CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah Farid & Irma - DAH PUTUS!

  [Copy link]
 Author| Post time 6-8-2007 04:27 PM | Show all posts
'Saya maaf Farid'
Teks dan foto Zubir Mohd Yunus






Irma terima semula buah hati selepas dengar penjelasan mengenai beberapa gosip yang gugat hubungan cinta

揚ERTAMA sekali apa yang Irma hendak terangkan di sini, hubungan Irma dengan Farid tidaklah putus seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Setakat ini perasaan sayang dan cinta itu masih ada, alhamdulillah. Ketika ini masing-masing cuba memperbaiki keadaan mana-mana yang tak betul tu.

Dalam perhubungan, setiap pasangan pastinya mengharapkan perhubungan yang baik, gembira dan tak ada siapa yang nak bergelora. Setakat perselisihan faham tu, memang tak dapat dinafikan, memang pernah berlaku antara kami, maklumlah perhubungan kami dah berusia lebih dua tahun. Perkara itu adatlah.

Mengenai artikel yang disiarkan menerusi ruangan Zubir Intip dalam Bintang Popular minggu lalu (29 Julai), gosip yang diceritakan itu, Irma tak nafikan, memang ada beberapa kebenarannya. Mungkin yang belum jelas ialah status perhubungan kami sama ada putus atau tidak. Yang pasti, hubungan kami masih okey.

Pun begitu, cerita yang kononnya Farid menonton filem bersama seorang gadis cantik, mungkin juga seorang model di TGV (Tanjung Golden Village), KLCC (Kuala Lumpur City Centre), itu memang betul.

Mengenai tarikh, tempat, filem Transformers semua tu betul. Tapi, Irma tak sangka, sebelum Irma dapat tahu, Abang (penulis) lebih dulu tahu cerita ni. Irma dapat tahu semua cerita ni pun selepas kawan Irma menceritakan segala-galanya.

Pada masa sama Farid dan model itu sedang menonton Transformers, kawan Irma turut berada di tempat mereka berada. Kawan Irma tu tidak menonton filem yang sama, tapi dia berada di TGV, KLCC secara kebetulan saja. Dia ke situ bukan niat untuk menonton, tapi ada urusan lain.

Apabila sudah berada di tempat dan masa yang sama, maka dia pun terserempak dengan Farid dan model berkenaan. Dia nampak Farid dan model itu sedang beratur membeli tiket, sama seperti yang diceritakan menerusi Zubir Intip.

Kawan Irma terkejut sebab dia tahu, Irma dengan Farid, alih-alih hari tu dia nampak Farid dengan orang lain. Masa tu juga kawan Irma terus telefon Irma sebab dia nak tahu Irma berada di mana dan kenapa Farid berada di situ (KLCC). Irma beritahu kawan Irma tu yang Irma tengah shooting di Sabak Bernam.

Selepas itu dia terus memulakan cerita, katanya dia nampak Farid di KLCC dengan seseorang. Katanya lagi, dia tunggu sehingga Farid dan model itu keluar panggung sebab takut menuduh perkara yang bukan-bukan.

Bagi Irma, siapa salah siapa betul, itu tak penting kerana apa yang Irma nak terangkan di sini ialah mengenai kesahihan gosip yang tersebar itu adalah satu kebenaran. Apabila berlakunya isu seperti ini, pastinya Irma akan bertanyakan perkara sebenar dengan Farid sendiri.

Irma pula jenis straight forward, Irma tak boleh tunggu lama-lama untuk selesaikan masalah. Irma tak serang Farid, marah-marah, tapi Irma tanya dia elok-elok. Farid mengakui, dia dan model berkenaan memang keluar pada hari itu, tapi dia memberitahu Irma, dia ada alasan sendiri kenapa dia berbuat begitu.

Farid terangkan baik-baik kepada Irma, dia keluar bukan dengan niat tak elok. Kata Farid, dia tak ada niat nak berlaku curang terhadap Irma. Dia ada alasan lain apabila perkara itu berlaku. Tambahnya lagi, dia keluar pun tak ada niat nak sorok-sorok daripada Irma, jadi kenapa harus Irma marah?

Katanya dia dah terangkan perkara sebenar, Irma dengar penjelasannya dengan hati terbuka. Irma hargai sikap keterbukaan Farid kerana dia mengakui, dia keluar dengan model itu. Apa saja alasan Farid, tak perlulah Irma dedahkan untuk pengetahuan semua, memadailah untuk diri Irma seorang saja.

Apabila Farid dah terangkan segala-galanya, Irma terima, takkan Irma nak paksa diri untuk tidak mempercayai pengakuannya? Irma ni seorang pemaaf, kalau orang tu belum minta maaf, Irma dah maafkan dirinya awal-awal lagi. Semua ni penting untuk kebaikan diri sendiri.

Sebelum Irma tidur setiap malam, sesiapa saja yang pernah menyakiti hati kita, Irma sedia memaafkannya. Apabila kita bangun tidur keesokan harinya, kita tenang, tak adalah kita 憁endung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2007 04:28 PM | Show all posts
jgnla gaduh..buang yg keruh..ambil yg jernih
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 04:44 PM | Show all posts
bercinta tu bersederhana jangan over over
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 04:53 PM | Show all posts
tu dia statement penyedap ati irma....... apa la nak tunggu lagi.... sah sah kena kencing dek mamat tu...ala dia pun bukan emsem sangat....blah jer... kalau betul dia jujur (sbb katanya irma tengah shotting kat sabak bernam) awal2 dia dah bagitau dia nengok wayang ngn minah tu....ni tak..dah kantoi baru nak ckp..itu jujur kaaa???
takat minum leh ampun lagi..ni nengok wayang...... bedua lak tu...

[ Last edited by  mauminumapa at 6-8-2007 04:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by mauminumapa at 6-8-2007 04:53 PM
tu dia statement penyedap ati irma....... apa la nak tunggu lagi.... sah sah kena kencing dek mamat tu...ala dia pun bukan emsem sangat....blah jer... kalau betul dia jujur (sbb katanya irma tengah shotting kat sabak bernam) awal2 dia dah bagitau dia nengok wayang ngn minah tu....ni tak..dah kantoi baru nak ckp..itu jujur kaaa???
takat minum leh ampun lagi..ni nengok wayang......


betul tu....
cian kat irma....kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 08:29 PM | Show all posts
alaaa...dh elok2 jd sweet couple dh nak wat hal lak:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2007 09:28 PM | Show all posts
sian...tabahla irma yer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 10:21 AM | Show all posts
IRMA TERLALU BAIK HATI MEMAFKAN FARID...SUCI BETUL HATI DIE..SABAR YANG TERAMAT SANGAT..KALU AKU LA DAH LAME GANYANG MODEL 2..GATAL SANGAT.DAH TAU ORG TU DAH BERPUNYA SATU MALAYA DAH TAU LAGI NAK KUAR2 TENGOK WAYANG..YG SI FARID 2 PLAK SUKE2 HATI JE KUAR NGAN ORG LAIN TANPE BAGITAU KAT IRMA..SEKURANG2NYE BAGITAU..JD BILE TERJADI KES MACAM NIE XDELAH NAMPAK SANGAT SI FARID NIE CURANG..APE LA AGAK NYE ALASAN FARID BAGI KAT IRMA YE..

APE2 PUN TINDAKAN YG DILAKUKAN IRMA MEMANG WAJAR..SEBAB DIE PUN MASIH SAYANG KAT FARID.X KAN SEBAB KUAR TENGOK WAYANG NAK GADUH2 SAMPAI PUTUS..LAGI LA MODEL 2 AKAN BERASA SUNGGUH BAHAGIA KERANA DAPAT MEMUTUSKAN HUBUNGAN FARID-IRMA..

AKU PERCAYA BAIK FARID MAHUPUN IRMA MASIH MEMERLUKAN ANTARA SATU SAME LAIN..MUNGKIN ADE KESILAPAN KOMUNIKASI YG BERLAKU..IRMA MEMANG SUPERB..CARA DIE MENUNJUKKAN YG DIE NIE EDUCATED PUNYE ORG DAN BIJAK SEBAB X BUAT SESUATU YG BODOH SPT PUTUS KASIH SEMATA2 SEBAB MODEL GATAL 2..:@ :@

HARAP SANGAT DORANG BAIK BALIK MACAM DOLU2..SAYANG LA..

LOVE IRMA & FARID
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 10:23 AM | Show all posts
alah entah2 dorang ni cinta2 monyetjer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 10:26 AM | Show all posts
mesti farid bg alasan irma sibuk. sbb tu dia keluar dgn org lain, saje nak release tension.

tak pun alasan dia nak dptkan feeling utk lakonan/iklan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 10:28 AM | Show all posts
apsal suka nak amik tahu org...?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 10:38 AM | Show all posts
biarla dorang dgn cara dorrang sendrik......
Reply

Use magic Report

violetfusion This user has been deleted
Post time 7-8-2007 12:33 PM | Show all posts
kenapa mesti jujur lepas kantoi kan.. nape tak bgtau awal2 kan.. alasan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 12:42 PM | Show all posts
yg farid tu bodoh..pegi tgk wayang kt klcc..mmg ler kantoi...
jujurnyeee....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 12:56 PM | Show all posts

Reply #104 mauminumapa's post

salah ke p nengok wayang dgn kawan?
or mesti ke ada hub baru boleh tengok wayang dgn kawan llaki/ppuan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 01:00 PM | Show all posts
rasanya tak salah keluar dgn kawan yg berlainan jantina.
tp, utk mengelakkan jd benda lain di kemudian hari, sebaik-baiknya bgtau sblm keluar.
lg sedap dgr dr mulut tuan empunya sendiri dr mulut kawan.   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 01:13 PM | Show all posts

Reply #115 tasha's post

tak salah.. dia tu kan pub figure..n ramai dh tau dia kapel ngan sapa...so aku tanya ko balik...salah ker kalau bagitau org yg tersayang apa yg dia nak buat tu?? dia nak kuar lak ngan model pompuan tuh.. sure dia tau lambat laun gf dia tau nanti...... salah ker??? slah ke???
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 01:20 PM | Show all posts
lumrah org bercinta... ada manis ada pahit
just wait & see la
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 01:23 PM | Show all posts

Reply #117 mauminumapa's post

ntahlah.. klu bagi aku xada salahnyer
aku part reporting aktiviti ni xbaper gemar sgt..
as long masih xada kita bhak kuar dgn kawan2 kita
slain bf/gf... tp once ijabkabul.. no more tolenransi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 01:27 PM | Show all posts
Cari BALAK lain laa Irma....

Yang muka 2-3 kali licin dari Farid tu melambak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.074825 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list