CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: makhluk

Petition untuk pulau drama RASHID SIBIR!!!!

  [Copy link]
Post time 27-6-2007 01:33 PM | Show all posts
malam tadi tgk datin diaries..tgk sekejap jek..dah menguap...sambil tgk aku baca e-book..tapi akhirnya aku tak tgk dah drama tuh..buhsan.e-book yg aku baca lagik best...drama dia buhsan..boring n very de slow...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2007 01:49 PM | Show all posts
aku pun masa mula2 tgk ni cite ni tak tangkap lg tp pas kemalangan eja 2 baru boleh baca the whole drama nyer jln cite...aku ingat aku sorang jer prasan cite ni dok tiru sejibik ungu violet......
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 02:02 PM | Show all posts
Haii.. cubalah think out of the box sikit pembikin drama/filem M'sia nih.. balik2 ciplak orang lain punya.

Tu Manjalara & Emil Emilda, tiru Ugly Betty. Okla Ugly Betty pun adapted from Yo Soy Betty La Fea tapi storyline, gaya lakonan, even the characters (except Betty) memang lain, cuma tiru the basis of the story je. Ok, sorry, terkeluar dari topic.

Anyway, aku rasa Rashid Sibir ni pikir sebab video clip tu dah lama orang lupa kut. Pulaukan dia!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 02:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 03:41 PM | Show all posts
yg aku nak tuliss ni bukan kisah cilok si rashid ni..
ni kisah cilok citer CINDERELLA tu.
alah citer yg ahmad idham berlakon ngan Haliza misbun yg top dulu tu...
korang tau tak citer ni sebenarnya di cilok dari satu novel lama.  Tajuk novel tu aku tak ingat. tp yg aku ingt penulis tu namanya Abdul Manaf bin ..... Aku tak ingat nama penuh. yg aku ingat nama dia pun sbb nama dia sama dengan nama abg aku.
Novel ni aku baca masa aku jadi librarian (perpustakaan) sekolah aku tu.  sekolah aku tu mmg top kat bandar alor star. SMSA. Masa tu novel ni mmg top giler kat library sekolah aku. tak lekat kat rak langsung. sampai jer kat kaunter untuk dikembalikan, terus student lain sambar plak. siap ada yang sanggup copy untuk buat collection lg. aku masatupun nak buat copy gak, tp sbb novel ni tebal sngat, aku tak mampu.. kalau sekeping 10sen, bratus keping brapa hinggit dahh

sampai lunyai ler dibuatnya buku tu..
aku tak tau apa kisah buku tu kat x school aku tu..aku rasa dah tak de dlm simpanan library dah kot. sbb masa aku jd librarian tu yr 89-93, buku tu pun dah rabak gak dah

pd forumer yg X SMSA around that years, maybe korang penah baca novel ni kan..

Cerita novel ni sebijik mcm citer yg cinderella kat tv ni.  tu sbb bila ada yg declare citer ni  karya dia sendiri, aku tak setuju. Sah sah cilok citer tu dari novel, mengaku karya sendiri..:@ stakat ubah skit sana sini tu tak boleh la nak declare citer sendiri kan?

so pd mereka-mereka yg menulis drama/movie/sinitron apa-apa tu yg mmg cilok idea2 tu dari novel atau mana2 citer lain, b gtau jer citer sebenarnya.  bukan org nak pertikaikan pun...betul tak?

MOD...maap yer kalau apa yg saya tulis nie lari dari tajuk....
since dah dibangkitkan isu ciplak ni kan... saya pun nak bgtau jugak ler pd semua yg banyak tertipu pasal citer cinderella malaysia ni... kalau ada forumer yg sesekolah saya tu, dan penah terbaca novel nie... harap2 dpt sokong tulisan saya nie...

timer kacehhh...

maaf yer...terpanjang lebar citernyer..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by nathiez at 28-6-2007 03:41 PM
yg aku nak tuliss ni bukan kisah cilok si rashid ni..
ni kisah cilok citer CINDERELLA tu.
alah citer yg ahmad idham berlakon ngan Haliza misbun yg top dulu tu...
korang tau tak citer ni sebena ...

takpe, ni semua kes2 ciplak...

pasal cinderella ni, mmg siot la ciTER dia... semalam su ade tgk.. alahaiii marang kepundeng btl la ciTER ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2007 06:05 PM | Show all posts
Hmm, Rashid Sibir ni buat drama pun tak kaji betul2 (or boleh ke aku cakap TIRU vid clip pun tak kaji betul2??)

Kalau ikut vid clip KISS tu, yang tumpah atas mata heroin tu bukan asid, solution untuk proses filem, not acid (habis cair le filem tu kan? ape kaedahnya simpan asid dalam bilik? Bahaya woo..). Tapi sebab mata kita ni sensitif memangla bahaya and boleh rosakkan mata.

Tapi dalam drama ni pulak assume benda alah cecair tu asid. Dah tu, bila surgeri mata + plastic surgery sekali ke? Tak masuk akal.

Kalau nak tiru pun biarla bijak sikit, ceh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 06:28 PM | Show all posts
ciplak ciplak ni adat dunia lah..manusia mana bolh fikir sendiri..kita diberi inspirasi
benda yang paling original pun dicipta manusia mesti diinspirasikan oleh sesuatu..adat sbgai hamba tuhan
kalau dia nak ciplak vc KISS tu suka hati dia lah..tapi buat lah dgn cara yg berMARUAH baru lah org tak marah..

alah..ciplak dari novel ke filem/drama ni mmg adat kan? yg kau nak teriak mcm baru hari ni pertama kali tgk tv kenapa? cite DEVDAS dan bnyk lagi filem hindustan zaman dulu yang femes dan dipanggil evergreen adlh dari novel..dgn penulis yg SAMA
so wat? it still make a good movie right?

aku harap kita bukan kat sini utk boikot si SIBIRAN sbb dia ciplak video KISS sbb itu akan menampakkan betapa xmasuk akal nya fikiran forumer di sini tapi sbb kita kecewa dgn kemalasan dan sikap sambil lewanya dan sbg penonton, pelanggan dan sesama org mesia kita kena ajar dia sikit supaya next time dia xmemalukan kita lagi...

drama indo buat apa nak boikot dan bukan drama kita..mcm lah diaorg kisah kita boikot ke x
lagipun aku xkisah pun org indo dan tonggek ke apa dlm drama dia sbb aku xKISAH pasal diaorg
suka hati kamu le...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2007 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by opie5662 at 27-6-2007 09:56 AM
ala....cite bawang merah bwg putih tuh merepek meraban korang suke lak...takde pon wat petisyen....ade ke dlm dunia nih pari2....lg tak masuk akal la cite2 luar nih...tp org mesia ttp suke tgk... ...
:setuju: :setuju: TP SEKURANG KURANGNYE DIEORG XDELAH CIPLAK IDEA ORG BULAT2 MCM SI PANCIT NI BUAT....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 07:09 PM | Show all posts
yang aku tahu RS memang suka at citer slow..pastu location mesti ade swimming and kat hotelll
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 11:46 PM | Show all posts
:setuju: :setuju: :setuju: :setuju:

cite dia mmg tah hapa2..!!:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 12:01 AM | Show all posts
aku dah tgk dah vdeo klip tu..mmg sejibik sejiban..dia tuko skit2 je..xde idea ke en rashid oii??:@
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 12:25 AM | Show all posts
aku paling meluat sekali yang datin Diaried aku tengok dalam youtube tu...mengarrut  habisss...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 10:23 AM | Show all posts
Depan Mata: Cahaya Hati ciplak atau kebetulan?

PERSAMAAN jalan cerita dalam filem atau drama yang ditonton, memang selalu berlaku. Begitu juga dengan lagu.

Baru-baru ini, selepas menyaksikan drama Cahaya Hati menerusi slot Cerekarama di TV3 pada 23 Jun lalu, jawapan spontan saya sebaik saja tamat cerita ialah ada persamaan dengan filem Indonesia, Ungu Violet, lakonan Dian Sastrowardoyo yang saya saksikan di pawagam pertengahan 2005. Malah lagu tema filem ini, Menanti Sebuah Jawaban oleh kumpulan Padi cukup popular.

Pada mulanya, saya tidak menyedari persamaan ini kerana menyaksikan drama ini setengah jalan iaitu satu jam terakhir. Dalam hati saya berkata, ada modal untuk buat cerita sensasi kerana ia drama pengarah popular, Rashid Sibir dan ia juga diterbitkan syarikatnya, Rasbir Media Sdn Bhd. Drama bersiri arahannya, Datin Diaries yang disiarkan di TV3 setiap Selasa, jam 11 malam juga cukup popular.

Entah macam mana, saya terlupa perkara itu walaupun ada rakan menulis dalam ruangan Soseh-Soseh kerana ia tidak menjelaskan drama apa dan bagaimana jalan ceritanya. Malah saya sendiri menyunting artikel itu sebelum dihantar kepada penyunting.

Saya teringat semula keesokan hari. Rupa-rupanya ia hebat diperkatakan di kalangan ahli forum satu laman web popular. Drama ini bukan saja dikatakan punya persamaan dengan filem Ungu Violet, malah video klip kumpulan popular dari Korea, Kiss untuk lagu Because I抦 A Girl. Maknanya, ia gabungan filem dan video klip. Memang kreatif.

Difahamkan drama ini dihasilkan khas sempena ulang tahun TV3 yang ke-23. Ia mengisahkan percintaan tiga segi antara Jeff lakonan Fahrin Ahmad, Ayu (Eja) dan Jay (Aaron Aziz). Turut berlakon Normah Damanhuri.

Saya tidak sempat menghubungi Rashid untuk bertanyakan persamaan itu tapi ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Eja. Katanya, dia tidak menonton Ungu Violet dan tidak dapat mengulas lanjut tetapi dia memang ada mendengar persamaan itu.

Malah, saya yakin kalau ditanya Rashid, jawapannya sudah tentu menafikan ia ditiru dari filem atau karya orang lain. Ada mengatakan persamaan itu mungkin secara kebetulan.

Tapi kalau hanya sedikit persamaan, mungkin boleh dikatakan kebetulan kerana kerja seni berkaitan kreativiti dan tidak mustahil berlaku persamaan tapi kalau sudah 70 peratus sama, mustahil kebetulan.

Apabila persamaan ini diperkatakan ramai, sudah tentu ia menjejaskan kredibiliti pengarahnya. Bagaimana perasaan Rashid apabila orang mengatakan dia menciplak karya orang lain? Dari satu segi, Rashid tidak rugi apa-apa tetapi tentu rasa malu apabila tembelangnya mencedok karya orang diketahui ramai.

Pada saya mengambil idea daripada karya orang lain tidak dapat dielakkan. Malah untuk mendapatkan idea baru dan kelainan, sememangnya karyawan digalakkan melihat karya orang lain. Tapi ia untuk memberi idea, bukannya mencedok jalan cerita.

Kalau seorang yang kreatif, ubah suai supaya menjadi lebih menarik dan berbeza. Paling penting ia tidak dapat dikesan penonton untuk mengelakkan persamaan. Malah, jangan ingat penonton tidak akan tahu kalau ambil karya luar.

Kalau persamaan hanya sedikit, masih boleh dimaafkan tapi kalau hampir keseluruhan jalan cerita sama, apakah logik dikatakan tidak pernah lihat filem itu dan persamaan hanya kebetulan?

Mungkin ketika ini namanya popular dan mendapat kepercayaan stesen televisyen. Tapi kalau beberapa kali ditimbulkan plagiat atau cedok karya orang lain, lambat laun menjejaskan reputasi.

Tidak lama dulu, heboh diperkatakan filem sulung arahan Syed Azidi Al-Bukhary, Persona Non Grata dikatakan ada persamaman dengan filem Thailand, February (Do You Believe In Destiny). Persamaannya dikatakan hampir 75 peratus dan ia disedari kerana February pernah disiarkan menerusi saluran Astro Prima setahun sebelum filem itu ditayangkan di pawagam kemudian diulang siar menerusi RTM.




kita2 ker yang dimaksudkan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 02:44 PM | Show all posts
yang aku sedar... cerita RS nih sound dia kurang skit.. mula2 aku ingat TV aku problem.. tapi bila diamati2 semua la drama2 dia.. Mentari Jingga... Ada hati dalam cinta... Datin Diaries.. aku terpaksa bukak sound kuat2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:26 PM | Show all posts

Rashid Sibir terima kritikan

PENGARAH popular, Rashid Sibir tidak melenting atau melatah apabila drama arahannya, Cahaya Hati dikatakan diambil daripada karya orang lain. Baginya, persamaan jalan cerita dalam drama atau filem satu perkara biasa dan berlaku di mana-mana termasuk Hollywood.

Rashid mengakui sudah membaca artikel bertajuk 'Cahaya Hati ciplak atau kebetulan?' dalam ruangan Depan Mata pada 2 Julai lalu mengenai drama Cahaya Hati dikatakan ada persamaan dengan filem Indonesia, Ungu Violet dan juga video klip kumpulan Kiss, Because I抦 A Girl.

Katanya, dia menerima kritikan itu dengan hati terbuka tetapi tidak bersetuju dituduh menciplak filem Ungu Violet kerana ciplak bermaksud sama seratus peratus.

揝aya memang tahu kewujudan Ungu Violet tetapi tidak berpeluang menontonnya. Tapi saya mengaku menghasilkan Cahaya Hati selepas menonton video klip kumpulan Kiss.

揝aya tertarik dengan apa yang dipaparkan dalam video klip lagu itu kerana ia cukup menyentuh hati mengenai pengorbanan lelaki yang mendermakan matanya untuk gadis dicintai. Walaupun tidak sampai lima minit dan hanya menggunakan dua pelakon, kesannya cukup hebat hingga saya kagum dengan pengarah video klip itu. Dari situ timbul idea menghasilkan drama ini.

揔alau video klip itu hanya membabitkan dua pelakon (kekasih), saya kembangkan ceritanya dengan kehadiran watak lain. Saya tampilkan gadis itu miskin dan tinggal dengan ibunya di rumah setinggan, kemudian dia menjadi model terkenal dan kehidupannya berubah.

揃ahagian tragis terkena asid di makmal gambar itu hingga menyebabkan mata gadis itu buta, memang saya ambil dari video klip itu. Tapi saya hanya mengambil idea dan lain-lain cerita saya.

揃agaimanapun, apabila dikatakan jalan ceritanya ada persamaan dengan Ungu Violet, saya cukup terkejut kerana saya tidak menonton filem itu,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2007 01:11 PM | Show all posts

Reply #256 famzr's post

揂da drama yang sedang disiarkan di televisyen sekarang ada persamaan dengan telenovela Venezuela. Malah kalau kita hendak bercakap mengenai persamaan, filem Indonesia Heart sama dengan filem Hindi, Kuch Kuch Hota Hai.

drama manjalara tuh,terang2 pengarah kata mmg tiru sket2....so,takde saper nk komplen ler....yg pilem,kalo tiru pon,banyak leh ubah biar tak nmpak sgt tiru....tak pom pengarah akan kata dapat idea dari maner2 pilem r....tp yg citer nih,dh kene komplen baru nk ngaku.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 02:21 PM | Show all posts
petition kat opis ni pun banyakk...takda orang jer nak sign....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 07:24 PM | Show all posts
RS sekarang dh mengaku yg die ade tiru VC Kiss tu .....tapi dengan alasan tambah watak lain ..... cume yang kelakar tgk VC yg  beberape minit tu jauh lebih BAGOSS drpd tengok drama die yg berjam2 tapi HAMPEH jek lebih!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 07:41 PM | Show all posts
tak tgk crita ni.. ooo patut la  dlm paper kata  cilok  crita org lain,yek?  oo drama rashid sibir  ropenye.

tapi ada jugak  crita dia yg lain best..   yg baru ni mgkin kehilangan idea kot.  huhohohoo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.799631 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list