CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silencez

[Penulis] Ahmad Patria Abdullah ~ Saga Artakusiad

[Copy link]
Post time 20-5-2017 11:17 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 20-5-2017 11:16 AM
aduh belum habis lagi lah baca
mula pun belum dah ada sambungan ...
aiyaaaa ...

tau takpe. dah tak jadi trilogi la pulak dah..

dengan KORONAnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2017 11:39 AM | Show all posts
bianglala replied at 20-5-2017 11:17 AM
tau takpe.  dah tak jadi trilogi la pulak dah..

dengan KORONAnya.

sedihnya ... adoi adoi ...
kalau macam ni ... kena mula baca balik ...
huhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 08:55 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 20-5-2017 11:39 AM
sedihnya ... adoi adoi ...
kalau macam ni ... kena mula baca balik ...
huhuhu

dah tempah Aurora Prinsipalis? mesti la dah kan.
Saga Artakusiad sudah pun ditulis semula dengan kemunculan KORONA IMPERIUM, judul pertama dalam siri Saga Artakusiad yang baru. Sudah pun bersambung dengan buku kedua yang bakal terbit tidak lama lagi iaitu AURORA PRINSIPALIS, in shaa Allah.

Dan siri Kronika Nashan juga akan bersambung dengan Buku Keempat, IMPERIA, yang juga bakal terbit tidak lama lagi, mungkin hujung tahun ini, in shaa Allah. Saya sudah pun siap menulisnya dan sekarang dalam proses terakhir penerbitan.
- Ahmad Patria Abdullah -


AURORA PRINSIPALIS (SAGA ARTAKUSIAD II)









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:51 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-11-2018 08:55 AM
dah tempah Aurora Prinsipalis? mesti la dah kan.

belum beli lagi

adoiii lupa

so kira buku ni buku yang keberapa untuk series mana?
dah tak dapat track



Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:53 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 12-11-2018 12:51 PM
belum beli lagi

adoiii lupa

ni buku selepas KORONA IMPERIUM siri SAGA ARTAKUSIAD
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 01:00 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-11-2018 12:53 PM
ni buku selepas KORONA IMPERIUM  siri SAGA ARTAKUSIAD

ok noted

nanti kena refer dengan Elaira Cafe
kumpul dulu baca nya kemudian ...hehehehe


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2018 01:06 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 12-11-2018 01:00 PM
ok noted

nanti kena refer dengan Elaira Cafe

iya. baca tahun bila belakang kira. asalkan dapat memiliki.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 02:53 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-11-2018 01:06 PM
iya. baca tahun bila belakang kira. asalkan dapat memiliki.

... setuju ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2018 02:22 PM | Show all posts
bianglala replied at 12-11-2018 01:06 PM
iya. baca tahun bila belakang kira. asalkan dapat memiliki.

dah pre-order .. nasib masih boleh order lagi
and buku akan dihantar selepas 1-2 bulan
aduh lama betul ....
sudah ler kena menunggu buku terbaru Ramlee Awang Murshid hujung bulan November

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 12:15 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 20-11-2018 02:22 PM
dah pre-order .. nasib masih boleh order lagi
and buku akan dihantar selepas 1-2 bulan
aduh lam ...

yay dah predorder! kadang fikir ... dalam keadaan industri buku yang tak menentu ni, tetaplah abang Pat nak keluarkan buku baharu.
uiks RAM ada buku baharu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 10:47 AM | Show all posts
bianglala replied at 21-11-2018 12:15 AM
yay dah predorder! kadang fikir ... dalam keadaan industri buku yang tak menentu ni, tetaplah aban ...

yer dah keluar buku baru tapi terbitan sendiri ...
title Kasyaf Ain ..

pre-order sudah tamat ... hujung bulan November baru delivery

weeeee ...
jadi beli lah sebelum kehabisan stok ...


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:16 AM | Show all posts
https://www.facebook.com/AhmadPatriaLive

"Alhamdulillah, salawat dan salam buat Rasulullah dan keluarga Baginda

Saya menulis ayat pertama Kronika Nashan pada tanggal 16 September 2015. Ketika itu niat saya hanya mahu menghasilkan sebuah cerita pendek yang panjangnya sekitar 3,000 perkataan, bertujuan untuk menghiburkan para peminat Saga Artakusiad di dalam kumpulan WhatsApp dan Telegram yang baru sahaja ditubuhkan. Saya tidak bercadang untuk menulis novel kerana tidak mempunyai idea, juga kerana sudah lama tidak menulis. Maka tanpa berfikir panjang saya menurunkan nama Mori di atas kertas, paling awal mendahului yang lain. Dan kemudian selepas itu saya dikurniakan ilham, menukilkan nama yang bakal menjadi sinonim dengan sebuah epik.

Melyn ien Sarra iea Nashrain

Seorang gadis. Puteri kesuma, yang jelita dan rupawan. Pemerintah sebuah kota maka bergelar ARISTOKRA.

Maka bermula sebuah saga yang diceritakan dengan suara hati seorang gadis. Yang memiliki segala-galanya selaku pemerintah kota di pinggir benua, namun begitu sunyi di tampuk kuasa. Dan meskipun suaranya senantiasa penuh harapan, namun berterusan dibayangi air mata yang tertahan kerana hidupnya penuh tragedi.

Sesuatu yang ganjil sebenarnya. Seorang lelaki berusia 50 tahun seperti saya, menulis cerita dari sudut pandang pertama dengan suara seorang gadis yang berusia 19 tahun. Bukan sahaja berbeza umur tetapi juga berbeza fitrah, lelaki berbanding perempuan.

Namun saya terus menulis kerana menyangka bahawa kisahnya pendek sahaja. Juga kerana mahu melihat apakah saya dapat melakukannya, menceritakan sesuatu dari sudut pandang seorang wanita.

Hanya 3,000 perkataan, demikian sasaran saya.

Betapa manusia tidak mengetahui apa yang berada di hadapannya.

Pada saat ini kisah kecil yang bermula pada satu hari yang sunyi itu sudah melebihi 300,000 perkataan dalam bentuk empat buah novel utama. Dan Melyn telah berubah bersama waktu, daripada figura jelita yang hanya wujud di dalam imaginasi saya menjadi seorang perempuan yang benar-benar bernafas dan hidup buat ribuan pembaca setia. Yang berjalan di sisinya, melangkah bersamanya, merasai setiap denyut kehilangannya apabila Shirgen tewas dalam pertempuran menentang Sursis. Dan pahit manis kecintaannya terhadap Mori, terpaksa menyembunyikan segala perasaan di hati kerana hidup yang senantiasa bersulamkan tragedi.

Maka demikian keindahan cinta, semakin mekar dalam sunyi dan ketiadaan bicara.

Dan secara halus menjadi tema utama, barangkali tanpa disedari pembaca, di sepanjang perjalanan Kronika Nashan. Namun sebenarnya bersinar terang, tampak menyerlah di antara Shilrung dan Haninae. Nazril dan Inara. Eonan dan Isofel

Melembutkan kekerasan yang menekan dunia tundra. Mencairkan kemerahan dendam antara Nomad dan kota yang berterusan tanpa kesudahan. Mewajahkan keindahan meskipun suram dibayangi perseteruan dan pertempuran yang seperti api membakar tundra. Sehingga akhirnya para pahlawan dan panglima Kushan pun berhimpun, panji-panji mereka laksana sutera dewangga mewarnai langit, bertembung dendam dalam peperangan terbesar sejak Izil bangkit menyatukan seluruh kabilah Nomad.

Maka tercipta satu dunia baharu dalam imaginasi kami keranamu, Melyn.

Dan tertulis segalanya, sehingga ke titisan air matamu yang terakhir, di dalam nukilan ini."
IMPERIA

Buku IV, Kronika Nashan

Oleh Ahmad Patria

Ilustrasi Kulit Roshfaizal Ariffin
Editor Zaki Zainol
Ilustrasi Peta Nor Azri Nor Azmi "Jimi"
Pereka Grafik Zaidi

Akan Datang Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019


#imperia #kronikanashan





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 04:55 PM | Show all posts
bianglala replied at 13-3-2019 10:16 AM
https://www.facebook.com/AhmadPatriaLive

"Alhamdulillah, salawat dan salam buat Rasulullah dan ke ...




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 08:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 07:19 AM | Show all posts
tunggu hujung bulan baru beli
buku yang tahun lepas baru dapat ... belum buka pembalutnya
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 12:15 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 20-4-2019 07:19 AM
tunggu hujung bulan baru beli
buku yang tahun lepas baru dapat ... belum buka pembalutnya
hahaha

tebal gila IMPERIA. macam kamus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2019 12:47 PM | Show all posts
bianglala replied at 21-4-2019 12:15 PM
tebal gila IMPERIA. macam kamus

tertelan air liur kejap
selalu buku Ahmad Patria tak tebal
tetiba tebal ...
haissss
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 08:02 PM | Show all posts
Jika UK ada siri Lord of the rings.
Jika US ada siri Game of Thrones.
Malaysia pula ada siri Saga Artakusiad.

Sewaktu saya umur 6 tahun pada tahun 1997, saya membaca buku pertama dalam siri ini iaitu Permata Aurarious. Buku ini mengubah tabiat pembacaan saya.

Saya tidak mula membaca novel dengan membaca novel Melayu. Pada fikiran saya seawal 6 tahun itu ada sesuatu yang tidak kena dengan novel Melayu. Seolah tidak kena dengan minat dengan jiwa. Novel Melayu ketika itu (dan mungkin masih lagi sekarang) lebih kepada novel cinta. Saya pula lebih gemar novel misteri detektif. Andai saya baca novel Melayu pun ianya lebih kepada terjemahan novel Inggeris kepada Melayu seperti Siri Salma yang merupakan terjemahan siri Nancy Drew.

Saga Artakusiad merupakan novel fantasi epik yang pertama yang saya baca dalam hidup. Harry Potter, The Hobbit, Lord of the Rings, Game of Thrones itu semua menyusul kemudian. Tak kira bahasa apa siri fantasi epik tersebut ditulis, novel Permata Aurorious adalah novel pertama dalam genre tersebut yang saya baca.

Sesudah selesai novel tersebut saya baca saya akhirnya sedar, saya ini bukannya benci novel dalam bahasa Melayu. Apa yang saya benci ialah genre-genre yang kerap kali digunakan oleh novel Melayu. Andai novel Melayu ditulis dalam genre yang saya suka maka saya tetap akan baca juga.

Sehingga ke hari ini saya masih merasakan siri Saga Artakusiad kurang diberi perhatian oleh pembaca novel di Malaysia. Dimana silap kita? UK cukup bangga dengan LOTR dan US cukup bangga dengan GOT. Namun kita? Takkan lah kita nak angkat siri Nur saja?

Ada peminat tegar novel ini menyalahkan DBP sebagai punca novel ini kurang popular dan hanya mampu bertaraf cult classic dan bukannya best seller. DBP agak sering dimomokkan sebagai penerbitan hanya tahu terbit buku namun tidak reti promosi buku. Kebenarannya tuhan sajalah yang tahu.

Walau apapun.. Saga Artakusiad antara novel Melayu yang benar hebat dalam penggunaan konsep "world building". World building merupakan teknik penulisan yang mencipta satu dunia baru dalam karya penulisan. Dunia tersebut serba lengkap dengan negara, sistem pemerintahan, suasana politik dan kebudayaan dunia alternatif ciptaan penulis. Teknik ini amat popular dan kerap digunakan oleh penulis Jepun dan US. Namun di Malaysia masih kurang. Ramai lebih selesa mengambil latar tempat dunia sebenar bagi memudahkan kerja menulis berbanding mencipta dunia baru.

Saya amat menggalakkan anda semua membaca LOTR dan GOT milik negara kita sendiri ini. Ada 9 buku dalam siri ini setahu saya. Dengar cerita siap ada siri spin off tapi yang itu saya tak sempat baca lagi.

1. Permata Aurorius
2. Kota Arialun
3. Kembar Artakus
4. Petua Azkram
5. Puteri Alindalia
6. Pedang Aurora
7. Legenda Numerius
8. Cabaran Lodra
9. Seru Katanaga

Kredit : Syafiq Mazalan
https://www.facebook.com/bmazalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada jual lagi tak siri Saga Artakusiad?

Serius aku nak wehh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 01:48 PM | Show all posts
kay781 replied at 19-5-2020 08:58 AM
Ada jual lagi tak siri Saga Artakusiad?

Serius aku nak wehh..

kena cari kat Koleksi Buku2 kat Facebook
atau Carousel ke .. Shopee ke ...
good luck ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.111356 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list