CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah Farid & Irma - DAH PUTUS!

  [Copy link]
 Author| Post time 25-9-2007 04:39 PM | Show all posts
Farid kena faham tugas wartawan


BEBERAPA minggu sebelum ini Zubir dah buat pendedahan mengenai aktor kacak, Farid Kamil yang akhirnya mengaku kepada Zubir, dia sebenarnya ada menonton filem Transformers, berdua saja dengan artis jelita, Fasha Sandha di Tanjung Golden Village (TGV), KLCC sedikit masa lalu.

Dalam pendedahan itu juga, Farid turut mengaku, antara dirinya dan pelakon cantik, Irma Hasmie sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi atau lebih tepat, tiada lagi cinta antara mereka. Bagi Zubir, kisah Farid tengok wayang dengan Fasha, kisah dia putus cinta dengan Irma, sudah tutup buku, rupa-rupanya masih ada sambungan, macam filem sekuel pula!.

Minggu lalu, Zubir ada terbaca kenyataan Farid mengenai hal sama menerusi temu bual bersama akhbar tabloid mingguan (bukan terbitan kumpulan NSTP). Berikut adalah sebahagian petikan wawancara Farid bersama tabloid berkenaan.

"Lepas tonton Transformers, kami jadi serba salah. Macam ada buat silap besar je. Saya rasa tak patut cerita tu keluar. Salah ke nak tengok wayang? Ini tidak adil. Saya dan Fasha dah lama kenal. Kami tonton wayang dan dalam masa dua jam, saya tak sangka cerita itu jadi isu," kata Farid seolah-olah menuntut keadilan.

Sebenarnya Zubir malas nak panjangkan cerita ini, bukannya Farid tak boleh hubungi Zubir secara terus dan bertanyakan hal itu jika dia masih berasa apa Zubir tulis itu tidak menyenangkan hatinya. Lagipun antara Zubir dan Farid sebelum ini, hubungan kami memang rapat dan Farid pula sering menjayakan aktiviti hiburan dianjurkan Berita Harian (BH). Tapi, Zubir tertarik untuk menerangkan sesuatu kepada Farid di ruangan ini apabila membaca kenyataannya"... saya rasa tak patut cerita tu keluar. Ini tidak adil. Saya tak sangka cerita itu jadi isu."

Beginilah Farid, sebenarnya wartawan hiburan seperti Zubir berhak tulis cerita yang keluar daripada mulut Farid sendiri dan pada masa sama, Fasha juga turut berada di sisi Farid ketika wawancara itu. Zubir sekadar laporkan apa yang berlaku, Farid tonton Transformers bersama Fasha, itu kenyataan. Apa yang tak patut keluar? Farid dan Fasha adalah dua nama besar dalam industri lakonan, jadi setiap apa yang mereka lakukan, pasti menjadi perhatian, termasuklah jika mereka tengok wayang bersama. Memanglah menonton wayang tidak salah, Zubir pun tak kata salah. Apabila cerita itu sudah keluar di akhbar, memanglah jadi isu, media lain akan follow up, itu perkara biasa.

Zubir juga ingin bertanya, apa sebenarnya yang Farid kata tidak adil? Sedangkan Fasha juga turut ditemubual dan kenyataan yang dikeluarkan, sama sekali tidak menyebelahi sesiapa. Zubir harap, tolonglah hormati dan fahami tugas wartawan. Zubir minta maaf jika penjelasan Zubir ini buat Farid kecil hati. Nanti kita `calling-calling' ya Farid, selamat berpuasa!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2007 04:44 PM | Show all posts
muka dia banyak lubangle.........
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 04:48 PM | Show all posts
hahah....lawak2..x kan br jd artis kut abg farid
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 05:24 PM | Show all posts
cik  zubir ni mmg tak adil...nama farid sah-sah dia sebut dalam artikel tu...tapi nama fansha tu diganti dgn "model" ...tak sebut pun model/pelakon atau sebut terus fansha dalam aritkel tu....cik zubir ni selalu cover fasha....

ada hati kot ngan fasha ke, cik zubir?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 05:34 PM | Show all posts
fasha memang cun. lembut. menawan. suara macam nobita.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 05:36 PM | Show all posts
fasha tu dengan semua lelaki nak keluar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2007 05:41 PM | Show all posts
Alah setakat muka Farid Kamil tu...aku rasa Irma bleh cari yang lebih ensem..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 05:46 PM | Show all posts
hari tu baca irma kata mcm berkawan..farid kata mcm dah putus..apa2 jerla..bakat ke mana..citer sampah je lebih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2007 07:59 PM | Show all posts
suker irma.....x suker farid sejak dia berlakon citer remp-it....bulu ketiak lebat....yakss!!!!................
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 09:35 PM | Show all posts
ok la tu....ade chan aku nak tackle irma.....weehoo..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 09:38 PM | Show all posts
ala... gerenti irma dapat yg lebih superb dari mat rempit tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 10:06 PM | Show all posts

Reply #4 ekselen's post

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 10:28 PM | Show all posts
no komen...suka ati derang la..xde kena mengena dgn haku..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 10:35 PM | Show all posts
lantak korang la irma and farid oiiii....korang bercinta ker putus ker..industri seni tetap cam tu gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 10:56 PM | Show all posts
ada gambar irma ni tak? tempek sikit.. tak kenalla.. berlakon citer apa dia ni??
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by ptk at 7-8-2007 13:44
alah farid ni bagi pree kat aku pon tak hingin..muka macam tak siap jer..


hahah betol..
perasan ensem aa tue.
penuh gn kawah gunung berapiii daaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 12:24 AM | Show all posts
ala irma ni lawa n baik, senang je nak dpt penggantinye..kalo nak compare farid n ex die time blajo dulu, jauh le bezanye..tapi dgr cte irma ni pun tak le loyal sgt, still carik lagi ex die yg sblm farid nih, sampai gaduh mamat tu n current gfnye

off topic sket: dulu blik die sebelah blik aku kat hostel, pegi kelas siap pakai tudung lagi, sweet sangat dengan cermin mata die, ramai peminat sampai ade yg berani naik hostel semata-mata nak kasik die bunga....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 12:25 AM | Show all posts
Originally posted by cucoq at 25-9-2007 17:34
fasha memang cun. lembut. menawan. suara macam nobita.


hhahahahahhahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 02:02 AM | Show all posts
alah belum Nikah lagi ok lerr tu ............tak lah memeggang gelaran Mak Jan dan Pak Dud..... muahahahahahha...........tulah dah ramas-2 dan pegang-2 sebelum nikah belum nikah lagi dah muakkkkkkkkkk ...........
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 02:50 AM | Show all posts
entah laaaaa........apa nk jd...????...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.065323 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list