CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: makhluk

Petition untuk pulau drama RASHID SIBIR!!!!

  [Copy link]
Post time 24-6-2007 08:26 PM | Show all posts
ni dari berita harian, kalo tak silap minggu lepas punye


Di Sebalik Tabir: Rashid Sibir utamakan kualiti
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

RASHID Sibir antara pengarah terbaik di negara kita. Jarang hasil tangannya sama ada drama bersiri, telemovie mahupun filem yang mengecewakan penonton.

Katanya kepada Di Sebalik Tabir yang ditemui di Shah Alam ketika menjalani penggambaran telemovie Cahaya Hati yang akan menemui penonton di TV3 pada 23 Jun ini, dia suka melabur untuk drama dan filem arahannya demi kepuasan.

Bagi menghasilkan telemovie Cahaya Hati yang menampilkan pelakon terkenal Eja, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz beliau memperuntukkan RM 80,000 biarpun ia hanya berdurasi hanya satu setengah jam.

Cahaya Hati mengambil lokasi di sekitar Lembah Klang dan Selangor seperti Taman Melawati, Jalan Ipoh dan Shah Alam. Proses menyiapkannya mengambil masa hampir sebulan termasuk suntingan. Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak mengganggu perjalanan penggambaran.

Penghasilan drama dan telemovie yang menggunakan proses rakaman secara 慸irect sound
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2007 08:28 PM | Show all posts
ni sinopsis drama...tak penah tengok ungu violet so tak taula sejauh mane kesamaannye dgn drama nih


Cahaya Hati drama khas ulang tahun ke-23 TV3

MENYINTAI dan dicintai adalah lumrah alam yang tidak akan lari daripada kamus kehidupan. Pengorbanan dan kesetiaan adalah ramuan paling berharga bagi sebuah percintaan. Namun, sejauh manakah manusia sanggup berkorban demi kepentingan insan dicintainya?

Ikuti kisah percintaan tragis dan menggamit perasaan antara Mus dan Ayu dalam cerekarama istimewa sempena ulang tahun ke-23 TV3 berjudul Cahaya Hati .

Cahaya Hati menemui penonton pada Sabtu ini, jam 10 malam melalui slot Cerekarama. Gandingan mantap tiga tunjang utama pelakon yang tidak asing - Eja, Fahrin Ahmad dan pendatang baru yang semakin melonjak naik, Aaron Aziz pastinya menjadi kekuatan drama istimewa ini. Turut membintangi drama itu ialah Normah Damanhuri dan Aqasha.

Drama berkenaan memulakan penggambaran awal Jun lalu di sekitar Lembah Klang. Cahaya Hati adalah hasil garapan kreatif pengarah, Rashid Sibir dan diterbitkan Rasbir Media Sdn Bhd.

Ia mengisahkan percintaan antara tiga hati - Mus, Ayu dan Rahim. Ketiga-tiga mereka mempunyai karektor tersendiri dan saling berhubung kait. Perkenalan antara mereka terjadi apabila suatu hari, Mus yang bekerja sebagai jurugambar mengambil gambar seorang gadis cantik di tepi tasik. Mus tidak mengetahui gadis itu cuba untuk membunuh diri, tiba-tiba gadis itu terjun ke dalam tasik, lalu Mus terus terjun dan menyelamatkan gadis berkenaan.

Sejak peristiwa itu, Mus mula menjadi rapat dengan gadis itu yang bernama Ayu. Mus menyerahkan gambar Ayu kepada rakannya, Rahim yang berkerja di agensi modeling. Rahim begitu tertarik dengan keterampilan Ayu dan mengubahnya sehingga menjadi peragawati terbaik di agensi itu.

Bermula saat itu, Ayu mengorak langkah kehidupannya sebagai peragawati dan Mus bertindak sebagai juru gambar. Namun, semuanya berubah apabila Rahim meluahkan perasaan cintanya terhadap Ayu. Mus menyedari perkara itu dan mula menjauhkan diri daripada Ayu.

Ayu menolak cinta Rahim dan mengakui cintanya hanya milik Mus. Rahim sangat marah apabila mengetahui hal itu dan akibat perasaan cemburu yang menguasai diri, Rahim mengambil keputusan drastik dengan menamatkan kontrak Mus.

Rahim tetap tidak berputus asa walaupun mengetahui cintanya bertepuk sebelah tangan. Dia cuba melamar Ayu untuk menjadi isterinya. Ayu yang tidak berpuas hati dengan tindakan Mus menjauhkan diri daripadanya, pergi mendapatkan Mus untuk meminta penjelasan.

Mus berterus-terang bahawa dia juga menyintai Ayu tetapi dia berasa dirinya serba kekurangan jika dibandingkan Rahim yang lebih layak untuk menjaga Ayu. Selepas mengadakan perbincangan, Ayu dan Mus kembali berbaik selepas menyedari perasaan timbul antara satu sama lain.

Namun, satu kejadian menimpa Ayu hingga menyebabkan cinta ke tiga-tiga insan ini teruji lagi.


Bagaimanakah kesudahan percintaan yang menyayat hati ini? Adakah Ayu dapat menemui Mus kembali dan cinta mereka kembali bersatu? Saksikan kesudahan drama istimewa sempena ulang tahun TV3 ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 08:29 PM | Show all posts

Reply #21 iscol_klang's post

mewah dia ala-ala suam2..kalau golongan urban tengok drama ni harus gelak..dah kampung, buat drama kampung aje lah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 08:29 PM | Show all posts
mmg sejibik cm vid kiss tu..part tumpah acid..laki derma mata..laki tu jd buta pastu pegang gamba pompuan tu..mmg sejibik giler
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 08:32 PM | Show all posts
yg ni aku cilok kat satu blog..marah sungguh nampaknye blogger ni dgn rashid sibir...


Rashid Sibir Kering Idea!
June 23rd, 2007 by adihamka

Saya baru sudah tonton drama di slot Cerekarama TV3, tajuknya Cahaya Hati. Dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, dan Aaron Aziz, cerita mengisahkan cinta tiga segi tragis. Sinopsis drama ini boleh di baca di pautan Berita Harian ini.

Saya memang bengang! Bengang sebab drama ini bulat-bulat cedok idea sebuah videoklip kumpulan dari Korea, Kiss. Lagu yang bertajuk Because I抦 A Girl ini memang tragis videoklipnya, saya pun sebak masa pertama kali tonton videoklip ini dalam hampir 2 tahun lepas sewaktu saya masih menuntut di Melaka. Di bawah adalah videoklip tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=M0y9czvew3o

Rashid Sibir sudah kering idea agaknya. Cedok bulat-bulat. Jalan cerita drama beliau, walaupun tak sepenuhnya sama, tapi memang tetap tiru konsep videoklip Kiss bulat-bulat. Ya lah,memang la takkan sama sepenuhnya, videoklip 8 minit, drama hampir 2 jam, memanglah olahannya ada penambahan jalan cerita sikit sebanyak!

Saya kagum dengan kebanyakan drama Rashid Sibir, tapi kali ini menyampah dengan hasil karya plagiatnya. Malahan saya memang dah dapat agak sewaktu mula-mula membaca sinopsis drama ini di dalam Berita Harian, saya memang dah jangka ada peniruan konsep daripada videoklip ini.

Yang paling membengangkan, ialahlah terkeluarnya artikel Di Sebalik Tabir: Rashid Sibir utamakan kualiti.

Kualiti? Pinjam sekejap ayat Wan Kamaruddin
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 08:35 PM | Show all posts
yg lain aku tak kesah tapi yg aku musykil...boleh ker orang yg masih hidup bagi mata kat orang lain? cam tak logk orr memang dibolehkan? bukan derma organ bila dah mati ker kecuali hati, buah pinggang??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2007 08:45 PM | Show all posts
di sebabkan aku tak tengok cerita Indon tu so aku layan gak la cerita rashid ni malam tadi walaupun aku dah boleh predict sapa yg derma mata tu....

watak enot tu kalau tak de pun tak pe kot....
Fahrin la ni dah jadi second lead la pulak sejah mamat aaron tu naik....
Reply

Use magic Report

PrinceCharming This user has been deleted
Post time 24-6-2007 08:48 PM | Show all posts
camner mesia nk maju ngan ceter2 drama cam hanjing nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dempol This user has been deleted
Post time 24-6-2007 08:52 PM | Show all posts
aku sokong petition ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:03 PM | Show all posts
harap SS baca petition ni...sound sikit makahyam sibir tu kat papar next week...geram mak tau!:@ :@

nasib baik ada yg berCAHAYA kat dalam drama tu..kalau tak dh lama mak tutup TV tau!!!



berCAHAYA tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by makhluk at 24-6-2007 09:03 PM
harap SS baca petition ni...sound sikit makahyam sibir tu kat papar next week...geram mak tau!:@ :@

nasib baik ada yg berCAHAYA kat dalam drama tu..kalau tak dh lama mak tutup TV tau!!!

...



eerrkkkkk....: ........tp mamat aaron ni mmg ensem nooo....dia ni pure melayu ka apa...nama ada bunga2 mat saleh....apa nama betui mamat nihh....??? model ke dia ni...???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 09:11 PM | Show all posts

Reply #31 Shilin04's post

dia pure melayu lah.. nama betul dia HARUN BIN AZIZ kot..ni gambar masa dia masuk manhunt s'pore....berCAHAYA tak? <---radhi khalid tanya dalam iklan harpik
Reply

Use magic Report

VIOS1.6 This user has been deleted
Post time 24-6-2007 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by ntahapehapentah at 24-6-2007 06:47 PM
aik marah sakan nampak..lek lu....



yap, nampak dia marah betul, hehehe







Gara2 terlalu Kurang Ajar di forum, Darsita terus di pukul di kepala bertalu talu oleh forumers.
Now Darsita seperti ibu biawak> Bersembunyi dlm lubang. Hulur kepala je, terus di pukul.
Ibu Biawak Darsita akan mampus jua satu harti nanti!
Reply

Use magic Report

VIOS1.6 This user has been deleted
Post time 24-6-2007 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by eekkamouse at 24-6-2007 07:33 PM
boikot....


bagus jg kalu boikot









Gara2 terlalu Kurang Ajar di forum, Darsita terus di pukul di kepala bertalu talu oleh forumers.
Now Darsita seperti ibu biawak> Bersembunyi dlm lubang. Hulur kepala je, terus di pukul.
Ibu Biawak Darsita akan mampus jua satu harti nanti!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by makhluk at 24-6-2007 09:11 PM
dia pure melayu lah.. nama betul dia HARUN BIN AZIZ kot..ni gambar masa dia masuk manhunt s'pore....berCAHAYA tak? <---radhi khalid tanya dalam iklan harpik



ooooo mamat harun rupenyerrr......ek elehhhh tetiba jekk jadi aaron....komersial la konon.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 09:35 PM | Show all posts
dudlu saya suka nengok drama rashid sibir ni.. very slow le jln ceta dia.. with backing musik lagi... dialog ciput jee ... .. sekarang ni kalau ada drama rashid sibir saya negok 1st episod dan last episod je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2007 09:43 PM | Show all posts
tapi aku plak suke drama2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 09:52 PM | Show all posts

Reply #30 makhluk's post



toinggg...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 09:53 PM | Show all posts

Reply #10 estrellas's post

sian nyerw dy.. naperw lme x tngk tv.. x byar letrik kerw?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 10:01 PM | Show all posts

Reply #30 makhluk's post

bercahaya menda, rupe org takde maruah aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.114456 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list