CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Pastikan Makanan Sihat disediakan di Sekolah:Latest-Long Live The School Lunch

 Close [Copy link]
 Author| Post time 1-6-2007 11:11 PM | Show all posts
68 peserta PLKN dirawat angkara makanan kotor
01-06-2007

KOTA BARU:  Seramai 68 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Kisana Beach Resort dirawat di Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh akibat keracunan makanan, semalam.

Daripada jumlah itu, empat pelatih, masing-masing dua lelaki dan wanita dimasukkan ke hospital tersebut untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pelatih PLKN yang lain dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di hospital itu.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Abdul Hadi Awang Kecil berkata hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan Pasir Puteh mendapati kejadian itu berpunca daripada penyediaan makanan yang tidak bersih di kem tersebut.

"Tahap kebersihan dapur di kem itu tidak mencapai tahap yang dibenarkan oleh jabatan dan berikutan itu rumah masak Kem PLKN Kisana Beach resort disita selama 14 hari," katanya kepada Bernama dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengusaha kem diarah supaya memperbetulkan segala teguran Pejabat Kesihatan dengan segera.

Katanya pemeriksaan semula terhadap dapur yang disita akan dibuat dalam masa 14 hari dan jika didapati pengusaha kem masih gagal mematuhi arahan, JLKN memutuskan tidak akan menghantar pelatih PLKN kumpulan 3 siri 4/2007 ke kem itu

-------------------------------------------------------------------

bukan makanan kat sekolah aje kotor
untuk pelatih PLKN pun kotor juga -
bila la nak jaga kesihatan dengan baik -
mengapa ambil tender yang pengotor macam ni -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2007 11:55 AM | Show all posts
慡yrup drink caused food poisoning抂/b]

KLANG: The food poisoning that affected 128 pupils from SJK (T) Vellambrosa on May 15 has been traced to the syrup drink that the children were served.

Education Ministry parliamentary secretary P. Komala Devi said the Health Department抯 tests on the food samples taken on the day of the incident revealed that the canteen operator had failed to boil the water before preparing the drink.

She said the canteen, which was ordered closed for two weeks following the incident, had since been given a clean bill of health and would operate once school re-opened after the holidays.

揟he operator has been asked to be more careful and we are also looking at various aspects in ensuring that the children have access to clean drinking water at the school,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2007 05:45 AM | Show all posts
Murid keracunan makanan terus berlaku di Kedah
Oleh MUHD. NIZAM ABD. HAMID

KUALA NERANG 17 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2007 01:07 AM | Show all posts
SCHOOLS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2007 03:39 AM | Show all posts
Pelajar keracunan makanan -- 24 orang di SMK Ayer Hitam, Alor Star
Oleh Rosmawati Mion

ALOR STAR 19 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2007 03:40 AM | Show all posts
Pelajar keracunan makanan -- 57 orang di SMK Zainab I, Kota Bharu

KOTA BHARU 19 Jun
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-6-2007 07:20 PM | Show all posts
Lesen kantin dibatal selepas 39 murid keracunan
20-06-2007

KAJANG:  Lesen pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Tandop Besar di Kuala Nerang, Kedah dibatalkan serta-merta berikutan kes 39 pelajar mengalami keracunan selepas makan nasi berlauk sambal sotong di kantin sekolah itu Ahad lepas.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim berkata kementerian tidak berkompromi dengan pengusaha kantin sekolah yang mengabaikan aspek kebersihan makanan.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Kebangsaan Leftenan Muda di Sungai Ramal Luar di sini, hari ini, Hon berkata kementerian sedang mempertimbang tindakan ke atas pengusaha kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1 dekat Kota Baru, Kelantan; dan SMK Ayer Hitam, Alor Star, Kedah; berikutan laporan keracunan makanan di kalangan pelajar semalam.

Di SMK Zainab 1, seramai 57 pelajar mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah selepas menikmati hidangan makan malam.

Dalam kejadian di SMK Ayer Hitam pula seramai 144 pelajar sekolah tersebut mengalami keracunan makanan, dipercayai berpunca dari sambal nasi lemak.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 15 kes keracunan telah dilaporkan, dengan empat daripadanya melibatkan susu kotak dari Program Susu Sekolah (PSS).

Sementara itu, Hon berkata pemberian susu di bawah PSS masih dibekukan sementara menanti laporan kajian daripada SIRIM. "...Kami mengharapkan agar ia (PSS) boleh dimulakan kembali bulan depan," katanya

-----------------------------------------------------------------------------------------

mungkin kerajaan kena berfkir semula tentang PSS ni --
sebab PSS nilah yang banyak bagi budak sakit perut muntah segala -

langkah untuk gantung lesen tu memang wajar sekali - patut dah lama
ada ni - bukan sekali dua murid2 ni kena keracunan - banyak dah sekolah2
yang ambil kantin yang bukan2 aje - mungkin sebab tak jaga kebersihan la tu

pada semua sekolah yang ada kes keracunan makanan - first and foremost
kena stop kan tender kantin tu dulu -- clearly they are not clean and will
harm the students!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2007 09:50 PM | Show all posts
Pegusaha kantin jangan bezakan makanan pelajar, guru
23-06-2007

PORT DICKSON:  Kementerian Pelajaran mencadangkan agar pengusaha kantin sekolah di seluruh negara tidak mengasing dan membezakan jenis makanan yang dihidangkan kepada guru di bilik khas dan pelajar di kawasan luar.

Timbalan Menterinya Datuk Hon Choon Kim langkah itu merupakan alternatif terbaik kepada pihak sekolah untuk memantau tahap kualiti dan kebersihan makanan yang disediakan oleh pengusaha kepada pelanggan mereka.

"Saya tidak faham mengapa perlunya para guru termasuk pengetua dan guru besar perlu menikmati makanan lain berbeza daripada pelajar di dalam bilik berasingan. Kenapa perlu pengusaha kantin menyediakan makanan berlainan," katanya semasa dialog bersama 320 pengusaha kantin sekolah Negeri Sembilan pada seminar pengurusan dan kualiti makanan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Katanya sekiranya Menteri Pelajaran dan pengurusan tertinggi kementerian serta pihak Pejabat Pelajaran Negeri datang melawat ke sekolah sekali pun, mereka perlu mendapat layanan yang sama di kantin.

"Saya rasa tidak perlu makanan istimewa dan berbeza untuk tetamu kehormat dan pada masa yang sama juga pihak sekolah perlu memesan makanan daripada pengusaha kantin dan bukannya daripada pihak luar. Dengan membuat demikian, tetamu kehormat itu akan mengetahui kualiti dan kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah," katanya.

Hon berkata untuk tahun ini, Kementerian Pelajaran menerima 15 kes keracunan makanan di kantin sekolah di seluruh negara dengan kontrak satu pengusaha kantin di sebuah sekolah di Kedah telah ditamatkan.

"Di sini saya ingin ingatkan bahawa manamana pengusaha yang dikenakan tindakan serta ditamatkan perkhidmatan kerana masalah kebersihan dan kualiti makanan akan disenarai hitam daripada memohon untuk mengusahakan kantin sekolah lain," katanya.

Dalam pada itu, Hon berkata para guru dan warden asrama adalah dilarang sama sekali daripada menjual makanan kepada pelajar.

"Tugas mereka ialah mengajar dan menjaga keselamatan pelajar, bukannya menjual makanan. Tindakan tegas akan dikenakan jika sekiranya didapati mereka berbuat demikian," katanya.

Mengenai masalah penjaja makanan terutamanya makanan ringan di luar kawasan pagar sekolah, beliau berkata pihak sekolah tidak mmpunyai bidang kuasa untuk melarang mereka daripada berbuat demikian kerana kawasan berkenaan bukan dalam kawasan sekolah dan ia tertakluk kepada bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

Pada dialog itu, para pengusaha kantin membangkitkan pelbagai isu termasuk masalah sewa yang tinggi, masalah bekalan air bersih, saingan daripada penjaja di luar kawasan sekolah dan koperasi sekolah yang turut menjual makanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2007 11:20 AM | Show all posts

JGN BEZAKAN MAKANAN GURU DGN PELAJAR..(BIAR BETUL ??)

Nak tergelak juga dgr penyataan Tim. Menteri Pelajaran En Hon....  supaya makanan pelajar dgn budak biarlah sama....
kena sekolah rendah makan camtu..guru guru pun camtu...

cakap senangla....yg dia tu kalau pi lawatan org jamu sedap ssedap.....lain kali jamu bubur kacang saja....


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 11:22 AM | Show all posts
Masalahnya mknn cikgu standard harga cikgu yg dah ada gaji sendiri...makanan budak2 nak ikut harga mknn cikgu gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 12:01 PM | Show all posts
Kantin sekolah diminta tak asing guru, murid
Oleh Ahmad Syahrul Derauh

PORT DICKSON: Kementerian Pelajaran mencadangkan kantin sekolah tidak mengasingkan ruang makan antara pelajar dan guru bagi mengelak berlaku diskriminasi terhadap kualiti makanan yang disediakan.



Timbalan Menterinya, Datuk Hon Choon Kim, berkata tidak praktikal sekiranya ruang makan pelajar diasingkan daripada guru kerana ia boleh menyebabkan penyediaan dua kualiti makanan berbeza mengikut kuasa beli.

"Saya tidak nampak rasional mengasingkan tempat makan di kantin, termasuk menyediakan bilik khas untuk guru. Bagi saya, ia tidak praktikal kerana akan menyebabkan pengusaha kantin memberi khidmat dan kualiti makanan berbeza yang lebih mengutamakan guru.

"Keadaan itu menyebabkan pihak sekolah sukar mengesan tahap kualiti makanan diberikan kepada murid kerana menganggap ia sama seperti yang mereka makan," katanya selepas sesi dialog pada Seminar Pengurusan dan Kualiti Pemakanan Kementerian Pelajaran di sini semalam.

Hon berkata, Kementerian Pelajaran di Putrajaya juga tidak mengamalkan pengasingan seperti itu, sebaliknya menteri, timbalannya serta semua pegawai dan kakitangan menikmati makanan di satu tempat yang sama di kantin.

Katanya, Jawatankuasa 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) kementerian akan membincangkan isu itu untuk memastikan kualiti makanan terjamin serta mengelak masalah keracunan makanan berulang.

Beliau berkata, kementerian memandang serius kes keracunan di sekolah kebelakangan ini yang berpunca daripada sikap sambil lewa pengusaha kantin terhadap kebersihan.

"Sepanjang enam bulan lalu, 15 kes keracunan makanan dilaporkan berlaku di sekolah dan ini jumlah yang amat serius.

揔ita akan mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak dan menyenaraihitamkan pengusaha kantin terbabit," katanya.

Hon berkata, tindakan sudah diambil terhadap pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Tandop Besar di Kuala Nerang, Kedah, yang disenarai hitam selepas 39 murid itu mengalami keracunan pada 18 Jun lalu.

Sementara itu mengulas isu sama di Georgetown, Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon mengarahkan pengusaha kantin sekolah mematuhi prosedur asas kawalan kebersihan ketika mengurus makanan bagi mengelak ia tercemar sehingga menyebabkan pelajar keracunan.

Beliau berkata, prosedur itu harus dipatuhi pengusaha dan pekerja kantin terutama ketika menyedia, menghidang serta menyimpan makanan.

Katanya, segala peralatan memasak yang hendak digunakan juga perlu bersih termasuk bekas lauk, pinggan dan sudu.

[ Last edited by  acura at 24-6-2007 12:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 12:15 PM | Show all posts
BTW, kat oversea cikgu dia makan camne?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 03:51 AM | Show all posts
Lagi kes keracunan makanan -- 91 pelajar cirit-birit makan rendang daging
Oleh Rosmawati Mion

ALOR STAR 26 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 03:53 AM | Show all posts
Lagi kes keracunan makanan -- 96 murid sakit perut makan daging masak kicap
Oleh SUMI MALENG

BATU NIAH 26 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2007 07:49 PM | Show all posts
Crackdown on dirty canteens

PENANG: The Education Ministry is seeking the Health Ministry抯 help to tackle cleanliness and food problems in school canteens, said Deputy Education Minister Datuk Hon Choon Kim.

He said a special committee, comprising education and health officials, has been proposed to look into cleanliness as well as the school milk programme.

揑t is hoped that with the help from health experts, the ministry will be able to effectively monitor the cleanliness of food for our students,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2007 11:41 PM | Show all posts
Cili boh, santan rosak antara punca keracunan di kantin
28-06-2007

KOTA BARU:  Penggunaan bahan mentah seperti cili boh, santan, susu dan sos yang telah rosak dikatakan antara punca berlakunya kes keracunan makanan di kantin dan asrama sekolah di negeri ini.

Ketua Unit Sektor Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Dr Ahmad Yani Mohamad berkata kebanyakan bahan mentah berkenaan mudah dijangkiti bakteria dan menjadi penyebab utama berlakunya kes keracunan makanan.

"Daripada pemantauan yang dibuat, ada di antara pengusaha kantin dan asrama sekolah yang tidak mengambil berat tentang bahan mentah yang digunakan untuk memasak.

"Ada di antara mereka yang tidak menutup semula bekas cili boh, santan atau sos, menyebabkan bahan itu rosak akibat terdedah kepada udara.

"Kerana mementingkan keuntungan pula, mereka tetap menggunakan bahan mentah yang telah rosak itu.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini sering menjadi punca keracunan makanan di sekolah-sekolah di Kelantan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak jabatan sering menekankan kepada pengusaha kantin dan asrama sekolah untuk memberi perhatian terhadap kebersihan diri dan menjaga persekitaran supaya makanan yang dimasak mematuhi cara pengendalian makanan yang sihat dan selamat.

Dr Ahmad Yani berkata pihaknya sering mengadakan pemantauan di semua sekolah di seluruh negeri bagi memastikan makanan yang disediakan kepada pelajar adalah bersih dan selamat.

"Pertengahan bulan Julai ini JPN dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan mengadakan kursus pengendalian makanan kepada pengusaha kantin untuk memberi pendedahan kepada mereka supaya lebih cakna dalam pengurusan makanan.

"Seramai 60 pengusaha kantin akan terlibat dalam program yang diwajibkan ini," katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2007 11:48 PM | Show all posts
sepanjang aku berskolah... aku teramat jarang makan makanan kat kantin sekolah... mama bekalkan aku makanan. so aku mmg tak makan kat kantin... aku bwk bekal pegi skola smpi form 3, takde benda yg nak dimalukan...coz ada org malu kalo bawak bekal p skola... tp aku dah dibiasakan sejak kecil, mama aku mmg strict bab makan kat luar ni... dan dah jadi terbiasa plak...sampai skang abg2 aku lunch pun balik rumah...

tp ibu2 skang sumer bekerja mana ada masa nak masak... nk goreng telur mata lembu pun tak sempat. kalo depa sempat buatkan bekpes aku rasa masalah keracunan makanan ni akan berkurangan.

ni niat aku la bila aku kawin dan ada anak nnt, insya allah... nak benti keje dan uruskan anak2 p skola...macam mama aku buat dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 09:26 AM | Show all posts

Lagi kes keracunan di sekolah

Oleh Betty Subaryati


KOTA BHARU: Seramai 45 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota, di sini dikejarkan untuk rawatan kecemasan akibat keracunan makanan selepas menikmati sarapan di kantin sekolah, pagi semalam.




Kumpulan pelajar Tingkatan Tiga dan Empat itu mula mengalami sakit perut dan muntah mulai jam 10 pagi dikejarkan untuk mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh.

Bagaimanapun, dua pelajar, Norhafira Husin, 15, dan Mohd Hilmi Asyraf Mat Ayob, 15, dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ 11) kerana sakit perut berterusan dan muntah.

Ketika ditemui, Norhafira berkata, beliau mengalami sakit perut selepas kira-kira 40 minit menikmati mi goreng dan sirap bandung dibeli di kantin sekolah.

揝aya mula pening dan loya sebelum muntah dan perut memulas, hingga terpaksa mengadu kepada guru. Ramai lagi rakan sekolah yang mengadu sakit perut, tetapi saya lebih teruk,
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 09:45 AM | Show all posts
aku rasa kemungkinan besar punca keracunan makanan adalah SANTAN yg sudah busuk sbb terlalu awal disediakan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 10:13 AM | Show all posts
sbb tu la ms aku skola dulu aku mmg xnk mkn kat skola...snggup berlapar smpai balik umah.. jd nye aku xde pglmn skt perot mcm ni kat skola

kwn2 aku slalu la kena skt perot yg minor2 ni.. (xde smpai masuk spital) tp mmg berator laa waktu pg kat toilet skola tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.074807 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list