli, alamat tak cukup duitlah nak balik kampung. So, terpaksa resist the urge la. tapi okeh what... speed reading 1 jam setengah boleh habis buku tebal dekat seinci.

pesan aku, baik korang gi baca buku nih.
lebih baik dari taktau apa apa pasal al maunah.

CREDITS TO:
http://fahmimahat.blogspot.com/2004_07_01_archive.html

[ Last edited by  sya_sugar_sugar at 6-1-2008 02:32 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2008 02:39 AM | Show all posts
Akupun dah baca & khatam buku ni.
Baca taun 2006, bulan Jun.

Adikku pinjam dgn kawan dia.

Aku yakin dgn pernyataan Zabidi yg peristiwa ini bukan satu konspirasi kerajaan
seperti yg didakwa parti pembangkang.

Ianya adalah dua-tiga-lapis penipuan/wayang atas wayang.
Berlaku penyamaran dalam penyamaran.

Iaitu: Amin ada agenda dia.

Amin beritahu jalan cerita "A" kat ahli-ahli Maunah
Amin ada agenda peribadi "B"
Masyarakat nampak cerita "C"
Bila dah sekerat jalan, ahli-ahli Maunah baru tahu agenda Amin = Agenda "B".

Kiranya ahli2 Maunah terpedaya, terperangkap, teraniaya
hasil kepercayaan yg bulat2 kepada ketua.
Fikiran kena twist.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 02:43 AM | Show all posts
Paling aku tak tahan.... sayu...
Isteri salah seorang tertuduh (Zabidi tak mention nama)

Tulis surat kat Zabidi, tanya adakah sudi Zabidi berkahwin dengan dia
(Mengambil dia sebagai isteri)....
Sampai macam tuh sekali

a)kerana berasakan suaminya memang tak ada harapan,
   mesti menjalani hukuman mati,

b)celaru , kusut takut gelap masa depan, anak2 ramai...

sampai habis buku ditulis, zabidi mention dia tak bagi apa2 jawapan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 09:45 PM | Show all posts

Buku Al-Maunah

Book Title :  Rahsia dalam rahsia maunah kebenaran yang sebenar - the naked truth / Zabidi Mohamed

Local Call Number : 297.609595 ZAB

Boleh didapati di perpustakaan berdekatan.

InsyaAllah.


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 09:05 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 09:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2008 12:36 AM | Show all posts
Originally posted by rajamelewar at 7-1-2008 09:05 AM




rajamelewar... rajin kamu tampal gambor2 nih...

sya paling suka gambor tangan nak celup dalam minyak tuh...
cuba tuan-tuan & puan-puan sekalina close-up muka orang yg jadi object utama gambor...

ngeh,ngeh,ngeh...      
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 12:38 AM | Show all posts
Originally posted by rajamelewar at 7-1-2008 09:05 AM


rajamelewar... rajin kamu tampal gambor2 nih...
sya paling suka gambor tangan nak celup dalam minyak tuh...
cuba tuan-tuan & puan-puan sekalian close-up muka orang yg jadi object utama gambor...
ngeh,ngeh,ngeh...      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2008 04:34 PM | Show all posts
hehehe.... mcm takut je muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 02:56 AM | Show all posts
aku ada tgk kedai hardware abg si amin ni kat sauk sbb dpn umah kg arwah kawan rapat aku...beso gile...dgrnya buat slps kes ni...bnyk tol duit dia(bersangka baik)
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 09:03 AM | Show all posts
Tak tau nak percaya ke tak cite mohamed amin ni,sebab kawan saya memang kawan sepermainan dia  masa kecik dulu(duduk depan rumah lagi!)apa yang suratkabar bgtau  katanya lain sangat dengan versi asal.Malah masa amin ni ditangkap penduduk kampung semua dalam ketakutan sebab SB ada dimana2menyamar sebagai penjual kain pun ada nak tau hal dia ni.Katanya dia pun tak sangka bila baca suratkabar pasal Al Maunah ni dengan M amin.Paling kelakar katanya dalam suratkabar kata mak arwah pujuk dia serah diri,dengan nyanyii lagu P Ramlee!baru lembut hati dia nak menyerah.Sedangkan mak dia cakap lain!Jadi kita boleh buat penilaian sendiri la tentang segala laporan kesalahan jenayahnya ini dalam suratkhabar.Mungkin ada sesuatu yg boleh menggugat politik negara barangkali,kerana itu dia dihadapkan dengan tuduhan ini.

Sebab tu ada pihak 'kurang percaya' dan suruh lakonkan semula macamana diorg nak sumbat senjata  yg byk dalam pajero bersama penumpang sekali!,lepas tu buat dalam jmasa singkat!lagi satu macamana boleh org luar sesuka hati bawa keluar senjata tanpa prosedur ketenteraan?mesti buat laporan dan tidak boleh ambik dgn senang sebab dikawal ketat.Bayangkanlah betapa mudahnya masuk tempat simpanan senjata dan rapuhnya sistem keselamatan di kem tentera! Pasti ada dalang disebalik semua ini..mungkin benar dia bersalah tapi agak mencurigakan Andainya mereka sesat,maka patutlah mereka dihukum,tapi andaikata mereka dianiaya?dah pasti kita kehilangan seorang muslim yg benar dan berani..rugilah kita.. wallahualam

[ Last edited by  miftahuljamilah at 9-1-2008 09:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 08:14 AM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 9-1-2008 09:03 AM
Tak tau nak percaya ke tak cite mohamed amin ni,sebab kawan saya memang kawan sepermainan dia  masa kecik dulu(duduk depan rumah lagi!)apa yang suratkabar bgtau  katanya lain sangat dengan versi  ...


hmmm.. menarik. bleh elaborate skit??
aku pon sangsi ngan peristiwa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by homer_simpson at 26-1-2008 08:14 AM


hmmm.. menarik. bleh elaborate skit??
aku pon sangsi ngan peristiwa ni..



nak cite lebih2 pun tak tau banyak,tapi memang itu la yg kawan saya bagitau,cuba kita lihat cara dia masa dipenjara dan mati, jika dia memang sesat takkan setenang itu dia hadapi tuduhan ini..Kebenarannya hanya Allah yg tau...kawan saya tu pun takut2 nak cite takut SB datang cari dia pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 07:54 PM | Show all posts

Al-Maunah Dan Kejadian Di Sauk.

Assalamualaikum semua.

Aku teringat kisah kejadian di sauk sekitar tahun 2000. Dengarnya ada geng askar yg tak puas hati. dan .... bla.... bla... bla..... aku tak tau sangat pasal kisah kejadian ni. kalau korang ada info pasal kejadian ni boleh la kongsi dalam thread ni. kalau ada gambar masakejadianni berlaku pon best gak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 08:02 PM | Show all posts
tgh practical training kat bukit bintang masa tu..

ada sorang exec kat dept, almost every weekends ada activities. bila tanya, dia cakap pegi menigkatkan ilmu di dada. time tu dengar jelah.. cuma selalula dengar2 dia cerita, ada orang dalam group tu, boleh masukkan tangan dalam minyak panas la... kitorang buat lawak jelah, cakap wives yg join kumpulan tu sure hepi sebab kalau goreng ikan, just suruh diorang celup tangan dalam kuali jek...

after a few months, ada SB datang ofis, cekup the guy, baru kecoh kluar al-maunah ni kat berita, newspaper. then dia kena kena dok kat kamunting (kan?), lama gak, sampai aku aku habis practical dia still detained..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 08:05 PM | Show all posts
apasal pulak la aku punya post jadi besar bapak and kaler merah !!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2009 08:20 PM | Show all posts
cari ade prob tue..haha...

mase almaunah nie..aku baru form 1..hehe~...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 02:39 AM | Show all posts
lepas al-maunah korang bkk pasal memali plak... tragedi al-maunah ni de masuk lam dokumentari pahlawan kat tv1.. tp kisah ni under V.A.T 69..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 03:16 PM | Show all posts
ana adalah mantan ahlul almaunah...

ana berjaya mencapai maqam ke - 17 dengan potensi untuk jadi amir di cabang ke - 6...

hingga kini ana masih diselaputi aura dan jika ana malas, ana boleh 'tembak' aura ke arah gugusan buah2 rambutan atau lain2 buahan tempatan agar gugur dan tidak perlu guna galah...

kahlulan ana adalah rahsia kerana itu tidak terkesan oleh para penguasa... ketika tra jedi di sauk, ana enggan men jedi kan diri ana kerana ana detik itu terpaksa ke rumah orang kawen untuk menikmati nasi minyak... sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 04:33 PM | Show all posts
lepas al-maunah korang bkk pasal memali plak... tragedi al-maunah ni de masuk lam dokumentari pahlawan kat tv1.. tp kisah ni under V.A.T 69..
yusri191090 Post at 12-10-2009 02:39 AM


Thread pasal memali kan dah ada. BTW, aku org baling. kg aku selang beberapa KM je dari memali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.091398 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list