View: 20704|Reply: 115
|
About KPT - Koridor Pantai Timur - (ECER)
[Copy link]
|
|
Taklimat khas koridor pembangunan Pantai Timur
25-07-2007
PASIR MAS: Satu taklimat khas akan diadakan di Putrajaya pada Jumaat ini berhubung perancangan pembangunan Koridor Pantai Timur (KPT) telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Semua wakil rakyat Barisan Nasional yang terlibat dengan kawasan berkenaan diwajibkan hadir bagi mendengar butiran pembangunan di negeri-negeri terlibat, termasuk Johor.
Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Annuar Musa berkata, dalam masa yang sama mereka juga dikehendaki memberi buah fikiran mengenai bentuk-bentuk pembangunan yang bakal dilaksanakan kelak.
"Ini bermakna kita (wakil-wakil rakyat) di majlis itu diberi peluang melahirkan pandangan konstruktif atau cadangan-cadangan yang sesuai bagi menjamin KPT dapat memberi manfaat kepada semua penduduk di rantau ini," katanya.
Menurut Annuar, yang juga pengerusi perhubungan Umno Kelantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, tiga menteri besar dari Johor, Pahang dan Terengganu mempunyai laluan selesa ke arah menjayakan KPT kerana sokongan padu dari kerajaan pusat.
Difahamkan, setakat ini Petronas sebagai agensi utama yang dilantik bagi membangunkan KPT sudah menyiapkan draf awal untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang akan meneliti syor-syor mengenai perkara tersebut.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
untuk RMK9 ni - banyak pembangunan2 yang rata2nya tujuan utama saya rasa untuk
membasmi kemiskinan (dasar DEB) dan saya rasa dengan WPI .... NCER and now
KPT - ni semua boleh meninggikan taraf hidup rakyat dengan pembangunan yang
yang bermanfaat kepada penduduk di mana bukan sahaja memberi keselesaan hidup
tetapi membuka banyak peluang pekerjaan dan meninggikan taraf ekonomi di
Pantai Timur khasnya (untuk KPT) --
satu usaha yang patut diberi sokongan - kerana usaha yang dapat menolong rakyat
hidup dengan lebih maamur dan selesa - hopefully ---
[ Last edited by dexa at 25-9-2007 05:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Giliran Koridor Timur -- Ia akan dilancar akhir tahun bagi melonjakkan ekonomi 3 negeri terbabit
Oleh: HERMAN HAMID dan AZRAN FITRI RAHIM
MACHANG 2 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Lah juara retorik..
WPI/NCER tak tentu berjaya... tak pa launch je dulu... cakap byk.. result belakang kira |
|
|
|
|
|
|
|
pak lah.. tu negeri sembilan, melaka, sabah sarawak tak masuk pon...
nanti org2 dari negeri ni tak undi pak lah kang... cepat LAUNCH pak lah.. election nak dekat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Di sabah PaK Lah akan lancarkan program lonjakan mega luar bandar dan pelan pembangunan projek agropolitan di Pulau banggi, kudat pada 11 hb ni - another election ajenda. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peYno at 3-8-2007 06:14 AM
Pak Lah juara retorik..
WPI/NCER tak tentu berjaya... tak pa launch je dulu... cakap byk.. result belakang kira
Mengingatkan aku kepada projek Cyberjaya.Nampak mcm tak mencapai target yg diharapkan.
Tapi projek e-Village (Entertainment Village) kat dengkil tu memang total failure..target nak jadi Asia's Hollywood konon... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 peYno's post
melaka, sabah , sarawak tuh BN yakin menang ma... tak payah mau tipu tipu ni semua eheheheh
--------------
p/s- berapa pulak kos KPT nih? berapa Billion? eheheh bak kata mahadey.. tunjukkan dulu duitnya |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda2 Pilihanraya nak dekat.....Pilihanraya Sudah Dekat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kermittx at 3-8-2007 08:32 AM
melaka, sabah , sarawak tuh BN yakin menang ma... tak payah mau tipu tipu ni semua eheheheh
--------------
p/s- berapa pulak kos KPT nih? berapa Billion? eheheh bak kata mahadey.. tunj ...
sabah/sarawak tempat ambik modal nak bangunkan ketiga2 wilayah pembangunan |
|
|
|
|
|
|
|
KPT kan under petronas..so byk lah petronas nk kasi..aper nk d risaukan..hehehee..semua nie gimik nk plhn raya lah tue..nk tarik pengundi area saner lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
pulau ppl tak marah ka paklah buat program pembangunan utk pantai timur?
pulau ppl takmoh lobi ka utk peruntukan pembangunan di pantai timur utk digunapakai di pulau tuh semata2?
hmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 DButom's post
comfirm lps raya nnt nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
Gomen patut tak payah la buat projek koridor2 ni..buat bilik je utk tidor macam Totok Guru tu..senang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Projek Pusat Pemulihan Akhlak Machang bernilai RM125 juta
Pusat Pemulihan Akhlak kat machang, kelantan
Pulih akhlak guna module Ameno ke Pas? |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah la buat projek koridor2 ni..buat bilik je utk tidor macam Totok Guru tu..senang..<img src="images/smilies/titter.gif" smilieid="31" border="0" alt="" />
gomen? paklah? tido? hmm mcm familiar je
[ Last edited by erstes1 at 3-8-2007 09:05 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by weta_studio at 3-8-2007 08:39 AM
sabah/sarawak tempat ambik modal nak bangunkan ketiga2 wilayah pembangunan
yaaa
sibuk koridor sana sini dekat semenanjung
terlupa dekat sabah/sarawak highway pon tadak |
|
|
|
|
|
|
|
kene la lauch besar besaran dulu...Pak Lah can say, " At least I' ve launched and initiated the idea and plan...its up to my ministers and "rakyat' to participate and execute the plan whether it will be a success or failure...".
Diakan boleh pantau dari jauh....hehe.....play safe maa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 WonBin's post
Tentu banyak masalah akhlak la kat sana tu.
Serambi Mekah tuuuuuuuuuuuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan backs economic projects for eastern corridor
KOTA BARU: The Kelantan government said it will cooperate with the Federal Government to carry out projects in the planned eastern corridor economic region.
揑f it benefits everyone, the state government will firmly back the projects, |
|
|
|
|
|
|
| |
|