CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

About KPT - Koridor Pantai Timur - (ECER)

[Copy link]
Post time 12-6-2008 09:57 AM | Show all posts
LANCAR jerk LEBIH

Master PLAN pun ntah ada ntah tidak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2008 06:08 AM | Show all posts

update -

Jangan lengah projek ECER

KEMAMAN 2 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua pihak yang terlibat dalam pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) agar mengurangkan segala bentuk kerenah birokrasi bagi memastikan projek koridor itu dapat digerakkan dengan lebih pantas lagi.


Serentak itu, Perdana Menteri menggesa sektor awam dan institusi kewangan mempermudah dan mempercepatkan segala urusan kelulusan dan pinjaman.

Tegas beliau, kelewatan dan sikap melengah-lengahkan urusan tersebut akan membantutkan pembangunan projek koridor itu sekali gus meningkatkan kos.

"Saya tidak mahu ada agensi yang menjadi penghalang atau melambat-lambatkan kerja. Jika keadaan itu berlaku, projek koridor ini tidak akan dapat dijayakan.

"Kelulusan sesuatu permohonan perlu dipercepatkan. Sebarang kelewatan akan mengakibatkan peningkatan kos. Kita tidak mahu kos meningkat semata-mata kerana lewat," tegas beliau.

Abdullah berkata demikian ketika merasmikan Seminar Merealisasikan ECER: Komitmen Bersama di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Wilayah Timur di sini hari ini.


******************************************************************************************

masa lancarkan dulu besar2an la juga....  
tapi so far belum apa2 lag pun.. masih cakap2 lagi aje -
rasa dah lebih dari setahun war warkan benda ni
tapi masih tak nampak apa2 lagi tentang ecer ni -
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 06:19 AM | Show all posts

Reply #102 dexa's post

meme ecer sunggoh!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 06:21 AM | Show all posts

Reply #102 dexa's post

biasa la.. UMNO... sembang je lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 06:22 AM | Show all posts
bila la nak maju negeriku ni, kena buat revolusi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 06:24 AM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 3-12-2008 06:22 AM
bila la nak maju negeriku ni, kena buat revolusi ke?

kalau akai melayu UMNO  kelantan  ko masih ditahap lama... pemikiran busuk2 pon org kita tu... mmg tak kemana nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2008 06:25 AM | Show all posts

Reply #106 peYno's post

UMNO tak boleh buat apa, dah pas yg tadbir
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 06:28 AM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 3-12-2008 06:25 AM
UMNO tak boleh buat apa, dah pas yg tadbir

ooo nak UMNO tadbir kelantan rupanya...(terluah akhirnya perasaan yg disembunyikan dgn menyamar jadi penyokong PAH)
aritu kata tak sokong UMNO .. tapi sokong BN (MCA/MIC)

prrrfthhh balaci umno kantoi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 06:30 AM | Show all posts

Reply #108 peYno's post

hahaha, memang la aku nak bn perintah kelantan, takkan tak paham2 lagi kok?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:22 AM | Show all posts
koridor ECER ?

dgn keadaan ekonomi yg akan tenat taun dpn, mampukah ECER bertahan ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 09:58 PM | Show all posts

Balas #110 manusia biasa\ catat

ecer bertahan...?

dah wujud ker ecer ni...?
bukan ker hanya atas kertas...?

dan gah dgn presntation?  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 06:58 AM | Show all posts
Pusat Sehenti ECER ditubuh


Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Nik Aziz Nik Mat selepas mengadakan mesyuarat tertutup ECER
di Pejabat Daerah Bentong, Pahang, semalam.

BENTONG 13 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan penubuhan Pusat Sehenti Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi memudahkan pelabur mendapat maklumat dan membuat permohonan untuk melabur di wilayah tersebut.

Perdana Menteri berkata, pusat sehenti itu akan melicinkan sektor pelaburan dan pembangunan ECER.

''Saya berharap dengan adanya pusat sehenti itu nanti, para pelabur tidak lagi perlu pergi ke Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Putrajaya dan lain-lain tempat untuk mendapatkan maklumat dan membuat permohonan.

''Pusat sehenti itu akan ditubuhkan di Kuala Lumpur dan di negeri-negeri yang terbabit dalam ECER iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Pembangunan ECER di Wisma Bentong di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yaacob.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Ahli Majlis ECER, Tan Sri Hassan Marican dan Ketua Pegawai Eksekutif ECER, Datuk Jebasingam Issace John.

Pada sidang akhbar itu, Abdullah turut mengumumkan pelantikan jawatan seorang pegawai yang akan ditempatkan di pusat tersebut dengan diberikan kuasa untuk meluluskan permohonan pelabur.

Tambah beliau, dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ECER mengenal pasti pelaburan bernilai RM2.6 bilion membabitkan 107 projek.

''Sebanyak 29 projek daripada 48 projek yang dikenal pasti sejak tahun 2008 akan dilaksanakan pertengahan tahun ini dan bakinya akan dimulakan pada penghujung tahun ini manakala lapan projek lagi akan bermula awal tahun depan.

''Saya berpuas hati dengan perkembangan dan perjalanan ECER kerana mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan negeri termasuk Kelantan yang diperintah oleh Pas," kata beliau.

Ditanya sama projek ECER terjejas ketika berlaku krisis kewangan global pada masa ini, jelas beliau, semua projek koridor itu berjalan lancar dan tidak akan dihentikan walaupun situasi ekonomi dunia yang tidak menentu.

Kata Abdullah, semua projek ECER perlu diteruskan kerana ia menjadi salah satu agenda kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar kerana ia mampu memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat miskin.

Perdana Menteri berkata, kerajaan yakin projek-projek di bawah ECER seperti agropolitan, pelancongan inap desa, projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) akan memberikan manfaat secara langsung bagi merangsang ekonomi rakyat miskin.


- tingin ndak tengok hasilnya.....betul ke dapat capai matlamat 'sebenar' iaitu memberi peluang pekerjaan & perniagaan kepada rakyat miskin
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:38 PM | Show all posts
17 April, 2009
ECER Tinjau Pasaran Utama Eropah




KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) meninjau untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan di kalangan pelabur Eropah semasa misi ke Jerman, Itali dan United Kingdom.

Misi yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu akan menumpukan kepada perniagaan teras wilayah berkenaan iaitu minyak, gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian dan pelancongan.

Dalam satu kenyataan di sini, ECER berkata beberapa projek akan dipromosikan oleh rombongan pelaburan itu yang bermula 19-29 April ini.

Antara projek itu ialah Taman Plastik Kertih, Taman Halal Gambang, Taman Perindustrian Berat Kemaman, Taman Perindustrian Automotif Pekan-Peramu, Taman Industri Minyak Sawit dan Taman Ternakan Bersepadu.

Menurut ECER, Jerman merupakan sumber penting pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia pada 2008, dengan pelaburan sebanyak RM4.4 bilion apabila dibandingkan dengan RM3.7 bilion pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, Itali kekal sebagai rakan dagang kelima terbesar bagi Malaysia di Kesatuan Eropah.

Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berjumlah AS$2.22 bilion pada 11 bulan pertama 2008.

United Kingdom juga merupakan pelabur terbesar di Malaysia, dengan lebih 20 bilion dalam pelaburan bagi tempoh 30 tahun lepas.


-- BERNAMA




wowzieeeee ekkk tak koman nih.... eropah punyer investment bukan kecik2 ekkk..... :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 08:59 PM | Show all posts
wujud lg ke ecer ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 12:27 PM | Show all posts
Mesyuarat ECER bincang Zon Ekonomi Khas

PUTRAJAYA 3 Ogos - Mesyuarat majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ketiga hari ini membincangkan Zon Ekonomi Khas (SEZ) yang akan dilancarkan di Pekan esok oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Projek Agropolitan Pekan, yang bertujuan membasmi kemiskinan, akan turut diumumkan esok, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis itu, Datuk Jebasingam Issace John selepas menghadiri mesyuarat itu di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

"Lembaga itu juga mahu menggalakkan pelaburan swasta secara aktif. Kami juga mengkaji kerangka bagi pewujudan satu amanah hartanah untuk memajukan tanah simpanan Melayu," katanya.

Yang lain ialah Taman Perindustrian Automotif Pekan, Taman Polimer Kertih dan pembangunan bersepadu Bandaraya Pelabuhan Kuantan.

Mesyuarat selama dua setengah jam itu dipengerusikan Najib, yang juga Pengerusi majlis Pembangunan ECER.

Ia turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan wakil sektor swasta di mesyuarat itu. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 08:45 PM | Show all posts
ECER berikan impak lebih besar

WILAYAH Ekonomi Pantai Timur (ECER) kini mengambil faedah daripada pemulihan ekonomi global untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara dengan mempamerkan beberapa projek berimpak tinggi yang dilaksanakannya sejak dua tahun lalu.

Sehubungan itu, 2010 dijangka menjadi tahun yang bermakna kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John, bukan hanya kerana banyak projek yang dirancangkan terlaksana tetapi juga pendekatan khusus Majlis untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta di ECER.

Sehingga 31 Disember 2009, sejumlah 64 daripada 82 projek ECER yang di peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah dimulakan dan baki 18 projek lagi bakal dimulakan pada 2010.

Sehingga kini,. ECER berjaya menarik RM26 bilion pelaburan daripada pelabur dalam dan luar negara. Dan, pelancaran Zon Ekonomi Khas (SEZ) ECER, merupakan zon pembangunan bersepadu dari Kertih, Chukai, Pelaburan Bandar Kuantan, Gambang ke Pekan dan Tanjung Agas di selatan. Dan, ia merupakan pakej-pakej istimewa untuk merangsang ekonomi Wilayah itu. Berikut adalah wawancara bertulis tentang perkembangan ECER dengan Issace.

SEJAUH mana perkembangan keseluruhan ECER sejak dua tahun lalu dan mengapa tahun-tahun mendatang dianggap sebagai penting?

Issace: Tahun 2009 menyaksikan banyak projek dirancangkan untuk kebaikan masyarakat setempat. Bagaimanapun, projek- projek itu hanya akan berterusan pada 2010, kebetulan pada tahun akhir RMK9.

Di Pahang, sejumlah 42 projek diluluskan di bawah RMK9 yang dimulakan sebelum akhir 2009 dengan baki empat lagi projek akan dimulakan pada awal 2010. Di Terengganu, 30 projek telah dimulakan, lapan lagi akan dimulakan pada awal 2010 manakala 33 daripada jumlah keseluruhan 38 projek di Kelantan dan Terengganu telah dimulakan.

Sementara di Mersing, Johor, tujuh daripada 10 projek telah dimulakan pada akhir 2009 dengan baki tiga projek lagi pada awal 2010.

Projek-projek ini adalah daripada lima kelompok atau kluster ekonomi ECER dan membabitkan pelancongan, pertanian, pembuatan, pendidikan dan infrastruktur termasuk projek- projek pembangunan sosial untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat miskin.

SEZ ECER adalah zon pembangunan bersepadu yang memiliki infrastruktur yang baik membolehkan kami wilayah ini begitu kompetitif untuk menarik pelabur.

Setakat ini, kira-kira 65.9 peratus projek- projek ECER telah dilaksanakan termasuk: Pusat Industri Automotif Pekan Peramu, Pusat Halal Gambang, Pembangunan Bersepadu Bandar Pelabuhan Kuantan dan Zon Bebas Pelabuhan Kuantan. Pusat Polimer Kertih (KPP), yang merupakan pusat plastik bersepadu pertama di Malaysia

Tahun 2010 bukan sahaja menyaksikan lebih banyak projek ECER yang dirancangkan, tetapi pendekatan yang tumpukan oleh ECERDC untuk meningkatkan pembabitan sektor swasta dalam ECER dan membawa pembangunan-pembangunan akan datang kepada masyarakat di Wilayah tersebut.

Sejauh mana kemajuan SEZ sejak ia dilancarkan Ogos 2009?

Semuanya masih lagi di peringkat awal. Kami menjangkakan SEZ mampu menjadi tarikan memandangkan momentum projek- projek bertambah. Di Pelabuhan Kuantan dan projek Bandar Pelabuhan, beberapa projek infrastruktur telah dimulakan untuk menyelesaikan beberapa isu membabitkan bekalan air dan trafik.

Projek-projek itu termasuk menaik taraf jalan raya sejauh 12 kilometer dari Jabor-Jerangai ke Sungai Ular, pembinaan loji rawatan air baru di Felda Panching Timur dan pemasangan paip air baru sejauh dua kilometer di Kawasan Industri Gebeng.

Di pusat automotif Pekan-Peramu, pembinaan Pusat Pemasaran akan dimulakan pada suku pertama 2010 sementara pembangunan tanah dan infrastruktur akan dimulakan pada separuh kedua 2010.

Kerja-kerja pembinaan jalan bagi Pusat Gas dan Maritim Tanjung Agas dijangka siap pada awal 2011. Beberapa pelabur telah memeterai perjanjian dan memorandum persefahaman, sementara menunggu kerja-kerja infrastruktur pusat itu disiapkan.

Untuk menjadikan KPP lebih menarik kepada para pelabur, ECERDC telah memulakan pembangunan infrastruktur kerja-kerja tanah di Fasa 1A dan 1B sementara asas pembangunan infrastruktur di bawah Fasa 1C akan dimulakan pada suku pertama 2010.

Kajian mengenai zon pelbagai guna dan bangunan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) dimulakan pada akhir 2009 manakala Pengurus Pusat KPP akan dilantik menjelang Februari 2010.

Dengan menumpukan kepada industri matang yang sedia ada di SEZ ECER, apakah projek SEZ yang selamat tetapi menarik kepada pelabur?

Terdapat beberapa projek sedia ada di SEZ ECER yang mampu memberi keuntungan yang tinggi dan selamat untuk pelaburan.

Malaysia memiliki pusat bersepadu plastik dan polimer pertama, KPP kini sudah bersedia untuk digunakan di kawasan seluas 140 hektar. Pusat yang bangunkan dengan konsep plug-and- play, KPP mampu menjadi pelengkap kepada Kompleks Bersepadu Petrokimia Kertih di Terengganu.

Pusat tersebut telah memberi sumbangan pelaburan sebanyak RM565 juta. Hi Essence Cable Sdn. Bhd. dan MIE Copper Sdn. Bhd., pengeluar kabel dan wayar, masing-masing melabur RM85 juta dan RM20 juta. Latenfield Pipe Industries Sdn. Bhd. sebanyak RM40 juta manakala FMD Polypipes Industry Sdn. Bhd. akan melabur RM125 juta bagi loji paip dan beg tahan lasak.

Pusat Plastik Kertih pula dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2015, dijangka menarik pelaburan berjumlah RM2 bilion dan mewujudkan lebih 7,000 pekerjaan.

Pusat Industri Pekan pula yang dinaik taraf untuk menjadi Pusat Berpusat Pemasaran pada 2010 dijangka menjadi kompetitif untuk menarik pembuat kereta global.

DRB-HICOM sebagai contohnya, merupakan peserta utama di pusat automotif itu, dengan sasaran untuk memainkan peranan penting bagi automotif tempatan, selaras dengan pusat yang akan dinaik taraf. Selepas 25 tahun, DRB-HICOM dan rakan pakatannya telah melabur sejumlah RM1 bilion dan mengeluarkan lebih 480,000 kereta di pusat berkenaan.

Secara keseluruhannya, pusat itu dijangka menjana lebih RM4 bilion dalam pelaburan dalam empat peringkat pembangunan dan menawarkan 10.580 jumlah pekerjaan.

Kajian kebolehlaksanaan bagi Pusat Halal Gambang juga dimulakan. Reka bentuk projek dan pembangunan infrastruktur tanah dijangka dimulakan pada Mei 2010. Apabila siap kelak, pusat akan menjadi tempat pengeluaran industri makanan dan bukan makanan berdasarkan prinsip-prinsip Syariah. Terdapat juga pusat inkubator bagi perusahaan kecil dan mikro makanan.

Cherating dan Pantai Sepat pula akan diubah menjadi destinasi pelancongan utama pada awal 2010. Kami sedang mencari pelabur-pelabur untuk membina hotel mewah dan pertengahan, kedai-kedai kraftangan termasuk restoran-restoran makanan laut.

Pekan pula akan dijadikan kawasan eko pelancongan dan berasaskan warisan. Penambahbaikan Bandar Diraja akan dilaksanakan pada 2010, membabitkan kawasan-kawasan sejarah, perkampungan dan sungai, bagi mewujudkan aktiviti pelancongan.

Selain SEZ, difahamkan ECER akan menjadi sebagai kawasan sokongan untuk projek-projek pembangunan SEZ. Apakah projek- projek utama di luar SEZ yang mungkin mampu menarik pelabur?

SEZ lebih fokus kepada aktiviti pembuatan dan industri, projek- projek bagi kluster pelancongan dan pertanian dan beberapa projek penting dijangka mampu menarik pelabur- pelabur berpotensi.

Bagi sektor pertanian, Pusat Inovasi dan Penyelidikan Lembu Muadzam Shah akan dibina pada Mei 2010 untuk pembiakan baka sebanyak 1,300, sekali gus mengurangkan kebergantungan pengimportan stok anak- anak lembu.

Dua Pusat Pemasaran dan Pengeluaran Benih Ikan pula beroperasi pada 2011, yang mana ikan segar akan berpangkalan di Raub dan ikan marin di Merchong. Pusat-pusat penetasan akan menghasilkan sekurang- kurangnya 13.5 juta pelbagai spesis ikan kerapu, siakap, talapia, patin dan kelah. Pusat Pemprosesan Ikan di Kuantan pula akan beroperasi pada Julai 2010 bagi menyokong aktiviti-aktiviti hiliran perikanan.

Pembinaan ladang bersepadu nenas di Rompin juga akan dimulakan pada Julai 2010 yang membabitkan kawasan seluas 5,000 ekar yang mampu menghasilkan 74,000 metrik tan nenas untuk pasaran domestik dan eksport.

Terengganu juga telah menarik sejumlah RM85 juta pelaburan di Ulu Tersat bagi pusat pengeluaran daging kambing dan kerbau.

Bagi sektor pelancongan, ECER telah menempatkan kawasan seluas 106 hektar di Teluk Bidara, Dungun untuk dibangunkan dengan hotel dan calet berkualiti tinggi dan kemudahan kawasan pejalan kaki di hadapan pantai, perkampungan warisan dan landskap. Pembinaan Pusat Bandar Kuala Terengganu akan bermula pada pertengahan kedua 2010. Gua Musang dan Kuala Krai pula dibangunkan sebagai destinasi eko pelancongan dan menjadikan Lanchang- Kuala Lipis sebagai lokasi pelancongan mencabar. ECER akan mewujudkan Santuari Gajah Kuala Gandah di Pahang sebagai pusat interaksi gajah dan kemudahan pendidikan.

Kelembapan ekonomi dikatakan telah menjejaskan pelaksanaan ECER, apa komen Datuk?

Meskipun ekonomi terjejas, pelaksanaan projek-projek ECER masih stabil, khususnya untuk mendapatkan rangka kerja dan strategi termasuk persediaan pelan pelaksanaan.

Bagaimanapun, ECER masih di landasan untuk memenuhi visi dan misi menjadikannya wilayah yang maju menjelang 2020. Ia boleh dicapai dengan melihat jumlah projek yang telah dimulakan.

Kerajaan, sebelum ini memberikan komitmen penuhnya untuk memastikan pelaksanaan projek-projek ECER berjaya. Apakah keutamaan ECERDC dalam dalam tempoh terdekat?

Keutamaan kita masih jelas iaitu melakukan transformasi untuk menjadikan negeri-negeri di Pantai Timur sebagai wilayah membangun pada 2020 dan kita sedang dalam perjalanan untuk mencapai matlamat tersebut.

ECER bertujuan membawa pembangunan kepada semua penduduk di Pantai Timur. Memandangkan setiap negeri mempunyai kelebihan ekonomi masing-masing, fokus pembangunan juga berbeza. Projek di ECER juga berpusat kepada penduduk, yang bermaksud mewujudkan peluang-peluang perniagaan, merangsang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan domestik. Ia juga akan menaikkan pembangunan modal insan dan kemahiran di wilayah itu.

Semua ini diharap dapat menaikkan taraf kehidupan penduduk tempatan dan memberi faedah kepada generasi akan datang.

Kami bukan sahaja bekerja keras untuk menentukan pelaksanaan pembangunan ECER dan menjayakannya tetapi mereka dan menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif untuk menangani kesan terhadap cabaran-cabaran ekonomi.

Ini termasuk melipat gandakan pemasaran dan promosi dengan mengadakan pameran di peringkat domestik dan di luar negara untuk merangsang pelaburan dan meningkatkan penglibatan PKS.

Berikutan itu, saya menyeru semua pemegang kepentingan ECER termasuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri, sektor swasta dan orang ramai bersama-sama menggunakan potensi wilayah ini.




hah.... ujud lagik ecer ni..  elok sangat ler... pi tolong kat KONTAN tu.... hah!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.082832 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list