CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

[MERGED] NCER - : Update: Perlis Tak Nak NCER Jadi Gajah Putih -

[Copy link]
Post time 9-3-2008 09:59 AM | Show all posts

NCER akan di reallocate ke perlis

5 bil akan ke perlis dan perlis akan ada pawagam...dari sumber yang dipercayai ..terimakasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2008 10:00 AM | Show all posts
5 bil untuk bayar hutang ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 10:01 AM | Show all posts


Jangan lupa bil TNB tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 10:02 AM | Show all posts
NCER smua ke perlis ke..giler!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 9-3-2008 10:01 AM


Jangan lupa bil TNB tu..


TNB tu tak berhati perut laa

depa kataa ..      
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 9-3-2008 10:02 AM


TNB tu tak berhati perut laa

depa kataa ..      


Hamboi, semalam senyap aje yek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2008 10:22 AM | Show all posts
Pi pun takpe. Ingat kita nak sangat NCER tu? Semua utk kroni Pak Lah aje. Orang tempatan tak dapat apa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by mamaque at 9-3-2008 09:59 AM
5 bil akan ke perlis dan perlis akan ada pawagam...dari sumber yang dipercayai ..terimakasih


hua hua hua
betoi ka ni??? kalo betoi leh ikot pungkoq pokde pasni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2008 08:06 PM | Show all posts



Shahidan Kassim dilantik penasihat khas NCER
22/09/2008

KUALA LUMPUR 22 Sept.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 08:26 PM | Show all posts
Pak Lah memang terra...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 09:28 PM | Show all posts
Pak lah lantik shahidan jadi advisor dia huhuhu..
Dah takde ke pemimpin umno yang lebih cerdik skit
kat sebelah utara nun utk jadi advisor ncer? Haru biru mcm color umno betuiii ler mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 01:21 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by dexa at 22-9-2008 08:06 PM

KUALA LUMPUR 22 Sept.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 02:48 AM | Show all posts
jenuh bagi komisyen lah kontraktor yg dapat projek ncer kat shidan kosim...  dulu die buat masa jd MB perlis... sebab tuh die kaya boleh bagi cash kat rakyat die bulan posa... siap duit raya lagi bagi... nie jaga koridor utara lagi lah belambak merengak dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 02:13 AM | Show all posts
di peringkat negeri tu pun, Perlis pernah bergelap
tu pun nak salahkan TNB
tu tak termasuk bil2 terunggak kediaman MB
apa la yg dia mampu sumbangkan idea utk NCER ni...
yg calonkan nama dia ni sure BENGAP TAHAP GLOBAL!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 12:13 AM | Show all posts

Paklah Bagi Gula-Gula Lagi!!!

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at  September 24, 2008 12:12 PM  | Permalink  | Comments (182)  | TrackBacks (0)  |  Previous Blog
SHAHIDAN PENASIHAT NCER

Laporan Utusan Malaysia semalam (Sept 23, 2008) amat menggembirakan saya. Sahabat saya Dato Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis yang gagal menjadi Menteri Besar walaupun Perlis di antara negeri yang menang dalam pilihanraya 2008 telah dilantik oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia untuk menjadi penasihat dan pembantu beliau dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Orang yang busuk hati mungkin menyangka perlantikan ini adalah sebagai cara untuk Abdullah mendapat sokongan ahli Majlis Tertinggi ini supaya dia tidak sokong tuntutan beberapa ahli lain supaya Abdullah berhenti sebelum mesyuarat bahagian.

Kalau saya tidak salah apabila sahaja tokoh tertinggi parti UMNO ternampak mungkin akan menimbul masalah kepada Abdullah, tokoh berkenaan akan dilantik ke jawatan tertentu atau jika tidak ada jawatan dilantik sebagai penasihat kepada YAB Perdana Menteri. Yang bernasib baik akan diberi taraf Menteri. Selepas itu senyap sunyi.

Apakah ini satu jenis rasuah, wallahua'lam.

Dengan begitu banyak penasihat amat menghairankan kenapa tidakan Perdana Menteri Abdullah tidak begitu bijak. Mungkinkah ini disebabkan adanya penasihat bertaraf Menteri pun tetapi tidak ada suara. Ikatan kekeluargaan antara penasihat dan yang dinasihati mungkin lebih utama daripada yang tidak ada ikatan kekeluargaan, wallahua'lam.

p/s Saya juga ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Felcra.

Adalah dijangka ramai lagi yang akan dilantik ke jawatan-jawatan tertentu atau jawatan yang diwujudkan khusus.

Yang belum sokong sila percepatkan sokongan. Masih banyak jawatan yang kosong atau dicipta khusus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 12:11 AM | Show all posts



14 Disember, 2008          

Perlis Tidak Mahu Projek NCER Jadi Gajah Putih

KANGAR, 14 Dis (Bernama)-- Perlis akan memastikan tiga projek utama yang akan dilaksanakan di bawah program Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) tidak berstatus gajah putih, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada hari Ahad.


Katanya, tiga projek itu ialah projek pelabuhan Kuala Perlis, industri minyak gaharu dan pelabuhan darat di Padang Besar.

Menurutnya beberapa projek lain termasuk Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Benih di Sungai Batu Pahat serta Projek Halal Hub di Padang Besar akan diteruskan.

Beliau berkata keputusan terhadap tiga projek utama itu dicapai melalui satu mesyuarat khas NCER baru-baru ini, yang turut disertai ketua kerajaan di tiga lagi negeri anggota NCER iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak utara.

"Pelabuhan Kuala Perlis dan pelabuhan darat di Padang Besar bakal menjadi penyumbang utama bagi kegiatan ekonomi di Perlis," katanya kepada para pemberita selepas merasmikan program berkhatan beramai-ramai anjuran para pelajar pengajian jarak jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di kampung Ujong Bukit dekat sini hari ini.

Selain itu, Md Isa berkata industri minyak gaharu yang dilihat mempunyai potensi besar dijangka tidak berdepan masalah untuk diuruskan.

NCER membabitkan empat negeri di utara semenanjung iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak dengan suntikan modal RM177 bilion nilai pelaburan, bagi tempoh 18 tahun antara 2007 hingga 2025.

Antara projek yang disenarai di bawah NCER di Perlis ialah pembangunan Pusat R&D Benih bernilai RM40 juta, pembinaan Taman Teknologi ketiga negara dikenali sebagai Pusat Biotek Herba Perlis (PBHP) dengan kos RM25 juta, pembangunan Padang Besar sebagai bandar sekitar sempadan selain hab utama industri halal melalui Halal Hub bernilai RM10 juta.

Sehingga kini hanya Pusat Biotek Herba Perlis berjaya dibangunkan di Sungai Batu Pahat yang dikendalikan Taman Teknologi Malaysia bersama Jabatan Perhutanan negeri.

-- BERNAMA


**********************************************************************************************

dah start ada pelaburan last year... tapi this year tak nampak bersungguhan pun
project NCER ni...  dah ambil shahidan jadi penasihat pun tak nampak apa2 sangat
perbezaan or project2 besar  - yang obvious bina 2nd bridge in penang -
tapi .. kalau di perlis - cerita2 pasal project aje ... implementation dan nak dapatkan
employment in bulk --  tak ada cerita pun --  pelancaran bukan main besar2an.. satu project
aje baru tengah dibina.. tu pun.. belum complete -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 06:44 AM | Show all posts
tak suka perlis sebab bekas bf gf aku orang perlis dan dia buat benda tak baik kat gf aku dulu:@
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 03:12 PM | Show all posts
Enam projek NCER sedang dilaksana di Perlis

KANGAR: Enam projek menerusi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sedang dibangunkan di Perlis bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Katanya, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memperuntukkan sebanyak RM291.54 bagi melaksanakan projek dalam sektor berpotensi termasuk pertanian, pelancongan, infrastuktur, pembangunan sosial, pembuatan dan prkhidmatan korporat.

"Sehingga 30 November lalu, enam projek bernilai RM113.4 juta sedang dalam pelaksanaan iaitu depot pelepasan darat di Padang Besar bernilai RM28 juta, projek menaik taraf jeti feri Kuala Perlis (RM15 juta) dan projek Taman Teknologi Tinggi Pauh (RM50 juta).

"Turut disenaraikan sebagai projek dalam pelaksanaan ialah projek Edu Citi-Tel di Arau (RM4 juta), projek infrastruktur kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebanyak RM13.9 juta dan program peningkatan hasil padi kawasan MADA (RM2.5 juta)," katanya semasa menjawab soalan Hashim Jasin (Pas-Sanglang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.

Mengenai status Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai NCER, beliau berkata, bekas Menteri Besar Perlis itu masih lagi berkhidmat dengan tugas itu.

Kepada soalan Rus’sele Eizan (Pas-Simpang Empat) Menteri Besar berkata, sebanyak RM3.013 juta dibelanjakan untuk Skim Baucer Tuisyen bagi tahun 2009 yang meliputi tuntutan bayaran guru, utiliti dan makanan.

Katanya, pelaksanaan kelas berkenaan dirancang pihak sekolah mengikut kesesuaian sekolah dan garis panduan yang diberikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

"Setiap mata pelajaran diperuntukan antara empat hingga lapan jam dalam sebulan bagi tempoh sembilan bulan dalam tahun persekolahan semasa.

"Skim ini memberi tumpuan terhadap pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067688 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list