CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silencez

[Penulis] Ahmad Patria Abdullah ~ Saga Artakusiad

[Copy link]
Post time 9-3-2017 12:50 PM | Show all posts
bianglala replied at 9-3-2017 09:34 AM
kelmarin dapat Seru Katanaga. simpan dulu.

saya belum terima lagi maybe on the way ...
hehehe tak sabar ... tak sabar buat pekasam
heheh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2017 11:42 AM | Show all posts
WIZRA, Novel Kedua Selepas Aristokra. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Oleh: Bastian Affendy

Kepada mereka yang mungkin masih belum mengetahui, Kronika Nashan merupakan buah tangan ‘comeback’ daripada Ahmad Patria Abdullah, penulis fantasi dan sains fiksyen tanah air nombor satu yang sebelum ini lebih dikenali menerusi buku-buku didalam siri fantasi Saga Artakusiad.

Kronika ini turut berkongsi geografi penceritaan yang sama dengan Saga Artakusiad iaitu di alam benua Imagina dan di dalam Wizra ini, dua karya terulung Ahmad Patria ini dipertemukan dengan lebih dramatik lagi.

Secara asasnya, Wizra menyambung naratif di dalam Aristokra (buku pertama Kronika Nashan) tentang kisah Melyn sebagai Aristokra Nashan, dan juga menyambung sorotan Perang Nashan yang sedang berlangsung.

Namun seperti Aristokra, penulis menggunakan teknik imbas kembali yang berlapis-lapis untuk mengembangkan penceritaan kronika ini, dan ketika inilah elemen-elemen penting Saga Artakusiad muncul kembali,menerjah kenangan silam, membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak ketika pertama kali membaca buku Permata Aurorius di perpustakaan sekolah.

Bermula dengan pertemuan diantara Melyn dan Merkia mengenai suatu elemen penting yang mungkin merubah keputusan Perang Nashan, naratif Wizra perlahan-lahan menarik saya kembali ke Aurora, bagaikan ke sebuah prekuel kepada Permata Aurorius.

Sedikit demi sedikit, judul buku kedua ini mula mengambil tempatnya dimana naratif tentang wizra-wizra di alam Imagina dirungkaikan dengan teliti oleh penulis. Dan tunjang kepada elemen ini adalah kisah hidup Nazril, karmawizra kepada kelana Armorikus.

Secara jujurnya, saya merasakan Wizra bagaikan dinukil khas untuk menggamit nostalgia peminat setia Saga Artakusiad seperti saya ini.


Penulis pernah menyatakan di dalam kumpulan Whatsappnya (dimana saya turut menyertainya), bahawa Kronika Nashan adalah satu peluang yang amat sesuai baginya untuk mendefinisikan semula Saga Artakusiad. Dan inilah yang benar-benar berlaku didalam Wizra.

Izinkan saya untuk memberi sedikit klu disini. Kehidupan Nazril sebagai karmawizra, misteri kedatangan Artakus ke Aurora, punca kejatuhan pemerintahan beraja Aurora yang terakhir, sedikit bayangan tentang perseteruan diantara Merkia dan Musuh dan peranan Merkia yang sentiasa menjadi ‘tangan ajaib’ di sebalik cetusan peristiwa-peristiwa tersebut seharusnya sudah cukup untuk membuatkan mana-mana pembaca tegar Saga Artakusiad berasa teruja untuk memiliki buku ini.

Namun begitu, Wizra tidak membiarkan elemen terpenting Kronika Nashan ditenggelamkan dengan kehadiran elemen-elemen daripada Saga Artakusiad.

Penulis bijak mengingatkan kembali bahawa naratif terbesar didalam Wizra masih merujuk kepada Melyn yang sedang cuba mempertahankan kedaulatan negaranya daripada ancaman musuh.

Malahan, jika dibandingkan dengan Aristokra, Wizra memaparkan ciri-ciri kepintaran dan kebijaksanaan Melyn sebagai Aristokra Nashan dengan lebih terperinci dan ini dapat dilihat menerusi cara Melyn menangani soal-soal pentadbiran, hal-ehwal diplomasi dan kewangan Nashan.

Melyn ternyata mewarisi kehebatan aristokra-aristokra Nashan yang mendahuluinya, walaupun sudah lingkungan seratus tahun kerajaan Nashan wujud semenjak era Aristokra Shilrung.

Wizra juga mengambil kesempatan untuk meluaskan skop dan topografi naratif wilayah Kushan yang selama ini agak terselindung dan bermisteri.

Penulis telah merungkaikan ruang kejiranan Nashan meliputi lebih banyak lagi kota nusa teras di wilayah Kushan, serta turut menggambarkan hubungan diplomatik, ekonomi dan sosial Nashan dengan kota-kota lain di dalam Kushan.

Adunan penceritaan adalah merupakan salah satu kekuatan utama Wizra. Penulis telah memasukkan pelbagai elemen (yang bagi saya adalah amat banyak) untuk menggerakkan naratif, namun kesemuanya mempunyai sebab yang munasabah untuk berada didalam Wizra.

Walaupun initipati cerita amat sarat dengan elemen-elemen Saga Artakusiad, namun setiap elemen tersebut mempunyai perkaitan yang rapat dengan tuntutan takdir yang telah dan bakal menimpa Nashan. Saya berasa kagum kerana diakhir cerita, kesemuanya tetap membawa saya kembali ke Nashan untuk pengembaraan yang seterusnya (barangkali di buku yang ketiga).

Ini adalah salah satu kepakaran Ahmad Patria didalam menggarap jalan cerita yang cukup mega seperti Kronika Nashan.

Wizra adalah sebuah naskhah yang masih mengekalkan semua kualiti yang wujud pada buku yang terdahulu: jalan cerita yang memikat, bahasa yang indah, kefahaman yang mendiami pelbagai lapisan serta sarat dengan pengisian ilmu, hakikat perjuangan diri dan pengajaran yang berguna untuk kehidupan manusia.

Pada saya, satu mesej penting yang saya perolehi daripada jalan cerita Wizra adalah natijah kehidupan manusia yang sentiasa ada jatuh dan bangunnya.

Sebuah perjalanan hidup yang dimiliki oleh seorang individu yang hebat tidak semestinya mempunyai sejarah atau latar belakang yang sentiasa gemilang.


Wizra mampu menggambarkan saat-saat kejatuhan nilai seorang manusia dengan begitu realistik, kemudian perlahan-lahan membangunkan kembali jiwa yang telah sedar akan kesilapannya, bangkit untuk meneruskan saki-baki kehidupan dengan lebih bermakna.

Menurut kata penulis, Wizra merupakan titik pertembungan diantara karya-karya beliau yang terdahulu (dengan Saga Artakusiad sebagai karya terbesarnya) dengan Kronika Nashan dan kemudian berpisah kembali untuk meneruskan perjalanan naratif masing-masing.

Segala karya beliau seperti cerpen-cerpen Amuk, Epsilon, Maisara, Pedang Damocles (sekadar menyebut beberapa nama) kini telah didefinisikan semula dan menyertai Saga Artakusiad serta Kronika Nashan didalam satu dunia fantasi yang sama dan saling berkaitan.

Peminat boleh membayangkan sendiri akan potensi naratif yang boleh terhasil akibat pertembungan bermagnitud sedemikian rupa.

Mungkin ulasan ini kelihatan lebih condong menitikberatkan aspek-aspek fantasi dan sains fiksyen, tetapi bagi saya itulah yang menarik minat saya untuk sentiasa membaca karya-karya Ahmad Patria.

Namun saya harus menegaskan bahawa fantasi dan fiksyen yang beliau ciptakan bukanlah suatu permainan minda yang kosong dan hampa tetapi sebenarnya berakar umbi daripada soal-soal kerohanian dan hubungan manusia dengan Pencipta alam semesta (setidaknya itulah yang saya dapat tuai daripadanya).

Pembaca bebas untuk memilih sendiri setakat mana peringkat hiburan dan kefahaman yang ingin diperolehi, sesuai untuk semua peringkat umur, budaya dan agama, akademik mahupun santai.

Bagi saya, secara peribadi , Wizra adalah naskhah susulan yang amat sentimental daripada aspek nostalgia dan bermaruah daripada aspek pengisiannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 06:43 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 9-3-2017 12:50 PM
saya belum terima lagi maybe on the way ...
hehehe tak sabar ... tak sabar buat pekasam
heheh
...

fly dah pre order?

"Alhamdulillah, salawat dan salam buat Rasulullah dan keluarga Baginda.

Untuk peminat-peminat Saga Artakusiad, karya terbaru saya berjudul KORONA IMPERIUM, buku pertama dalam SAGA ARTAKUSIAD yang ditulis semula sempena Ulang Tahun ke-30 SAGA ARTAKUSIAD."

- FB  Ahmad Patria Abdulllah -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 07:05 AM | Show all posts

belum beli lagi .. macam perasan kat facebook
ala ... baru buat pledge tak nak beli buku dan download ebook
hujung tahun baru nak beli ...

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 01:27 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 12-4-2017 07:05 AM
belum beli lagi .. macam perasan kat facebook
ala ... baru buat pledge tak nak beli buku dan down ...

PBAKL makin dekat, taknak beli buku pulak dia.

saya baru nak order kejap-kejap lagi kot.



Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 01:55 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-4-2017 01:27 PM
PBAKL makin dekat, taknak beli buku pulak dia.

saya baru nak order kejap-kejap lagi kot.  ...

saya sudah order sebelum lunch tadi
this is very rare book ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2017 02:25 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 12-4-2017 01:55 PM
saya sudah order sebelum lunch tadi
this is very rare book ...

dah order jugak. lepas ni get ready pulak dengan buku ketiga Kronika Nashan, KESATRIA.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 03:10 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-4-2017 02:25 PM
dah order jugak. lepas ni get ready pulak dengan buku ketiga Kronika Nashan, KESATRIA.

berpeluh weiii peluh
kesatria? ermm ya allah saya tak baca lagi wizra ...
bila ahmad patria nak stop tulis, kasi readers dia enjoy baca ...
hahaha ... saya buat pekasam habis ni ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 04:41 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 12-4-2017 03:10 PM
berpeluh weiii peluh
kesatria? ermm ya allah saya tak baca lagi wizra ...
bila ahmad patria nak  ...

haha... actually macam blur blur jugak dengan Korona ni.. sebab katanya di situ ... buku pertama dalam Siri Atakusiad..tertanya apa bezanya..

takyah baca Wizra tu dulu.. tunggu Kesatria.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 02:45 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-4-2017 04:41 PM
haha... actually macam blur blur jugak dengan Korona ni.. sebab katanya di situ ... buku pertama d ...

hahaha blur betul
kita betul sebab tetiba ada lagi buku pertama dari pertama
tapi yes saya akan pekasam sampai dapat kesatria ...
la la la la
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 01:57 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 13-4-2017 02:45 PM
hahaha blur betul
kita betul sebab tetiba ada lagi buku pertama dari pertama
tapi yes saya akan  ...

hai.


Nashan.

Kota legenda yang diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri kesuma dan Aristokra, yang kini terancam dalam pertempuran menentang gerombolan reneger Sursis, pahlawan adi yang tidak mempunyai tandingan di medan perang. Keperwiraan tentera kota yang dipimpin oleh Mori, kesatria dari Armorikus, serta Shirgen, pembesar kanan Nashan, bakal bersinar dalam sejarah, menjadi babad kepahlawanan terulung.

Namun Sursis terlalu gagah, seperti tidak terkalahkan dalam pertempuran. Maka harapan terakhir Melyn dan seluruh Nashan terletak pada Spiara Bulwar, senjata sakti yang telah menumbangkan naga serta monstra.

Maka percaturan Merkia, magia adi dan wizra tertinggi seluruh Imagina, menjadi kunci kepada segala-galanya.

Bermula seratus tahun sebelum itu, dengan keikhlasan Shilrung, Aristokra pertama Nashan, yang telah mengubah landskap kekuasaan Kushan. Juga dengan kebangkitan Izîl, putera Nomad dari kabilah Tamarazigh, yang satu hari nanti akan bergelar kizar segala kizar. Sejarah mereka bakal menerbitkan legenda baharu, seorang pemuda dari kelana Armorikus yang selamanya terkenal dengan hanya satu gelaran...

Kesatria.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 09:45 PM | Show all posts

bila keluar sinopsis?
kat facebook tak perasan pula ..
haiss ... tunggu dia keluar status pre-order
huh ... web sutera keluar buku baru lagi - konspirasi maharaja ..
hari tu beli 3 buah trilogi perang armagedon



Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 10:26 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 15-4-2017 09:45 PM
bila keluar sinopsis?
kat facebook tak perasan pula ..
haiss ... tunggu dia keluar status pre-or ...

dalam tiga-tiga cover Kronika Nashan, saya rasa Kesatria ni paling cantik.

nanti Ahmad Patria ada kat PWTC.. kat booth DBP.. bolehlah fly pergi kalau free.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2017 06:50 AM | Show all posts
bianglala replied at 15-4-2017 10:26 PM
dalam tiga-tiga cover Kronika Nashan, saya rasa Kesatria ni paling cantik.

nanti Ahmad Patri ...

betul ni paling cantik ..
takpe saya skip sahajalah
ramai orang kat sana ...
cuma saya tunggu kelahiran kesatria ini nanti ...

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 10:59 AM | Show all posts
baru sebentar tadi terima email dari Gapuraloka
pre-order Kesatria ..
price RM 28 exclude postage ..

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 05:32 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 18-4-2017 10:59 AM
baru sebentar tadi terima email dari Gapuraloka
pre-order Kesatria ..
price RM 28 exclude postage ...

pelancaran KESATRIA

Pelancaran Novel Kesatria akan diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017

Pada 6 Mei 2017
Pukul 2 petang
Di Pentas Utama PBAKL, Ruang Legar PWTC

Kami menjemput semua peminat dan pembaca untuk hadir ke majlis pelancaran ini





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 07:02 AM | Show all posts
tak pergi 6 may ...
mesti ramai orang ...
cuma harap pelancaran sukses ...

terbaca review kat goodreads.com
buku Lordus Numerius rasanya
bagi rate 1 je ...
sah tak dari permulaan .. tak baca Permata Aurorius ...



Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 11:14 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 19-4-2017 07:02 AM
tak pergi 6 may ...
mesti ramai orang ...
cuma harap pelancaran sukses ...

KESATRIA dah dapat dah... nampak gayanya ada sambungan KRONIKA NASHAN.

Senarai karya Ahmad Patria Abdullah

SAGA ARTAKUSIAD (1987-2017)

BUKU 1-6 terbitan DBP
1️⃣ PERMATA AURORIUS
2️⃣KOTA ARIALUN
3️⃣KEMBAR ARTAKUS
4️⃣ PETUA AZKRAM
5️⃣ PUTERI ALINDALIA
6️⃣ PEDANG AURORA

BUKU 7-9 diterbitkan oleh Saga Artakusiad Enterprise
7️⃣LEGENDA NUMERIUS
8️⃣CABARAN LODRA
9️⃣SERU KATANAGA

KRONIKA NASHAN (2016-2017)
TERBITAN Penerbit-X (PTS)
1️⃣ARISTOKRA
2️⃣WIZRA
3️⃣KESATRIA

4️⃣IMPIRIA (akan datang - 2017)

SAGA ARTAKUSIAD (2017)

TERBITAN Saga Artakusiad Enterprise
1️⃣KORONA IMPERIUM (Pre Order masih dibuka!!)

Layari ahmadpatriafc.blogspot.my untuk pre order

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 11:16 AM | Show all posts
bianglala replied at 20-5-2017 11:14 AM
KESATRIA dah dapat dah... nampak gayanya ada sambungan KRONIKA NASHAN.

aduh belum habis lagi lah baca
mula pun belum dah ada sambungan ...
aiyaaaa ...
kena tunggu email dari elaira cafe ...
sure ada jemputan .. hehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 11:16 AM | Show all posts
Edited by bianglala at 20-5-2017 11:18 AM
ARTAKUS IS BACK!
The All New Saga Artakusiad 2017, coming soon.





Kredit : FB Ahmad Patria Abdullah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.097675 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list