CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DTECCONAN

[MERGED] ]Mariam Warga Malaysia Yang Menetap di Korea

[Copy link]
Post time 10-9-2009 11:53 AM | Show all posts
tah apa la sister tu bagi mariam ni makan/minum.. bila dah mati tak kisah pon hantar jenazah mariam ke malaysia, janji dia dah .. kan si mariam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2009 12:27 PM | Show all posts
muka nenek mariam ni pun dh mcm org korea ek...dh tk mcm org melayu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 12:35 PM | Show all posts
ntah lh nk kata pe...kalu ikutkn hati aku ni,lbh baik nenek ni bsemadi kt sana....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 01:01 PM | Show all posts
aku asyik baca orang post "takleh salahkan dia kalau dia tak mengamalkan ajaran islam sebab dikelilingi kehidupan macam tu la, macam ni la.. lagipun selama 60 tahun dah mengamalkan hidup macam tu"

ni aku nak tanya, aku tak pernah pegi korea, so aku tak tau kat korea tu wujud ke tak orang beragama islam, kalu jepun ka,taiwan ka,hongkong ka,vietnam ka, atau ceruk dunia sekali pun aku yakin ada yang menganut agama islam walaupun populasinya sikit.

tak tau la kalu kot2 kat korea selama 60 tahun ni memang takde langsung orang beragama islam so boleh lar jadikan alasan tak boleh mengamalkan ajaran islam sebab islam tak wujud kat korea.....

ni aku tanya saja.. jangan tembak aku pulak ye...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 01:25 PM | Show all posts
384# cfa betul tu.. takkan selama ni dia tak boleh bezakan utk memilih...
dah dia setuju dgn pilihan dia nak mcm maner..
dalam kes dia ni dah sah2 dia tak Islam lagi dah...

buat pengajaran lah utk kita sumer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 01:35 PM | Show all posts
itu dh pilihan dia....biar je lh...lgpn slma ni dia sanggup tinggalkn suami n ank2 ikut laki korea...xkn lh dlm hati seorg ibu xrase rindu pd ank2...tua baru nk ingat anak2...adil ke?...aku y xde ank ni,bila kakak aku tinggalkn ank dia pd aku,bla dia dtg ambik,aku dh rase rindu kt ank sdra aku...xsanggup weiiii...selalu kita dgr org cakap 'ye lh xkna kt famili kau,sedap lh kau ngate'...kalu kna kt famili pn,dh bg tarbiah tazkirah sekali pn,xnk berubah gak,stakat mane kudrat kita ni nk paksa org,dlm Islam sdri pn xbenarkn paksa org,ape2 pn trpulang pd hati dia....hormat saje lh kputusan dia 2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2009 09:53 AM | Show all posts
Mariam disahkan Islam
Oleh Siti Nurbaiyah Nadzmi dan Nazura Ngah

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mengesahkan Mariam Johari, 88, yang meninggal dunia di Seoul, Korea Selatan, Ahad lalu, masih beragama Islam.

Ini berdasarkan bacaan Fatihah dan pengucapan kalimah syahadah yang dilafazkan Mariam di hadapan dua anaknya, Jelani Sonni, 72, dan Ramlah, 73, ketika tiga beranak itu bertemu semula di Seoul pada Julai 2007 serta sewaktu warga emas yang menetap di Korea sejak 64 tahun lalu itu pulang ke Malaysia sebulan selepas itu.

Mariam juga menyatakan tidak pernah makan daging babi atau anjing.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan MAIJ, Yosree Ikhsan, berkata perkara itu jelas menunjukkan Mariam pada zahirnya seorang Islam dan MAIJ sedia mengebumikan jenazahnya mengikut syariat Islam.

Katanya, pihaknya dimaklumkan bahawa keadaan Mariam yang tertekan di Korea menyebabkan beliau tidak dapat melaksanakan ibadat seperti seorang Muslim.

Kita menganggap beliau seorang Islam yang sewajarnya dikebumikan cara Islam," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Sebelum ini, Wisma Putra cuba membawa pulang jenazah Mariam tetapi buntu apabila wanita itu disahkan bukan lagi warga Malaysia dan mewasiatkan supaya jenazahnya disemadikan mengikut adat masyarakat Korea.

Bagaimanapun, 10 dermawan Korea dilaporkan bersetuju menanggung kos menerbangkan jenazah Mariam supaya dapat dikebumikan di Malaysia.

Jenazah Mariam kini ditempatkan di Universiti Suwon, Seoul untuk proses pengawetan sebelum diterbangkan ke Malaysia.

Yosree menjelaskan tidak timbul lagi keraguan terhadap pengebumian Mariam kerana menjadi fardu kifayah bagi masyarakat setempat untuk menyempurnakan jenazahnya mengikut Islam.

"Dalam kes ini, menjadi tanggungjawab MAIJ sebagai pengurus kebajikan umat Islam setempat mengebumikan Mariam.

"Pengebumian akan disempurnakan di Kota Tinggi oleh Kadi Taufik Shamsuddin," katanya.

Jelani ketika dihubungi pula berharap kebuntuan untuk membawa pulang dan mengebumikan jenazah ibunya akan berakhir secepat mungkin.

"Saya berdoa supaya perkara ini benar-benar terjadi," katanya.

Penolong Kanan Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Cawangan Import Eksport, Ibu Pejabat KDRM, Ismail Abdul Rahman, pula berkata proses menuntut jenazah Mariam dijangka dapat dilakukan dalam masa singkat jika tiada masalah dalam proses dokumentasi sama ada di Korea Selatan mahupun di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, ia masih tertakluk kepada keputusan Kementerian Kesihatan yang akan menjalankan pemeriksaan ke atas mayat sejurus tiba di lapangan terbang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 10:49 AM | Show all posts
Jenazah tiba esok

Oleh FARIK SALLEH
pengarang@utusan.com.my

KOTA TINGGI 14 Sept. - Jenazah Mariam Johari, 88, yang meninggal dunia di Seoul, Korea Selatan pada 6 September lalu dijadual sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu ini.

Anak lelaki Mariam, Jelani Sonni, 72, berkata, dia diberitahu mengenai perkara itu oleh Wisma Putra yang berusaha membantu menguruskan penghantaran jenazah ibunya dari Korea.

''Saya sekeluarga berserah kepada Allah dan berterima kasih kepada Wisma Putra serta pihak terbabit yang sedang berusaha membantu menguruskan penghantaran jenazah ibu dari Korea.

''Sudah seminggu saya tak dapat berniaga kuih di Bazar Ramadan Kota Jaya kerana melayani banyak panggilan dari pihak tertentu termasuk sanak saudara sambil melakukan beberapa persiapan,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Jaya di sini hari ini.

Sebelum itu, Jelani dan keluarganya menerima kunjungan rombongan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Tenggara yang diketuai Abdul Halim Jalil.

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang tidak sihat sejak empat bulan lalu meninggal dunia ketika tidur di sebuah rumah kebajikan di Seoul, kira-kira pukul 12.20 malam (waktu Malaysia) Sabtu lalu.

Mengulas mengenai penghantaran jenazah, Jelani berkata, dia telah mendirikan khemah dengan dibantu UMNO cawangan Taman Kota Jaya dan Platun Rela 188 di hadapan rumah sebagai persiapan untuk orang ramai dan sanak-saudara yang ingin melawat jenazah.

Menyingkap sejarah masa silamnya, Jelani berkata, dia dan adik beradiknya yang lain terpisah dengan ibunya ketika Perang Dunia Kedua semasa mereka tinggal di Kampung Sungai Tengkorak, Plentong, Johor Bahru. Kata Jelani, ketika itu usianya empat tahun, kakaknya, Ramlah enam tahun manakala adiknya, Jamnah tiga tahun.

''Betapa gembiranya kami pada 2007, selepas hampir 64 tahun tanpa sebarang berita, kami mendapat tahu ibu masih hidup dan menetap di Korea.

''Pihak kami sungguh berterima kasih kepada semua pihak baik di Korea dan negara ini yang terbabit membantu membawanya pulang ke sini menemukan kami semula,'' ujarnya.

Katanya, kali terakhir mereka tiga beradik berbual dengan ibu di telefon melalui seorang jurubahasa dan pelajar Malaysia di Korea yang berasal dari Perak adalah pada Mei lalu.

''Masa itu ibu baru sembuh daripada sakit sebelum jatuh sakit semula. Ibu berpesan suruh jaga diri baik-baik dan menyampaikan hasrat untuk pulang berhari raya dengan keluarga di sini.

''Saya dimaklumkan keluarga di sana tidak mampu membiayai kos tambang begitu juga pihak kami di sini. Saya hanya mampu berdoa agar jasad ibu dapat disemadikan dengan sempurna di sini,'' ujarnya.

Sementara itu Halim berkata, Jawatankuasa Penerangan Pemuda UMNO Johor yang bermesyuarat bersetuju untuk menyediakan kemudahan pengangkutan bagi mengambil jenazah Mariam dari KLIA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2009 01:00 PM | Show all posts
siapalah kita nak menghakimi org.. mmg kita x tau apa yg trjadi dan trsirat kat hati nenek yam tue.. sfgkn pelacur pun Allah beri izin masuk syurga..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 01:08 PM | Show all posts
ambik iktibar kepada semua
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 01:34 PM | Show all posts
Jenazah Mariam selamat tiba di KLIA

SEPANG: Jenazah Mariam Johari selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, 12.10 tengah hari tadi dari Seoul, Korea Selatan.

Jenazah yang disambut anaknya, Jelani Sonni, 72, dan beberapa ahli keluarga lain sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kota Tinggi, Johor.

Mariam, 88, meninggal dunia 6 September lalu di rumah orang tua di Seoul, selepas 64 tahun terkandas di Korea Selatan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 01:43 PM | Show all posts
mcm2 donia
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 01:08 AM | Show all posts
betul ker dengar citer kisah ini nak di filemkan ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 01:13 AM | Show all posts
betul ker dengar citer kisah ini nak di filemkan ?
HangPC2 Post at 6-1-2010 01:08


kalau kena dgn cara akan sgt menyayat hati noks...
ai baca article pasal dia pun rasa mcm nak menetes linang gitu...
tapi tgk la sapa pengarah nya dan garapan mcm mana nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 01:54 AM | Show all posts
kalau kena dgn cara akan sgt menyayat hati noks...
ai baca article pasal dia pun rasa mcm nak menetes linang gitu...
tapi tgk la sapa pengarah nya dan garapan mcm mana nanti
Selma_Jeskova Post at 6-1-2010 01:13


sekali si razak maideen jd pengarah adeyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 01:57 AM | Show all posts
sekali si razak maideen jd pengarah adeyyyyy
SiMontel Post at 6-1-2010 01:54


lepas tu ambik erra fazira jadi nenek maryam...dgn make up utk nampak tua yg sungguh hazab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061564 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list