CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DTECCONAN

[MERGED] ]Mariam Warga Malaysia Yang Menetap di Korea

[Copy link]
Post time 19-10-2008 05:02 PM | Show all posts
Originally posted by abgboroi at 19-10-2008 12:28 PM

pasal agama tu...kita tak boleh salahkan nenek mariam...sebab keadaan berbeza...keadaan sekiling yang bukan beragama islam boleh mempengaruhi seseorang...aku tak rasa dier kuar islam...cuma dier tak amalkan islam ajer....ini kena bincang lain laaa....



tang ni aku setuju
cuba kowrang letakkan diri kowrang kat tempat nenek tu
terkontang kanteng sorang diri, terasing dalam masyarakat yg lain budaya dan agama

camner nak teruskan kehidupan kalau tak accept situasi sekeliling? Jadi sikit sebanyak kenalah asimilasikan diri dgn persekitaran.
Aku rasa dia tak kuar agama, cuma ia tak dpt praktikkan agama asal dia sbb masyarakat sekeliling dia bukan sama anutan dgn dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2008 12:19 AM | Show all posts

Balas #18 bbdd\ catat

betul. soal dia masih islam atau tidak, kita manusia ni tak layak mengandaikannya. itu antara dia dengan allah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 12:28 AM | Show all posts
Idup lagi nenek ni..ari tu katanya sakit...nomu ka maeu appo?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 10:52 AM | Show all posts
nenek ni taknak duduk Malaysia, nak balik Korea gak.
maknanya dia dah diberi peluang untuk kembali kepada agama dan keluarga tapi masih gak memilih jalan yang sesat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by the_slayers at 19-10-2008 16:08
Dengar-dengarnya permintaaan nenek nie selepas beliau mati

beliau mahu dikebumikan di korea



jangan plak ada kes merampas jenazah plak nanti. mau jadi masalah antarabangsa plak nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by mawarputih2612 at 19-10-2008 12:26 PM
de baca lam paper, anak dia kt sini citer lepas dia balik korea tu dorang terus lost contact ngan dia


kenapa tak mintak tolong mawi dalam issue nih
mawi kan duta korea kat malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2008 11:13 AM | Show all posts
Tak payahlah kita nak hukum sesat ke murtad ke apa ke. Ini urusan Allah belaka.Kalau kita tercampak kat Korea 50-60 tahun macamana agaknya?

Nenek tu dah terasimilasi sepenuhnya dgn budaya,carahidup Korea.Dia dah tak tahu macamana nak jadi Melayu balik.Jadi biarkanlah asalkan dia bahagia dgn pilihan dia.Keluarga dia pun dah buat apa yg termampu rasanya.Doakan ajelah yg terbaik utk nenek Mariam sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 11:13 AM | Show all posts
yg paling kesian dlm hal ini adalah anak2 dia kannn??

nenek neh haku rasa dia pun ala2 dah give up nak balik malaya or berpatanh arang gitu sbb baca dolu2 mmg dia berusaha utk balik malaya until tahun 80an or 90an?? lepas tu dia dah stop try jumpa kedutaan bagai kann?
pihak kedutaan not helping her pun dolu...pegi kat kedutaan diorang cam[ak suruh pegi kedutaan temasek lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2008 11:14 AM | Show all posts
kalau haku seorang sutradara pilem... harus haku pilemkan cerita nenek mariam neh...
mahu meleleh kan org tgk citer neh...
haku suggest yasmin ahmad wat citer neh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 11:27 AM | Show all posts
kalau anak dia sendiri tak boleh nak pujuk,kita orang luar tak boleh nak kata apalah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 01:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:47 PM | Show all posts

Reply #371 HangPC2's post

akhirnya balik malaysia juga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:50 PM | Show all posts
ape latest news pasal ahkak mariam nie...tibe2 je thread ni pop up..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 03:49 AM | Show all posts
akhirnye katam jugak aku baca kisah nenek mariam korea ni.

berat mata kite memandang..hanya Allah saja yang tau perasaan
hati anak2 dier..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 11:33 AM | Show all posts
373# kentutmanis


dah tak ader citer dah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 01:06 PM | Show all posts
Kisah Mariam dijadikan iktibar - Nooh Gadut



JOHOR BAHRU 7 Sept. - Kisah hidup wanita kelahiran Johor yang terkandas selama 64 tahun di Korea Selatan, Mariam Johari, 88, dan meninggal dunia di sana wajar dijadikan pengajaran dan iktibar kepada semua pihak.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, umat Islam khususnya generasi muda sepatutnya meletakkan akidah dan agama melebihi segala-gala daripada cinta dan kasih sesama manusia.

Beliau berkata, ini kerana sayang kepada agama kekal di dunia dan akhirat manakala cinta kepada manusia hanya bertahan sementara waktu sahaja.

''Anak-anak muda jangan mengikut perasaan untuk melarikan diri dari rumah dan berhijrah ke luar negara walaupun tindakan itu mempunyai sebab.

''Sebelum membuat apa keputusan, ibarat pepatah Melayu, tepuk dada tanya iman dan bukannya tepuk dada tanya selera,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kematian Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang meninggal dunia ketika tidur pada Sabtu lalu selepas kira-kira empat bulan tidak sihat.

Anaknya, Jelani Sonni, 72, mendakwa ibunya itu telah membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan agar dikebumi secara Kristian.

Mariam yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921 berkahwin dengan seorang jirannya ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak, namun anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

Ketika Perang Dunia Kedua, suami Mariam menyertai tentera manakala Mariam dikerah menjadi buruh membina landasan kapal terbang di Senai pada 1943.

Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won yang membawanya ke Korea Selatan dan terkandas di negara itu.

Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila dia meluahkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor pada 23 Jun 2007.

Hasratnya bertemu semula tiga anaknya itu, Ramlah Sonni, 74, Jelani dan Jamnah, 67, akhirnya termakbul apabila Korea Broadcasting System (KBS) membawa Ramlah dan Jelani serta cucunya, Ahmad Onn, 43 dan menantu, Siti Zainab Noor, 37, ke studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007.

Pertemuan kali pertama selama enam hari tidak berakhir di situ apabila Mariam pula dibawa ke Malaysia pada 5 September sebelum pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007.

Mengulas lanjut, Nooh berkata, golongan wanita dan gadis remaja tidak harus cepat termakan pujuk individu lain terutamanya yang bukan seagama kerana kebiasaannya terdapat 'udang di sebalik batu'.

Beliau berkata, sekiranya terdapat hasrat untuk berhijrah ke negara lain, golongan itu sepatutnya memastikan negara tersebut memiliki persamaan daripada segi agama, budaya dan makanan dengan Malaysia.

''Bagi keluarga yang ditakdirkan kehilangan anak, isteri atau suami, saya menasihatkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengesan ahli keluarga walau di mana mereka berada.

''Jangan sesekali mereka berputus asa dan jika terdapat kesilapan daripada pihak keluarga, perkara itu patut diperbetulkan dengan segera dan jangan lupa merujuk kepada Allah SWT dan melakukan solat hajat setiap malam,'' katanya.

Nooh turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu saluran khas bagi rujukan kes yang dihadapi oleh keluarga yang kehilangan anak gadis terutamanya ke luar negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2009 11:23 AM | Show all posts
Dermawan Korea biaya penerbangan
Oleh Siti Nurbaiyah Nadzmi
nurbaiyah@nst.com.my

Urus bawa pulang jenazah Mariam

KUALA LUMPUR: Usaha membawa pulang jenazah Mariam Johari masih belum berakhir apabila beberapa dermawan Korea bersetuju meneruskan urusan peng-hantaran pulang warga emas yang menetap di Korea Selatan lebih 64 tahun itu supaya dapat dikebumikan di Malaysia.

Selepas Wisma Putra tidak dapat membawa pulang jenazah Mariam, 88, yang meninggal dunia Sabtu lalu atas alasan wanita itu bukan lagi warga Malaysia, 10 dermawan Korea tampil untuk menanggung kos menerbangkannya pulang ke Malaysia.

Penerbit Korean Broadcasting Systems (KBS) Park Keon Young, yang menerbitkan dokumentari mengenai kehidupan Mariam berkata, mereka merasa amat tersentuh dengan kisah kehidupan wanita itu dan inginkan Mariam disemadikan di tanah tumpah darahnya.

"Kisah Mariam menyentuh perasaan kami (dermawan) dan merasakan inilah sumbangan sewajarnya untuk wanita berjiwa kental ini," kata Park yang berada di Seoul ketika dihubungi.

Kelmarin, keadaan menjadi kecoh apabila upacara pembakaran mayat Mariam terpaksa dihentikan apabila Kedutaan Malaysia di Seoul mengeluarkan kenyataan bahawa jenazah Mariam akan dibawa pulang.

Bagaimanapun setelah menunggu berjam-jam ternyata kedutaan Malaysia menarik balik keputusan untuk membawa pulang Mariam atas alasan wanita itu telahpun melucutkan kewarganegaraannya pada hujung 2007, iaitu beberapa bulan selepas beliau pulang buat pertama kalinya ke Malaysia selepas terkandas selama 64 tahun di Korea Selatan.

Jenazah Mariam kemudiannya dialihkan ke sebuah gereja di Seoul dan upacara pengebumian ditunda pada Jumaat (11/9) jam 3 petang waktu tempatan.

Bagaimanapun seorang biarawati yang pernah menjaga Mariam, Sister Seraphina merasakan Mariam perlu disemadikan di tanah airnya sendiri menghu-bungi Park untuk membantu.

"Sister Seraphina berkata beliau akan mencari dermawan yang sudi membiayai semua kos ini dan meminta saya menghubungi keluarga Mariam di Johor," katanya.

Menurut Park, jenazah Mariam akan dihantar ke Suwon University (berdekatan dengan Seoul) hari ini sebelum dihantar pulang melalui penerbangan.

"Profesor itu yang juga kenalan kepada Sister Seraphina, memang mengikuti perkembangan Mariam dan merasa simpati dengan kemelut yang melanda keluarga Mariam."

Park menjelaskan mereka hanya menunggu kata putus dari keluarga Mariam untuk membuat urusan penghantaran.

"Keseluruhan kos pengawetan dan penghantaran mungkin menelan belanja lebih kurang AS$3,000," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 11:27 AM | Show all posts
sebaik nya tanam aje kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 11:42 AM | Show all posts
kalau haku seorang sutradara pilem... harus haku pilemkan cerita nenek mariam neh...
mahu meleleh kan org tgk citer neh...
haku suggest yasmin ahmad wat citer neh
ashna Post at 20-10-2008 11:14


err..yasmin ahmad pun dah xda nak buat citer nek yam ni sebagai teladanhmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 11:46 AM | Show all posts
beria-ialah org korea bantu nak suh kebumi kat mesia ni..tp ramai mesia suh uruskn kat sana je ekk...sian lak...tp cam baik la plak sister tuh siap tolong carik dermawan g..hmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.083517 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list