PANGGILAN 'SAPPER' Panggilan Sapper (Spr) kepada warga RAJD bersamaan dengan panggilan Prebet (Pbt) kepada anggota pasukan infantri. Panggilan Sapper diisytiharkan kepada anggota-anggota yang telah mengikuti dan lulus kursus Jurutera Tempur. Asal usul panggilan ini adalah semasa peperangan zaman dahulu yang memerlukan anggota menggali kubu ataupun dalam Bahasa Inggersi 'sapping' dan terowong untuk menghampiri pihak musuh dan memusnahkan pertahanan mereka. Dalam peperangan Crimea (1854-1856), banyak 'Sapper slogan' telah digunakan untuk meninggikan moral dan semangat. Pelbagai kerja memerlukan khidmat sapper dalam kepanasan musim panas, kesejukan musim sejuk: tanpa gagal menyiapkan pembinaan kedudukan artileri, menyediakan kubu dan tempat menembak sehingga kubu pertahanan musuh digempur. Sapper akan memperbaiki kerosakan dalam keadaan genting semasa pengeboman pihak musuh. Slogan yang digunakan seperti "Follow the Sapper:Quick March" dan "Sappers First In, Last Out". Slogan ini masih digunakan sehingga sekarang.
[ Last edited by sampoe at 12-8-2007 02:50 PM ] |