|
[MERGED] ]Mariam Warga Malaysia Yang Menetap di Korea
[Copy link]
|
|
Pertemuan empat hari semarak rindu Mariam
Oleh Azida Shaharuddin
Lupakan soal kesihatan untuk jumpa anak bongsu di Malaysia
JOHOR BAHRU: Pertemuan dengan anak kandung selama empat hari selepas terpisah 64 tahun lalu, membuatkan warga emas, Mariam Johari, 86, membulatkan tekad untuk pulang ke Malaysia walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Sejak bertemu anak sulungnya, Ramlah Sonni, 72; anak kedua, Jelani, 70; isteri Jelani, Suriah Anwar, 52; anak Ramlah, Ahmad Onn, 41 dan menantu Jamnah, Siti Zainab Noor, 35, hati Mariam tidak pernah tenang di Korea Selatan, walaupun ketika itu, sedang menjalani rawatan di Hospital Perbandaran Dong-Bu, Seoul.
Naluri ibu Mariam ternyata kuat kerana beliau tidak dapat melupakan janji untuk menyuapkan biskut untuk anak bongsunya, Jamnah, 65, yang tidak melawatnya ke Korea Selatan kerana kurang sihat.
Penyelidik Korea Broadcasting System (KBS), Seo Kyu Won ketika mendedahkan perkara itu kepada Berita Harian, berkata selepas rombongan anak Mariam pulang ke Malaysia 22 Julai lalu, warga emas itu yang dikenali dengan nama Nek Yam, setiap hari menatap gambar anaknya.
Katanya, setiap kali berbuat demikian, air mata warga emas itu mengalir dan tekad untuk pulang ke Malaysia walaupun terpaksa mengharungi penerbangan tujuh jam.
Seo mendedahkan Mariam pernah berkata kepadanya: "Saya mahu pulang ke Malaysia untuk berjumpa Ramlah, Jelani dan Jamnah, secepat mungkin. Walaupun tidak sihat, laporan pemeriksaan doktor menunjukkan badan saya cukup sihat dan saya bersedia kembali ke Malaysia."
Beliau berkata, selepas keluarga Mariam pulang ke Malaysia, warga emas berkenaan seperti mendapat semangat baru dan sentiasa meminta laporan daripada doktor bagi mengetahui perkembangan kesihatan untuk meyakinkan KBS supaya membawanya pulang ke Malaysia.
Seo berkata, beliau lega berjaya menunaikan hasrat Mariam kerana selama ini, berasakan ia adalah tanggungjawabnya untuk membawa pulang ke negara ini, selepas menemui anak Mariam dengan bantuan akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP).
Sementara itu, Mariam mengunjungi kubur bapanya, Johari Mohamed serta adiknya, Ahmad Tapri di tempat kelahirannya di Kampung Sungai Tengkorak, Plentong, semalam.
Suasana sedih menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Plentong berhampiran tapak rumah lama Mariam sebaik warga emas itu tiba jam 6 petang.
Mariam terus menangis dan meminta maaf kepada arwah ayahnya yang terpaksa menjaga tiga anaknya, Ramlah, Jelani dan Jamnah selepas meninggalkan mereka 64 tahun lalu.
"Saya minta maaf ayah, kerana lambat balik. Saya sentiasa rindukan ayah... ayah selalu belikan makanan untuk saya, lepas ketiadaan saya tentu susah bagi ayah menjaga ketiga-tiga anak saya," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Airmata aku tumpah lagi......... |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada kata...secantik bahasa...nak ku tulis perasaan..
Tiada gambar seindah lukisan...nak ku lukis perasaannn...
Teramat sebak...dada sungguh sesak...
Nek Yam...tabah yaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg sedeyyy baca citer nenek ni ...
semoga semua anak2 nenek yam ni memaafkan dia dan gunakan peluang yg ada utk 'cover' balik 64 tahun tu (errrr ... cukup ker)
for someone of her age, 86 ... nampak dia masih kuat dan bertenaga la. ..
[ Last edited by Bolayan at 7-9-2007 09:56 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Memories of dad, life in village
Mariam Johari still remembers how to tap rubber, a skill she learnt as a child.
JOHOR BARU: Memories of her youth came flooding back to Mariam Johari as she re-visited her birthplace at Kampung Sungai Tengkorak in Plentong, yesterday.
Mariam, 86, who has been living in South Korea for the past 64 years, could hardly contain her emotions when she visited her father抯 grave at Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Plentong.
A teary Mariam begged for her late father抯 forgiveness as he had been forced to look after her children when she left for South Korea but did not return within a month as expected.
"I am asking for my father抯 forgiveness for coming home late. I always thought of my father while I was in Korea.
"He was the one who always brought food home for me. It must have been difficult for my father to take care of my three children," she said.
Also present were Mariam抯 sisters, Khatijah, 72, and Fatimah, 70; her children Ramlah Sunni, 72, and Jelani Sunni, 70; grandson Ahmad Onn, 41, and stepson Ji Young Un, 56, his wife Shin Sook Hyun, 56, and their son, Ji Dong Uk, 27, who had accompanied her from Seoul.
Mariam said she had vivid memories of the times she spent with her father in the village. "We would wake up at 2am to tap rubber until noon, and then he would buy food after the work was done." |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sedih la aku bacaciter dia ni..kalu buat drama atau filem mesti best punyer tapi pihak yg betul la..apa kata korang semua?
Aku tk dapat bayangkan mcm mana dia fikir masa sekarang ni..dia ingat lg tak rasa masakan melayu ke, rasa bauh durian tu mcm mana, mcm2 lagi la..cutural shock for 2nd time 1st masa pegi korea dulu skrg balik mai malaysia tgk semua dah lain 2nd time...Aku tkut nanti akan jadi tk sihat plak sebab byk sedih yela sedih yg gembira tgk muka anak sekrg sedih bercampur gembira tgk kubur arwah bapa la lg...faham tak maksud aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #301 Syd's post
Siapa2 yg mempersoalkan keIslaman nek Yam nie pergilah tengok sendiri kat gambar tu.. dia sendiri menadah tangan berdoa. Sekurang2nya dia masih anggap dirinya Islam, jadi jangan lah kita dok persoalkan keIslaman dia lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #309 Muntz's post
semua yang berlaku ni atas izin ALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata buatlah reality show pasal nek Yam nie... pastu campur2 sikit dgn video lakonan dia waktu zaman muda2 dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
so far, nak buat dokumentari jer |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya klu dia masih mempercayai allah n nabi muhammad, dia tetap islam. klu dia hidup tak mcm org islam skali pon klu percaya pada syahadah dia islam, yg lain biar lah tuhan yg adili dia. kene amik kire she blend wit the community sbb dia pon tak ada sapa2, allah itu maha penyayang n pengampun. kita jgn judgemental sgt, sbb nak ckp mcm mana iman n keislaman org tuh mmg bukan hak kita tp hak mutlak yg esa. sekian. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ini semua kes darurat....la keadaan memaksa dia jadi mcm ni...jgn ckp pasal agama...kalau kita di tempat dia mcm mana la plak? |
|
|
|
|
|
|
|
nenek nih rasanya bukan sorang yang lekas mengalah |
|
|
|
|
|
|
|
http://en.wikipedia.org/wiki/Korea_under_Japanese_rule
Starting in 1941, Japan started conscription of Koreans into the armed forces. All Korean males were drafted to either join the Imperial Japanese Army, as of April 1944, or work in the military industrial sector, as of September 1944. Before 1944, 18,000 Koreans passed the examination for induction into the army. The application ratio was allegedly 48.3 to 1 in 1943. From 1944, about 200,000 Korean males were inducted into the army. The number of Korean military personnel was 242,341, and 22,182 of them died during World War II. At the Tokyo War Crimes Tribunal 148 Koreans were convicted of Class B and C war crimes, 23 of whom were sentenced to death. In 2002, South Korea started an investigation of Japanese collaborators. Part of the investigation was completed in 2006 and a list of names of individuals who profited from exploitation of fellow Koreans were posted. Many collaborators were able to afford higher education with the money they had made; this allowed them to take up influential positions and afford to contribute to the well-being of their children who thus also profited. |
|
|
|
|
|
|
|
During World War II, women who served in the Japanese military brothels were called Comfort women. Historians estimate the number of comfort women between 10,000 and 200,000, which include Japanese women.[38][39] According to testimonies, there were cases that Japanese officials and local collaborators kidnapped or recruited under guise of factory employment poor, rural women from Korea (and other nations) for sexual slavery for Japanese military.
As investigations continue, more evidence continues to surface. There has been evidence of the Japanese government intentionally destroying official records regarding Comfort Women.[40][41] Nonetheless, Japanese inventory logs and employee sheets on the battlefield show traces of documentation for government sponsored sexual slavery. In one instance, names of known Comfort Women were traced to Japanese employment records. One such woman was falsely classified as a nurse along with at least a dozen other verified comfort women who were not nurses or secretaries. Currently, the South Korean government is looking into the hundreds of other names on these lists.[42] |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah... Allah syangkan nek yam..maka dipanjangkan umur beliau sehingga bertemu semula dgn anak2 n kuarga yg telah bpuluh tahun ditinggalkan... semuga nek yam mendapat taufik n hidayah dari Allah utk kembali ke agama islam...amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih betul baca kisah nenek yam nieh..
jgnler salahkan dia seratus-peratus..
InsyaALLAH dia masih islam lagik..
mungkin dgn penderitaan yg dialaminya itu, dia dapat kredit yg banyak gila2..
jd kita yg biasa2 nieh kena hati2ler...
sbb kredit tak banyak, tp dok persoalkan org jerks... |
|
|
|
|
|
|
| |
|