CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69126|Reply: 395

[MERGED] ]Mariam Warga Malaysia Yang Menetap di Korea

[Copy link]
Post time 24-6-2007 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Mariam tidak lupa jawab salam



JOHOR BAHRU: Mariam Sahari yang tidak pernah bertutur bahasa Malaysia sejak mengikuti suami Koreanya, Cho Se Won balik ke negara asal, sebak berbaur gembira apabila mendengar ucapan 'Assalamulaikum' yang kali terakhir didengarinya kira-kira 61 tahun lalu.

'Waalaikumusalam' jawab Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae, 86, sebaik saja wartawan New Straits Times (NST), Siti Nurbaiyah Nadzmi memberi salam untuk memulakan perbualan telefon dengannya pagi semalam.

Perbualan telefon dengan Mariam yang berada di Korea Selatan kerana tidak dapat pulang ke tanah air berikutan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, dibantu produser Korea Broadcasting System (KBS), Park Keon Young dan Penyelidik KBS, Seo Kyu Won yang datang ke Malaysia untuk membantu warga emas itu mencari keluarganya.

Wartawan Berita Minggu, Khirul Bahri Basaruddin dan Azida Shaharuddin turut mengemukakan beberapa soalan secara terus atau melalui Seo dalam perbualan selama 10 minit itu.

Beliau kedengaran gembira kerana lama tidak mendengar suara orang Melayu bertutur dalam bahasa Malaysia dan perbualan dengan warga emas itu ibarat dalam filem Melayu hitam putih pada era 40-an dan 50-an.

Mariam, kelahiran Plentong di sini, pada perbualan kira-kira jam 9.45 pagi, kedengaran seolah-olah menghayati setiap soalan yang diajukan dalam bahasa Melayu dan mencuba mengingatkan kembali serta memahaminya namun pada masa sama tidak tahu membalas dalam bahasa sama.

Bagaimanapun, Mariam yang kini menetap sendirian di Seoul masih dapat menyebut beberapa perkataan seperti selamat tinggal, rumah, bapa, ada, anak, buah mangga dan durian dengan baik.

Sepanjang perbualan telefon dalam bahasa Melayu dan Korea yang diterjemahkan oleh Seo, beliau yang masih sihat menyatakan terlalu merindui ibu bapa dan anak yang ditinggalkan di kampungnya, di Plentong pada 1946.

"Jika diberi peluang untuk pulang ke Malaysia, saya ingin berjumpa ibu bapa dan ketiga-tiga anak. Saya juga teringin makan buah mangga dan durian di sana (Malaysia ) nanti," katanya yang sempat ketawa kecil dengan suara yang terketar-ketar menahan sebak.

Mariam berkata, beliau bersedia menemui keluarganya jika impian itu dimakbulkan walaupun mengakui takut menaiki kapal terbang ke negara ini kerana belum pernah menaiki pesawat seumur hidupnya.

"Usia begini, saya takut dan khuatir akan mengalami sakit kepala pula," katanya bergurau.

Apabila ditanya adakah beliau masih memegang janji membawa balik banyak biskut kepada anak bongsu yang berusia lima tahun ketika meninggalkan mereka dulu, Mariam menjawab dalam bahasa Korea 'Ae' atau 'Ya' dengan suara teresak-esak yang dapat didengar melalui perbualan telefon itu.

Katanya, beliau tidak dapat melupakan janji kepada anaknya sehingga kini dan sanggup merentasi lautan untuk kembali bertemu anaknya.

Bila ditanya cerita dan gambar beliau disiarkan akhbar NST, Berita Harian dan Harian Metro, Mariam berkata, beliau menghargai pertolongan pihak media tetapi berserah kepada takdir dan berharap keluarganya di Johor membacanya.

Berita Harian sebelum ini melaporkan Mariam berkahwin dengan seorang pemuda Melayu ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan mempunyai dua anak perempuan serta dua lelaki tetapi seorang anak lelakinya meninggal dunia tidak berapa lama selepas dilahirkan. Anak sulung perempuannya dikenali sebagai Ramlah, 71, Jalani, 68 dan Jamnah, 66.

Pada April 1946, beliau meninggalkan keluarga di kampung halamannya di Plentong termasuk tiga anak bagi mengikut seorang warga Korea, Cho Se Won ke negaranya untuk berjumpa keluarga lelaki itu selama sebulan.


Bagaimanapun, sejak memasuki Korea Selatan melalui Pelabuhan Busan pada 10 Mei 1946 dan kira-kira sembilan bulan selepas tamat Perang Dunia Kedua, beliau gagal pulang ke tanah air kerana tidak mempunyai dokumen perbadi untuk mengesahkannya seorang warga Malaysia atau warga Korea Selatan.

Dalam tempoh itu, beliau cuba berhubung dengan anaknya dengan mengutus surat namun berikutan alamat tidak lengkap, semua surat dikembalikan kepadanya menyebabkan Mariam terus bersedih mengenangkan anak yang ditinggalkan ketika masih kecil.

Mariam kini melakukan persiapan mempelajari semula bahasa Melayu supaya dapat bertutur dengan baik apabila berjumpa keluarganya.

Malah beliau dikatakan menjalani senaman menyihatkan badan bagi mengurangkan rasa penat jika diberi peluang mengunjungi Malaysia tidak lama lagi.

Beliau yang sehingga ini tidak dapat keluar dari Korea Selatan dan menetap bersendirian di Seoul, berharap masyarakat Johor Bahru dapat membantu mencari keluarganya yang ditinggalkan sekian lama.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris Mariam, boleh hubungi pejabat Berita Harian Johor Bahru, 07-2383333.



1. Betapa peningnya wartawan ni kejap bahasa Malaysia kejap bahasa Melayu
2. Macam mana la dia boleh pegi Korea dulu ikut lelaki Korea kemudian kahwin plak kat sana?
3. Semoga keluarga Mariam ni boleh dicari secepat mungkin  


[ Last edited by  dexa at 20-10-2008 12:30 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2007 03:25 PM | Show all posts
tua benor makcik ni skang...

plentong ni sepelaung aje dari rumah aku...bukan besar sgt pun plentong ni. tp tahun 1946... hugghhh tak dpt aku bayangkan samaada plentong ni hutan ke, estet ke...kebun kelapa ke... kampung ke...

semoga dipengujung usianya ini, makcik ni berpeluang untuk bertemu dengan kaum keluarganya semula...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 03:27 PM | Show all posts
skrg ni apa la agama yg dianuti oleh makcik ni yer
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 03:52 PM | Show all posts
ermm aku rase nenek ni still muslim lg kot

sbb die still acknowledge salam tu

hmm hmm hmm

smoger dpt jmpe long-lost family :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 03:56 PM | Show all posts

Reply #1 DTECCONAN's post

wakakakakaka..:lol

baru prasan LOL

aku pn pening
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 04:11 PM | Show all posts
Harap
Reply

Use magic Report

Follow Us
dempol This user has been deleted
Post time 24-6-2007 08:01 PM | Show all posts
mudah2an makcik mariam ni dapat jumpa waris2nya..lebih2 lagi anaknya yg ketika itu berumur 5 tahun sewaktu beliau meninggalkan malaya...insyaallah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 08:38 PM | Show all posts
mak cik amboi..kena sorok ker? dah la IC Malaysia x der..IC korea pun x der...memang ganaslah laki mak cik ni...ganas laki  bini....
Harap2 mak cik ni masih Islam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2007 10:01 AM | Show all posts

Anak mahu bawa ibu pulang dari Korea

Oleh Azida Shaharuddin

[table]
[tr]
[td]

JOHOR BAHRU: 揗ak, baliklah...saya rindu pada mak... pulanglah ke Malaysia. Saya dan adik beradik tidak pernah berasa hati dengan mak. Masih ada tempat untuk mak bersama semula dengan kami semua di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 10:05 AM | Show all posts

Reply #9 DTECCONAN's post

ada gak sorang yg aku kenal tak kawin lg sampai skrg
lepas isteri dia meninggal lebih kurang 26 tahun dulu
lelaki ni membawa diri
tp sampai sekarang dia tak kawin2 lain
ini kisah benar
tp aku tak tauler kerana cinta sgt ke atau mengenangkan dosa pd arwah isteri
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 10:07 AM | Show all posts

Reply #1 DTECCONAN's post

aku rasa wartawan nih betul...
kan k'jaan/org2 kuat bahasa kita pun kejap Melayu kejap Malaysia...ok la tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 10:10 AM | Show all posts
kasih ibu sepanjang hayat...

sedih baca part2 'kasih sayang antara anak & ibu (orang tua)...

semoga Mariam sempat berjumpa dgn anak2nya....AMIN..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 10:40 AM | Show all posts
Kesian kan Mak Cik nie, dah lah terbiar seorang kat tempat orang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 10:41 AM | Show all posts

Reply #1 DTECCONAN's post

dulu dia ni orang gaji aaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 10:43 AM | Show all posts
Kita berharap MAIK (Majlis Ugama Islam Korea) tidak lupa untuk menyempurnakan mayatnya secara Islam bila tiba masanya nanti... :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 10:59 AM | Show all posts

Reply #15 Maideen.'s post

kalau anak dia dah berjaya bawak dia pulang tak perlulah nak menyusahkan MAIK...betul tak?? :cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2007 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by babybueno at 25-6-2007 10:59 AM
kalau anak dia dah berjaya bawak dia pulang tak perlulah nak menyusahkan MAIK...betul tak?? :cak:

Pi tanya orang lain lah.... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 11:04 AM | Show all posts
Semoga dapat dipertemukan segera tanpa sebarang masalah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2007 11:12 AM | Show all posts

Reply #15 Maideen.'s post

orang Korea ambik tau ker dia agama apa?

negara luar mungkin x ambik tahu langsung dia agama apa, kalau dia berkahwin dgn bukan Islam, maka seluruh kehidupan dia juga akan bertukar, sehingga matipon akan dilalukan seperti bukan Islam

semoga Mariam masih lagi Islam
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 11:15 AM | Show all posts

Reply #4 ischae's post

PERTAMA daripada segalanya, aku tertanya-tanya apakah sebenarnya tujuan dia mengikuti lelaki korea tu....? Mungkinkah kerana menurutkan kata hati yang telah mabuk dilambung ombak cinta pada masa itu ...? Betapa hangatnya cinta nenek ini kerana cinta sanggup meninggalkan anak yang berusia 5 tahun pada masa itu ke korea yang sewajarnya dia ketahui terlalu jauh..! Hebatnya cinta nenek ini kerana sanggup menerima seorang lelaki korea .....padahal pada masa itu dia telah pun berkahwin....tidak diketaui pulak apakah pada masa itu dia telah menjanda.....
Aku cuma berharap dia berkahwin tu dengan lelaki Islam Korea tetapi jauh disudut hati aku ianya tidak akan begitu... kalau nak ukur keislaman dia hanya dengan boleh menjawab salam ianya terlalu sukar....kawan-kawan aku bukan setakat bagi slam dan jawab salam baca bismillah  dan doa makan pun pandai sekalipun mereka berbangsa cina dan ugama budha...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.073001 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list